USAHA BAGI RAKYAT CUKUP MAKAN. WALAUN BUKAN BOLEH.. GETAH SEKERAP 4.80 DIA BUAT BODO JA... SAWIT NAIK DIA BUAT BODO JA... TU JA PERANGAI.. TAK CUKUP MANJANG... TAUBAT LA WALAUN SIANG MALAM MAHAI MAHAI..


 Petang tadi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara Bil. 2/2024, iaitu platform tertinggi bagi Kerajaan untuk menekuni isu terkait sekuriti makanan serta kebajikan petani dan pesawah. 





Mesyuarat antara lain memberi tumpuan kepada isu produktiviti hasil padi negara. Dalam soal ini, saya mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk memastikan tambahan hasil padi yang signifikan pada tahun 2025. 


Sasaran ini penting bagi untuk meningkatkan hasil pesawah, di samping memastikan keterjaminan bekalan padi beras sebagai makanan ruji negara.


Dengan strategi yang proaktif dan kerjasama semua pihak, agenda keterjaminan makanan akan terus didukung oleh Kerajaan MADANI bagi kemaslahatan dan kebajikan rakyat Malaysia.


#MalaysiaMADANI



ORANG MUDA GELOJOH... TAPI ADA TITLE DR TU YANG PELIK... TARAK BACA PUNYA OLANG

 


𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹.𝗴𝗲𝗹𝗼𝗷𝗼𝗵. dan kegelojohan Akmal ni perlihatkan dia 𝗱𝗶 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗻𝗮 selama ini. Akmal nampaknya satu nada dengan walaun dan lebai yang 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗽𝗶𝘀𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻.



Menurut 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗭𝗮𝗳𝗿𝘂𝗹, 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻 pemimpin UMNO yang menghubunginya untuk dapatkan cerita sebenar. Semua terus bising di 𝗺𝗲𝗱𝘀𝗼𝘀. Termasuklah Akmal sendiri.


Kita bertabaiyun. Mungkin telefon Akmal 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀 𝗸𝗿𝗲𝗱𝗶𝘁 jadi dia tak dapat telefon Tengku Zafrul. Atau mungkin Akmal memang tunggu 𝗶𝗻𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗯𝗲𝗴𝗶𝗻𝗶 untuk teruskan agendanya pecahkan Perpaduan. Sebab tu bila ada je peluang, dia tak tunggu lagi.


Akmal 𝗸𝘂𝗱𝗮 𝘁𝗿𝗼𝗷𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂? Aku tak ada bukti. Tapi kalau ditafsir dari responnya ini, itulah 𝗷𝗮𝘄𝗮𝗽𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶𝗮𝗻. Sebab dalam kepalanya cuma ada: 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻.


Akmal bukan tak tahu UMNO memang tak kuat. Dia bukan tak tahu kalau UMNO keluar Perpaduan ibarat 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗶 𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Tapi kenapa dia masih juga mahu ia berlaku?


Sebab Akmal bukan nak UMNO/BN bergerak sendiri. Sebaliknya dia nak bawa UMNO 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 dan jadi 𝗯𝗼𝗻𝗲𝗸𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 sebagaimana yang terjadi sebelum ini. Itu saja matlamatnya.


Sekarang telah terbukti 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗭𝗮𝗳𝗿𝘂𝗹. Dan Tengku Zafrul pun belum pernah buat permohonan secara rasmi. Ternyata Akmal telah buat tuduhan yang salah.


Tuduhan Akmal sebenarnya melukakan perasan 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝙖𝙡𝙡𝙮 dalam Perpaduan. Tapi adakah Akmal akan minta maaf? Aku tak fikir begitu. Rasanya egonya sama tebal dengan si 𝗠𝗮𝘀𝘁𝘂𝗿𝗮 𝗦𝗲𝗽𝘂.


Nampaknya pada Akmal, cuma UMNO je jangan diusik tapi dia nak biadab dengan orang lain tu ikut suka mak bapak dia. Contoh perangai 𝘀𝗮𝗺𝘀𝗲𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻. 


Harap Presiden UMNO boleh ajak pemimpin UMNO bermuhasabah. Kalau orang level Tangku Zafrul pun boleh 𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀 𝗮𝘀𝗮 terhadap UMNO, mampu ke UMNO tarik pengundi baru? Fikirkanlah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BAGI LA APA PUN... DIA NANTI PUSING.. APA YANG DIA PERNAH BUAT DULU.. TU LA PAS. PARTI YANG SUKA PUSING DAN SESAT. BUKA MULUT PUSING, BUKA MULUT MUHONG. KEPALA BAPAK SUNGGUH. SANUSI KATA.



 

MACAM BUDAK BUDAK. KELAHI BAIK BALIK.. TAMBAH TAMBAH MASA BAIK BAGI COKLAT... MEMANG BAIK... TAPI BILA TUA TUA.. BUKAN DAH.. TUA TUA NYANYUK..

 


𝗦𝗶 𝘁𝘂𝗮 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁. Sebelum ini PAS desak ambil tindakan terhadap 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁 yang menyebabkan Pulau Batu Puteh terlepas ke Singapura. Tapi kenapa  pandangan PAS sekarang berbeza?




Sebab masa tu 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗛 dan menjadi PM Malaysia. Manakala PAS pula pembangkang. Jadi masa tu PAS melihat Mahathir sebagai 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴.


Tapi sekarang situasinya dah berbeza. PM sekarang adalah 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 yang merupakan orang yang paling Hadi benci kerana 𝗰𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝘂 dengan pengaruh serta kredibiliti DS Anwar.


Manakala Mahathir pula 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗹𝗶𝗵 𝗮𝗿𝗮𝗵 dan jadi 𝘁𝗲𝗺𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻𝗮𝗻. Jadi ada keperluan untuk bela Mahathir sambil berterusan menentang DS Anwar.


