SAMPAI SUDAH TAK SAMPAI TEBUK ATAP



 

STEVEN SIM BANTU LAGI


 

DIA PUNYA ANGKUH.. KITA LIHAT RAMAI RAMAI KEMUDIAN NANTI


 

PI LANGKAWI MAKAN KAT HADYAI

 



De


Yg gatai pi makan Kat Langkawi Sapa suruh..lain kali pi sana jgn makan langsung Kat sana ๐Ÿ˜…...nk makan ja lajak teruih pi hatyai..murah byk dari Langkawi..lepas makan Kat hatyai..pi semula Langkawi..agak lapaq lak malam tu..pi hatyai balik..biaq penega2 Langkawi tengadah sikit.. ๐Ÿ˜

KITA DAHULUI DENGAN BANTERAS RASUAH DAN URUSTADBIR KEWANGAN NEGARA DAN LAIN LAIN JUGA

 




Tak dinafikan apa yang Ambiga katakan ini. Memang perubahan yang dijanjikan agak perlahan. Tapi Ambiga juga akui yang ada usaha memerangi rasuah secara besar-besaran.

Cuma yang kita kena ingat, rasuah ni dah macam ibu segala penyakit. Kita ada macam-macam penyakit di negara ini buat masa ini. Nak ubat semua penyakit ini, ibunya kena dihapuskan dulu.

Nak ubah macamana kalau pergawai kerajaan pun ramai yang rasuah? Nanti kerajaan je syok nak buat itu ini, Tai agensi kerajaan tak layan sebab dah kenyang melantak rasuah. Kan susah.

Selain itu, macam Akta Komunikasi, kalau dihapuskan sekarang, akan mengundang lebih banyak masalah. Kerana pembangkang pada masa ini jadikan isu kaum dan agama sebagai senjata.

Sehingga rakyat punyai kesedaran manakala penjahat yang gunakan isu 3R serta fitnah sebagai senjata telah dihapuskan sepenuhnya barulah akta itu sedia untuk dihapuskan.

Satu lagi, ekonomi negara kita juga belum pulih penuh selepas dihancurkan oleh PN. Sebab tu kita boleh lihat kerajaan menumpukan pemulihan ekonomi selain dari usaha membasmi kemiskinan.

Ambiga kena lihat kesungguhan pembangkang untuk menebuk atap adalah bukti kerajaan sedang berusaha membawa perubahan. Kerana bila perubahan berjaya, pembangkang akan mati dulu.

Beri tempoh pada DS Anwar dan Kerajaan Perpaduan untuk dulukan yang dulu dan utamakan yang utama. Lagipun, perubahan yang nak dilakukan itu perlukan kajian yang mendalam. Kerajaan ini bukannya macam PN dulu, buat sesuatu tanpa fikir. Jadi sabarlah Guane boh?

Raja Gelap II

#PenjarakanPapaGomo

.

SAYA BUKAN PALOI PRIMIER SARAWAK






GPS dah beri mesej yang jelas dah. Tak payah la acah acah kekal tenang lagi. Abang Jo tak berselindung pun menolak ajakan tukar kerajaan. Malah tawaran supaya jawatan PM diberikan kepada GPS dianggap cubaan untuk memperbodohkan Abang Jo.

Kalau 20 orang MP GPS nak dengan PN pun, tapi kalau Abang Jo tak nak, tetap takkan jadi. Sebab sekarang ni yang penting hanya pendirian ketua parti. Dan untuk makluman semua, orang Sarawak benci politik rasis yang dibawa oleh PAS.

Dengan hanya 23 kerusi, kalau betul Abang Jo terima tawaran GPS jadi PM, dah pasti PN akan tekan PM dari GPS untuk ikut kemahuan mereka jika mahu kekal PM. Di penghujungnya, PM dari GPS hanya jadi boneka.

Aku tak kisah pasal lebai. Sebab lebai pun tahu usaha tukar kerajaan takkan berjaya. Aku cuma agak kesian pada walaun. Berharap sangat. Aku tengok posting dorang macam penuh harapan. Dah ramai yang aku unfriend sebab tak sampai hati tengok diorang ditipu lebai.

