LAWATAN MENGEJUT PMX










 Dalam lawatan mengejut ke kaunter Imigresen dan Kastam di KLIA sebentar tadi, saya dapati ada ruang untuk penambahbaikan bagi memantapkan pengoperasian di pintu masuk negara ini.


Saya sempat bertegur sapa dan bertanyakan kepada anggota serta pegawai bertugas berkenaan operasi harian, baik di kaunter ketibaan mahupun pelepasan.


Kesempatan ini juga digunakan untuk melihat sendiri isu berbangkit atau permasalahan sewaktu pengendalian harian membabitkan pelancong dan warga asing selain warga tempatan. 


Berhubung insiden membabitkan pelancong China baru-baru ini, saya memberi jaminan, siasatan rapi akan dijalankan pihak berkuasa hatta perbincangan awal akan dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini.


Sementelahan, tindakan juga akan diambil pihak terbabit andai wujud kesilapan yang tidak sepatutnya sehingga menjejaskan kelinciran operasi.


InsyaAllah tahap keselamatan dan pengoperasian di lapangan terbang negara akan senantiasa ditambahbaik dalam memastikan perkhidmatan sewajarnya diberikan kepada semua pihak.


#MalaysiaMADANI



No comments: