KEKAYAAN MEREKA DIKETIKA UMNO MEMERINTAH....DIKATAKAN AHLI MCA


 LIM KOK THAY PEMILIK TANAH  MSIA 145,000 HEKTAR. BUKAN CALANG2 ORGNYA


PATUTPUN BALUN RM2. 51 BILION DUIT MAYBANK, CIMB, RHB MELALUI GENTING HONG KONG.


BIKIN MUFLIS GENTING HONG KONG , TAPI TETAP MEWAH DGN HARTANAH? 


SEPATUTNYA SITA SEMUA ASET YG DIA ADA TERMASUK HARTANAH 145,000 HEKTAR NI.

LEBAI NI ULANG KISAH LAMA...NAK SERANG UMNO KA APA NIH




S04fi911nhlu23h1l
Tengok tarian singa boleh berapat rapatan..
Saf solat sampai sudah jarak-jarakkan
Bila gamaknya semuanya ini akan berakhir..sedangkan manusia yg paling patuh SOP setakat ini adalah jemaah Masjid dan surau..

PERCAYA KAH ....BUDAK BUDAK NI KADANG BELIT DEPA PUN KUAT..ALMAKLUM UMNO....

 

‘Umno silap-silap dia nak Zahid’ tak berasas, kami calon Ismail sebagai PM, kata Shahril




Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan, berkata Presiden Umno telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak menamakan diri sebagai Perdana Menteri walaupun mengepalai parti terbesar negara itu.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan membidas rakan sejawatannya dari Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, berhubung kenyataan dibuat untuk memburukkan parti itu, terutama berkaitan sokongan terhadap Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Shahril dalam catatan di Facebook meminta Ketua Penerangan Bersatu itu, menyemak semula fakta mengenai dakwaan beliau bahawa bukan Umno yang mencalonkan Ismail untuk jawatan tersebut.

“Umno dan BN (Barisan Nasional) memutuskan untuk mencalonkan Ismail sebagai calon tunggal mereka untuk jawatan tertinggi dalam mesyuarat pada 17 Ogos, tahun lalu.

“Tuduhan beliau ‘Umno silap-silap dia nak Zahid Hamidi’ tidak berasas. Beliau mungkin kurang faham dengan semangat parti yang bermusyawarah sebelum membuat keputusan,” katanya.

Tambah beliau lagi, tidak pernah sesekali Presiden Umno menuntut dicalonkan sebagai Perdana Menteri dan inilah realitinya ketika kerajaan Pakatan Harapan runtuh dan ketika Perdana Menteri bertukar.

“Pada 16 Ogos 2021, Presiden Umno telah mengeluarkan kenyataan beliau tidak pernah terlintas untuk menamakan diri sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai parti terbesar negara.

“Ini jelas sekali lagi bahawa Umno memilih Perdana Menteri sebagai calon selepas mesyuarat memutuskan dengan sebulat suara,” katanya.

Mengenai dakwaan Wan Saiful dengan istilah ‘kluster mahkamah’ yang mendesak supaya pilihan raya negeri (PRN) diadakan, Sharil menegaskan, pemimpin Bersatu pernah mengancam untuk menjatuhkan parti itu ketika kempen PRN Melaka.

“Presiden Bersatu (Muhyiddin), pernah mengugut mahu menekan butang dan boleh menyebabkan kerajaan Johor tumbang. Ketidakstabilan politik berpunca daripada Bersatu di Johor, bukannya ‘kluster mahkamah’ yang mencetuskan PRN.

Semalam, FMT melaporkan kenyataan Wan Saiful dalam ceramah Perikatan Nasional (PN) di Muar, bahawa sokongan partinya terhadap Ismail adalah bersyarat, dan mengingatkan Perdana Menteri bahawa Bersatu yang mencalonkannya untuk jawatan terbabit, selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

“Kita perlu ingat Ismail adalah Perdana Menteri hari ini bukan kerana Umno. Umno tidak pernah mencalonkannya.

“Mereka mahu Zahid (Ahmad Zahid Hamidi),” katanya merujuk kepada Presiden Umno.

Wan Saiful juga berkata, ‘kluster mahkamah’ Umno tidak mempedulikan usaha Ismail untuk mentadbir negara dengan jayanya.

Katanya, kumpulan ini mahu menyelamatkan diri dan menumpukan kepada perebutan kuasa serta mahu menjatuhkan semua orang, termasuk mereka yang membantu menaikkan namanya.