Maka sebab itulah PAS 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗲𝗻𝗴𝗼𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗴𝗶𝗻𝗶. Dulu dia suruh cari pengkhianat dan ambil tindakan. Sekarang dah jumpa, 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗹𝗮 pula pengkhianat tu.


Sebab PAS tak peduli pun soal kedaulatan negara. Tak kisah pun kalau negara ini diragut haknya. Yang PAS mahu cuma 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮. Walhal dah dapat kuasa nak buat kerja 𝗵𝗮𝗽𝗮𝗵 pun dia tak reti.


Tapi begitulah. Bila musuh dia, buat betul pun dia kata salah. Bila kawan dia, khianati negara pun dia lindung. Itulah 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗷. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



TAK SAMA MACAM SAMSURI LETAK JAWATAN.. TU REAL TU.. MUDAHBJA.. KALAU ORANG DUNGU BDRCAKAP.. JANGAN MUDAHBPERCAYA.. PPSSSTTT... DIA BODO


 Ya 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶, Tengku Zafrul masuk Keadilan cuma 𝗱𝗿𝗮𝗺𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗿𝗶. Dan juga diakui drama ni 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗵𝗲𝗯𝗮𝘁 𝗱𝗿𝗮𝗺𝗮 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗷𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 selepas dia hanya diberikan jawatan 𝗕𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 dalam PN.



Tapi Fadhli kata perkara itu 𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝗶𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗯𝗶𝗿. Ye ke? Mana dia tahu? Ada bukti? Kalau ada, kita pun nak tahu siapa pengkhianat tu. Tapi kalau tak ada, maknanya Fadhli telah 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵.


Tapi nak heran apa kalau fitnah pun. Sebab PAS kalau tak memfitnah umpama solat tak baca Fatihah. Tak sah hidup mereka. Kan?


Tapi Fadhli 𝘁𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗰𝗲𝘄𝗮. Almaklumlah, niat di hati nak tengok PH berpecah 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻. Sudah la tu Fadhli oi. Yang 𝗿𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵 sekarang ni PN. Baik tengok rumah sendiri yang nak roboh tu.


Keadilan 𝘁𝗮𝗸 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 Tengku Zafrul pun. Dan Tengku Zafrul sendiri pun 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 untuk jadi ahli parti. Dan kalau ya pun, kena ingat Tengku Zafrul pun 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻. Dia senator. Penyertaannya ke dalam Keadilan tak mengubah jumlah kerusi di parlimen pun.


Yang aktif 𝗰𝘂𝗿𝗶 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 ni kerja 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂, 𝘁𝗲𝗺𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗲𝘀𝗿𝗮 𝗣𝗔𝗦. Hampir separuh ahli parlimen UMNO dicuri dulu. Sebab Bersatu pun memang 𝗱𝗶𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗰𝘂𝗿𝗶.


Keadilan bukan parti pencuri macam Bersatu. Sebab tu PAS tak suka. PAS suka yang khianat, yang mencuri. Yang jahat. Kalau tak PAS kata "𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘢𝘺𝘢" dan lepas tu terus 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗸𝗮𝘆𝘂 𝘁𝗶𝗴𝗮. Biasa la PAS.


Fadhli ungkit soal pemimpin 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 dulu. Untuk info, itu pun bukan Keadilan curi. Ketika itu ada masalah dalaman Amanah dan mereka 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗸𝗮𝗿 𝘄𝗮𝗱𝗮𝗵.


Tak salah pun. Ada segelintir pemimpin Amanah yang bising (mereka masih ada 𝗗𝗡𝗔 𝗣𝗔𝗦) tapi hingga kini Amanah masih bersama PH. Dan tak pula mereka tu dituduh 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗷𝗲𝗺𝗮𝗮𝗵.


Hakikatnya, Fadhli ni sangat 𝙣𝙤𝙤𝙗 dan 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 dalam politik. Umpama budak yang selama ni cuma main 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘤𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘵𝘩𝘪𝘦𝘧 (𝙥𝙤𝙡𝙞𝙨 𝙨𝙚𝙣𝙩𝙧𝙞) tapi lagak macam dah berpuluh tahun jadi detektif. Itu la Fadhli. 𝗣𝗮𝗹𝗮𝘁𝗮𝗼.


Sekarang ni nasihat aku buat Fadhli, tengok-tengoklah parti sendiri. PN dah 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻. PAS sendiri makin hilang populariti sebab ramai sangat pemimpin yang macam Fadhli 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗮𝗻.


Jika pemimpin PAS berterusan tunjuk perangai dungu sebegini, tak mustahil PAS semakin 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗰𝘂𝘁 ketika Bersatu 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗮𝗺𝗯𝘂𝘀 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗵𝗮𝘆𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.


Betulkan dulu dalam kain sendiri sebelum nak tegur orang lain. Kalau kain sendiri 𝗸𝗼𝘆𝗮𝗸 𝗱𝗶 𝗽𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴, jangan nak ejek orang yang 𝘀𝘁𝗼𝗸𝗶𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗼𝘆𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗮𝘀𝘂𝘁. Buat malu diri sendiri je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



Pelantikan Musa Atas Perkenan Agong, Fahmi Sekolahkan MUDA


Kebebalan Amira (kanan) jelas terserlah apabila Fahmi menyekolahkan ADUN Puteri Wangsa, Johor itu dengan fakta tepat berdasarkan Perlembagaan Negeri Sabah. Foto KEADILAN

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Pelantikan bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari depan adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, bukannya Perdana Menteri.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata Perkara 1 Perlembagaan Sabah jelas menyatakan bahawa Perdana Menteri tiada peranan dalam menasihati agong bagi urusan pelantikannya, sebaliknya ia tanggungjawab Ketua Menteri Sabah.

