SAIFUDDIN BOCORKAN RAHSIA, TITAH TAHANAN RUMAH TIADA DLM SURAT KPD PENJARA

WALAUN KESIAN SUNGGUH! MEREKA FAHAMKAH ISU ADENDUM INI! MARI DENGAR PENC...




ADENDUM DI SOROK? ANTARA TUDUHAN & DAKWAAN GENG PAS & PERIKATAN NASIONAL...



Kes samada adendum wujud atau tidak sebenarnya baru bermula.
1. Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan majoriti 2-1 yang telah di ketahui ramai.
2. Cuma saya nak ulas sedikit dalam bahasa awam agar semua dapat memahami situasi yang sedang berlaku selaras dengan sistem perundangan negara.
3. Di Mahkamah Rayuan hari ini, Hakim belum lagi membicarakan samada Titah Adendum itu wujud atau tidak. Belum lagi.
4. Yang di bicarakan hari ini adalah samada keputusan Mahkamah Tinggi menolak memberikan Kebenaran Semakan Kehakiman Najib, samada keputusan itu (tidak memberikan kebenaran) adalah keputusan yang betul atau tidak.
5. Masih ingat kan apabila Hakim Mahkamah Tinggi menolak daripada memberikan Kebenaran Semakan Kehakiman atas alasan antaranya bahawa Afidavit yg di failkan Zahid Hamidi dan Wan Rosdy sebagai Keterangan Dengar Cakap (hearsay).
6. Jadi, untuk melawan hujahan "Hearsay" di atas, team Najib memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk memasukkan bukti tambahan melalui Afidavit Nizar yang mengesahkan berkaitan adendum berkenaan berdasarkan komunikasi beliau dengan Baginda Sultan Pahang.
7. Prosiding Semakan Kehakiman ni ada 2 peringkat. Peringkat 1 adalah Kebenaran (leave) manakala Peringkat 2 adalah Merit. Di Peringkat 1 Merit kes (samada titah adendum itu wujud atau tidak) belum lagi akan di pertimbangkan oleh mahkamah (itu kena lepas Peringkat 1 baru pergi Peringkat 2)

8. Pertimbangan mahkamah (di Peringkat 1) adalah samada kes Pemohon munasabah atau tidak untuk di teruskan perbicaraan di Peringkat 2.
9. Jadi di sebabkan tiada cubaan penafian oleh Pejabat Peguam Negara (di Peringkat 1) (sepertimana Hakim rasa "terganggu" dgn surat istana yang di kemukakan hari ini) maka majoriti Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Najib telah melepasi syarat minima untuk melepasi Peringkat 1 untuk pergi ke Peringkat 2.
10. Jadi sebab itulah saya katakan bahawa isu samada Titah Adendum itu wujud atau tidak sebenarnya hari ini baru bermula apabila Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan perbicaraan Peringkat 2 di teruskan di Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim berbeza. Sumber Berita 1. FB Norman Radzuan



Anwar antara 10 pemimpin dunia yang diperhatikan pada 2025, kata media Singapura



 

Media Singapura menyenaraikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai antara 10 pemimpin dunia yang diperhatikan pada 2025 sebaris dengan Presiden AS, Donald Trump.

Anwar menggalas tugas besar pada tahun 2025 apabila memulakan tanggungjawab memimpin rantau Asia Tenggara selaku Pengerusi ASEAN.

Media luar melaporkan, kepengerusian Anwar akan menguji kepimpinan Asean beliau dalam memajukan rantau ini.

Dua inisiatif besar Asean, yang bertahun-tahun diusahakan, dijangka akan dimuktamadkan di bawah pengawasan Datuk Seri Anwar.

Pertama ialah penambahbaikan kepada Kawasan Perdagangan Bebas Asean-China, yang akan meningkatkan pertukaran dan pelaburan ekonomi antara wilayah.

Kedua ialah Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital, yang diunjurkan menggandakan saiz ekonomi digital Asean pada 2030 dengan mengurangkan halangan dan membangunkan piawaian untuk e-dagang rentas sempadan, pembayaran digital dan penggunaan kecerdasan buatan (AI).