 


1,243 penolong pegawai perubatan tamat kontrak semalam, disambung khidmat





Sebelum ini, penolong pegawai perubatan ada merancang melakukan bantahan menyamai kumpulan doktor kontrak tahun lalu, sebagai menuntut kontrak mereka disambung.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melanjutkan perkhidmatan penolong pegawai perubatan selepas tempoh kontrak mereka tamat, bermula semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Shafiq Abdullah, berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bersetuju pada penghujung bulan lalu untuk meluluskan pelantikan semula kontrak seramai 1,243 penolong pegawai perubatan Gred U29.

Katanya dalam kenyataan, kumpulan lantikan itu dalam kalangan graduan Institut Latihan KKM yang tamat kontrak, pada 2 Feb.

Katanya, pemakluman berhubung pelanjutan kontrak berkenaan sudah dimaklumkan kepada Ketua Jabatan.

Shafiq berkata, tawaran pelanjutan kontrak bagi kohort lain yang tamat kontrak pada 2022 akan dibuat secara berfasa sebaik perakuan KKM diluluskan oleh agensi pusat dan SPA.

TIADA FAEDAH LAYAN PAS, PENDIRIAN UMNO TERANG LAGI BERSULUH

 

PAS terus melemparkan segala ugutan, tomahan dan sanggahan terhadap UMNO. Tiada faedahnya terus melayan karenah PAS. Pendirian UMNO telah terang lagi bersuluh.

Hanya PAS yang tidak tahu apa yang ia kehendaki. Susah kalau orang kegilaan talak ini kerana dalam fikiran mereka di buang sayang, di telan pahit.

Misi UMNO dan BN seterusnya ialah untuk terus mara kehadapan dan meninggalkan episod ini.

Yang akan menentukan kemenangan BN ialah sokongan masyarakat pelbagai kaum. Jadi keutamaan mesti diberikan untuk meraih sokongan masyarakat majmuk Johor.

Rakan-rakan UMNO dalam BN mesti memahami ini. Bahawa kemenangan mereka tidak lagi boleh disandarkan kepada UMNO semata-mata.

Mereka mesti tampil meyakinkan pengundi bukan Melayu bahawa BN mesti dikembalikan semula sebagai Kerajaan.

Meningkatkan sokongan bukan Melayu mesti menjadi strategi paling penting. Ada dua sebab kenapa ia sangat penting.

Pertama, kita mesti kembali kepada formula politik berkongsi kuasa dalam semangat perkongsian yang tulen.

Bukan hanya melantik seorang dua wakil bukan Melayu dalam Kerajaan sebagai gambaran sebuah kerajaan yang inklusif.

Keterangkuman mesti bersandarkan hasrat yang tulen dan murni, bukan pementasan wayang yang olok-olok.

Kedua, masyarakat bukan Melayu adalah bahagian penting dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik Malaysia.

Sampai bila mereka harus mempunyai perwakilan sipi-sipi dalam Kerajaan dan pentadbiran.

Telah sampai masanya mereka menjadi sebahagian dari Kerajaan dan menguruskan negeri dan negara ini secara bersama dengan UMNO, parti terbesar orang Melayu.

Terimalah hakikat bahawa hanya dengan UMNO, kestabilan politik dan perkongsian kuasa itu boleh diuruskan dengan jayanya.

61 tahun pengundi bukan Melayu memberikan kepercayaan kepada BN. Sekarang adalah masa untuk kembali ke pangkuan BN. Walaupun BN bukan sempurna, tetapi ia pasti lebih baik dari PH dan PN dalam menjamin kepentingan politik bukan Melayu.

KHALED NORDIN

Naib Presiden UMNO.

APA KATA ANDA





LATEST: Menantu Zahid pulak!





 

KEDUTAAN TAK BERFUNGSI, KJ TAK PEDULI!



ZUNAR 

Rakyat Malaysia di Indonesia 4 bulan dinafikan hak vaksin...

KEDUTAAN TAK BERFUNGSI, KJ TAK PEDULI!

Sebagai catatan, rakyat Malaysia di negara itu harus melalui kedutaan jika ingin mengambil vaksin.

Article dari Indonesia cara untuk orang asing mendapatkan vaksin di Indonesia :

https://www.google.com/.../berikut-cara-wna-akses...

