Banjir kilat landa beberapa kawasan KL, Selangor

 

KEADAAN kereta yang ditenggelami banjir kilat di kawasan tempat letak kenderaan berhampiran Wisma UOA di Kuala Lumpur hari ini. - FOTO/MEDIA SOSIAL

  • Oleh MASZUREEN HADZMAN dan OMAR ZIN
  • 7 Mac 2022, 

PETALING JAYA: Banjir kilat dilaporkan melanda beberapa kawasan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur, berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial.

Perkara itu berlaku selepas hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan beberapa jalan utama mula dinaiki air.

Antaranya Jalan Kuchai Lama dan Sungai Besi, sehingga beberapa kenderaan dilihat ditenggelami air di tengah-tengah jalan serta menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.

Banjir turut melanda di Jalan Persekutuan, apabila dilaporkan kenderaan terpaksa membuat pusingan-U kerana paras air yang tinggi.

JALAN raya di Kuchai Lama turut dinaiki air banjir akibat hujan lebat hari ini.


Turut terkesan dengan banjir kilat adalah Jalan Cheras, Jalan Sultan Ismail, Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Parlimen, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak dan Jalan Ampang.

Empat kawasan di sekitar Gombak turut dinaiki air selepas hujan lebat pada waktu petang.

Antara kawasan terjejas iaitu Bandar Baru Sungai Buloh,  Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang dan Kampung Melayu Sungai Serai, Batu Arang.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian berkenaan telah menyebabkan lebih 50 kediaman terjejas namun tiada pemindahan dilakukan.

Sementara itu, kata beliau, kejadian banjir yang berlaku di Jalan Masjid Kampung Gombak Batu Arang dekat sini telah menyebabkan tiga kediaman terjejas.

“Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu telah menyebabkan air naik dengan kedalaman lebih 1 kaki.

“Bagaimanapun air tidak memasuki rumah dan air semakin surut. Tiada pemindahan mangsa dilakukan,” jelasnya.

Terowong SMART umum ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir. – UTUSAN

 


Anwar Ibrahim: Jelajah PRN Johor Bersama Calon Keadilan Dun N51 Bukit Ba...

UNDILAH KEADILAN DEMI MASA DEPAN NEGERI DAN NEGARA KITA- MAZLEE MALIK


 

KEADILAN akan bawa 'new game', jadikan ekonomi Johor rakan kongsi Singapura

 



Sumber tenaga manusia, tanah yang luas dan hasil bumi Johor telah disia siakan selama 60 tahun Umno BN memerintah.

Bagi calon KEADILAN DUN Layang Layang, Dr Maszlee Malik, Johor bukan sahaja memiliki potensi yang ada di Selangor atau Pulau Pinang sebagai negeri maju, tetapi sepatutnya mendapat lebih daripada itu sebagai rakan kongsi kemakmuran ekonomi Singapura.

Beliau berharap pengundi akan membuat perubahan pada Pilihan Raya Negeri Johor 12 Mac ini bagi memulakan strategi 'new deal' untuk ekonomi masa hadapan Johor.

"Johor punya potensi untuk jadi negeri termaju di Malaysia. Kita jiran terdekat dengan Singapura. Selama ini Johor dapat manfaat dari Singapura, kerja di sana. Tetapi itu bukan pekara kita banggakan. Sepatutnya Johor pada waktu ini boleh mempunyai ekonomi setanding Singapura

"Tetapi kenapa ini tidak berlaku? Selama bertahun tahun kita tidak ada Kerajaan Negeri yang kuat. Tidak ada Kerajaan Negeri yang boleh kata kami mahu 'deal yang baru' antara Johor dan kerajaan pusat.

"Kita punya visi yang jauh tetapi jarang disambut oleh Kerajaan Negeri kerana terikat dengan pusat. KEADILAN mempunyai new game untuk Johor. Kerajaan Johor boleh jadi rakan kongsi strategik Singapura. Perlu perubahan rejim percukaian di Johor. Perlu insentif supaya industri boleh masuk ke Johor.

"Perlu insentif untuk pastikan industri di Singapura ada di Johor. Apabila rakyat Singapura beli barang di Johor Bahru kos sara hidup meningkat. Kos sara hidup naik.

"Kita ingin memastikan apa sahaja manfaat Singapura dikuasai Johor sebagai rakan kongsi," katanya dalam sidang media tengah hari tadi.

Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam itu lagi, strategi memperkuat ekonomi Johor tersebut boleh dilakukan Kerajaan Negeri dengan memperbaiki mutu pendidikan dan meningkatkan skil secara latih semula (re-skilling) penduduk Johor

Hanya dengan cara itu, katanya, bangsa Johor akan memperolehi gaji yang tinggi dan tidak lagi menjadi buruh di Singapura.

"Pendidikan di Johor ikut Persekutuan tetapi kerajaan Johor boleh sediakan prasarana yang lebih baik dan juga kemudahan untuk meningkatkan pendidikan di Johor.

"Tetapi ini tidak berlaku kerana tidak ada political will dan tidak jelas apa yang mahu dilakukan.

"Kita di KEADILAN dan PH menawarkan calon terbaik untuk menentukan kerajaan terbaik untuk meletakkan Johor di peta dunia," katanya.Di samping itu, Dr Maszlee juga menyeru pengundi terutama kaum Cina agar tidak takut untuk keluar mengundi kerana SOP telah disediakan bagi mengelakkan dijangkiti Covid 19

Katanya, keengganan mengundi akan menyebabkan BN meneruskan kemenangan dan kembali 'makan besar' ke atas hasil masygul Johor.

"Rakyat perlu keluar mengundi. Masyarakat Tionghua jangan takut keluar mengundi.

"Mereka telah buktikan sebelum ini. Kalau kasi mereka menang akan ramai yang makan besar. Kita kena hentikkan.

"PH tawarkan tokoh yang terbaik mewakili rakyat," katanya lagi.

 

Zahid arah bekas setiausaha sulit keluar surat lanjut kontrak UKSB


Ahmad Zahid Hamidi berdepan 40 pertuduhan rasuah.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini, diberitahu bahawa Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan bekas setiausaha sulit kanannya mengeluarkan surat iringan bagi melanjutkan tempoh pelaksanaan Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan eVisa kepada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) selama enam tahun, bermula 2019.

Muhd Khair Razman Mohamed Annuar yang kini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Operasi Kementerian Sumber Manusia, berkata beliau telah diarahkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk mengeluarkan surat tersebut kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertarikh 14 Feb 2017.

“Bersama-sama surat tersebut, saya kepilkan sepucuk surat UKSB kepada Datuk Seri Ahmad Zahid bertajuk Lanjutan Tempoh Pelaksanaan Sistem VLN dan eVisa Bagi Tempoh Enam Tahun bermula 31 Okt 2019 sehingga Tahun 2025 Adalah Sejajar Dan Seiring Dengan Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bertarikh 8 Feb 2017,” katanya.

Saksi kesembilan itu, berkata sedemikian ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong.

Pada 22 Dis tahun lalu, saksi pendakwaan keenam, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Alwi Ibrahim memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Zahid yang melanjutkan kontrak UKSB bagi pelaksanaan sistem VLN kerana terlalu awal, sedangkan tempoh tamat kontrak itu masih panjang.

Muhd Khair, 56, berkata Zahid juga mengarahkannya supaya mengeluarkan dua lagi surat iringan kepada KSU KDN, pada 16 Mei dan 16 Jun 2017.

Surat bertarikh 16 Mei adalah bagi permohonan melanjutkan tempoh pelaksanaan kontrak perkhidmatan One Stop Centre (OSC) Bagi Kemudahan Visa di China untuk tempoh enam tahun, manakala surat bertarikh 16 Jun mengenai cadangan lanjutan tempoh pelaksanaan kontrak perkhidmatan itu selama tiga tahun bermula15 Mei 2018.

Sementara itu saksi kelapan, Abdul Halim Mohammad, 55, berkata beliau menandatangani surat iringan bertarikh 24 Okt 2016 yang dimajukan kepada KSU KDN (Alwi) berhubung permohonan kelulusan untuk melanjutkan kontrak VLN dan Evisa bagi tempoh enam tahun kepada UKSB.

“Surat iringan ini merupakan rutin yang diurus pejabat menteri bagi pengesahan bahawa surat telah sampai kepada pejabat menteri,” kata Abdul Halim iaitu bekas setiausaha politik kepada Zahid.

Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan USD15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Yazid Mustafa bersambung esok.

BILLBOARD PKR DIROSAKKAN, TINDAKAN TERDESAK


WOAIIIII WALAUNS- YELEPATTI YELLEK



 

NAJIB PENGHALANG BN MENANG DUA PERTIGA?