Justeru, beliau menyelar pemangku Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz kerana menuduh Perdana Menteri bersikap hipokrit susulan pelantikan Musa sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah, hari ini

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim (tiga dari kiri) berkenan bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Yang Dipertua Negeri Sabah yang baharu Tun Musa Aman selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim. 

Ini berikutan dakwa Amira, Musa pernah dilabel sebagai perasuah oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan pelantikannya ke jawatan itu juga tidak memenuhi semangat reformasi dilaung PH selama ini.

Musa yang juga bekas Ketua Menteri Sabah,dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Musa pada istiadat di Balairung Kecil, Istana Negara, di sini, pagi tadi.

Musa, 73, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sabah, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028.

Pelantikan Musa adalah bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini, selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Januari 2011.



BETOI LA PROTON IDEA MAHATHIR.. BELI ENJIN MITSHUBISHI WAKTU MITSHUBISHI KENA SUSPENDED DENGAN MAHKAMAH INDUSTRI JEPUN. TAPI EV PROTON DILANCARKAN PMX. NAJIB PULA TOLAK SAMPAI TINGGAI 51% 49% GEELY PEGANG.


 

HAI TAK TANGKAP LAGI KA BUDAK YANG FITINAH NI DAN DOK BUAT BERITA PALESU.. SIMPAN BUAT APA LAGI.


 

WALAUN NI, PANDAI PANDAI NAK PENAIK TAMBANG.... KATA RAKYAT SUSAH...


 

NAK KAITKAN JUGA DENGAN PMX... PI BUAT KERJA LAIN.. TOLONG ORANG TENGGELAM BANJIR ATAU CARI BANTUAN APA YANG PATUT.. BAB NI TAK YAH CAMPUR SANGAT LAH..


 

Format bagi laporan polis terhadap Tun Mahathir:*

 




NGO PRIHATIN NEGARA


*Format bagi laporan polis terhadap Tun Mahathir:*



Saya, [Nama Penuh], No. Kad Pengenalan [No. IC], beralamat di [Alamat Penuh], ingin membuat laporan ini untuk memohon pihak polis menyiasat satu dakwaan yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan isu Batu Puteh.


Saya membaca satu dokumen pada (Tarikh) yang didakwa merupakan laporan RCI tersebut melalui satu pautan yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp. Berdasarkan laporan itu, terdapat dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad, ketika itu Perdana Menteri, telah menipu kabinet dalam proses melepaskan hak Malaysia ke atas Batu Puteh.


Merujuk kepada kandungan laporan RCI, khususnya poin 3.93, dinyatakan bahawa:

“Penipuan yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir adalah berhubung kait dengan pelaksanaan fungsi-fungsi tanggungjawab beliau yang mana beliau mempunyai obligasi secara undang-undang untuk melindungi kepentingan Malaysia. Sebagai Perdana Menteri, beliau adalah bertanggungjawab terhadap negara dan hendaklah pada setiap masa memelihara, melindungi serta mempertahankan kepentingan dan kedaulatannya.”


Saya dengan ini memohon pihak polis menyiasat dakwaan ini seperti yang disarankan dalam laporan RCI tersebut, kerana ia melibatkan kedaulatan negara dan tanggungjawab pemimpin tertinggi terhadap kepentingan negara.


Laporan ini dibuat dengan niat untuk memastikan kedaulatan negara dipelihara dan keadilan ditegakkan. Saya bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan ini.


Sekian, laporan saya.


NOTA: Untuk memudahkan laporan anda, cuma berikan salinan whatsapp ini sekiranya anda tidak tahu cara menyiapkan laporan polis. sekiranya ditanya tentang salinan RCI, maka disertakan sekali



KENAPA KETUA PEMUDA UMNO TAK MENGAMUK




Sekurang kurangnya kita tahu hati ketua pemuda Umno ni walaun. 


 

KEH KEH KEH...


TAK SEDOR DIRI KE... HABIH NAK SOH LANTIK KO... TENGOK TIANG BENDERA PELIK SIKIT KATA LAMBANG DAP. BALIK URUS MAT GIAN BANYAK. 



 

NAK MELINGKUP, TUKAR PADA PAS... SAHIH LINGKUP... TAKAT SEMBANG MEREKA SAJA YANG BETUL.. BERTINDAK.. LINGKUP.. KIOK


 Selangor berjaya meraih kutipan hasil berjumlah RM 2.593 bilion setakat 9 Disember dengan peningkatan 118 peratus daripada sasaran kutipan hasil 2024 berjumlah RM 2.2 bilion.



Jumlah ini adalah manifestasi dan bukti kesungguhan barisan penjawat awam dan anggota pentadbiran kerajaan negeri bagi memacu ekonomi Selangor, sekaligus meningkatkan hasil demi manfaat rakyat.


#KitaSelangor


https://www.buletintv3.my/nasional/selangor-capai-kutipan-hasil-rm2-593-bilion-lepasi-sasaran-2024-menteri-besar/#google_vignette



KAU JADI WAKIL PENDUDUK SITU. PMX BAGI NANTI TOLAK PULAK... JADI KAU LA GALAS BAGI JADI SEMULA.

 


USAHAKAN KG KUBANG KUAL JADI KAMPUNG ANGKAT MADANI



Banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini merosakan banyak harta benda dan meninggalkan trauma kepada penduduk. 


Salah satu kampung yang terancam dengan bencana itu sehingga menyebabkan penduduknya tidak tahu untuk memulakan kehidupan baru, kerana  hampir semua barangan keperluan hidup mereka termasuk rumah musnah ialah kampung Kubang Kual Rantau Panjang.


