Pengundi pos di Singapura hanya 0.04% akan mengundi?
Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam bahawa hanya 7,814 undi pos kategori Borang 1B iaitu warganegara Malaysia yang berada di luar negara yang mendaftar amat membimbangkan.
Menurut Pengerusi Majis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, jumlah pendaftaran yang sekecil itu menunjukkan SPR tidak menjalankan sepenuhnya tugas menggalakkan pengundi di luar negara mengundi.
“Kalau kita tengok jumlah undi pos ini amat membimbangkan dalam kategori 1B, warga negara di luar negara, misalnya di Singapura. Mereka di sana nak undi pos. Patutnya sudah berdaftar (lebih banyak)
“Anggaran yang dibuat oleh Menteri Besar Johor seramai 200,000 yang tinggal di Singapura. Sedangkan hanya 7,814 yang berdaftar. Ini hanya 0.04%.
“Bagi saya angka ini sangat membimbangkan. Dalam keadaan kita mahu semua rakyat melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi. Persoalannya apakah punca pendaftaran begitu rendah?” tanyanya.
Syed Ibrahim tidak menolak hebahan yang dilakukan oleh SPR tidak mencukupi. Namun katanya, hal yang lebih besar adalah kesukaran pengundi untuk mendaftar di laman sesawang SPR sebagaimana dikecam oleh netizen sepanjang tempoh pendaftaran.
“Adakah kerana masa hebahan dan galakan tidak mencukupi? Atau apakah ada halangan teknikal dalam mendaftar di laman sesawang SPR?
“Sebelum ini ada kawan kawan kita yang menyebut kalangan pengundi yang balik semasa Tahun Baharu Cina dan tidak akan pulang mengundi, mereka nak daftar tetapi banyak masalah.
“Akhirnya mereka give up. Ini punca peratus mengundi (pos) rendah. Saya minta perkara ini agar tidak diambil mudah oleh SPR kerana menafikan hak mengundi. Saya syorkan satu siasatan dilakukan. SPR bertugas jalankan pilihan raya, bukan hanya buat pilihan raya (tetapi menggalakkan pengundi mendaftar).
“Saya harap ada repons dari pihak SPR,” katanya lagi.
Pengundi Johor di Singapura yang tidak boleh pulang kerana peraturan kuarantin Covid 19 yang ketat berkemungkinan akan mengurangkan sokongan terhadap Pakatan Harapan dalam pilihan raya 12 mac ini berbanding Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.
Pemerhati politik sangsi mengapakah SPR tidak bersungguh sungguh menggalakkan pengundi di Singapura membuang undi secara pos dengan menaiktaraf lawan sesawang suruhanjaya itu yang ketingagan zaman dan sukar untuk melaksanakan pendaftaran secara atas talian.