Untuk pemimpin PN, tutuplah cerita tukar kerajaan ni. Ia ganggu minat pelabur untuk masuk melabur. Korang dah kaya, duit banyak, tak apa la. Tapi rakyat perlukan pelabur untuk peluang pekerjaan. Berhentilah sabotaj ekonomi dan rakyat dengan cerita begini. Guane boh?

Raja Gelap II

#PenjarakanPapaGomo

.

 

APA PULAK YANG KEKAL TENANG .KA GELABAH TAK BOLEH TEBUK ATAP






Korang tengok punya menggelatat puak tu tak dapat nak tebuk atap, sekarang ni dah babitkan YDP Agong pulak. Lepas tu acah acah tenang. Bila kita ketawa dia kata kita panas. Padahal perbuatan dia tu yang nampak bodoh sangat.

YDP Agong masa ni tengah sibuk nak handover. Tak ada masa dah nak layan benda mengarut macam ni dah. Dia ingat nak keluar ofis main shake hand lepas tu terus blah ke apa? Dah tentulah ada proses yang tertentu. Walaun apa tau?

Nampak sangat terdesak walaun ni. Ye la. Dia tahu bila Sultan Ibrahim jadi YDP Agong nanti, peluang nak tebuk atap dah tertutup terus. Itu yang all out di minit minit terakhir ni. Dia ingat YDP Agong nak layan? Gila punya walaupun. Guane boh?

Raja Gelap II

#PenjarakanPapaGomo

WIN WIN JA KAN MUDAH






NABIL NORHALIM

 

Puan, hakim boleh tentukan hak ziarah anak oleh bekas suami kerana dia adalah ayah kandung. (Sekiranya ada permohonan di mahkamah). Cuma puan kena bijak sama macam Aisyah hijannah, puan boleh tuntut pampasan nafkah anak sepanjang tempoh dalam jagaan anak puan. Kalau tak pandai nak fight dalam court. Boleh Cari peguam yang handal. Macam Syahmi Zaman, Hafiz Roslan

Buatlah perjanjian win win situation. Padang dunia pun selesai. Padang Mahsyar pun insyallah. Inilah penting nya Mahkamah Hadhanah di dunia.

 

PMX GESA JERMAN GUNAKAN PENGARUH UNTUK GENCATAN SENJATA

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Jerman supaya menggunakan

 pengaruhnya bagi mendesak gencatan senjata dalam konflik antara

 Israel dan Palestin sekali gus membenarkan akses bantuan

 kemanusiaan..






DEMAM PULAK



LEARRY JABUL


 Dikhabarakan dia tidak sihat n dimasukkan ke hospital sejak miggu lalu...sama-sama kita doakan kesembuhan yang paling pantas n mujarab untuk dia...


Kereta Honda CRV baru beli sudah menghadapi masalah tetapi Honda enggan baiki!???

 

Kereta Honda CRV baru beli sudah menghadapi masalah tetapi Honda enggan baiki!

Salam semua.

Pada Disember 2023, ayah saya membeli Honda CRV 2023 di Cawangan Peringgit.

Baru saja membawa keluar dari pusat honda tersebut, dia terperasan ada bunyi bising yang kuat, tapi dia anggap mungkin disebabkan keadaan jalan yang tidak berapa baik.

Namun kemudiannya dia mendapati bunyi yang sangat kuat itu datang daripada kereta tersebut. Bunyinya seakan sedang menunggang motosikal. Bunyi tersebut hilang apabila kereta berhenti. Ia akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat apabila kereta sedang bergerak saja.

Ayah menghantar semula kereta tersebut ke Cawangan Peringgit untuk pemeriksaan. Mereka hanya menukar tombol/kunci pintu tapi kereta masih mengeluarkan bunyi yang sama.

Pada pemeriksaan kedua pula mereka pandu uji kereta tersebut dan mengesahkan ada bunyi tidak normal semasa memandu. Pengurus Cawangan Peringgit, Encik Lim juga mengesahkan ada bunyi tidak normal.

Mereka maklumkan bahawa kereta tersebut akan dihantar ke Pusat Servis Utama iaitu Honda Malaysia. Ini kerana kata mereka Cawangan Peringgit tidak dapat membuat apa-apa tanpa pemeriksaan yang lebih teliti dari Honda Malaysia.