Dengan melihat gambar dalam Tiktok yang dilaporkan seperti diakui beberapa penduduk dan penjelasan ahli parlimen Rantau Panjang Zailah Yusof dapat saya bayangkan kemusnahan kampung tersebut sangat berat. 


Atas simpati kerana saya mengetahui akan kampung berkenaan saya berikan idea kepada ahli Parlimen Rantau Panjang dan sesiapa berkenaan untuk mencadangkan kepada kerajaan agar menjadikan Kampung Kubang Kual sebagai kampung Angkat Madani.


Zailah boleh menulis atau menghubungi mana-mana kementerian atau pegawai tinggi dari mana-mana jabatan kerajaan Persekutuan untuk menerima Kampung itu  sebagai Kampung Angkat Madani. Saya difahamkan peruntukan untuk sesebuah kampung Anngkat Madani RM100,000.


Untuk bina dan bantu penduduk kampung berkenaan tidak cukup dengan memberi sekilo gula, sebungkus magie atau pun sebidang toto,  buatlah cadangan yang sewajarnya dan bekerjasamalah dengan kerajaan Persekutuan. Saya percaya kerajaan negeri tidak berdaya.


Dan untuk kebaikan rakyat tidak salah kalau semua pihak bersatu tenaga dan fikiran tanpa mengira anutan parti. Keterbukaan dan kepedulian kerajaan Madani perlu diambil kesempatan sebaik mungkin. Trims.




MAHATHIR KATA HILANG PULAU BATU PUTIH SIKIT SAJA.... JOM LAPOR POLIS..18 DISEMBER 2024.. .


 

KUASA MELANTIK TYT SABAH... PM TIDAK TERLIBAT LANGSUNG AWAY

 


KUASA MELANTIK TYT



Mengikut Perkara 1 (1) Perlembagaan Sabah, TYT dilantik oleh YDPA selepas dinasihati oleh Ketua Menteri Sabah.


Dalam erti kata lain, TYT Sabah yang baru sahaja dilantik oleh YDPA telah dicadang dan disokong oleh Ketua Menteri Sabah, iaitu Hajiji Noor.


Dalam seluruh Perlembagaan Sabah, tidak disebut langsung peranan Perdana Menteri dalam proses lantikan TYT Sabah.


Dalam erti kata lain, PMX iaitu Perdana Menteri sekarang tidak ada peranan mencadang, menyokong mahupun membantah TYT Sabah.


Perkara 1 (2) juga menyebut bahawa TYT Sabah boleh digugur sekiranya disokong oleh dua pertiga DUN Sabah.


Sekian.



SESETIA MAKAN DEDAK AYAM.

 Sham Ghaz


Senator PAS Nik Mohamad berpendapat bekas perdana menteri Najib Razak tidak perlu mendapatkan tahanan rumah, sebaliknya bebas sepenuhnya.


“Saya tidak cadangkan beliau diberi tahanan rumah. 


“Hak beliau adalah bebas sepenuhnya,” kata anak bekas tokoh legenda PAS allahyarham Nik Aziz Nik Mat.


Berita penuh: https://mk.my/lA9sqSn




NI SEKOQ LAGI.. PALING JAHAT DALAM PARTI TAK GUNA SEDUIT NI...


 

TUAN TUAN.. KITA TENGOK DENGAN AKAL FIKIRAN PARTI TAK GUNA NI MAIN ISU... INI SEMUA DIZAMAN MEREKA JADI KERAJAAN.


 

LEBAI PAS BERSAMA KOMUNIS MAHU ERATKAN HUBUNGAN! CYTRO PAS MENYESAL FITN...

BILA TERDESAK MULA TUNGGANG MARUAH MELAYU! SIAPA SEBENARNYA MUSUH? GENG ...

NAJIB 500 JUTA PMX BARU 75 JUTA, PMX BATAL PROJEK RM10 BILLION DI KELANTAN.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh alhamdulillah kita bersama lagi. Okey alright video ini kita akan berkongsi soal pertikaian di antara najib razak dan juga perdana menteri datuk seri anwar ibrahim yang kononnya zaman najib najib memberikan 500 juta kepada mangsa-mangsa banjir di negeri kelantan dan apabila perdana menteri hari ini datuk seri anwar ibrahim memberi bantuan dana kepada mangsa-mangsa banjir hanya tujuh puluh lima juta ringgit bagi lebih banyak daripada datuk seri anwar ibrahim bagi nak jom kita kupas di dalam live solihin sabudin di dalam video ini kita akan berkongsi benarkah 75 juta itu berbanding 500 juta. Sempena banjir di negeri kelantan menteri besar kelantan meronda ronda ke kawasan perkampungan sambil merakam video-video terlalu banyak dan beliau pos ke media sosial rakyat melihat beliau hanya meronda-ronda ambil angin dengan penuh senyuman rakyat sangat terasa dengan apa yang dilakukan oleh menteri besar kelantan ibarat tidak merasai tidak simpati dengan apa yang rakyat kelantan melalui pertikaian daripada rakyat terhadap video-video menteri besar kelantan yang disiarkan di media sosial beliau dan media-media sosial penyokong parti pas.. Jom kita ini reaksi daripada solihin syahudin terhadap kononnya najib razak memberi peruntukan tersangat-sangat besar bernilai 500 juta berbanding ke timbang datuk seri anwar ibrahim hanya 75 juta jom sama-sama kita kupas bantu like komen dan subscribe hadiahkan super tank support channel solihin shabudin Jom Tonton Hingga Tamat. Pelbagai Perkongsian Video akan ditunjukkan Didalam Live Solihin Shabudin. Harap Memberi Manfaat Kepada Para Penonton dalam Siaran Ini. Terima Kasih, Teruskan Menonton Hingga Tamat.






PAPUKARI BONGKAR RM1 JUTA LIBATKAN PENIPUAN PAPAGOMO! DAN PENCERAHAN BRO...

