PD TERUS MENYUMBANG

[ADMIN]
Sumbangan makanan berbuka puasa sebanyak 30 bungkus utk para pelajar Politeknik Port Dickson yg masih terkandas. Kesemua mereka adalah yang menyewa di kawasan Taman Politeknik. Penyerahan kepada En Redzuan, wakil pihak Politeknik Port Dickson.
Pejabat Parlimen dimaklumkan bahawa para pelajar Zon Tengah akan bergerak balik ke rumah dan kampung masing-masing pada Isnin akan datang.
Moga perjalanan pulang lancar dan didoakan keselamatan semua.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri, langit, rumah dan luar
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang berdiri

[ADMIN]
Pejabat Parlimen Port Dickson meneruskan sumbangan juadah berbuka puasa kepada para pelajar Politeknik PD yang masih terkandas.
Moga selamat pulang ke rumah masing-masing bermula esok hari.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, kanak-kanak, makanan dan luarImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk, motorsikal dan luar





4 Mei 2020

Pejabat Parlimen Port Dickson pada hari ini meneruskan agihan sumbangan barangan dapur kepada warga Port Dickson yang memerlukan.
Selain itu, wakil Pejabat Parlimen bersama Pengerusi PVATM PD & Ketua Kg Air Meleleh menziarahi seorang veteran tentera, En. Azman yang menghadapi masalah berjalan akibat kemalangan.
Seterusnya, pihak kami juga menyampaikan pelitup muka dan pembersih tangan kepada En. Redzuan, wakil Politeknik PD untuk diagihkan kepada pelajar yang mula pulang ke kampung halaman masing-masing, bermula hari ini.
Moga semua usaha ini membawa manfaat kepada semua pihak.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiriImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orangImej mungkin mengandungi: 2 orang

SEMBANG.....


TAKAT MELALAK DALAM TWETTER NAK BUAT APA....






SOSIAL : Masjid di China Dirosakkan oleh Pemerintah Komunis.


Assalamualaikum WBT.



Di sini saya ingin berkongsi keadaan terkini di Linxia Hui Autonomous Prefecture, di Gansu Province Barat China. Akibat kawalan ketat terhadap media dan internet, berita ini sukar untuk tembus ke luar China.

Linxia ialah sebuah wilayah autonomi untuk suku Muslim Hui di Gansu, China.
Wilayah ini juga digelar the Little Makkah of China.
Masjid-masjid di Linxia telah mula dirobohkan kubah dan menaranya atas alasan seni bina masjid yang bukan China (foreign architecture).
Sebelum ini wilayah lain seperti Xinjiang-Uyghur, Ningxia juga mengalami nasib yang sama. Tetapi Linxia tidak diganggu.
Sehinggalah baru-baru ini.
Pemerintah Parti Komunis China mengambil kesempatan ketika masjid ditutup kerana COVID-19 untuk memusnahkan masjid-masjid yang indah ini.
Sebelum ini, pemerintah China juga menurunkan semua logo حلال tulisan arab yang terpampang di restoran. Ini diturut oleh penduduk/peniaga Muslim tanpa bantahan.
Tetapi kali ini benar-benar melampaui batas, pemerintah telah menyentuh masjid yang menjadi lambang mulia syiar Islam.
Saya sertakan foto yang kebanyakkannya diambil sendiri oleh kami (kecuali foto 6). Kebanyakkan foto diambil pada 2 dan 3 Mei 2020.
Mohon pihak tuan dapat meminta penjelasan dan bantahan keras kepada pihak kerajaan/kedutaan China. Mohon agar kita umat Islam seluruh dunia dapat membela dan memberi sokongan kepada Muslim China yang ditindas rejim zalim Parti Komunis China.
Penduduk Islam di China tidak ada daya dan upaya untuk melawan dan bersuara.
Keterangan Foto
Foto 1 dan 2 ialah Masjid Qianheyan yang sudah diruntuhkan kubah dan menaranya.
Foto diambil sendiri oleh kami.
Foto 3 ialah keadaan asal Masjid Qianheyan (kubah hitam) dan masjid Tiejia (kubah putih). Foto diambil oleh kami pada bulan Oktober 2019.
Masjid Qianheyan beraliran Salafi manakala masjid Tiejia mengamalkan mazhab Hanafi.
Foto 4 ialah Masjid Tiejia yang dirobohkan menara dan kubahnya.
Foto 5 ialah keadaan asal Masjid Tiejia (sebelah kiri) dan Masjid Qianheyan (sebelah kanan). Foto ini diambil oleh kami pada bulan Oktober tahun lalu. Bandingkan dengan foto 11.
Foto 6 saya perolehi dari laman Twitter DOAM @doamuslims. Foto ini yang membuatkan kami di China datang sendiri ke Linxia bagi melihat kebenarannya.
Foto 7 dan 8 ialah keadaan Masjid Laohua yang sudah dirobohkan kubahnya. 2 menara masjid juga dalam proses dimusnahkan.
Foto 9 dan 10 diambil oleh saya pada bulan Oktober 2019, menunjukkan keindahan Masjid Laohua dengan kubah dan menaranya. Ini ialah antara masjid terbesar di Linxia dan berusia lebih 600 tahun.
Foto 11 Keadaan masjid Tiejia dan Masjid Qianheyan disebelahnya. Bandingkan dengan foto asal nombor 5 pada bulan Oktober lalu.