Ramai rakyat Malaysia yang tinggal di Indonesia belum menerima vaksin kerana sikap acuh tak acuh kedutaan Malaysia dan juga Menteri Kesihatan Malaysia. Seorang suri rumah, Pn Aida memaklumkan kepada Zunar Kartunis Fan Club bahawa dia sampai sekarang belum divaksinasi dan kecewa dengan sikap pegawai2 kedutaan yang tidak memperdulikan rayuannya walaupun empat bulan berterusan mencuba. Menurut Aida, berbagai-bagai alasan diberi oleh pegawai2 kedutaan, walau dia berulang kali menghubungi mereka melalui whatsapp, panggilan telefon dan juga Facebook chatting. "Apa government buat? aku email ke KKM, ke covid task, kementerian luar negeri, aduan ke Jabatan perdana menteri, email ke 3 orang penasihat menteri kesihatan, pejabat timb menteri kesihatan, sampai DM ig syed saddiq, KJ.. Yang ada balasan hanya dri JPM auto reply = kami akan membawa masalah ini ke pihak berwajib.. Sampai aku tak tau nk mengadu kemana semua tak function, kata Aida. Hasilnya dia bersama ramai lagi rakyat Malaysia yang tinggal di Indonesia dinafikan hak untuk mendapat vaksin.

Di bawah adalah catatan Aida.

+++++++++++

Hye, di sini saya ceritakan secara ringkas perihal saya dan ramai lagi rakyat Malaysia di Indonesia yang sampai sekarang belum dapat vaksin.. Menteri kesihatan kita da sampai booster ke 4, rakyat dia kat luar negara ni terdampar tak dapat vaksin. Selama berhubung dengan pihak kedutaan dalam masa 4 bulan untuk menanyakan info vaksin, jawapan mereka adalah seperti berikut:

1. Aida: "Saya nak tanya pasal vaksin."

Kedutaan: "Di kedutaan tidak ada, silakan tanya di kejiranan anda."

2. Minggu kedua, tanya lagi Saya nak tanya pasal vaksin.

Jawapan: "Di kedutaan tidak ada sebarang program vaksin untuk rakyat."

3. Minggu berikutnya tanya lagi

Jawapan: "Belum ada sebarang arahan dari Putrajaya, masih menunggu arahan."

4. Di hari lain, tanya lagi: "Dekat hospital yang boleh saya vaksin berbayar?"

Jawapan: Kedutaan ada tak info hospital yang menyediakan vaksin berbayar untuk orang asing. Maaf tidak ada. Mohon berhubung langsung dengan pihak hospital.

5. Tanya lagi: "Kenapa di Malaysia, orang asing dapat vaksin free? Saya mau bayar tapi info mengenai vaksin pun tak ada??

Jawapan: "Itu kerana Dasar kerajaan Malaysia memperuntukkan semua vaksin untuk orang di Malaysia."

6. Lepas saya tekan lagi, dia bagi form FB kedutaan.

Jawapan: "Sila isi borang, di dalamnya ada persetujuan untuk membayar 800 ribu (230 ringgit) rupiah untuk dua dose vaksin sinopharm.

7. Tunggu agak2 dua minngu, tak ada jawapan. Saya whatsapp balik:

Setelah diisi rupanya hanya untuk semakan.. Hahaha

8. Setelah di tanya berulang kali melalui panggilan dan wahatsaap tanpa henti..akhirnya jawab: .

"Kami telah menghantar nama anda ke KADIN - (Kamar Dagang dan Industri Indonesia, seperti MITI di Malaysia) untuk vaksin."

9. Sebulan berlalu sepi... tanya lagi, dijawab "Kami masih menunggu maklum balas dari pihak KADIN."

10. Di hari lain, selepas ditanya lagi dan lagi dengan agak keras... Dijawab: "Kami dah "TANYA" tapi KADIN beritahu buat masa ni belum ada lagi vaksin untuk foreigner (padahal hari itu kau cakap dah bagi nama tinggal tunggu maklum balas).. Macam mana kau bagi nama sebelum tahu status?

11. Aku check dengan KADIN. Jawapan pegawai-pegawainya bahawa mereka tak pernah menerima sebarang permohonan rasmi dari kedutaan.

KOMEN PN AIDA.

Ini jawapan dari pihak kedutaan sangat tidak profesional, seharusnya kau ada segala info supaya kalau rakyat tanya tak malu nak jawap.. Sekali ketuk sekali jalan.. Kalau aku diam tak tanya memang tak buat apa2.. Aku bising2 nnti bergerak la kejap lepas tu senyap.

 

Razlan dakwa ramai pemimpin PAS jadi “buta tuli” selepas dapat habuan dari kerajaan PN

 



Panas!!! Razlan dakwa ramai pemimpin PAS jadi “buta tuli” selepas dapat habuan dari kerajaan PN. Seorang pemimpin Umno hari ini meminta Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin supaya bertanyakan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengenai siapa pengkhianat sebenar yang menghalang penyatuan ummah antara parti itu dan Umno.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Razlan Rafii, mendakwa ramai pemimpin PAS yang menjadi “buta tuli” selepas mendapat habuan jawatan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Nada seiring dengan PPBM (Bersatu) yang mengaitkan PRN Melaka kononnya salah Umno, walhal semua tahu Anwar (Ibrahim) menawarkan jawatan ketua menteri kepada Idris (Harun) dan habuan untuk tiga lagi Adun.

“Elok diam dan tak perlu nak ugut-ugut, penyatuan ummah dimulakan oleh Umno dan PAS, Bersatu adalah penghalang ketika itu.

“Tanya Takiyuddin, siapa pengkhianat sebenar! Siapa yang menghalang penyatuan ahli akar umbi dengan Umno? Ramai ahli PAS mahu bersama Umno tanpa PPBM, yang memegang jawatan dan habuan dari kerajaan PN sudah buta tuli melihat kebenaran perjuangan ummah sebenar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu Khairil Nizam dalam satu wawancara bersama Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berpandangan siri “pengkhianatan” oleh Umno bukan dicetuskan parti itu, tetapi oleh kumpulan tertentu di dalamnya.




Katanya, kesabaran PAS dalam mendepani kerenah Umno ada batasnya.

“Jadi kita tak boleh letakkan Umno secara keseluruhan dalam satu bakul. Ada kluster-kluster tertentu. Penghormatan PAS kepada Umno adalah terhadap kluster yang mahukan penyatuan ummah dan yang fokus untuk Malaysia kembali kepada tempatnya selepas berdepan dengan Covid-19,” katanya dalam wawancara itu.

Dalam ada itu Razlan mendakwa antara pemimpin PAS yang bersikap berdiam diri apabila menerima habuan PN termasuk Khairil Nizam sendiri selepas dilantik sebagai senator.

“Mana-mana pihak dalam PAS yang mendapat habuan pangkat serta jawatan seeloknya mengambil sikap senyap, takkala ketua pemuda PAS dilantik Senator, ketua pemuda Umno terus berjuang, takkala Muhyddin Yassin membeli hati PAS dengan jawatan dan pangkat, akar umbi Umno dan PAS terus bergelut berjuang tanpa hilang sekelumit sayang pada ummah.

“Selagi ada yang memikirkan keuntungan peribadi, selagi itu semangat kesatuan ummah akan dikuburkan,” katanya lagi.

AIR PUN TAK DAPAT SEDIA...SATELITE PULAK NAK KELENTONG

 

MOHD AFFENDI ABAS


Keperluan asas air bersih pun PAS gagal nak selesaikan. Berjanji pulak pasal satelit??!

APA DAH JADI HOSPITAL PATUH SYARIAH TU!!.. Dah masuk 4 tahun tiang pun xder lagi..😂 Kuat beno lebai kencing.

SUASANA MEETING 2 KUPANG TURUN REGA AYAM



 







MAMAT NI MERUNGUT TENTANG PERBANKAN ISLAM LOAN ISLAMIK BELI RUMAH

Muhammad Ezral

tS5tc5n44fs74h105c  · 

Rumah makin mahal adalah kerana RIBA.

Shariah compliance tang mana lah tu ?

Kau tengok sajalah link bawah ni penerangan mamat yang kuat bekap islamix bengking akhirnya nampak kedunguannya.

https://www.facebook.com/pendekarmuda30/posts/10218838326420852

Dah banyak aku tulis pasal islamix bengking ni. Hanya si jahil dan yang ada penyakit wahn saja yang kata ianya tiada riba.

Letaklah istilah nama apa sekalipun financing ke, gharamah ke, ta'widh ke, bai innah ke, bai bithamin ajil ke, al ijarah tsumma bai ke tawarruq ke, hanya yang jahil saja tak nampak semua ni.

Bila dah namanya beng of course ianya tertakluk bawah bnm sememangnya produknya adalah wang mana ada rumah, kereta.

Kalau jual beli of course kau nak beli kereta, rumah ke direct je pergi beng sebab mereka ada aset tapi ke mana kau pergi untuk beli rumah kereta ? Kau pergi ke bank untuk apa ? Pinjam duit sahaja sebab mereka tiada rumah tiada kereta.

Makcik jual nasi lemak tepi jalan tu lagi

hebat

bisnes nya. Itu baru bisnes jual beli namanya nak beli nasi lemak dia ada nasi lemaknya.

Sekarang beng just main angka digital saja maaa just tekan2 kat komputer terus masuk ke sana ke sini. Mudahnya kan duit diberanakkan.