LIVE : LATHIFAH KOYA KECEWA NIAT JAHAT MAHU KENAKAN DATO' ZAHID

TENGKU ZAFRUL BAKAL BERTANDING DI PARLIMEN PORT DICKSON?

 

Tadi selepas menunaikan solat zohor dan ketika sedang berjalan kaki menuju kedai makan, seseorang daripada PKR menghubungi saya untuk menyampaikan maklumat mengenai Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau memulakan perbualan dengan bertanya – apa yang saya tahu lagi mengenai Tengku Zafrul?

Dengan ikhlas saya menjawab, apa yang saya tahu hanya sekadar apa yang dilaporkan di dalam portal-portal berita serta apa yang diperolehi di pelbagai platform media sosial saja.

Lebih daripada itu, boleh dikata tiada, kata saya.

Kemudian, beliau memberitahu tujuannya menelefon saya ialah untuk menyampaikan maklumat yang didengarinya mengenai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu yang kini heboh diperkatakan akan meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR.

Katanya, Tengku Zafrul boleh dikata 99% pasti akan menyertai PKR dan hanya menunggu masa yang sesuai saja untuk perkara itu diumumkan secara rasmi.

Tambah beliau, laporan yang sebelum ini dihebohkan kononnya Tengku Zafrul akan bertanding di peringkat Dun dan bakal dijadikan Menteri Besar Selangor hanyalah “camouflage” atau penyamaran semata-mata.

Sebaliknya, tambah beliau, hasrat sebenar Anwar Ibrahim ialah untuk meletakkan Tengku Zafrul bertanding di kerusi Parlimen bagi tujuan mengekalkannya lagi sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Menurut beliau, Anwar mahu Tengku Zafrul kekal dalam kabinetnya kerana Perdana Menteri suka dan puas hati dengan prestasinya.

Matlamat Anwar, katanya mulai menjadi kenyataan apabila Menteri Besar Selangor, Amirudin Saari kemudiannya mengumumkan beliau dikehendaki oleh Sultan Selangor untuk terus kekal menerajui negeri itu.

“Hakikatnya itulah yang diingin Anwar supaya niat untuk meletakkan Tengku Zafrul bertanding di Parlimen dapat dilindungi,” katanya lagi.

Seiring dengan kehendak Sultan Selangor itu, katanya, Anwar ada alasan yang kukuh bahawa beliau tidak akan mengganggu kedudukan Amirudin sebagai Menteri Besar kerana menghormati Sultan Selangor dan hasrat sebenar Anwar membawa masuk Tengku Zafrul ke dalam PKR dengan tujuan untuk memberinya peluang bertanding di kerusi Parlimen akan jadi lebih mudah.

“Mula-mula memang kawasan Parlimen  Gombak yang kini diwakili oleh Amirudin dipilih untuk Tengku Zafrul bertanding dan oleh sebab Aminudin sudah dijamin kekal sebagai Menteri Besar sehingga habis, beliau dirasakan tiara masalah untuk melepaskan kerusi Parlimen Gombaknya.

“Tetapi kemudian Anwar merasakan Parlimen Gombak mungkin bukan kerusi yang selamat terutama jika PN meletakkan Azmin Ali sebagai calon.

“Kalau Azmin berlawan dengan Tengku Zafrul di Gombak, saya  sendiri yakin peluang Azmin untuk menang lebih tinggi kerana Tengku Zafrul bukan orang tempatan, malah faktor UMNO yang marah kepada Tengku Zafrul dan dirinya sebagai orang baru dalam PKR juga menambahkan lagi kemungkinan kalah itu,” ujarnya dengan panjang lebar.

Habis di mana Tengku Zafrul diletakkan bertanding?

Kawasan yang dipilih  sekarang ialah Port Dickson yang kini diwakili oleh Aminuddin Harun merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan.

Selain menjadi Ahli Parlimen Port Dickson, Aminuddin juga ialah Adun Sikamat.

Menurut kenalan saya daripada PKR itu lagi, kerusi Port Dickson dianggap selamat untuk ditandingi oleh Tengku Zafrul kerana Anwar sendiri adalah Ahli Parlimen kawasan tersebut sebelum ini.

Malah, katanya, Anwar kenal sebahagian besar pemimpin masyarakat dan orang penting di Port Dickson itu.

Saya lalu bertanya kepada beliau, mahukah Aminuddin mengundur diri untuk memberi laluan kepada Tengku Zafrul?

Beliau menjawab ringkas – PKR ini parti Anwar dan apa yang dimahukannya, tiada siapa boleh membantah.

Saya bertanya lagi, bagaimana jika di Port Dickson pun PN meletakkan Azmin juga sebagai calon mereka?

“Mungkin ada persaingan, tetapi susah untuk Azmin menang di kawasan luar daripada Selangor,” katanya dengan yakin.

Ertinya, sebelum tamat tempoh senator Tengku Zafrul pada Disemberi 2025, sekali lagi akan ada PRK di Port Dickcon. – ShahbudinHusin 16Disember2024.




Pengukuhan Ekonomi MADANI Bolehkan STR, SARa Ditambah Setiap Tahun – Abul Jais

 


Abul Jais melihat unjuran pendapatan negara yang lebih tinggi memberikan ruang kepada kerajaan untuk menyediakan dana yang mencukupi bagi program-program bantuan sosial seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).

PENDAPAT, 17 Dis – Kedudukan ekonomi yang kukuh adalah prasyarat utama yang membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan kepada golongan B40 (berpendapatan rendah) dan M40 (berpendapatan sederhana) dengan lebih adil dan berkesan.