SERIUSKAH ANWAR MAHU TERIMA BERSATU?



Baru-baru ini, di dalam siaran FB beliau, Dato Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa PH terbuka untuk menerima kembali Bersatu sekiranya parti berkenaan mahu kembali ke pangkal jalan.

Anwar meletakkan dua syarat penting sekiranya Bersatu ingin kembali ke pangkuan PH, iaitu pertama, keputusan Bersatu mestilah keputusan sebulat suara dari satu parti iaitu Bersatu. Ertinya, tiada kelompok Tun M mahu bersama PH, manakala kelompok Muhyidin masih setia dengan pengkhianatan. Keputusan mestilah dari Bersatu bukannya kelompok.

Kedua, Bersatu mesti terima prinsip dan dasar perjuangan PH terutamanya di dalam merealisasikan reform dan menentang rasuah di dalam negara ini. Selain itu, Bersatu diingatkan agar tidak lagi mengulangi kesilapan besar yang telah mereka lakukan sehingga tumbangnya sebuah kerajaan mandat rakyat.

Kenyataan Anwar itu dari segi politik dan diplomasinya nampak positif dan wajar. Mana-mana parti tidak harus berlagak sombong kepada mana-mana pihak yang ingin membantunya. Itu kita faham.

Bagi kami di akar umbi pula yang tidak pernah pun merasai nikmat berada di bangku empuk menteri atau timbalan menteri sewaktu kerajaan PH memerintah dahulu, kami lebih simpati dan amat bersedih dengan tumbangnya kerajaan PH akibat pengkhianatan mereka. Kami tidak hilang jawatan besar apa pun, tetapi kami meratapinya kerana puluhan tahun kita berjuang, akhirnya kita berjaya benamkan kleptokrasi, namun kerana tamakkan kuasa, tergamak beberapa pimpinan dari PH ini melakukan curang dan khianat serta belot.

Wajarkah tidak sampai beberapa bulan mereka curang, kita sediakan tapak sireh untuk mereka kembali setelah mereka merasa derita akibat dosa pengkhianatan? Apabila mereka tahu mereka akan dibaham oleh gerombolan umno dan Pas, maka mereka mahu kembali bersama PH? Kalau mereka merasa selamat, adakah mereka mahu kembali kepada kita?

Saperti yang saya tulis sebelum ini, lebih baik PH terima sokongan secara individu dari mana-mana pemimpin Bersatu. PH lebih selamat dan terjamin tanpa Bersatu dan lebih kuat lagi jika mendapat sokongan secara peribadi dari mana-mana pemimpin Bersatu yang tidak setuju dengan kerajaan pintu belakang sekarang. PH mampu berdiri tanpa meletakkan nama Tun M. Kami sudah fobia dengan nama itu.

Bagi saya, harapan untuk Bersatu kembali kepada PH amat tipis sekali. Pertama, kerana kebanyakan pimpinan Bersatu sekarang telah dapat habuan masing-masing dan tidak mungkin mereka sanggup tinggalkannya demi untuk bersama PH. Keduanya, majoriti akar umbi di dalam PH akan bangkit lebih vokal untuk menentang sebarang usaha bagi membawa parti yang telah khianat kepada PH itu kembali kepada PH. Saya pun tidak fikir pimpinan kita begitu serius memikirkan soal Bersatu ini hingga kita lupa tentang maruah kita.

WFAUZDIN NS

Anwar Ibrahim: Pemimpin UMNO Dilihat Seperti Mengkritik Tindakan Menteri Ekonomi Dalam Soal PKPB?



Penang CM: Azmin Ali, Stop Intimidating State Governments, You Decide If You Want To Work With Us


Anwar Ibrahim: Menteri Kanan, Janganlah Ikut Donald Trump, Siapa Tak Ikut Dia, Ambil Tindakan!



KENYATAAN MEDIA



Proses Disiplin Parti Diteruskan

Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Mac dan 26 April lalu telah membincangkan serta meluluskan beberapa syor Lembaga Disiplin berkenaan tindakan terhadap sejumlah anggota yang didapati melanggar tata etika dan disiplin parti.

Seramai 348 anggota telah dipecat. Ini termasuk beberapa pimpinan seperti:

1. YB Muhammad Jailani Bin Khamis (Alor Gajah)
2. YB See Chee How (Stampin)
3. Vernon Albert Kedit (Betong)
4. Mohd Nazree B. Mohd Yunus (Rembau)
5. Syarul Ema Rena Binti Abu Samah (Masjid Tanah)

MPP juga telah bersetuju menggantung sementara keanggotaan 285 anggota sesuai dengan fasal 41.6 perlembagaan parti.

Lembaga Disiplin sedang meneliti setiap aduan dan bukti-bukti terhadap mereka dan akan mengesyorkan tindakan selanjutnya kepada MPP.

Dari jumlah ini, empat pimpinan yang keanggotaan mereka digantung adalah:

1. YB Haniza Mohamed Talha (Pandan)
2. YB Dr Afif Bahardin (Permatang Pauh)
3. Mohd Radzlan Jalaludin (Subang)
4. Rahimah Majid (Kudat)

Terdapat lima kes di mana Lembaga Disiplin telah mengeluarkan surat tunjuk sebab, dan dari jumlah ini satu melibatkan pimpinan iaitu sdr Chua Tian Chang (Batu).

Nama-nama mereka yang dipecat atau digantung akan dimuatnaik dalam laman web parti hari ini.

Dalam mengendalikan setiap kes disiplin KEADILAN berpandukan kepada perlembagaan parti dan menghormati prinsip keadilan sejagat.

KEADILAN akan terus menjalankan proses membaikpulih parti selepas episod pengkhianatan yang membawa kepada jatuhnya sebuah kerajaan yang dipilih secara sah melalui mandat rakyat.

KEADILAN percaya selepas ini parti akan bertambah kukuh dalam usaha melaksana agenda Reformasi demi rakyat Malaysia.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

4 Mei 2020

COVID-19: SPRM SIASAT KONTRAK RM 30 JUTA



Saya meneliti beberapa laporan akhbar semalam yang menyebut bahawa “Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang didakwa mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM 30 juta secara tidak layak.”

Menurut sumber yang sama, syarikat itu juga mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walaupun pihak SPRM tidak menyatakan Kementerian mana terlibat, susulan daripada pendedahan tersebut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa KKM akan memberikan kerjasama terhadap siasatan oleh SPRM.

Kita menuntut agar SPRM dapat menjalankan siasatan dengan telus dan penuh integriti serta tidak melindungi mana-mana individu dan mereka yang berkepentingan.

Sekiranya dakwaan ini benar, ini merupakan satu pengkhianatan yang amat besar terhadap rakyat Malaysia dalam keadaan negara berdepan dengan wabak bencana Covid-19.

Ini jelas bahawa perbuatan rasuah mahupun ketirisan akan memangsakan kita semua.

Sementara pihak berkuasa menjalankan tugas, Menteri berkenaan sewajarnya tampil menerangkan natijah daripada perkara ini:-

1. Adakah kontrak tersebut masih diteruskan?

2. Adakah orang politik atau lantikan politik terlibat?

3. Berapakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh KKM?

4. Apakah kesan penyelewangan ini terhadap usaha kita menangani jangkitan Covid-109?

Pendedahan ini juga mengejutkan dan menimbulkan kekhuatiran terhadap persiapan kita terutamanya keperluan untuk negara meningkatkan saringan jangkitan (test) manakala barisan hadapan (frontliners) sebelum ini berdepan dengan kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE).

Maka, perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan ke atas kesengsaraan rakyat perlu diambil tindakan tegas dan tanpa kompromi.

Akmal Nasir
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

BERSATU-UMNO BERANTAKAN DI JOHOR









Sebelum ini Timbalan Presiden UMNO menegaskan bahawa parti tersebut tidak pernah ada persefahaman dengan PERIKATAN NASIONAL. Mereka hanya ada Muafakat Nasional bersama PAS dan BARISAN NASIONAL. Justeru PERIKATAN NASIONAL ibarat anak yang lahir tanpa nikah setelah bercengkerama satu malam, pada 23 Februari di Sheraton. Tiada ikatan cinta. Hanya nafsu untuk berkuasa. Namun, BERSATU menjadi korban nafsu serakah para pengkhianat PAKATAN HARAPAN, apabila hilang kerusi Menteri Besar. Kita tidak tahu apakah ini hasil ‘perdagangan barter’ untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia?

ULANG TAYANG UNTUK MELAYU.CINA JUGA BOLEH TOLONG DAN BERBINCANG : TERKINI : CIMB Tak Pernah Tolong Orang Melayu? - Tan Sri Dr. Munsyi Muslim








Golongan peminjam yang terpaksa menjual hartanah mereka selepas kesukaran membayar balik pinjaman atau pembiayaan boleh menyaman semula pihak bank jika merasakan diri telah dianiaya. Presiden Mahkamah Timbang Tara, Tan Sri Dr. Munsyi Muslim Yacob berkata, saman boleh difailkan jika berpendapat hartanah mereka telah dijual di bawah harga pasaran oleh pihak bank.
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang duduk, meja dan dalam

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak tujuh kes bekas peminjam telah menyaman semula bank daripada 500 kes yang dikendalikan pihaknya sejak lima tahun lalu. “Kami telah mencadangkan agar pengadu yang datang ke sini agar menyaman semula pihak bank jika mereka merasakan telah dianiaya. “Kami akan tunjuk ajar macam mana hendak lawan pihak bank yang jual rumah di bawah harga pasaran.


PERIKATAN NASIONAL TAKUT SIDANG PARLIMEN?







Raymond Liew berkata demikian pada sidang media bersama yang dianjurkan oleh 12 badan perniagaan dan perdagangan termasuk Persekutuan Rantaian Peruncitan dan Francais ASEAN, Persatuan Hotel Bajet Malaysia, Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia dan Dewan Perniagaan Digital Malaysia. Kumpulan persatuan perniagaan itu turut menggesa supaya kerajaan berunding dengan pihak terbabit bagi memastikan rang undang-undang itu lebih menyeluruh. Sementara itu, Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia Datuk Michael Kang Hua Keong menyifatkan penguatkuasaan akta sedemikian sebagai amat penting bagi mengelak timbulnya banyak kes undang-undang. "Jika tidak, kita akan menyaksikan peningkatan kes saman dalam tempoh enam bulan akan datang yang membabitkan majikan dan pekerja, penyewa dan tuan rumah selain bank dan pelanggan," ujarnya seperti dipetik. Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, bertegas, sidang Parlimen tersebut akan berlangsung hanya satu hari sahaja pada 18 Mei 2020.