“Anwar akan mengaitkan kejayaan ASEAN sebagai hasil daripada usahanya untuk menarik lebih banyak pelaburan asing ke rantau ini dan memajukan pembangunan ekonomi Malaysia secara keseluruhan.

“Namun, dia mahukan lebih banyak lagi – peluang menjadi pemimpin global,” lapor The Straits Times.

Anwar adalah pemimpin yang melihat jawatan pengerusi ASEAN Malaysia 2025 sebagai peluang untuk mengubah dunia dan hala tuju kumpulan itu.

Mengkritik “dunia unipolar lama”, pemimpin berusia 77 tahun itu menyeru perubahan dalam sistem kewangan global yang dianggapnya mengutamakan Negara-Negara Utara berbanding Negara-Negara Selatan.

Pengkritik mungkin menganggapnya sebagai oportunis, tetapi Anwar berkata sudah tiba masanya Negara-Negara Selatan (dan Timur) memainkan peranan dalam mengubah struktur yang “menyisihkan negara membangun”.





PM Anwar Luncur Maskot Beruang Matahari Sempena Visit Malaysia 2026

 

Majlis peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di KLIA Sepang pada Isnin. Foto Bernama

SEPANG, 6 Jan – Beruang matahari dipilih sebagai ikon dan maskot bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang disempurnakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih menarik, watak Wira bagi beruang jantan dan Manja untuk beruang betina diperkenalkan bagi memeriahkan kempen sepanjang tahun depan.

Majlis peluncuran VM2026 disempurnakan Perdana Menteri dan dihadiri Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Peluncuran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) di KLIA, Sepang pada Isnin. Foto RTM

Beruang matahari dipilih kerana ia merupakan spesis beruang terkecil di dunia dan merupakan spesies yang unik serta asli di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Watak Wira dan Manja itu direka dalam gaya animasi yang comel dan menarik untuk memikat semua peringkat umur selain menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

Majlis peluncuran Visit Malaysia 2026 disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di KLIA Sepang pada Isnin. Foto Bernama

Ikon kempen itu diperkenalkan buat pertama kali pada Majlis Pelancaran VM2026 di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB), di sini hari ini.

Pada majlis sama, Anwar turut melancarkan logo VM2026 yang melambangkan budaya berwarna-warni, keindahan semula jadi dan daya tarikan Malaysia kepada global.

Dalam ucapannya, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan tiada negeri akan terpinggir dalam kempen VM2026 sebaik diluncurkan hari ini.

Jabatan Penjara Tak Terima Titah Adendum Agong Ke-16 – Saifuddin Nasution

 


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebaliknya menegaskan pihak penjara hanya menerima surat daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri berkaitan pengurangan hukuman dan denda membabitkan Najib.

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Jabatan Penjara tidak menerima sebarang titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, jelas Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri Dalam Negeri sebaliknya menegaskan pihak penjara hanya menerima surat daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri berkaitan pengurangan hukuman dan denda membabitkan Najib.

“Pada 2 Februari 2024, KDN khususnya Jabatan Penjara, kita menerima surat daripada BHEUU iaitu sekretariat dalam Lembaga Pengampunan dan dalam surat itu ada dua perkara, pertama disertakan minit mesyuarat dan kedua ialah perintah.

“Minit mesyuarat mengandungi semua perbincangan yang berlangsung (dalam Lembaga Pengampunan), itu saya tak boleh dedah sebab rahsia besar dan perintah pula ialah mengenai pengurangan hukuman ke atas Datuk Seri Najib seperti mana yang diketahui sebelum ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah ketika berhujah mengemukakan bukti tambahan dalam rayuan Najib bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan mendedahkan Titah Adendum dan melaksanakannya berkata, Titah Adendum yang ditandatangani sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu wujud namun disembunyikan daripada umum.

Peguam kanan itu dalam hujahannya berkata anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar mengetahui kewujudan dokumen titah bertarikh 29 Januari tahun lalu, pada 2 Disember tahun lalu melalui surat daripada istana di bawah arahan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kebiadaban Pas semakin menjadi-jadi apabila Ahli Parlimen Pas Pasir Musang menggambarkan Agong sebagai ‘biawak’ dalam hantaran di Facebook. Foto Suara Rakyat

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, berdasarkan perintah yang yang diterima ketika itu, Najib diberi pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 manakala denda dikurangkan kepada RM50 juta dan sekiranya tidak dibayar, tempoh penjara ditambah selama setahun dengan tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029.