Hari berlalu, tiada sebarang khabar berita dari mereka. Maka ayah menghubungi semula Encik Lim dan dia maklumkan bahawa dia sentiasa cuba mendapatkan maklumbalas dan perkembangan dari Honda Malaysia namun setakat ini masih tidak diketahui apa puncanya.

Agak kepelikan kerana kereta itu belum cecah sebulan lagi usiannya, namun tempoh jaminan dari Honda seperti sudah tamat berpuluh tahun.

Kemudiannya ayah berhubung dengan Puan Brenda, ketua Perkhidmatan Pelanggan Honda Malaysia. Seperti satu perlawanan ping-pong, dia maklumkan bahawa kes ini akan dirujuk semula dan diselesaikan oleh pihak Cawangan Peringgit.

Rupanya mengikut laporan yang mereka buat, tidak langsung dinyatakan tentang bunyi pelik tersebut, sebaliknya mereka hanya nyatakan ada isu tayar sahaja.

Beberapa hari berlalu, tiada siapa yang menghubungi ayah. Mula rasa bimbang jadi dia menghubungi mereka. Alangkah terkejutnya ayah apabila mereka kata Puan Brenda TELAH MENUTUP KES ini tanpa melakukan apa-apa siasatan lanjut.

Encik Lim kata dia sedang berusaha untuk mendapatkan maklumbalas dari Honda. Sekarang ayah ada berhubung dengan orang lain dari satu jabatan di sana, dengan nada yang sopan dan baik dia kata dia memahami situasi ayah dan memohon maaf atas kesulitan.

Sehingga sekarang ayah saya tidak tahu apa yang berlaku dan apa status kereta tersebur kerana masih tiada jalan penyelesaian.

Saya terpaksa menggunakan saluran di media sosial kerana mereka tidak mempunyai e-mel rasmi, talian perkhidmatan pelanggan juga sangat lama untuk dihubungkam, dan apa yang pasit mereka terus menerus mengelak untuk mengambil sebarang tanggungjawab, yang selalu mereka lakukan adalah mengatakan untuk berhubung semula dalam beberapa hari, namun saya yang perlu cari mereka untuk bertanya tentang sebarang update.

Bukanlah niat saya untuk sekadar menularkan isu ini, tetapi saya mahu isu ini dapat diselesaikan seadilnya sebagai seorang pelanggan. Moga ada cahaya sinar buat ayah dalam isu ini.

FB Ahmad Shah.

 

PERKAHWINAN PUN DIHALALKAN PERPISAHAN, TAKKAN SOKONGAN POLITIK NAK DIHARAM DARIPADA DITARIK BALIK?

 

Tanpa keraguan, boleh dirumuskan bahawa cadangan agar Perdana Menteri tidak boleh ditukar di pertengahan penggal, melainkan hanya setelah cukup tempoh penggal dan melalui pilihan raya adalah cadangan yang ada niat untuk kepentingan peribadi pencadangnya.

Hakikatnya, mengundang-undangkan jawatan Perdana Menteri atau kerajaan mesti kekal sehingga habis penggal adalah juga bermaksud untuk mengekalkan mereka yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri bagi tempoh masa yang sama.

Tetapi, yang lebih besar dan penting untuk diaktakan ialah menjadikan penggal Parlimen itu kekal dalam tempohnya dan bukan jawatan Perdana Menteri yang mesti dikekalkan sepanjang penggal.

Ini kerana jika Parlimen boleh dibubar bila-bila masa tanpa ditentukan tempohnya, ia akan memberi kesan kepada rakyat sebagai pengundi.

Sebaliknya, menetapkan melalui kuasa undang-undang agar Perdana Menteri tidak boleh ditukar di pertengahan penggal lebih memungkinkan seseorang yang menjadi Perdana Menteri itu bersikap diktator, angkuh, sombong dan bebas melakukan skandal tanpa bimbang daripada dijatuhkan.

Lantaran itu, sementara tempoh Parlimen wajar diaktakan supaya kekal selama lima tahun, tetapi Perdana Menteri mesti boleh ditukar, ditarik sokongan dan dijatuhkan atau sebab-sebab yang munasabah.

Lagi pula, akan hilanglah seni dan serinya politik jika Perdana Menteri tidak boleh digugat kedudukannya sepanjang tempoh penggal Parlimen yang tertentu.