 Pelbagai pihak dalam UMNO dan BN memang diketahui amat mengharapkan kemenangan dua pertiga dalam PRN Johor, 12 Mac ini.

Semalam, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob juga turut berharap sedemikian.

“Sudah tentu, sebagai mewakili BN, peluang ke arah kemenangan bagi saya adalah baik tetapi dalam setiap apa pun pertandingan, sebelum wisel penamat ditiupkan dan diisytiharkan kemenangan, kita masih tidak boleh katakan kita sudah menang.

“Seperti saya katakan kita tidak mahu majoriti mudah di PRN Johor ini, kita nak lebih daripada majoriti mudah, kalau boleh kita mahu dua pertiga kerusi dimenangi BN,” katanya.

Soanya, boleh dan mampukah BN meraih kemenangan dua pertiga itu?

Berdasarkan pemerhatian awal dan di minggu pertama kempen setakat ini, termasuk meninjau suasana pilihan raya di sekitar Muar serta Batu Pahat pada Sabtu dan Ahad lepas, disertai dengan pelbagai faktor dan kelebihan yang dimiliki UMNO, kemenangan memang tidak mustahil boleh dicapai oleh BN.

Jentera yang besar, wang yang banyak, kedudukan sebagai kerajaan, parti pembangkang berlaga sesama sendiri dan pelbagai lagi adalah antara kelebihan yang dimiliki oleh UMNO dalam PRN Johor ini.

Tetapi, pesaing utama BN iaitu PH dan PN tetap dilihat bakal memberi saingan yang tidak mudah ke arah menghalang cita-cita tersebut.

Sementara gerak kempen PH kelihatan agar sederhana dan hanya bergerak dalam skala yang tidak besar, manakala PN nampaknya bermati-matian dan berhabis-habisan mahu mengalahkan BN, semua ini tidak harus dipandang mudah oleh UMNO.

Terutama dari segi poster, kalau dilihat di sekitar Muar iaitu tempat kelahiran Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin misalnya, PN lebih menonjol dan boleh dikata telah mengatasi BN.

Paling menonjol dalam PRN Johor kali ini ialah serangan yang hebat dan ketara kepada UMNO, terutama kluster mahkamah, berkaitan rasuah serta pembabitan berlebih-lebihan Najib Razak dalam kempen BN.

Najib yang sudah dijatuhi hukuman bersalah dan menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan, bukan saja diserang dan dijadikan subjek utama kempen oleh PH dan PN, khususnya oleh Mahiaddin, malah juga oleh parti-parti lain yang turut bertanding seperti Muda serta Pejuang.

Dengan itu, hanya kerana penglibatan Najib, ia telah dijadikan “lauk paling sedap” untuk menyerang serta melemahkan UMNO dan BN dalam kempen-kempen oleh blok pembangkang.

Hadi Awang, Presiden Pas yang sebelum ini pernah membawa partinya bersama UMNO dalam Muafakat Nasional, turut tidak ketinggalan menyerang UMNO dan BN dengan melabelnya sebagai parti rasuah serta parti tua yang tidak harus diberi peluang lagi memegang kuasa.

Bayangkan, jika tiada penglibatan Najib dalam kempen, sudah pasti UMNO dan BN lebih selamat daripada serangan sedemikian rupa dan tidak terbeban dengan segala macam hal seperti yang dihadapinya sekarang ini.

Di sebalik Najib terlihat popular ke mana saja beliau pergi, beban yang terpaksa ditanggung oleh UMNO bersama kemunculannya itu jelas tidak sepadan.

Lebih-lebih lagi dengan kedudukan Najib yang sudah dijatuhi hukuman bersalah, namun seolah-olah tiada rasa malu untuk menadah mukanya kepada rakyat untuk merayu undi, kedudukan UMNO pada dasarnya sudah pun tercemar dengan sendirinya di mata umum.

Ia menampakkan seperti UMNO sendiri memberi restu kepada pemimpinnya yang terkait rasuah dan sudah didapati bersalah untuk bebas berkempen, walhal golongan seperti itu lebih wajar direhatkan sebagaimana amalan sebelum ini.

Mujur juga Najib sejak tumbang sebagai Perdana Menteri, beliau tidak lagi membawa Rosmah Mansor ke mana-mana bersamanya, kalau tidak, satu lagi beban akan menimpa UMNO.

Sudah tentu semua ini berbeza jika Ismail Sabri selaku Perdana Menteri atau Hasni Mohamad, Menteri Besar Johor yang tidak terkait dengan apa-apa kes mahkamah datang berjumpa rakyat dan merayu undi, kedudukan keduanya yang masih bersih itu adalah cerminan yang jauh lebih baik buat UMNO.

Ismail Sabri dan Hasni, walaupun berwatak sederhana, kelebihan mereka ialah tidak membawa kes mahkamah sebagai bebanan untuk sama-sama ditanggung oleh UMNO.

Makna kata, keberadaan Najib lebih menjadikan ia beban kepada UMNO serta memperlihatkan wajah parti itu yang kekal tidak berubah.

Ditambah dengan faktor pengundi muda, peranan media sosial dan keinginan kepada perubahan, serangan berterusan kepada Najib atas kedudukannya sebagai pesalah mahkamah yang pasti sedikit-sebanyak ada kesan kepada pengundi, di sebalik kemenangan tidak mustahil mampu dicapai oleh BN berdasarkan banyak kelebihan yang mereka miliki, kemenangan yang dicapai mungkin tidak seperti yang diharapkan.

Terutama jika peratusan keluar mengundi adalah tinggi, impian menang dua pertiga barangkali tidak akan tercapai akhirnya. – ShahbudinHusin 07/03/2022.



MENANTU PAK LONG MAIL- DARI PEREKA FESYEN LANGSUNG MENJADI PEMBEKAL PERUBATAN PULAK....

Nama Jovian Mandagie.



Pereka fesyen. Rakyat Indon.

BANYAK MANA DAH PELUANG PEKERJAAN YANG DIWUJUDKAN KEPADA ANAK MUDA KELANTAN DAN TERENGGANU ?

 






HUSAM MUSA


'Untuk menarik pengundi muda, Pas (melalui PN) menawarkan penyelesaian masalah-masalah ekonomi termasuk mewujudkan peluang pekerjaan. '

YB Presiden Pas
=======
Dah berapa banyak peluang kerja untuk Anak Muda Pas wujudkan di Kelantan?
Kalau pemimpin Kerajaan Negeri dah rasa besar diri tak sudi jenguk sendiri penduduk di tenggelami banjir - semua janji hanya di bibir.

22 bulan bawah PH konon rakyat serik, adakah bawah BN - PN lebih baik?




Tohmahan BN dan PN dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kononnya rakyat serik dengan 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dibalas persoalan adakah rakyat bahagia dengan kerajaan selepas itu?

Soalan berkenaan diutarakan oleh Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media KEADILAN Johor, pagi ini.

"Pada satu sisi rakyat dimomokkan dengan 22 bulan di bawah PH rakyat serik. Saya nak tanya adakah rakyat lebih baik di bawah kedua duanya (BN dan PN)?

"Oleh itu apabila KEADILAN menampilkan 20 calon, juga bersama parti lain yang dalam gabungan, kita letakkan 56 calon.

"Bermaksud kita masuk PRN menawarkan diri pada tanggal 12 Mac ini supaya diberi peluang, undi KEADILAN dan PH. Kita masuk PRN bukan untuk hantar pembangkang yang kuat tetapi menubuhkan Kerajaan Negeri.

"Dengan mesej itu KEADILAN menampilkan calon pro rakyat, kita katakan lawan kita adalah satu pakatan politik (yang tidak stabil) sedang sibuk bertembung sesama mereka," katanya.

Menurut beliau lagi, KEADILAN tidak peduli dengan propaganda sambutan luar biasa kempen Bossku di setiap kawasan kerana membelanjakan banyak modal dan jentera.

Bagaimanapun, katanya, beliau yakin rakyat di beberapa DUN yang diberi tumpuan akan memenangkan calon KEADILAN pada PRN ini berdasarkan rekod perkhidmatan kawasan kawasan yang dimenangi parti itu pada pilihan raya lalu.

"KEADILAN masuk dengan kesedaran yang tinggi. Kita tidak meremehkan semangat rakyat Johor untuk mengundi (yang terbaik).

"Kita tidak terpengaruh dengan (kempen) Bossku, dengan berapa banyak himpunan.

"Sebaliknya pengundi di kawasan Layang Layang, Bukit Naning, Rengit, Semarang, Semerah, di kawasan yang kami punya keyakinan bahawa pengundi bersedia memberi kami peluang," katanya.