“Perintah itu ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

“Jadi surat yang Jabatan Penjara terima, tidak ada menyebut tahanan rumah dan sebagai jabatan yang melaksanakan perintah oleh Pengerusi Lembaga Pengampunan (Al-Sultan Abdullah), maka Jabatan Penjara harus amanah dalam melaksanakannya dan itulah yang kami laksanakan,” katanya sambil menunjukkan salinan surat perintah berkenaan.

Ditanya sama ada Istana Pahang ada berhubung dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai titah tambahan itu, Saifuddin sekadar memaklumkan tiada.

“Jadi mengatakan bahawa KDN khususnya Jabatan Penjara tidak patuh, tidak akur, dikatakan menyembunyikan apa-apa keputusan Lembaga Pengampunan, itu tidak tepat.

“Bagaimana kami nak melaksana (titah tambahan) jika kami tidak menerimanya,” katanya.

Ditanya pula sama ada minit mesyuarat terbabit ada menyentuh mengenai tahanan rumah kepada Najib, Saifuddin mengesahkan bahawa perkara itu tidak ada dalam dokumen berkenaan.






Isu addendum tahanan rumah dan penjelasan Saifuddin




Adendum tahanan rumah wujud ke?
Ya, ia wujud

Sah atau tidak?


Tidak sah kerana tidak sempat dimasukkan di dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan


Apa yang sempat masuk Lembaga Pengampunan?
Pengurangan hukuman terkini DS Najib.



Boleh buat rayuan ke sebab ianya wujud?
Boleh. Ambil masa


Jadi Najib bebas ke sekarang sebab adendum wujud?
Belum bebas. Masih di penjara menjalani hukuman 6 tahun penjara & denda 50 juta


Kerajaan tipu! Sembunyikan adendum?
Kerajaan tak pernah nafikan. Kerajaan hanya hormati prosedur mahkamah


Adakah kerajaan masukkan agenda permohonan pengampunan diraja kepada YDPA Sultan Ibrahim?


Sudah dimasukkan dan Istana Negara sudah keluarkan kenyataan perlu melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan baharu di bawah YDPA ke 17 Sultan Ibrahim.


Kerajaan sekarang menjunjung titah YDPA dan mengikuti proses undang-undang negara, bukan main langgar je macam PAS derhaka.



KES NAJIB NI TAK MENGUNTUNGKAN KITA PUN


 

WOIII.. HANG MABUK PA NI?


 

Ringkasan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini berkaitan kes "Titah Addendum":


Che Ibrahim. 


1. Najib dibenarkan memulakan prosiding Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi. 

2. Najib dibenarkan memasukkan affidavit tambahan dalam permohonannya. 

3. Hakim bersetuju dengan permohonan Najib supaya kes in didengar oleh hakim lain. 

4. Pengurusan kes akan didengar pada 13/1/2025.




JADINYA MAHKAMAH MEMANG BEBAS.


Che Ibrahim


 Alhamdulillah semua pihak telah mengaku mahkamah adil, sistem kehakiman kita bebas..... 


Maka kita tunggulah apa keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Addendum itu:



Adakah titah itu benar benar wujud? 


Adakah titah itu laku @ kerajaan kena laksanakan tahanan rumah untuk najib?


Adakah kerajaan sembunyikan titah itu atau ada hujah bagi kerajaan mengapa ianya tidak dilaksanakan??


Setakat ini titah itu "dikatakan"  ada, bukan kata ada.... Tu jah baru



NASIB BAIK ANWAR. KALAU ATOK DULU GAS DAH SAMPAI.


 

NOH.. DEPA MEMANG HARAMJADAH.....


 

PENYOKONG NASIB DIHALANG. SIKIT JA.. BAGI JA DOK KAKI LIMA MAHKAMAH TU.


 

PATUT LAH TAK HADIR DEWAN. MACAM PONTENG KERJA... RESYUAH YANG TAK NAMPAK.. RESYUAH.. RESYUA... KIOK...