Dengan kedudukan Perdana Menteri yang boleh digugat dan dijatuhkan pula, seseorang yang menjadi Perdana Menteri akan sentiasa berhemah dan menjaga kerusinya dengan sebaik mungkin sepanjang masa, bukan ketika dekat-dekat nak pilihan raya saja.

Selain itu, hubungan politik dalam membentuk kerajaan atau melantik Perdana Menteri bukanlah hubungan yang terlalu suci sehingga perlu dikuatkuasakan undang-undang untuk melindungi atau mengelakkan ia terlerai di pertengahan jalan.

Hubungan paling suci sesama manusia ialah ikatan perkahwinan di mana melaluinya bercantum silaturrahim dan berkembang zuriat sehingga memungkinkan dunia ini sentiasa menarik untuk dihuni.

Namun, di sebalik sucinya ikatan perkahwinan itu, Tuhan tidak pula mengharamkan perpisahan atau perceraian, malah dihalalkan jika pasangan tiada lagi persefahaman.

Lalu, mengapa pula hubungan atau ikatan politik yang sekadar menentukan jawatan Perdana Menteri mahu diharamkan daripada dileraikan atau ditarik balik di pertengahan jalan? – ShahbudinHusin 15/01/2024.


 

[terkini] MANTAP AMANAT MB SELANGOR DAN MINBRIT HANYA KAKI TEBUK ATAP!


Majlis Amanat Tahun Baharu 2024! Saksikan siaran Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 bersama YAB Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari dan Penjawat Awam Negeri Selangor bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz.




((LIVE)) PM Cukup Sokongan, RUU Halang Tukar Kerajaan Bukan Langkah Terd...

[gempak] SANUSI MAHU SAMAN SIAPA? BEGITU TERDESAK MAHU TUTUP MULUT!

PMX MENGADAKAN MESYUARAT MTEN

 



Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) yang pertama untuk tahun ini. 


Bagi memperkukuh keberkesanan perbincangan dan keputusan, saya telah bersetuju menambah ahli-ahli tetap MTEN terdiri daripada Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Gobind Singh Deo, Menteri Digital; dan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II.


Mesyuarat telah menilai kemajuan pelaksanaan ke atas keputusan-keputusan yang telah dibuat MTEN pada tahun lalu. 


Terkait dengan pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah saya luncurkan pada 2 Januari 2024, mesyuarat telah membentangkan kemajuan semasa dan memberi pandangan langkah-langkah yang perlu diambil oleh agensi berkaitan. 


Ini terutamanya berkaitan keselamatan data dan kaedah untuk meningkatkan jumlah pendaftaran.


MTEN hari ini juga telah membincangkan mengenai penambahbaikan tata kelola Approved Permit (AP) dan Permit Import (IP) ke arah meningkatkan daya saing negara. 


Adalah penting bagi Kerajaan mencari satu formula yang bukan sahaja memberi keuntungan kepada pengguna tetapi juga kepada pengeluar tempatan terutama dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi.


Beberapa perkara turut dipersetujui, antaranya setiap agensi kawal selia yang berkaitan diminta mengemukakan kaedah penambahbaikan kepada Jemaah Menteri bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan proses analisa risiko import. Ketua Audit Negara disaran untuk melaksanakan proses audit bagi sektor-sektor terpilih bagi memastikan pelaksanaan AP dan IP mencapai sasaran dan memenuhi matlamat yang telah ditetapkan. Selain itu, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) diarahkan untuk melaksanakan kajian dan penilaian terhadap tata kelola dan pengimportan barangan halal. Manakala, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) diminta mengkaji isu berkaitan kewujudan kartel dalam isu pengimportan barangan berasaskan makanan.


#MalaysiaMADANI



๐—•๐—˜๐—š๐—œ๐—ง๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—œ๐—™๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—žE๐—ฃA๐——A ๐—š๐—˜๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—ก๐—๐—”๐—›๐—”๐—ง




(EJAAN TELAH DIPERBETULKAN) 

Akhirnya Allah pecahkan kesatuan hati mereka dan pakat pecah tembelang berebut dedak. Dah banyak kali saya tulis yang walaun & untit, walargon dan walatok ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ (Cyberuk2 yang rapat dengan pimpinan PNyakau) yang dok sapu habuan dari pimpinan PNyakau dok TIPU walaun & untit ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—› yang dok kayuh gerek, usung tin milo rata tapi dok puja dan sokong lebai kongkiak yang kaya raya.