Selain itu, Saidfuddin juga memberi nasihat kepada pengundi agar memilih calon yang berwibawa demi masa hadapan bangsa Johor.

Katanya, memilih BN dan PN adalah malapetaka kerana kedua dua gabungan itu telah membudayakan pertengkaran sebagai rutin harian politik mereka.

"Perikatan dan BN boleh menimbulkan ketidakstabilan. Mereka bergaduh hari hari dan menjadi norma baharu sesama mereka. Pergaduhan itu pula adalah pure politic dan bukan berkenaan isu rakyat.

"Berbeza KEADILAN, kami tampilkan calon calon yang membawa track record perkhidmatan bersifat people centric. Pilih BN untuk kestabilan, kalau itu yang mereka bawa maka rakyat tak perlu melalui keadaan sekarang. Tetapi itulah yang berlaku

"KEADILAN adalah untuk rakyat, BN dan PN adalah untuk diri mereka sendiri. Dan kalau mereka menang kita (akan) tengok pergaduhan berterusan," katanya lagi.

 

Rakyat Johor matang, mustahil BN menang 2/3 majoriti - Hassan Karim

 

Retorik Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 6 Mac lalu bahawa BN akan menang 2/3 majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dianggap mustahil akan berlaku.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, bukan sahaja majoriti besar tidak mungkin diperolehi malah sekiranya tidak bernasib baik BN boleh terlepas kembali menerajui Kerajaan Negeri.

"Banyak sebab yang tidak membantu BN untuk memenangi PRN Johor kali ini.

"Rakyat Johor telah melepasi satu ujian psikologi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 tahun lalu. Mereka berjaya menumbangkan kerajaan BN yang telah berkuasa sejak merdeka, lebih 60 tahun. Ertinya tidak mustahil parti politik lain boleh menggantikan BN untuk menjadi kerajaan negeri. Rakyat Johor tidak lagi takut membuat perubahan.

"Dalam PRN ini pilihan terbuka kepada rakyat Johor. Lebih setengah dozen parti politik bertanding.

"BN tidak boleh mengharapkan apa yang berlaku dalam PRN Melaka akan berulang sekali lagi di Johor," katanya.

Menurut mantan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu, pelbagai perkara harus diambil kira dalam PRN ke 15 ini yang tidak wujud dalam sejarah politik Johor sebelumnya.

"Pertama, rakyat Johor yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar menganggap PRN adalah satu pilihan raya yang dipaksakan oleh BN terhadap mereka. Pengundi membantah PRN yang dianggap membazirkan wang rakyat. Mereka mempersoalkan kenapa tidak tunggu sehingga PRU 15 yang akan tiba tidak lama lagi? Golongan ini akan menolak BN.

"Kedua, dengan kemasukan ramai pengundi baru dari berumur bawah 30 tahun menjadikan jumlah pengundi atas pagar akan memainkan peranan penting menentukan kemenangan atau kekalahan sesuatu parti politik. Undi 18 dan pengundi baru pendaftaran automatik akan dilaksanakan pada PRN ini. Dalam PRN Melaka hal itu belum berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Begitu juga, tegas Hassan, strategi BN menurunkan pemimpin Umno terpalit kes rasuah kononnya ada aura tidak menjadi kenyataan kerana pesalah rasuah tidak digemari rakyat Johor.

"Kempen BN dengan mengketengahkan pemimpin-pemimpin politik yang telah disabit bersalah oleh mahkamah dalam skandal salahguna kuasa, pecah amanah jenayah dan pelupusan wang haram atau yang sedang dalam perbicaraan atas tuduhan-tuduhan serupa menjadikan imej BN kotor dan tercemar.

"Bagi pengundi-pengundi atas pagar yang jernih fikiran mereka tentu akan bertanya pada diri mereka sendiri, adakah parti politik yang macam ini aku akan undi?

"Keempat, pengundi-pengundi atas pagar dan pengundi muda sebahagian besar mereka sedang terperangkap dalam putaran ganas keadaan sosio-ekonomi mereka sendiri.

"Isu pengangguran, hilang pekerjaan, gaji rendah dan kos sara hidup yang tinggi amat membebankan fikiran mereka. Slogan kestabilan masa depan yang dikemukakan oleh BN dipandang sinis oleh golongan pengundi atas pagar yang merupakan golongan terbesar B40 dan M40 yang terkesan dengan kemerosotan ekonomi negara," katanya.