 

TAPI PEJUANG DAH PUN MELINGKUP





TAK FAHAM RUPANYA PUAK PUAK NI.. JIN POLITIK

 

Mat Mat


YDPA bertitah mana-mana permohonan banduan hendaklah melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Di Pertuan Agong..tapi penderhaka2 #pas punya #biadap tak sabar nak pencuri duduk rumah tanpa itu aturan..punya #derhaka pepuak Parti Jin nii..😓




UMNO pun tak pergi, Bersatu tegur ahli tak perlu ‘beria’ turun berhimpun




Seorang pemimpin Bersatu mengingatkan ahli parti itu supaya tidak “beria-ia” menyertai himpunan solidariti untuk Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman pagi ini.

Kata Setiausaha Bersatu Wilayah Persekutuan, Mahathir Rais, UMNO yang sama parti dengan Najib Razak pun mengumumkan tidak berhimpun, mengapa Bersatu pula bersungguh mahu bersolidariti.


“Adalah lebih baik jika ahli parti tidak terlibat. Sedangkan, UMNO parti yang berkaitan secara langsung dengan Najib tidak turut serta, mengapa pula kita perlu beriya-iya mahu bersama?” katanya memetik FMT.


Mengenai tindakan rakan sekutunya, Pas kekal menyertai himpunan itu, Mahathir berkata pihaknya menghormati keputusan rakan komponen kerana hak berhimpun termaktub dalam undang-undang.

Namun katanya, penting memastikan himpunan tidak mencetuskan sebarang provokasi atau ketegangan dalam masyarakat.

Hari ini Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu.


Pihak Jabatan Siasatan dan Pengutakuasaan Trafik (JSPT) sudah mengatur petugas ke lokasi itu sejak tengah malam tadi.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed menyeru orang ramai untuk berhimpun di Istana Kehakiman hari ini kerana ia tidak mendapat kebenaran, sekali gus tidak mematuhi syarat termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.



Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyertai himpunan yang melanggar undang-undang.




PM Anwar Luncur Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Peluncuran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) di KLIA, Sepang pada Isnin. Foto RTM

SEPANG, 6 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Peluncuran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) di sini pada Isnin.

Perdana Menteri tiba di Hangar 6 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 10.30 pagi diiringi Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Exco pelancongan dan kebudayaan negeri-negeri termasuk menteri-menteri pelancongan dari Sabah dan Sarawak.

Datuk Seri Anwar dijadual menyampaikan ucapan perasmian seterusnya melancarkan Logo dan Maskot VM2026 serta lagu rasmi bertemakan ‘Malaysia Truly Asia’ sebagai simbolik peluncuran.

Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia melihat potensi memacu pertumbuhan sektor pelancongan dapat digarap dengan lebih pesat pasca peluncuran yang dilangsungkan hari ini.

Menurut Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, persediaan negara perlu dimulakan dari sekarang.

“Kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026 berpotensi menjana limpahan ekonomi dalam pelbagai sektor dan memberi manfaat kepada industri kecil dan sederhana tempatan.

“Mesyuarat Hala Tuju Sektor Pelancongan Negara memperincikan pelbagai strategi dan inisiatif untuk melonjakkan industri pelancongan negara. Insya-Allah, Malaysia akan kembali sebagai destinasi utama tarikan pelancong dalam dan luar negara,” katanya pada 23 November tahun lalu.


KENAPA PAS MENENTANG DAP? APA SEBABNYA? MASA MEREKA JADI KERAJAAN APA YA...




LAPORAN POLIS TERHADAP MP PAS FADHLI SECARA BESAR BESARAN AKAN DIBUAT OL...


Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Hasbie Muda mengarahkan ahlinya di seluruh negara membuat laporan polis terhadap Ahmad Fadhli atas dakwaan menghina institusi diraja. ======================================================

=================== Polis akan melakukan sekatan jalan di sekitar Putrajaya dan melakukan pemeriksaan terhadap setiap individu yang memasuki pusat pentadbiran itu menjelang perhimpunan yang dirancang esok..