Kecelaruan PKPB: Azmin patut cari kata sepakat dengan kerajaan negeri, bukan ugut



Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Selasa, 5 Mei 2020
Amaran kerajaan persekutuan mengenai tindakan undang-undang terhadap sembilan kerajaan negeri yang enggan untuk mematuhi PKPB adalah bukti ketiadaan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan merupakan contoh rancangan keluar kerajaan yang huru-hara di mana tangan kanan tidak tahu apa yang tangan kiri sedang lakukan
Amaran kerajaan persekutuan semalam, mengenai tindakan undang-undang yang mungkin diambil terhadap sembilan kerajaan negeri di atas keengganan mereka untuk mematuhi PKPB adalah bukti ketiadaan pendekatan melibatkan “kerajaan secara menyeluruh” dan merupakah satu contoh ‘rancangan keluar’ kerajaan yang huru-hara, apabila tangan kanan tidak tahu apa yang sedang dilakukan tangan kiri. 
Ugutan tindakan undang-undang semalam, daripada seorang Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Azmin Ali, hanyalah menambah buruk situasi sedia ada. Beliau sepatutnya mengadakan satu mesyuarat dengan para Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi mencapai persetujuan mengenai langkah membuka semula ekonomi secara berfasa melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 
Jelas sekali Azmin tidak memahami Perlembagaan Persekutuan. Beliau perlu memberikan perhatian kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Persekutuan-Negeri Parlimen, Hassan Abdul Karim, yang menyatakan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri diberikan kuasa secara bersama dalam perkara berkaitan kesihatan di dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. 
Perkara berkaitan kesihatan awam dan kawalan penyakit termaktub di bawah Senarai Bersama. Ini bermakna kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa ke atas perkara ini. 
Azmin, mahupun kerajaan persekutuan tidak boleh bergantung semata-mata kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk memaksa kerajaan negeri untuk mematuhi keputusan kerajaan persekutuan bagi membuka semula ekonomi bermula 4 Mei. 
Enam negeri, Kedah, Sabah, Pahang, Pulau Pinang, Kelantan, dan Sarawak telah mengambil keputusan untuk tidak mengikuti langkah kerajaan persekutuan, manakala tiga lagi negeri iaitu Selangor, Perak, dan Negeri Sembilan memutuskan untuk mengehadkan jumlah peniagaan yang dibenarkan bagi menyambung semula operasi. 
Walaupun Azmin merujuk kepada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara bertarikh 28 April yang dihadiri oleh para menteri besar dan ketua menteri, tidak ada sebarang persetujuan dicapai di dalam mesyuarat tersebut tentang langkah yang boleh diambil pelbagai sektor bagi membuka semula ekonomi dibawah PKPB secara berfasa.
Sepatutnya, satu lagi mesyuarat yang melibatkan para menteri besar dan ketua menteri perlu diadakan sebelum PKP dilonggarkan dan digantikan dengan PKPB pada 4 Mei. 
Perkara inilah yang sepatutnya dilakukan Azmin sekarang, bukannya mengeluarkan ugutan tindakan undang-undang yang bukan-bukan semalam. 
Perjuangan melawan wabak Covid-19 ini adalah satu perjuangan yang panjang — demi memastikan dalam satu ke dua tahun yang akan datang, negara tidak mengalami peningkatan kes wabak. Dalam pada masa yang sama, kita perlu memastikan ekonomi negara boleh dilonjakkan semula secepat mungkin. 
Pengendalian wabak secara kucar-kacir — seperti yang dapat dilihat dengan isu-isu seperti “penawar air suam untuk Covid-19”, “15 negeri”, “500 negara”, “Doraemon”, “Menteri Tik Tok”, mahupun pertuduhan diskriminasi dalam pengagihan bantuan makanan kepada golongan B40 di kawasan parlimen pembangkang — haruslah dihentikan serta-merta. 
Amatlah penting bagi kerajaan mempercepatkan langkah pendekatan “kerajaan secara menyeluruh” dan “masyarakat menyeluruh” dengan memastikan Parlimen dapat memainkan peranannya. Ini bertujuan untuk meneliti dan menyemak imbang tindakan kerajaan supaya negara kita berjaya di dalam peperangan melawan wabak Covid-19. 
Setakat ini, kerajaan hanya bertindak seakan-akan mereka sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk negara, sedangkan jelas sekali, era kerajaan yang arif pada semua hal ini telahpun berlalu.
Lebih daripada 40,000 rakyat Malaysia telah menandatangani petisyen atas talian supaya Parlimen bersidang untuk sekurang-kurangnya dua minggu dan bukannya hanya sehari pada 18 Mei. Saya menyeru lebih ramai rakyat Malaysia menandatangani petisyen ini supaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyedari kehendak rakyat. 
Petisyen ini boleh diakses di pautan berikut: https://www.change.org/p/prime-minister-yab-muhyiddin-yassin-get-parliament-to-sit-for-2-weeks-from-18-may-not-just-1-day



