PULUHAN RIBU HADIR CERAMAH PERDANA




IPOH-Puluhan ribu rakyat Perak hadir dalam ceramah perdana di kediaman menteri besar Dato Seri Mohd Nizar.Sekatan polis di merata tempat tidak menghalang orang ramai hadir.

PAKATAN RAKYAT SOKONG NIZAR,MOHON JUMPA PADUKA TUANKU RAYU ADAKAN PILIHANRAYA

UCAPAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM DI RUMAH MENTERI BESAR

Lebih 30 ribu hadir memenuhi segenap lapisan perkarangan rumah Menteri besar Dato Seri Mohd Nizar bagi mendengar amanat pimpinan Pakatan Rakyat.Turut hadir ialah Presiden PAS Tua Guru Hj Hadi Awang , Sr Tan Seng Gew menggantikan Sdr Lim Kit Siang, Dan Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Ucap utama Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim di akhir majlis ialah bahawa kehadiran Dato Nasaruddin bukan atas jemputan beliau, malahan atas kerelaan beliau sendiri untuk menyertai PKR. Malah beliau menjelaskan bahawa sikap kedua-dua wakil rakyat dari PKR yang melompat adalah sesuatu tindakan yang tidak dapat di maafkan kerana lari dari tanggungjawab dan perjuangan parti.Kita akan lawan mereka habis-habisan.

“Saya memohon maaf kepada semua rakyat, pengundi kerana kedua wakil PKR khianat .namun saya tidak akan memaafkan mereka kerana lari dari perjuangan dan khianat. Kita akan lawan mereka habis-habisan.Seminggu isteri mereka tidak dapat dihubungi.suami apa tak menjawab panggilan isteri”


“Saya tidak menjemput Dato Nasaruddin menyertai PKR, malahan beliau sendiri yang datang untuk menyertai PKR.Namun beliau hilang kemudiannya .Bukan kerja saya membeli orang dengan habuan.Kita menang bukan kerana calon hebat, atau parti hebat , tetapi kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional”

Menurut Dato Seri Anwar Ibrahim lagi Pakatan Rakyat akan tetap menyokong Dato Seri Mohd Nizar kerana percaya bahawa beliau mendapat mandat rakyat dari semua lapisan masayarakat di Perak.Ini adalah kerana banyak projek-projek khas untuk menolong rakyat , malah banyak perancangan telah dan sedang di rancang untuk orang-orang Melayu di Bandar Ipoh.Pakatan Rakyat sokong kerana bukan dia Dato Seri Nizar, tetapi sikap,pendirian,kekuatan dan kecekalan beliau sebagai pimpinan negeri Perak.

”Dato Seri Mohd Nizar belum hilang majoriti kerana beliau kini masih mempunyai 28 undi manakala 28 undi dari BN maka 3 lagi adalah calon bebas dan di pecat speker.Patutnya polis siasat dahulu kerana mereka hilang selama seminggu kemana mereka menghilangkan diri.tapi kemudiannya di istiharkan menyokong mereka.3 lagi telah di lucutkan oleh speker mengikut undang-undang.”


“Apa kerja Dato Najib menghilangkan orang, dan kemudiannya mengistiharkan menyokong Barisan Nasional .Speker masih lagi Pakatan Pakyat.Sepatutnya Suruhanjaya BPR siasat dulu kemana hilang mereka selama seminggu. Kini mereka menggunakan istana menyatakan kita derhaka.Dato Nizar tidak pernah di panggil istana sebelum ini. Di Permatang Pauh berbagai janji di curahkan, berbillion dicurahkan di Kuala Terangganu, namun mereka tewas.maka kerana itu mereka tidak mahu bertanding di dalam piihanraya.” Demikian jelas Anwar.”


“Kamu kata kamu kuat , kami kata kami kuat, kita ada 28 masing-masing, maka eloklah di adakan pilihanraya , saya yakin kita akan lebih kuat dari mereka,nak turun pilihanraya mereka takut.Ingat 8 mac anda kalah di Perak. Isu apa yang Dato Seri Mohd Nizar buat dan ambik.Lihat Pulau Pangkor kepada siapa yang Umno beri?Genting highland milik siapa ”jelas Anwar.



“Ada orang meyatakan bahawa YB Karpal Singh nak saman Tuanku , maka kita buat satu panel peguam ialah nak tolak salah tanggap dan perlu dapatkan kesahihan, kita bukan nak mempertikaikan Tuanku dan kemuliaan Raja-Raja kerana itu fitnah Umno dan TV3 , ini bodo punya media. Anda tipu di Permatang Pauh, anda tipu di Kuala Terengganu, namun anda kalah akhirnya.Pendirian Pakatan Rakyat jelas bahawa kita akan tetap mempertahankan perlembangaan negara dan menghormati hak-hak Raja-Raja Melayu,agama,bahasa,dan perlembagaan negara.”


Rumah ini masih berhak diduduki Mohd Nizar dan kita tengah runding dan pohon mengadap Tuanku Sultan Perak.Menteri Besar memang jelaskan namun saya berhak mohon mengadap mohon jelaskan, mohon maaf Tuanku patik, Raja berdaulat harus mendegar rintihan rakyat bawahan dan ini yang kami akan terangkan, jika ada yang tersinggung, kita akan mohon maaf.


Menurut Ketua umum PKR juga ketua Pembangkang, beliau akan bersama-sama Presiden PAS dan Pengerusi DAP bercadang untuk mengadap baginda Tuanku Sultan Perak bagi memohon pekenan berjumpa dan berbincang agar baginda Tuanku membubarkan DUN di seluruh Perak bagi di adakan pilihanraya dan agar rakyat dinegeri Perak dapat menentukan pilihan mereka.



“Kita bukan macam apa yang berlaku di Terangganu apabila peristiwa melantik Menteri Besar,mereka menghina Sultan dan Baginda Tuanku , kita juga bukan seperti peristiwa Perdana Menteri meminda pelembagaan dan menghina Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu ,Paduka Sultan Perak adalah Raja kepada semua rakyat dan bangsa di negeri Perak . Umno jangan gunakan Istana dan berselindung di sebalik pihak Istana. Apa yang patik mohon ialah meminta diadakan pilihanraya .Jika Mohd Nizar kalah,beliau turun. Adakan pilhanraya seluruh negeri Perak.itu pendirian kita.Patik pohon pada Tuanku.patik hanya pohon keinzinan Tuanku kerana krisis perundangan adalah di bawah kuasa rakyat memilih dan kuasa Tuanku menentukan masa depan negeri Perak.Selain kita berserah kepada Tuhan, pilihan di tangan rakyat. Surat perletakan jawatan telah di serahkan kepada Tuanku dan tidak ada pertikaian ketika itu.” Demikian jelas Ketua Umum untuk mengadap baginda Sultan .



Ketua Umum PKR itu juga kemudiannya sekali lagi mengulangi kepada seluruh ahli Umno agar sedar dan kembali kepada pakatan Rakyat kerana dilihat parti tersebut makin lemah dan tidak mendapat sambutan rakyat malah merosak kan hubungan Istana dan Rakyat.


“Cadangan kita dalam majlis Pakatan Pakyat , ialah Menteri Besar harus kekal di rumah rasmi kerajaan agar dapat menjalankan urusan kerja dan sehingga rundingan di selesai dan rakyat juga berikan pandangan. Jika tidak speker panggil sidang DUN .Saya tidak beli orang dan saya nak ulang tawaran kepada sesiapa dari Umno yang nak berhijrah ,tunggu apa lagi jika Umno telah rosak ,dan apa yang penting ialah rakyat.”