BAGI PUN TAK TAU TERIMA KASIH. BAIK BAGI KE NEGERI LAIN. NEGERI LAIN PUN BANYAK MENYUMBANG.INI HASIL PUN TARAK...
Bukti PMX dan Kerajaan Perpaduan tidak berdendam tetapi mementingkan infrastruktur yang sewajarnya untuk rakyat.
#MalaysiaMadani
PH-BN Menang Besar, In Syaa Allah
PH-BN Menang Besar, In Syaa Allah
PH-BN Menang Besar,
In Syaa Allah
Kemungkinan PRN kali
ini akan menghasilkan keputusan yang mungkin tiada kaitan dengan PRU-15 yang
lepas dan PH-BN berkemungkinan menang besar (could be "surprising"
here to go against the normal analysis) di Selangor, N9 & PP dan dapat tawan
Kedah, Terengganu dan Kelantan (NEVER underestimate that this can happen
extraordinarily) sebab...
1. Telah terbongkar
kes2 rasuah & salah guna kuasa dari PN & P@$ & this can swing away
many votes from them.
2. Fitnah dan mainan
sentimen kaum & agama berleluasa pada PRU-15 lepas kini telah dibendung
maka PN-P@$ tidak dapat bermain sentimen ini dengan senang2. Rakyat is thus
served with truth and facts instead.
3. Dana tidak lah
sebanyak dan semewah seperti PRU-15 lepas. Very much less money now and PN-P@$
is as good as gone case coz most of their "workers on money" have
dissapeared, the old workers are demanding more money now & they are not as
spirited as before & overall they don't have "muscle power" in
factual proper governance, in fact, very poor administration as seen in Kedah,
Terengganu & Kelantan.
4. Temu Anwar di IPTA
& pelbagai pertemuan Rakyat bersama2 pemimpin2 PH-BN dapat memberi info
tepat dapat patahkan persepsi buruk yang dilontarkan oleh PN-P@$. Most of this
seminars and "meet the Rakyat" sessions are spreading and answering
fitnah, tipu helah oleh PN-P@$.
5. Pelbagai
Inisiatif, Bantuan & gerak kerja untuk kesejahteraan Rakyat dijalankan oleh
Kerajaan dapat menarik sokongan ramai pengundi atas pagar dan pengundi2 PN-P@$
yang "tertipu", "tukar hati" & "inginkan
perubahan" kepada Kerajaan Perpaduan MADANI. Partly becoz of PMX
personality & his hard & serious work to bina semula negara.
6. Rakyat tidak
nampak sumbangan positif dari idea atas ekonomi, sosial dan pembangunan dari
Pemimpin2 PN+P@$, hanya tohmahan, caci mencaci, maki, herdikan tanpa FAKTA dan
yang tidak berasas dan sentiasa menganjing dalam Parlimen.
7. PMX & para2
Menteri sentiasa mendapat pujian dan tanda hormat daripada rakyat dan netizen
social media atas kerja2 positif membina negara bersama. Ke mana PMX pergi,
sambutan menerima PMX meningkat.
8. Pergolakan dalaman
PN & Perebutan kuasa dalam P@$ dan ketidak puasan antara PN & P@$ akan
melemahkan gabungan ini.
Lastly, this may be a
BIG surprise change or NEVER a surprise for this can be a growing expectation
from the rakyat to support a PM like PMX like never before for the rakyat have
been eagerly waiting for a PM like PMX.
I stand to be
CORRECTED by FACTUAL ANALYSIS in the meantime before PRN or... to be SUPPORTED
by the RESULT of PRN 6 negeri nanti...
*Zen Marco*
RASUAH SERIUS DI NEGARA KITA.
Veteran UMNO menyifatkan cerita rasuah melibatkan pegawai
kerajaan dan orang politik bukan suatu yang mengejutkan.
Menurut setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub, isu itu sudah lama
berlaku walaupun ada tangkapan dibuat.