Ini dapat dilihat apabila saban tahun ekonomi negara berada dalam keadaan terbaik termasuk kestabilan politik, maka kerajaan dapat meningkatkan hasil pendapatan negara melalui kutipan cukai, sumber semula jadi, dan sektor ekonomi yang berkembang pesat.

Unjuran pendapatan negara yang lebih tinggi memberikan ruang kepada kerajaan untuk menyediakan dana yang mencukupi bagi program-program bantuan sosial seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).

Tidak syak lagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata membantu rakyat menangani isu kos sara hidup dengan peningkatan amaun setiap tahun. Foto Facebook Anwar Ibrahim

STR dan SARa merupakan inisiatif yang bertujuan untuk meringankan beban hidup golongan B40 dan M40 dengan memberikan bantuan tunai serta sokongan asas seperti barangan keperluan.

Kedua-dua bantuan ini dilaksanakan berdasarkan kriteria kelayakan yang jelas, memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan seperti yang ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Ekonomi MADANI yang kukuh membolehkan kerajaan memastikan ketelusan dan keadilan dalam pengagihan bantuan di samping mengurangkan risiko ketirisan atau penyalahgunaan dana kepada pihak tidak berhak menerimanya.

Pengenalan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARa) amat membantu golongan rentan keluar daripada garis kemiskinan di samping memastikan mereka tidak tercicir daripada limpahan kekayaan ekonomi negara. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dengan ekonomi yang terus berkembang, kerajaan juga mampu memperkenalkan mekanisme yang lebih canggih untuk penyaluran bantuan, seperti penggunaan teknologi digital untuk memudahkan proses permohonan dan pembayaran.

Ini bagi memastikan bantuan sampai tepat pada sasaran, mengurangkan masa dan kos yang diperlukan untuk urusan pentadbiran selain memastikan lebih 10 juta isi rumah mendapat manfaat terus daripada bantuan yang disalurkan.

Selain itu, ekonomi yang stabil juga memungkinkan kerajaan untuk memperkenalkan pelbagai program pembangunan yang dapat meningkatkan taraf hidup golongan B40 dan M40 dalam jangka panjang, bukan sekadar bergantung kepada bantuan bulanan atau secara one-off.

Infografik pecahan jumlah peningkatan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bagi tahun 2025 yang bakal memanfaatkan lebih 10 juta rakyat di seluruh negara. Foto RTM

Dalam konteks ini, STR dan SARa bukan sahaja memberikan sokongan kewangan segera, tetapi juga mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat tercapai melalui pengurusan ekonomi yang berkesan dan mampan.

Adalah diharapkan bantuan yang disalurkan dapat mengurangkan beban rakyat dalam usaha mencari keseimbangan antara tanggungjawab sosial dan kemampanan kewangan kerajaan dalam jangka masa panjang.


– Abul Jais Ashfaq Ahmed merupakan pemimpin KEADILAN Perak dan Ketua Cabang KEADILAN Beruas


Thailand-Malaysia Teroka Peluang Kerjasama Baharu


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan tertutup dengan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 16 Dis – Sempena rangka lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra ke Malaysia, beliau menyasarkan pengukuhan hubungan dua hala dan memupuk kerjasama serantau.

Paetongtarn dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Mesyuarat Rundingan Tahunan (AC) Malaysia-Thailand Ke-7 dan seterusnya menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) selain persetujuan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Lawatan Paetongtarn turut mencerminkan komitmen bersama untuk mencapai “Kedamaian dan Kemakmuran Bersama” demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra diberi sambutan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya pada Isnin. Foto Bernama

Antara tumpuan utama dalam lawatan tersebut termasuk memajukan kerjasama dalam pembangunan infrastruktur, perdagangan dan pertumbuhan ekonomi serta meneroka potensi kerjasama baharu.

Lawatan berkenaan susulan daripada Mesyuarat Ke-15 Suruhanjaya Bersama Bagi Kerjasama Dua Hala dan Mesyuarat Ke-6 Strategi Pembangunan Bersama bagi Kawasan Sempadan antara Malaysia dan Thailand, yang dipengerusikan oleh Menteri Luar kedua-dua negara di Kuala Lumpur pada 6 Ogos lepas.

Lawatan itu juga merupakan lanjutan daripada pertemuan peringkat tinggi antara kedua-dua negara, selepas lawatan kerja Anwar dan Paetongtarn ke Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang, Kelantan pada 3 Ogos lepas.

Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra diperkenalkan dengan Jemaah Menteri sambil disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya pada Isnin. Foto Shamsul Azri Abu Bakar

Thailand kekal sebagai rakan dagang penting bagi Malaysia, berada di kedudukan keenam terbesar di dunia dan kedua terbesar dalam ASEAN pada 2023 dengan perdagangan dua hala bernilai AS$24.83 bilion (RM113.16 bilion).

Terdahulu, Paetongtarn diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana Putra, di sini, pagi tadi.

Paetongtarn yang tiba di Malaysia pada semalam mengadakan kunjungan sulungnya sejak menyandang jawatan itu pada Ogos tahun ini, disambut Datuk Seri Anwar sejurus tiba pada pukul 9.00 pagi.

Paetongtarn kemudian memeriksa barisan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Adibadiuezshah Ahmad.

Turut hadir pada majlis tersebut, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, menteri kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.

Pertahan Mahathir isu Batu Puteh, Hadi sempat lagi sekeh DAP

 


Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bukan sahaja mempertahankan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh malah sempat menyekeh DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Marang itu berkata, apa yang menarik adalah pelakon tambahan di sebalik isu Batu Puteh adalah dalam kalangan orang Melayu di dalam Pakatan Harapan (PH) sendiri.

“Adapun DAP yang terkenal lantang bersuara tidak perlu bersuara kerana ada khadamnya.