Ketua Polis Daerah Putrajaya Aidi Sham Mohamed mengulangi amaran pihak berkuasa supaya orang ramai tidak menyertai perhimpunan di Istana Kehakiman anjuran parti-parti politik bagi menunjukkan sokongan kepada bekas perdana menteri Najib Razak yang dipenjarakan.
"Orang ramai dilarang untuk menyertai Perhimpunan Aman esok di Putrajaya kerana perhimpunan tersebut tidak mendapat kebenaran dari pemilik tanah sekaligus tidak mematuhi syarat-syarat seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Pihak Polis akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana orang yang menyertai perhimpunan tersebut kerana ia melanggar undang-undang sedia ada. "Pihak Polis juga akan mendirikan beberapa sekatan jalan raya di jalan-jalan masuk ke Putrajaya dan akan membuat pemeriksaan yang ketat ke atas semua orang yang akan memasuki kawasan Putrajaya esok. “(Ini) bagi memastikan tiada apa apa senjata, banner atau sepanduk yang mengandungi perkataan atau unsur-unsur jelik atau hasutan berhubung dengan perhimpunan esok. "Orang ramai diingatkan agar jangan hadir perhimpunan besok," katanya pada satu kenyataan hari ini.









TAKKAN 100 ORANG SAJA...TU CAM LAPORAN TV3 ZAMAN DULU DULU.....BAGI LA SIKIT SOKONGAN.

 

Himpunan Hadapan Istana Kehakiman Hanya Dihadiri Kira-Kira 100 Orang

Orang ramai berhimpun sekitar Istana Kehakiman seawal jam 7 pagi sementara menunggu Najib tiba dari penjara. Foto RTM

PUTRAJAYA, 6 Jan – Hanya kira-kira 100 penyokong Datuk Seri Najib Razak dan penyokong Pas berkumpul di luar Istana Kehakiman bagi menyertai solidariti terhadap bekas perdana menteri itu berhubung prosiding Mahkamah Rayuan bagi menentukan ada atau tiada Titah Adendum.

Tinjauan mendapati orang ramai mula hadir di luar Istana Kehakiman seawal jam 7 pagi dan turut kelihatan hadir bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Kebanyakannya berada di kawasan sekitar gerai berhadapan bangunan mahkamah itu sambil memerhatikan dari jauh dengan kawalan pasukan keselamatan.

Sementara itu Najib dilihat tiba memasuki bangunan Istana Kehakiman pada jam 8.30 pagi diiringi kenderaan anggota penjara.

Penyokong yang berada di luar Istana Kehakiman turut melaungkan ‘Hidup Bosku’ sebagai menyambut kehadiran Najib.

Setakat jam 8.50 pagi tadi, bilangan yang hadir untuk mengikuti prosiding dan menyertai himpunan tanda solidariti kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu semakin bertambah.

Pendengaran yang pada asalnya dijadualkan pada 5 Disember tahun lalu dimulakan di hadapan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.






PREMIER SARAWAK KELUAR KENYATAAN KEDUDUKAN DS ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERD...



Premier Sarawak Abang Johari Openg sekali lagi menyeru agar Anwar Ibrahim diberikan peluang untuk menghabiskan tempoh lima tahun sebagai perdana menteri.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata terdapat pihak tertentu yang sibuk bercakap di media mengenai usaha menggantikan Anwar.
"Mengapa (adakah) perlu menggantikannya (Anwar) sedangkan tempohnya belum tamat lagi?" katanya dipetik sebagai berkata oleh NST hari ini.
“Jika orang tidak berpuas hati dengan kita (kerajaan perpaduan), maka (mereka harus) menunggu pilihan raya umum.
“Tetapi pada masa ini, jangan (paksa tukar),” tambahnya. Dia berkata demikian ketika mengulas usaha sesetengah pihak untuk menggantikan Anwar sebagai perdana menteri. Premier Sarawak itu bagaimanapun tidak menamakan sesiapa.
Bulan lalu, Ketua Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria (gambar bawah) mendedahkan parti itu masih bercita-cita untuk membentuk kerajaan sebelum pilihan raya umum akan datang. =============================================================================== Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan beliau berasa amat senang untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara itu katanya adalah disebabkan rasa yakin dan percaya yang terbina di antara satu sama lain. Berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat di Rumah Robert Edmund, Nanga Sebatu di sini sempena lawatan Anwar ke Kapit, beliau berkata Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri itu masih ‘manis’ sebagaimana pada masa ia ditubuhkan pada 1963. Beliau berkata Anwar banyak membantu usaha-usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. “Senang ini adalah disebabkan oleh yakin dan percaya satu sama lain. Macam saya kata, kita sentiasa bersatu padu menyokong kerajaan membangunkan wilayah kita,” katanya.