Namun, katanya, rasuah tetap berlaku malah bertambah serius.
“Sebab itu cerita pegawai Imigresen rasuah, ini bukan perkara
baru. Ianya sudah lama, bukan rahsia lagi. Walaupun tangkapan demi tangkapan
dibuat tapi rasuah terus berlaku.
“Cerita jutaan warga China masuk negara ini tapi tiada rekod
keluar juga kita dengar. Cerita kad pengenalan baru dikeluarkan kepada warga
China yang tidak pandai bercakap bahasa Malaysia pun kita telah dengar.
“Cerita kad pengenalan rakyat negara ini bertukar kepada orang
lain pun kita dengar. Cerita jutaan pendatang asing yang memasuki negara ini
juga kita dengar dan tahu.
“Apatah lagi, cerita pegawai rendah Imigresen memiliki beberapa
kereta mewah juga kita baca dan tahu,” katanya menerusi hantaran Facebooknya
hari ini.
Semalam, seorang menteri didakwa membuat kecoh di Lapangan
Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kerana dikatakan hendak membebaskan seorang pelawat
dari China yang ditahan.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Tiong Kin Sing
bagaimanapun tampil mengakui dirinya menteri yang terlibat dalam insiden
berkaitan.
Namun menteri itu berkata, kehadirannya untuk menyelamatkan
wanita itu yang telah mendedahkan rasuah dalam kalangan pegawai di lapangan
terbang itu.
Dakwanya, layanan sedemikian terhadap pelancong yang tiba di
Malaysia bukanlah kejadian yang pertama.
Menurut Mustapha, beliau telah menyuarakan isu itu lama dahulu
ketika memegang jawatan Setiausaha Biro Hal Ehwal Antarabangsa Pemuda UMNO.
Jelas beliau, bukan sekali aduan dibuat sehingga Menteri Dalam
Negeri dan kerajaan bertukar ganti pun rasuah terus berlaku.
“Jadinya salah siapa? Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim berjanji untuk menghapus dan membanteras rasuah hingga ke lubang
cacing, maka saya amat menyokong.
“Rasuah di negara kita amat serius. Dulu kita selalu bercakap
rasuah di negara jiran tapi sekarang kitalah hero rasuah. Malaysia memang
boleh,” katanya dengan sindiran. – MalaysiaGazette
SELEPAS BUAT LAWATAN MENGEJUT KE KLIA, ANWAR JAMIN ISU MENTERI DAN IMIGRESEN AKAN DIBINCANG RABU INI
URUSAN dan pengoperasian Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah terkawal, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan mengejut ke pintu masuk utama negara itu, hari ini.
Dalam tinjauan itu bagi melihat sendiri keadaan petugas JKDM dan JIM susulan satu insiden yang melibatkan orang kenamaan di KLIA baru-baru ini, Anwar berkata terdapat beberapa permasalahan di kedua-dua jabatan itu, yang akan disusuli dengan siasatan bagi penambahbaikan dan tindakan wajar.
“Ada beberapa kerosakan Kastam yang harus kita perbaiki. Umumnya majoriti pekerja dan petugas Imigresen berjalan dengan baik.
“Cuma ada beberapa masalah, kita adakan siasatan untuk perbaiki atau kalau ada kesilapan, akan diambil tindakan wajar,” katanya.
Tanpa diringi menteri Kabinet atau orang kenamaan, Anwar mengadakan lawatan mengejut kira-kira 30 minit di KLIA itu, sebelum menyertai upacara keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke tanah air, selepas menunaikan ibadah haji di Kompleks Bunga Raya, KLIA di Sepang.
Anwar berkata beliau akan meneliti langkah-langkah penambahbaikan yang telah diambil dan harus dilakukan.
“Setakat ini saya lihat memang Imigresen respons sangat baik dan positif. Yang kita harus kenal pasti ialah beberapa kelompok kecil yang masih tidak mampu bawa perubahan, termasuk berdepan dengan beberapa pertuduhan,” katanya.