“Nampak tidak setianya kepada negara dan lebih rela kepada negara asing.

“Tidak mengenang budi diberi kerakyatan walau sifatnya pendatang yang dibawa masuk oleh penjajah,” katanya.

Wakil rakyat Pas yang umum dikenali kerap ponteng sidang Dewan Rakyat itu berkata demikian menerusi Minda Presiden Pas yang turut disiarkan menerusi laman sosial Facebook miliknya.


Malah, Hadi mendakwa Malaysia sudah kehilangan Batu Puteh yang terletak kira-kira 7.7 batu nautika dari Tanjung Penyusuh di tenggara Semenanjung Malaysia dan 25.5 batu nautika dari Singapura itu sebelum Mahathir memerintah Malaysia pada 1981.


Dakwaan Presiden Pas itu mengejutkan ketika Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sudah pun mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Mahathir.


Dia juga merujuk surat kenyataan rasmi bertarikh 21 September 1953 kepada Setiausaha Kolonial di Singapura berkenaan penyerahan terumbu Batu Puteh kepada Singapura oleh pihak tertentu yang disifatkan beliau ‘pendek akalnya’.


Namun, kata bekas Menteri Besar Terengganu itu, kini tindakan bodoh itu ditutup oleh para pembohong dan penipu dengan cara yang terbuka seperti menudung bangkai dengan tapak tangan yang kecil bagi menyalahkan Mahathir yang tidak ada kaitan menyerahnya kepada penjajah.


“Parlimen diperkudakan menjadi penipu secara lakonan dengan memaksa Tun Dr. Mahathir menjadi hero yang dituduh, sedangkan hero sebenar yang menipu berlindung di belakang pentas Parlimen,” kata Hadi lagi.

Untuk rekod, Pulau Batu Puteh berukuran 137 meter panjang dengan purata 60 meter lebar meliputi kawasan lebih kurang 8,560 meter persegi ketika air surut.


Pelayar China, Laksamana Cheng Ho menamakan Batu Puteh sebagai ‘Pia Chio’ atau ‘white island’ manakala sumber Portugis menggelarnya sebagai Pedra Branca yang bermaksud ‘white rock’.

Laporan berkaitan RCI mengenai Pulau Batu Puteh diedarkan kepada Ahli Parlimen pada 5 Disember lalu berpendapat Mahathir berkemungkinan dengan sengaja mendorong Jemaah Menteri ketika itu untuk tidak meneruskan kedua-dua permohonan tersebut walaupun ia bertentangan dengan pendapat perunding antarabangsa yang menyatakan bahawa terdapat asas, permohonan itu mempunyai kebarangkalian untuk berjaya.


Bagaimanapun, Dr. Mahathir mempertahankan tindakan itu sebagai keputusan bersama atau secara kolektif kesemua anggota Kabinet ketika itu, bukannya keputusan beliau bersendirian.






KAKI FITNAH TAK KENAL KAKI FITNAH

 

Harakatdaily


Pimpinan PAS akui tidak kenal Rayyan Wong yang memfitnah YDPA bersama PMX makan di kedai tidak halal. 


“Cina DAP mana tu?,” ujarnya lagi.



HADI PERTAHANKAN MAHATHIR DGN AYAT AL QURAN*

 


_Kenapa mesra dengan China tetapi bukan dengan ‘Cina Malaysia’?_



*HADI PERTAHANKAN MAHATHIR DGN AYAT AL QURAN*


NORMAN RADZUAN

https://www.facebook.com/share/1BAWdMCV7F/


Hadi Awang tampil membela Mahathir berhubung terlepasnya tiga batuan, iaitu Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Selatan negara ini kpd Singapura.


Yg lucunya dia sedikit pun tidak menyalahkan Mahathir tetapi menyalahkan kerajaan Madani yg dikatakan sengaja berlakon dgn memberi perhatian yg begitu besar kpd isu ini berbanding terlepasnya Singapura ke tangan British. 


Alaaaa.. Laaaaaa... Hoalohhhh... Tunduk gak kamu dengan Mahathir ni. Lekeh betoi. 


What!!! Apa kena mengena dgn Singapura dijajah British kerana ketika itu bukan sahaja Singapura tetapi Tanah Melayu juga dijajah British.


Paling melucukan Hadi berkata, salahkan Mahathir ibarat macam tutup bangkai dgn tangan. Lagi melucukan dia boleh salahkan DAP sebagai watak sebenar yg berselindung di belakang pentas Parlimen memperkudakan MP Melayu dari PH dan UMNO utk mengenakan Mahathir. 


Anda sudah baca minda penulisan Presiden PAS ini, dua kali saya cuba memahaminya, saya masih tidak faham…ia ibarat org tanya lain, lain dijawabnya. Dia bawa pusing ke sana sini dgn ayat Al Quran yg tak ada kena mengena dgn cerita Pulau Batu Puteh.


Cuba anda baca ini, 


‘….Menjadikan bangsa Melayu di Singapura tenggelam laksana tenggelamnya kaum Nabi Nuh oleh peristiwa taufan paling besar dalam sejarah manusia yang meranapkan generasi awal zuriat Nabi Adam dan Nabi Nuh menyambung zuriatnya.


Mereka ditipu oleh para pemimpin supaya menentang

Rasul Allah Nabi Nuh AS, menuduh Nabi Nuh bodoh, berpolitik gila kuasa dan sesat padahal mereka menyaksikan benar dan bijaknya Rasul pilihan Allah, namun mereka tidak percaya kepadanya dan amaran Allah yang diberitahu oleh nabinya yang wajib bersifat benar.’…


Dia punya guna nama Tuhan dan para Nabi utk pertahankan Mahathir. Mulia sungguh Mahathir ketika ini di mata Hadi ketika ini. Awas Mahathir jika kamu kecam PAS ‘pejuang Memali’ akn kembali syahid.



Lihat sahaja foto Hadi bersama Duta Besar Cina. Selepas kita dikejutkan dgn kunjungan wakil PN ke China yg baru sahaja pemimpin PAS sendiri menghina bendera China…kini tiba giliran Hadi Awang pula.


Seperti biasa puji pujian kpd China dan baru dia sedar kepentingan hubungan dgn negara China. Kata Hadi, “Saya amat menghargai kesungguhan TYT dalam mencari jalan ke arah memperkukuhkan hubungan antara China dan Malaysia, serta ketelitian TYT dalam memahami budaya rumpun Melayu dan dunia Islam secara umumnya.”


Sdgkan rakyat China kibar bendera China pemimpin PAS siang malam maki kejadian tersebut. Tiba2 hari ini Hadi puji langkah China memperkukuhkan hubungan Malaysia dgn China?


Lalu saya tertanya tanya mengapa layanan PAS kpd Cina Malaysia yg tiada kena mengena dgn komunis begitu ‘zalim’ tetapi dgn negara China komunis begitu mesra? Bukankah ia satu diskrimnasi kaum yg tidak adil kpd rakyat Malaysia sendiri.


Tapi itulah Hadi yg saya anggap licik dgn permainan spin seperti Mahathir. Semuanya boleh u-turn demi mengikut kepentingan dan keadaan politik semasa. 


Saya berikan beberapa contoh, bukankah PAS sendiri sebelum ni marah kpd Mahathir sebab sia siakan peluang Malaysia utk tuntut semula hak kedaulatan ke atas Batu Puteh. 


Siap keluar artikel lagi pada tahun 2022 kata keputusan Mahathir tarik balik rayuan ke ICJ merugikan negara, bahkan bersetuju dgn titah Sultan Johor dan gesaan Menteri Besar Johor supaya siasatan dijalankan ke atas individu yg membenarkan hal ini. 


Mari kita lihat putar alam Hadi sebelum ini. Pada 2012, dia pernah keluar kenyataan sokong penuh dasar pengisytiharan harta supaya dapat halang ahli PAS berperangai seperti UMNO. 


Lepas itu bila kerajaan nak laksanakan dasar ni pada tahun 2019, Haji Hadi spin pulak kata idea isytihar harta merupakan ideologi komunis. PAS takkan sokong usul isytihar harta kerana kononnya Islam melarang berbuat demikian. 


Cerita pasal Hudud pulak, dulu dialah yg paling lantang desak kerajaan laksanakan hukum hudud. Hukum hudud ni kira macam nyawalah dalam perjuangan PAS ni, sampaikan diorang sanggup tinggalkan Pakatan Rakyat sebab kata DAP lawan Hudud. 


Tapi bila diorang jadi kerajaan dengan PN selama 33 bulan, langsung takde dengar dah perkataan Hudud dari mulut Haji Hadi dan pemimpin2 PAS. Bukan munafik sikap begini?


RUU355 pun dulu PAS desak kerajaan untuk bentang dan laksanakan sampai diorang berdemonstrasi di Padang Merbok pada 2017. 


PAS siap nak bentang sendiri RUU355 ni, tapi pada akhirnya Haji Hadi sendiri yang tangguh nak bentang RUU355. 


Sepanjang diorang jadi kerajaan 33 bulan, tak dibentangkan pun RUU355 di Parlimen, lepas itu guna alasan tak sempat nak bentang dan laksana RUU355 sebab Parlimen dah bubar utk bagi laluan PRU15 dilaksanakan. Memang kaki spin.


Dlm isu tragedi Memali 1985, Hadi pernah isytihar kematian penduduk kampung Memali yg terkorban dlm tragedi tu sebagai mati syahid. 


Lepas tu masa PRU14, PAS jugak yg serang Mahathir dlm kempen sebab ketika tu Mahathir kata penduduk Memali yg dikatakan syahid itu mati katak. 


Masa PAS jadi kerajaan, apabila ditanya mengenai bila nak tuntut keadilan buat keluarga mangsa Memali, dikatanya itu soalan syaitan. Confused Syaitan dibuatnya. Dan sekarang ni, Hadi berkawan baik dgn individu yg bertanggungjawab atas serangan kampung Memali.


Dulu masa berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, Hadi selalu puji DAP kata DAP ni mesra Islamlah, sokong perjuangan Islamlah. 


Masa berkempen utk Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Hadi kata PAS akan kerah jentera bantu calon Melayu DAP kerana PAS takkan pernah lupa jasa DAP. 


Sekarang ni apa dah jadi? PAS salahkan DAP dlm segala macam hal, tuduh DAP sebagai komunis, musuh Islam, kafir harbi dan segala macam.


Baru2 ni, kecoh pasal Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan PMX makan asam pedas dkt restoran popular yg dimiliki org Cina yg didakwa tiada sijil halal. 


Berbondong bondonglah kecaman penyokong PAS kpd Yang di-pertuan Agong dan PMX. Rupa rupanya restoran tu ada je sijil halal. 


Sebelum ni, mantan  Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaacob pun pernah makan kat kedai ni, kenapa masa tu tidak dikecam dia pulak.


Inilah dia sikap buruk Hadi sentiasa bertukar pendirian dan dalil berdasarkan kehendak nafsu politiknya. Dulu sembang lain, sekarang boleh u-turn sembang lain pulak.


Maaf cakap mungkin agak kasar saya katakan, Mahathir dan Hadi ini bukan ‘mudah lupa’ tapi ‘kaki spin’. Kedua mereka ingat apa yg pernah mereka kata dan buat tapi keduanya ‘kaki spin’ sb mereka tahu org Melayu mudah diperbodohkan.


~ *RockCarpark*