Akhirnya terjadilah inflation. Rumah makin lama makin mahal adalah kerana riba. Rumah asalnya harga 675k, dulu lagi murah then kena bayar 2m kerana riba ni.

Pastu yang dah kena bayar 2m ni, takkan nak jual 2m jugak rumah ni. Mesti dia up jadi 3m. Lepas tu orang lain pulak bedal loan riba bank, so kenalah pulak bayar jadi 6m akhirnya next generation kena beli rumah dengan harga puluh2 juta pulak lepas ni.

Kau letaklah nama islamix bengking ke, ikhlas, fatonah, tabligh, jannatul firdaus bengking sekalipun tetap berperang dengan Allah dan Rasul.

Yang kena dosa riba ni bukan hanya beng saja ok. Tapi termasuklah peminjam, saksi dan jurutulis.

Bertaubatlah segera sebelum masuk ke lubang kubur. Azab Allah itu amatlah berat. Dunia ni hanyalah seketika. Kita akan pulang semula ke sana.

Aku nasihat ni takda untung pun walau sekupang. Tapi sebagai peringatan agar aku dapat jawab soalan di sana ketika hisab aku dah beripun peringatan masa hayat aku di dunia ni. Terserah untuk terima atau tidak.


Air botol ‘kayangan’: Anak bekas menteri Umno anggap “teruk sangat orang bebal”




Oleh FAZLI RADZI / February 3, 2022

Mohamed Nedim Nazri menempelak sikap orang ramai di media sosial yang membangkitkan isu air botol mineral jenama Evian.

Anak bekas menteri Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang juga kini Ahli Parlimen Padang Rengas mempersoal bagaimana golongan muda ini akan menjadi pemimpin akan datang.

Jenama minuman dengan sumber airnya dikatakan digali di French Alps itu hangat diperkatakan di Twitter selepas dikesan ‘muncul’ dalam mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 31 Januari lalu.

“Teruk sangat orang bebal sekarang ni, pasal air mineral pun depa cari point.

“Generasi muda jenis ini nak jadi pemimpin masa depan? Mampuih,” kata Nedim, 39, di Twitter.

Untuk rekod, ‘Evian’ muncul sohor dengan 18,000 ciapan di Twitter setakat jam 3.30 petang ini.

Nedim yang juga suami kepada pelakon cantik, Nora Danish itu sebelum ini dikecam selepas mengeluarkan kenyataan mendakwa mangsa banjir ‘demand’ kerana meminta pelbagai barangan termasuk selimut dan gula.

Komentar Nedim berkenaan air botol Evian itu kemudiannya mengundang reaksi warganet.

Antaranya, Mohammad Faeez Harith yang menegaskan sebotol air minuman itu boleh membeli separuh ekor ayam.

“Itu boleh sara hidup keluarga kecil untuk dua hingga tiga hari makan. Ah engkau, mangsa banjir minta gula dengan selimut pun kau dah membebel, koyak,” katanya.

Sementara itu, pengguna Twitter @mystiquevelvet pula berkata, orang istimewa yang dibesarkan dengan sudu perak tidak akan pernah memahami nasib rakyat biasa.

“… saya khuatir anda tidak dibesarkan oleh ibu bapa anda untuk mempunyai belas kasihan atau empati,” ujarnya lagi.

Bagi Farhan Akhbar pula secara sinis bertanyakan sama ada wujud atau tidak anak-anak ahli politik Umno yang bijak.

“Tiada seorang pun anak ahli politik Umno yang pandai-pandai ke? Dari anak presiden hingga anak menteri besar, anak ahli parlimen semua sama bangang saja,” kecamnya.

 

 

SATELIT PUAKA - KELANTAN GUNA SATELIT TINGKATKAN JARINGAN INTERNET-OWHHHH...INGAT SELAMA NI PAKAI GELOMBANG CAP AYAM









DIA YANG SENTIASA BETUL- PEEERGHHHH

 

MOHD SHAH RIM




KEH..KEH.....

 

Pelik tapi benar..

Harga siling ayam hanya diturunkan 20 sen.
Tapi kerajaan boleh bazirkan RM150 juta untuk buat PRN Johor yang tidak sepatutnya berlaku.

ABDULLAH MAT ISA





OWHH MALAYSIA NI DIKUTUB UTARA KOT....


Selama ni Malaysia alami musim sejuk kot? Bila tiba Kerajaan Melayu-Isle .. cuaca jadi panas & ayam x bertelur!

🤣🤣🤣🤣