Anwar berkata perbincangan awal berhubung JKDM dan JIM akan dilakukan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Sebuah portal berita pada 29 Jun lepas melaporkan mengenai kekecohan di KLIA melibatkan orang kenamaan, dikatakan cuba ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini.
Kejadian itu turut tular di media sosial apabila orang kenamaan berkenaan dikatakan masuk ke ruang balai ketibaan itu, tanpa memohon pas keselamatan.
Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh berkata pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden itu, merangkumi semua aspek berkaitan. – Bernama, 2 Julai, 2023.

KALAU PENGANALIS. CAKAP- MEMANG BETUL LAH JKOM,PMO DAN PALING MENYANYAT HATI MCMC DAN KEGAGALAN PAK MENTERI....
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata sentimen itu
dimainkan PAS dan Bersatu yang menjadikannya pilihan orang Melayu.
Yasmin Abdul Latif - 03 Jul 2023, 8:00am
PETALING JAYA: Seorang penganalisis
berpendapat rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap pentadbiran Perdana
Menteri Anwar Ibrahim lebih kepada isu 3R (kaum, agama dan raja) bukan
ketiadaan hala tuju ekonomi seperti didakwa Khairy Jamaluddin.
Azmi Hassan dari
Akademi Nusantara berkata sentimen itu yang dimainkan PAS dan Bersatu
menjadikannya sebagai pilihan orang Melayu serta Islam meskipun kemampuannya
menguruskan ekonomi belum terbukti.
Menurutnya, orang Melayu telah tawar hati
untuk berpaut dengan Umno yang berada pada kedudukan paling lemah termasuk
persepsi DAP sebagai parti terkuat dalam kerajaan perpaduan.
“Kenapa sokongan
‘gelombang hijau’ itu masih berlaku? Ini kerana faktor 3R dimana pengundi
Melayu masih tertekan melihat seolah-olah kerajaan tidak mampu untuk
pertahankan kepentingan Islam, orang Melayu dan institusi raja itu sendiri,”
katanya kepada FMT.
“Kalau lihat
kenapa orang Melayu tidak puas hati bukan disebabkan ekonomi…memang betul ia
dikatakan agak teruk dengan (menyebabkan) keperitan rakyat, tetapi itu secara
purata.”
Pada 20 Jun lalu,
Khairy, bekas ketua Pemuda Umno berkata kesukaran Anwar mendapat sokongan orang
Melayu lebih kepada rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya yang tiada
hala tuju ekonomi, bukan “gelombang hijau” dibawa Perikatan Nasional (PN).
Bekas menteri
kesihatan itu berkata negara sejak tujuh bulan lalu berdepan masalah
“kekurangan hala tuju ekonomi yang jelas”, ditambah ringgit lemah serta
peningkatan kos sara hidup yang menjejaskan kuasa beli rakyat.
Penganalisis
keselamatan dan politik Noor Nirwandy Mat Noordin pula berkata ekonomi negara
masih dalam fasa pemulihan dan wajar pentadbiran Anwar yang belum berusia
setahun diberi peluang.
“Sudah tentu dari
segi sentimen dilihat Anwar masih lagi mempunyai tugas perlu diselesaikan, jadi
pentingnya kerajaan diberi ruang dan dibantu dengan pandangan bernas semua
pihak termasuk pembangkang,” katanya.

ZAKI YAMANI TAK MEMFITNAH . DIA HANYA MENYATAKAN
Zaki Yamani ni bukan memfitnah. Cuma doa Hadi Awang meninggal
je. Sempat dia sambung sikit agar ambil Mahathir sekali.
Tapi soal mati bukan gurauan. Dan tak elok doakan kematian
orang. Jadi DS Anwar pantas keluarkan arahan agar mohon maaf segera.