RAKAN SEKUTU PAS.PAS TIDAK KATA APA APA PUN

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks mungkin yang mengatakan 'm malaysiakini Malaysiakini (BM Version) 17 mins ' "Malaysia tiada sebab seseorang itu perlu memandu dengan mabuk, kita sudah ada e-hailing," kata Wee Ka Siong. 4 MALAYSIAKINI (BM VERSION) Kalau sudah mabuk patut guna 'e-l 'e-hailing', kata menteri i'

Hukuman lebih berat ke atas pemandu mabuk bukan cadang guna e-hailing

Hukuman lebih berat ke atas pemandu mabuk bukan cadang guna e-hailing



Kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang menyatakan individu mabuk sepatutnya menggunakan perkhidmatan e-hailing, menggambarkan sikap kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak serius mengatasi masalah tersebut.
Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Faiz Fadzil berkata, PN juga dianggap lambat bertindak menyelesaikan isu terbabit selepas Ka Siong meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengkaji pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sedangkan menurut Faiz, Kabinet Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah bersetuju meningkatkan hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk melalui pindaan seksyen 41, 44 dan 45 Akta Pengangkutan Jalan.
“Malahan, bekas Menteri Undang-undang Liew Vui Keong pada 13 Februari lalu mengumumkan pindaan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Namun, ia tidak sempat dibentangkan kerana penukaran kerajaan.
“Memandangkan kes kemalangan maut akibat pemandu mabuk semakin meningkat, pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan untuk mengenakan hukuman lebih berat perlu disegerakan,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Februari lalu, kerajaan PH sedang merangka untuk meminda hukuman bagi kesalahan tersebut, termasuklah hukuman penjara 20 tahun dan denda RM100,000 jika pemandu disabit kesalahan.
Dalam pada itu, Adun Permatang Pasir tersebut menegaskan bahawa pindaan berkenaan penting bagi mengatasi masalah yang timbul.
Ia juga katanya sebagai amaran kepada rakyat bahawa memandu di bawah pengaruh alkohol adalah satu kesalahan yang serius kerana mengancam nyawa orang ramai.
Awal pagi semalam, seorang anggota polis maut selepas selepas sebuah kereta disyaki dipandu pemandu mabuk, merempuh sekatan jalan raya Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya (LEKAS), di Kajang
Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi terbabit akibat cedera parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan Toyota Hilux dipandu seorang lelaki mabuk.



(function() { var d = document, w = window; w

TEMPOH PKP 3.0 MUNGKIN LEBIH PANJANG, KERAJAAN PN PIMPINAN MAHIADDIN BUAT DUA KESILAPAN – NAJIB

  T empoh bagi PKP 3.0 ini mungkin akan jauh lagi panjang berbanding PKP 1.0 dan PKP 2.0. Ini pasti, jika mengikut segala logik, sains dan d...