SANUSI KATA ELOK AMBIL PELUANG KES NAJIB


 

Sanusi anggap himpunan Najib ‘peluang terhidang’ seperti tangkap ikan depan mata

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor menggambarkan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Razak adalah mengenai peluang terhidang seperti menangkap ikan yang sudah di depan mata.


Beliau menafikan Pas mengambil kesempatan di atas isu tersebut, namun katanya arena politik adalah mengenai peluang seperti itu.

Katanya, rugi jika “tidak disauk ikan yang sedang lalu”.


“Kalau ikan lalu kita tak sauk rugilah, cuma nak sauk itu ada alat atau tiada. Jangan sampai kita bom ikan itu, sauk elok-elok,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.


Hari ini Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan Najib untuk kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman mengenai kewujudan Titah Adendum.



Mahkamah akan menentukan wujud atau tidak titah berkenaan yang membolehkan Najib menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan di rumah.


Bekas Perdana Menteri itu merayu untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman dalam usaha memaksa kerajaan dan enam yang lain mengesahkan kewujudan titah berkenaan yang didakwa diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.









TUDUHAN KERAJAAN SEMBUNYIKAN ADENDUM NAJIB! INI RESPON DAN PENCERAHAN DS...




Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak esok berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah, berdasarkan dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum menyokong permohonan tersebut. Pendengaran yang pada asalnya dijadualkan pada 5 Dis tahun lalu akan dimulakan pada pukul 9 pagi di hadapan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril. Mahkamah juga akan mendengar permohonan bekas perdana menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan bagi menyokong dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum tersebut. Pendengaran itu ditangguhkan ke 6 Jan selepas peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada panel tiga hakim bahawa beliau telah memfailkan permohonan pada 3 Dis lepas untuk mengemukakan keterangan tambahan. Najib, 71, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai tahun lalu yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16. Najib mendakwa Titah Adendum itu akan membolehkan bekas perdana itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong tuntutannya termasuk kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak boleh diterima kerana ia khabar angin semata-mata. Najib memohon perintah mandamus untuk memaksa responden menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Jan tahun lepas. Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonannya. Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga memohon perintah, jika titah itu wujud, maka semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah. Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022. Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

SAKAW BILLION.

 

La Jo Ir


Solidariti terhadap orang bersalah kerana salah guna kuasa isu personal yang melibatkan berpuluh2 billion kepentingan dana rakyat, ada hutang yang Masih perlu dibayar sehingga 2039 termasuk hutang kumpulan amanah pencen 4.12 billion?

 Sepatutnya dilakukan ketika kes sedang berjalan bukannya apabila hampir semua mahkamah sebulat suara telah menjatuhkan hukuman bersalah.



DULU TUDUH SEKARANG BELA.

 

Fairul Al Qasas


Banyakkan bertaubat. Semoga kita diampuni-Nya




NAJIB TIBA DI MAHKAMAH JAM 8.30 PAGI


RMS. 


 Banduan Najib tiba jam 8.30 pagi tadi diIstana Kehakiman, kes rayuannya akan diputuskan hari ini


Bebas penyamun..?? hahhaa




WOOOOIIII..... PARKING ELOK ELOK LA.


Zamri Zainal Abidin


 Orang nak pergi kerja dia nak berhimpun bagai. Datang Putrajaya sekali sekala, parking bas sebarangan.




AUUUMMMMM..... BLAH...

 

RMS


Wakil Presiden PAS...ditanya mana Takiyuddin.. ada urusan diKedah..




KESIAHAN... DEPOSIT BAS BAYAQ DAH.. HIMPUNAN UMNO TAK SERTAI.... NOHHHHHHH


 

WOIII LEBAI LETOP.... TAHUN 2025 DAH PUN..


 

KEH.. KEH.. KEH.. PESANAN DIN.

 

CnP


Pesanan Pengerusi PN untuk walaun yang datang berkumpul esok.

:)