Manakala fakta kelima, kata Hassan, kempen angkuh dan sombong BN seperti kenyataan PM dan kenyataan Bekas Menteri Besar Johor yang merupakan Naib Presiden Umno yang menyatakan BN khususnya Umno mahu menang dengan majorit besar sebenarnya tidak akan membantu dalam PRN.

Katanya, penyokong tegar Umno dan BN sahaja yang naik semangat dengan gendang perang seperti itu. Tetapi kempen yang bongkak dan takabur sedemikian ditolak oleh pengundi-pengundi rasional atas pagar.

Bagaimanapun, tambah Hassan, pengundilah yang akan menjadi penentu pada 12 Mac ini, sama ada Umno BN masih laku atau mereka mahukan kerajaan yang lebih baik dan realistik.



Anak muda guna minda rasional tolak BN - PN demi masa hadapan - Syed Ibrahim


 

Pusingan terakhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan BN menyajikan himpunan besar dan pelbagai pelancaran program untuk memamaikan minda pengundi bagi meneruskan kemenangan mereka.

Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, pelbagai himpunan dan jangkaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa BN akan menang 2/3 majoriti membuktikan telahan pembangkang benar, PRN diadakan semata mata untuk pengukuhan kuasa bukannya kestabilan politik.

"Dengan kenyataan itu jelas motif sebenar PRN Johor diadakan adalah untuk kukuhkan kuasa mereka, tatkala perebutan kuasa kronik antara BN dan PN

"Yang penting bagi mereka adalah dominasi. Inilah legasi keangkuhan BN yang mahu dikembalikan.

"Mereka melancarkan majlis besar besaran yang membazir, kita sendiri boleh lihat sejak dua tiga hari lepas. SOP ke laut. Kita rakyat jaga SOP, tetapi tidak mereka.

"Majlis besar juga boleh jatuh kepada sogokan dan pengaruh tak wajar dengan perasmian (pelbagai program) dan semua ini dalam tempoh kempen.

"Mereka (mungkin) memperoleh kemenangan dengan rekod buruk ini. Namun skandal rasuah besar seperti NFC, 1MDB dan Felda berlaku ketika Umno BN sangat kuat dan tidak boleh dicabar," katanya dalam sidang media KEADILAN Johor, pagi ini.

Justeru pada pusingan terakhir kempen, Syed Ibrahim menyeru anak anak muda atau pengundi pertama kali menggunakan minda rasional mereka menolak BN atau PN demi masa hadapan generasi bangsa Johor.

"Saya menggesa anak anak muda atau yang pertama kali mengundi. Pertama menilai dengan bijaksana akan calon calon dan tawaran serta aspek yang lebih baik buat diri mereka, keluarga, masyarakat dan negara

"Kedua, undilah calon KEADILAN dan PH yang benar benar boleh mengangkat suara rakyat Johor dan membela nasib mereka

"Ketiga, tolak calon calon yang mengutamakan kuasa dan kepentingan elit politik atas derita rakyat, sama ada dalam Umno BN atau PN," katanya lagi.

 

Jumpa adik Hafizah hari ni. Dia baru saja selesai peperiksaan SPM.

“Hari ini peperiksaan Pendidikan Islam, saya cuak sangat ni. Abah cakap nak bantai saya kalau tak lulus😭.” Perkongsian Hafizah ini membuatkan saya teringat dan berkongsi detik-detik saya melalui SPM dulu. Takut juga masa tunggu result.
Masa kat sekolah dulu , Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail selalu menasihati saya, “sekiranya kamu telah berusaha dengan gigih, maka kamu telah melakukan yang
terbaik
. Kegigihan itu sudah cukup membuat kami berasa bangga”.
Saya kongsi nasihat ini dengan adik Hafizah, kalau dah usaha gigih itu dah cukup. Takdelah kena bantai 😂 Jangan takut ya, bersabar dan tunggu keputusan nanti. 💪🏻
Adik Hafizah pun ketawa selepas perbualan kita. Saya mendoakan keputusan SPM yang baik buat adik Hafizah. Chaiyok!
May be a close-up of 2 people, people standing, headscarf and outdoors

(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN ANWAR TERKAIT HARGA BARANG DAN JUGA NILAI RINGGIT