Puak boddow walaun & untit ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—› tu punya la dok maki hamun kita, ejek-ejek, caci cerca, kafirkan lawan politik, hina fitnah liwat pada PMX. Sanggup bergelumang degan ๐—ฑ๐—ผ๐˜€๐—ฎ ๐—ค๐—”๐—ญ๐—”๐—™ ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ. Komplen hari- hari, dok hingaq tak mampu beli beraih kunun harga barang mahal walhal?? Walaun, walargon & walatok kasta tinggi dok balun dedak. Harga barang naiklah camana pun depa bukan heran. Sebenarnya harga barang terkawal sebab Inflasi hanya 1.5%. Tapi yang kasta rendah kena kencin. ๐Ÿ˜œ


Anyways..Saksikan sendiri. Pada saya ada kemungkinan kerana Doa Qunut Nazilah yang lebai, walaun & untit dok baca tujukan pada ๐—ฃ๐—›-๐—•๐—ก ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐˜†๐—ด ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜‡๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ lalu Allah pulangkan balik kepada puak PNjahat. MUNGKIN. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


๐—ข๐—ฟan๐—ด ๐˜๐˜‚๐—ท๐˜‚ ๐—ค๐˜‚๐—ป๐˜‚๐˜ ๐—ก๐—ฎ๐˜‡๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฑ ๐—ญ๐Ÿญ๐—ข๐—ก๐Ÿญ๐—ฆ๐—ง ๐—œ๐˜€๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฒ๐—น๐—น, ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚๐—ป & ๐˜‚๐—ป๐˜๐—ถ๐˜ ๐˜€๐—ถ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ ๐˜๐˜‚๐—ท๐˜‚ ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐— ๐—ซ, ๐—ฃ๐—›-๐—•๐—ก ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ termasuk orang-orang mukmin di dalamnya.


Buduss...


- Zus Din 

14012024



BOIKOT MAKCIK JUAL KORDIAL... MACAMANA BOIKOT PENIAGA YANG DATANG BERNIAGA DAN BALIK UNDI NEGERI MASING MASING.


 

ISLE LE SANGAT


Awang  Ibni Kudus


Isley lah sangat....inilah perjuangan bersifat random, semua boleh jadi sebab ada DALIL




PENDERMA DIMURAHKAN REZEKI DAN DI PERMUDAHKAN URUSAN


 



BANI QONTURAH


Salam semua. Kau kenal Siti Aishah? Pernah viral menyediakan makanan percuma kepada pelajar yang putus duit di UTM Skudai Johor.

.

Hari ini dia ditimpa musibah. Melahirkan anak. Dan anak ada jangkitan kuman. Kena ambil air tulang. Semoga dimudahkan urusan anaknya Irham, ibu, ayah dan anak seorang lagi, Indera. Inna ma'al usri yusra.

.

Keadaan menyebabkan dia tidak dapat berniaga. Putus mata pencarian. Jika ada yang sudi menyumbang, bagi meringankan beban, boleh berbuat demikian pada 

.

Semoga tuhan berkati korang semua. Amin

.

Updated : tuan empunya mohon hentikan sumbangan sebab sudah mencukupi untuk keperluan. Sumbangan yang lebih akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih dermawan.

.

Mohon izin untuk tagged

.

Mohd Ezairol Rezan Zainol

Zainuddin Omar

Rusyainie Ramli

Nazri Hamdan

Ab Shukur Azhar

Suhaizan Kayat

Aminolhuda Bin Hassan

Marina Ibrahim



ASYIK NAK TEBUK ATAP YA... TAK DAK KEJA...


 

KEMPEN PENJARAKAN PAPAGOMO. DIA DOK DALAM BARU DIA TAU...


 

JANJI MEMANG MUDAH. TAPI SATU APA PUN TAK JADI


 

KOS HIDUP DI KEDAH TINGGI- RAMAI MAI DOK PENANG TAK MAU BALIK


 

KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH NASIONAL



14 Januari 2024


Kenyataan rasis Dr Mahathir perlu disiasat kerana menghina kesetiaan terhadap Raja-raja Melayu


1. Tun Dr Mahathir Mohamad perlu memohon ampun daripada rakyat Malaysia berbangsa India atas kenyataan terbarunya yang tidak melambangkan kelakuan seorang negarawan. Dr Mahathir has stooped to a new low.


2. Dr Mahathir seharusnya disiasat bawah undang-undang jenayah berikutan kenyataannya di media asing yang mendakwa rakyat Malaysia berbangsa India tidak setia sepenuhnya kepada Malaysia. Ini umpama mencurigai taat setia 2 juta rakyat negara ini terhadap Raja-raja Melayu. This is an incitement of hate.


3. Ia juga satu penghinaan terhadap rakyat Malaysia berbangsa India yang telah menyumbang keringat sebagai anggota tentera dan polis, guru dan di dalam pelbagai sektor lain untuk berdekad lamanya. Apakah Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau pernah menjadi Perdana Menteri untuk lebih 20 tahun atas undi kaum India?


4. Dalam konteks Malaysia MADANI hari ini, tidak ada ruang untuk individu rasis umpama parasit yang merapuhkan perpaduan negara. Saya musykil mengapa tidak ada seorang pun ahli politik Perikatan Nasional tampil mengkritik kenyataan rasis Dr Mahathir.


5. Adakah Perikatan Nasional juga rasis dan berasa rakyat Malaysia berbangsa India tidak taat setia kepada ibu pertiwi kita?


AMMAR ATAN

Naib Ketua Pemuda

Pemuda Amanah Nasional


#PemudaAMANAH

#PartiAmanahNegara

#AMANAH #AmanahProgresifPeduli #KerajaanMADANI #MalaysiaBersamaPalestin



DUA WANITA AHLI POLITIK YANG BERBEZA PEMIKIRAN

 

YB STANDING ONDER

YB MARINA IBRAHIM


YB Marina Ibrahim (PH) dan YB Siti Mastura (PN) sungguh jauh berbeza dalam cara menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat. 

ADUN Skudai bukan sahaja punya personaliti yang menarik, tetapi juga bijak dan tertib dalam menjalankan tugas. Beliau berpenampilan sederhana bukan bermakna liberal. Seorang mengeluar airmata menyantuni mangsa banjir yang seorang tu standing onde..

#AdunSkudai



SANUSI DIINGATKAN JANGAN PANIK TERLAMPAU

 





Learry Jabul

Jika orang politik pun menilai Sanusi begitu, maka rakyat mustahil tidak memberi penilaian yang sama... Tak perlu la buat statement kat luar nak saman orang sana sini... Kau nak saman apa??

 Siasatan terhadap kau pun baru nak bermula.. Kalau SPRM dan mahkamah sudh buktikan kau meemang tak bersalah baru la ada asas kau nak saman orang lain, baru la terbukti kau difitnah... Jangan panic sangat la... Disiasat bukan bermakna kau memang dituduh bersalah...

(EJAAN TELAH DIPERBAIKI)


SAKIT HATI...


 

MEMANG BODO. TIDAK TAKKAN PN AMBIL JADI CYBERTROOPER.

 


Kebodohan Yang Berjangkit-Jangkit. Dari Sang Gorilla kepada Sarbu kepada Si Badak. 


Ini blom masuk lagi sekor Sang Acah-Acah ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ



PENJENAYAH TEBUK ATAP.. JATUH TERLENTANG.







AKTA PARLIMEN BERPENGGAL TETAP TIDAK BOLEH DISEKALIKAN DENGAN LARANGAN MENUKAR PM


Susulan cadangan peribadi Timbalan Perdana Menteri, Ahnad Zahid Hamidi agar digubal suatu undang-undang menghalang pertukaran kerajaan selain daripada melalui pilihan raya, dengan tak semena-mena timbul pula cadangan berkaitan perlaksanaan Akta Parlimen Berpenggal Tetap.


Daripada reaksi dan komen pelbagai pihak, seolah-olah kedua perkara itu mahu disekalikan perlaksanaannya.


Menghalang pertukaran kerajaan atau Perdana Menteri selain melalui pilihanraya atau melakukannya di pertengahan jalan adalah perkara yang berbeza dengan maksud Akta Parlimen Berpenggal Tetap.


Kedua-duanya tidak harus disekalikan atau dicampur-adukkan menjadi satu.


Akta Parlimen Berpenggal Tetap ialah supaya Parlimen tidak boleh dibubarkan di pertengahan penggal dan tarikh pembubaran Parlimen serta hari mengundi hendaklah ditetapkan lebih awal atau sekitar tempoh lima tahun daripada tarikh pilihan raya sebelumnya.


Ertinya, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh lima tahun dan tiada pembubaran Parlimen dibenarkan di pertengahan penggal.


Ini adalah suatu perkara yang baik kerana tidak menyusahkan rakyat untuk berdepan lebih daripada satu pilihan raya dalam tempoh lima tahun, selain mengelakkan kerajaan yang berkuasa mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen secara mengejut sehingga membuatkan ramai yang terkejut.


Dengan adanya Akta Parlimen Berpenggal Tetap di mana tarikh pilihan raya sudah ditetapkan dan diketahui umum tarikhnya, rakyat boleh bersedia dan tidak perlu kalut dalam soal mengundi.


Perkara ini adalah antara topik yang selalu disebut oleh PH dalam kempen-kempen pilihan raya sebelum ini dan mereka berjanji untuk menguatkuasakannya jika beroleh kuasa.


Tetapi Akta Parlimen Berpenggal Tetap ini tidak seharusnya menghalang pertukaran kerajaan atau menukar Perdana Menteri di tengah penggal.


Yang dihalang dan tidak dibenarkan hanya membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya saja.


Jika larangan membubar Parlimen disekalikan dengan sekatan menukar kerajaan atau menukar Perdana Menteri, akta itu akan menjadi tidak demokratik, bersifat autoritarian, memungkinkan Perdana Menteri menjadi diktator serta ganas serta bercanggah dengan perlembagaan negara.


Bayangkan apa jadi jika Perdana Menteri terlibat dengan skandal besar yang memalukan negara, tetapi beliau tidak boleh ditukar di tengah penggal kerana adanya akta yang melarang pertukaran Perdana Menteri itu?


Tidakkah ia buruk kepada negara dan menyebabkan rakyat menderita lagi sengsara?


Selain itu, Perkara 43(4) perlembagaan pula menyatakan, jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan Ahli Dewan Rakyat, beliau hendaklah meletak jawatan, melainkan jika permintaannya agar Parlimen dibubarkan mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong.


Ini bermakna, penarikan sokongan, menukar dan menjatuhkan Perdana Menteri di tengah penggal adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang dihalalkan oleh perlembagaan.


Dengan itu, meletakkan sekatan daripada menukar kerajaan atau menukar Perdana Menteri di dalam Akta Parlimen Berpenggal Tetap adalah tidak selari dengan perlembagaan negara.


Maka dalam hal ini, dalam keinginan kerajaan mahu melaksanakan Akta Parlimen Berpenggal Tegap, fokusnya haruslah berkaitan penetapan awal tarikh pilihan raya, pilihan raya mesti lima tahun sekali dan tiada pembubaran Parlimen secara mengejut oleh kerajaan yang sedang berkuasa.


Jangan disekalikan dengan keghairahan untuk menghalang pertukaran kerajaan atau Perdana Menteri sebagaimana diideakan oleh Zahid Hamidi.


Menukar kerajaan dan menukar Perdana Menteri di tengah penggal hendaklah kekal dibenarkan bagi mengelakkan seseorang Perdana Menteri itu bersikap buruk dan sesuka hati berlagak dengan kuasa yang ada padanya.


Lagi pula, PH dan BN harus sedar, mereka bukan selamanya akan menjadi kerajaan, mana fahu ketika jadi pembangkang pada bila-bila masa atau selepas PRU16 nanti, tiba-tiba ketika itu terbuka peluang untuk menjatuhkan kerajaan dan menukar Perdana Menteri?


Bukankah adanya sekatan itu boleh membawa kerugian? – ShahbudinHusin 15/01/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/01/15/akta-parlimen-berpenggal-tetap-tidak-boleh-disekalikan-dengan-larangan-menukar-pm.html



SIAPA LA UPAH KO YANG BONGOK JADI CYTRO... MEMANG MELINGKUP LA.

 

Puteri Jannah





Kau pnya temberang cakap PMX tak pergi majlis prkahwinan anak sultan brunei terserlah sangat sangat ๐Ÿ™„


Sakit hati ke sultan Brunei tak ajak atok dengan abah kau tu ๐Ÿคฃ