Walaupun bukan sedikit tohmahan pernah dilempar terhadap DS
Anwar, tapi tanpa rasa dendam beliau tak mahu doa yang tidak elok buat Hadi.
Tapi... Cuba ingatkan. Berapa banyak ungkapan dan doa yang tak
baik pernah dituju kepada DS Anwar? Bukan setakat posting, dalam live pun ada.
Dan tak hanya doa, fitnah pun berderet mereka buat.
Bukan setakat walaun, lebai pun sama. Tapi sekali pun tak pernah
Hadi arahkan anak buahnya untuk meminta maaf. Kan?
Begitulah akhlak DS Anwar. Bukan pendendam dan sentiasa
menjunjung nilai murni. Inilah pemimpin terbaik untuk kita. Guane boh?
PM kecewa hanya 1 mesin pengimbas kastam di KLIA berfungsi
Anwar Ibrahim berkata pegawai terbabit harus turun padang melihat masalah itu.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim
melahirkan rasa kecewa apabila lawatan mengejutnya ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam mendapati hanya satu daripada tujuh
mesin pengimbas kastam beroperasi.
Anwar berkata
perkara itu tidak seharusnya berlaku dan mendesak pegawai agensi terbabit turun
padang untuk melihat permasalahan di bawah.
“Kebetulan (saya) menteri kewangan, kastam
bawah tanggungjawab saya. Takkan nak tunggu menteri turun baru nak tahu rosak,”
katanya berucap pada majlis perhimpunan bulanan warga Jabatan Perdana Menteri.
“Ini ada kelemahan
dari segi maklumat, kalau belanja sekitar beberapa juta kita boleh luluskan
segera dan saya percaya SPRM takkan siasat semata-mata luluskan segera kerana
keadaan mendesak.”
Semalam, Anwar
mengadakan lawatan mengejut di KLIA untuk meninjau operasi imigresen di pintu
masuk negara itu.
Lawatan itu
dipercayai susulan kekecohan di KLIA baru-baru ini membabitkan Menteri
Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing yang mengakui individu ditularkan
bagi membantu seorang warga China yang ditahan daripada memasuki Malaysia.
Beliau mendakwa
wujudnya budaya rasuah membabitkan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa
“kronik” di pintu masuk negara.
TEEEDIA...DEPA PUNYA KIRA SAMPAI DAP MASUK SEKALI NIH...KAH..KAH...KAH
199 MP sedia nak tukar kerajaan Ogos ni? Tu kira semua la tu.
Cuma tinggal 22 je yang tak sokong?
Agak-agak la. Pertama sekali, bubuh angka 199 tu memang tak
logik langsung. Yang kedua, mana laku lagi SD masa ni. Tak ikut perkembangan
ke?
Ini nama gila bayang. Jenis ada awek senyum je dia kata awek tu
syok kat dia. Rupanya awek tu dah bersuami. Gila yang tahap ekstrem. Guane boh?
MAT GORGON TERCYDOK DEK KOMEN RAJA GELAP
Aku berbesar hati ada MP yang sudi respon kepada komen aku.
Sebenarnya bila aku nampak video dia, aku komen je. Tak perasan dia sendiri
yang post. Bila dia sudi reply, aku agak terharu la.
Dalam video tu dia kata biar digelar walaun sebab wala kepada
kebenaran. Tu yang aku tanya di ruang komen tu kebenaran apa yang ada?
Tapi yang kelakarnya, sebagai pemimpin yang ada jawatan
peringkat nasional dalam parti, dia masih mainkan isu liwat. Ada lagi ek orang
yang main isu ni. Masih tak cukup lagi ke penjelasan yang ada?
Baru ni pun ada yang DM aku minta cerita tentang isu ni. Mulanya
aku fikir tak perlu nak hangatkan isu ni semula. Isu basi. Iswardy pun pernah
buat video jelaskan dengan panjang lebar apa yang tak kena.
Tapi tak apalah. Aku tulis sepintas lalu. Sebab kalau yang
bertaraf pemimpin pun tak faham, apa lagi walaun. Kalau dorang je tak faham
takpe. Ni nanti dia sebarkan cerita tak betul kepada rakyat.
Tapi mungkin ada perkataan yang tak sedap dibaca dalam tulisan
ni. Aku minta maaf la awal-awal kalau ada yang tak selesa dengan perkataan
tersebut.
Kes Liwat I tak pernah sabit pun. Kes berhenti di tengah jalan
begitu je. Sebab terlalu banyak cerita yang tak masuk akal. Salah satunya,
berulang kali pinda tarikh kejadian dikatakan berlaku..
Puncanya sebab tempat tu didapati belum siap lagi pada tarikh
yang diberi. Kemudian bawa tilam pula ke mahkamah. Siap kata ada bulu DS Anwar
lagi pada tilam tu. Rupanya pada tarikh tersebut, tilam jenis tu belum dijual
lagi di pasaran.
Tapi DS Anwar dipenjarakan juga atas dakwaan salah guna kuasa.
Puncanya DS Anwar beritahu SB supaya jangan keras sangat dengan saksi. 'Cuma
gempak sikit je'. Dan berdasarkan pengakuan SB je, DS Anwar pun didapati
bersalah.
Untuk Kes Liwat II pula, lebih banyak perkara yang meragukan.
Aku pernah kongsi video penjelasan YB Saifuddin Nasution. Antaranya
penjelasannya, video Saiful ada pergi ke tempat kejadian cumalah video dia
masuk keluar lift je. Masuk rumah tak ada.
Kemudian dikatakan DS Anwar juga ada alibi. Ada tiga individu
bersama DS Anwar sepanjang malam di mana kejadian dikatakan berlaku. Tapi
individu ini tidak dipanggil oleh mahkamah.
Lagipun, secara logik, takkanlah seorang lelaki yang berusia 24
tahun tak mampu nak tolak/melawan seorang lelaki tua berusia hampir 70 tahun
yang mahu meliwatnya? Masuk akal ke?
Paling hebat, Saiful mengaku simpan sperma DS Anwar dalam
duburnya selama 3 hari. Peguam DS Anwar, tak salah aku mendiang Karpal, siap
tanya Saiful ni selama tiga hari tu dia tak kentut dan berak ke? Paling bisa,
dia tanya tak mandi junub? Habis tu tak solat? Termasuk solat Jumaat pun tak
pergi?
Aku dah tak ingat exact words yang digunakan oleh mendiang tapi
lebih kurang macam tu la soalannya. Jadi dari situ pun kita dah nampak jelas
tuduhan tu memang tak logik tak masuk akal.
Sebab tu DYMM Sultan Muhammad yang menjadi YDP Agong ketika PH
menang pertama kali, yakin ada penyelewengan dalam perbicaraan sebelum ini dan
perkenan untuk beri pengampunan penuh.
Bila pengampunan penuh, maknanya DS Anwar tak pernah disabitkan
kesalahan. Rekod dipadamkan. Ia tak pernah berlaku. Jadi sesiapa yang ungkit
kes ni bererti tak hormati keputusan YDP Agong.
Begitulah sedikit sebanyak kes ni. Kalau nak cerita secara
terperinci memang panjang sangat. Tapi ini pun dah cukup nak tunjukkan tuduhan
yang dibuat terhadap DS Anwar memang bermotifkan politik.
Jadi sekarang, tak payahlah nak main isu basi ni. Bagus
pembangkang guna isu tadbir urus. Serang kerajaan berdasarkan polisi, tentang
ekonomi dan kebajikan rakyat. Bukan isu seperti ini.
Itupun kalau ada kemampuan la. Sebab pemimpin pembangkang ni
setahu aku memang lemah soal pentadbiran. Tengok mamat ni je la. Aku sentuh isu
lain, dia masukkan isu liwat. Lemahhh. Guane boh?
.