Rakaman yang tular itu memperlihatkan baginda begitu murka sehingga mengarahkan MB beredar.






 Selepas satu negara kecoh apabila Tuanku Muhriz menegur keras Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, di hadapan orang ramai. Rakaman yang tular itu memperlihatkan baginda begitu murka sehingga mengarahkan MB beredar.

Tapi jangan tengok babak MB kena marah sahaja. Kena tengok juga apa yang berlaku sebelum itu.
Tuanku Muhriz sendiri mendedahkan bahawa Ismail telah menulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyatakan keputusan beliau bersama Exco adalah sah dan baginda bukan lagi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Itu isu pokok yang mencetuskan kemurkaan baginda.
Selepas rakaman tersebut tular, muncul pula sederet akaun Threads yang mempertahankan MB. Menariknya, ada akaun yang cuma mempunyai 0, 1, 2 atau 4 pengikut sahaja!
Lebih menarik, naratif mereka hampir serupa. MB digambarkan tenang, sabar dan penuh hormat. Sebaliknya, tindakan Tuanku Muhriz yang menaikkan suara dipersoalkan. Seolah-olah perkara paling besar dalam krisis ini ialah MB kena marah depan orang ramai.
Banyak tangkap layar yang dikongsikan memperlihatkan persamaan mesej yang cukup ketara. Akaun-akaun ini dikendalikan secara tersusun menggunakan bot.
Persamaan naratif dan jumlah pengikut yang terlalu kecil memang mengundang persoalan.
Yang peliknya, isu asal tentang kedudukan Tuanku Muhriz dan tindakan pentadbiran negeri seakan-akan tenggelam apabila perhatian dialihkan kepada simpati terhadap MB.
Kalau benar mahu mempertahankan MB, jawab dahulu isu surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja itu. Apakah asas keputusan yang dibuat bersama Exco? Mengapa Tuanku Muhriz mempertikaikannya? Persoalan itu jauh lebih penting daripada siapa yang kelihatan tenang dalam video.
Simpati kepada MB boleh dibincangkan. Tetapi krisis institusi diraja Negeri Sembilan tidak akan selesai hanya dengan mengulang cerita bahawa MB seorang yang sabar. Rakyat berhak mendapat jawapan tentang tindakan yang mencetuskan kemelut ini sejak awal.

Nak tanya la, PAS dah jadi kerajaan 36 tahun di Kelantan wat nate apo? makan duit haram gaji buto ko?

 









3 lagi anak anak yang asnaf yang abbe santuni telah menerima MyKid masing masing..Anak anak ini tidak pernah didaftarkan kelahiran mereka disebabkan faktor kemiskinan dan kelahiran dirumah..
Keluarga ini telah abbe temui berada disebuah pondok dihujung kampung di daerah Machang beberapa bulan lepas..Amirul bekerja penanam sayur sayuran dan ulam ulaman untuk mencari nafkah buat keperluan keluarga..
Pondok mereka tidak dilengkapi dengan bekalan elektrik dan bekalan air diambil dari pergi yang berdekatan..
Majlis penyerahan hari ini 17 Oktober telah disempurnakan oleh Menteri KDN Dato Seri Saifuddin, KSU KDN Dato Awang Alik dan Ketua Pengarah JPN Dato Badrul di SK Jambu Lawar Machang Kelantan..
Terima kasih buat JPN Machang, JPN Kota Bharu dan JPN Putrajaya..






PRN ULANGAN NEGERI SEMBILAN: UMNO BERDEPAN ANCAMAN BESAR, AMANAH YAKIN PH MAMPU MENANG BESAR

 





17 Oktober 2016. Mohamad Sabu menyatakan kemelut politik telah berlarutan kira-kira dua bulan setengah.
Beliau turut membangkitkan masalah ketiadaan barisan EXCO yang menjejaskan kelancaran pentadbiran negeri.
Keadaan ini menjadikan kemungkinan PRN baharu semakin relevan untuk dibincangkan, walaupun pembubaran DUN belum disahkan.
Bagi UMNO, pilihan raya semula boleh menjadi ujian besar terhadap kepimpinan Ismail Lasim.
Keupayaan kerajaan menyelesaikan kemelut, membentuk pentadbiran berfungsi dan memulihkan keyakinan rakyat akan menjadi penentu penting.
Kesimpulannya, kenyataan Mohamad Sabu bukan sekadar keyakinan politik Amanah.
UMNO perlu bersedia menghadapi cabaran pilihan raya setelah krisis pentadbiran Negeri Sembilan gagal diselesaikan.




DUA KENDERAAN PERISAI

 

 







🇮🇩🇲🇾 Kedua kendaraan taktis ini merupakan produk buatan perusahaan swasta dari negara masing-masing, yang dirancang untuk memperkuat kemandirian industri pertahanan tanpa bergantung sepenuhnya pada BUMN.

Di satu sisi, 🇮🇩 Indonesia menghadirkan ILSV™ Garuda melalui PT Sentra Surya Ekajaya (PT SSE). Di sisi lain, 🇲🇾 Malaysia mengembangkan ARTAC (*Armed Tactical Ground Vehicle*) melalui Cendana Auto Sdn Bhd.

Meski sama-sama mengusung konfigurasi 4x4, keduanya memiliki pendekatan berbeda dalam hal mesin, transmisi, perlindungan, dan fungsi operasional.

🇮🇩 ILSV™ GARUDA — INDONESIA
ILSV™ Garuda mengandalkan mesin 4,5 L V8 turbo diesel dengan transmisi manual 5-percepatan. Kendaraan ini mencantumkan perlindungan STANAG Level 1 serta sistem RCWS (*Remote Controlled Weapon Station*).

🇲🇾 ARTAC — MALAYSIA
ARTAC menggunakan mesin 2,8 L 4-silinder turbo diesel dengan transmisi otomatis 6-percepatan dan torsi yang diklaim mencapai 500 Nm. Untuk persenjataan, kendaraan ini menawarkan konfigurasi pembawa senjata dengan *ring mount*.

🌐 BAGAIMANA DENGAN PENEMPATAN DALAM MISI PBB?

🇮🇩 Indonesia secara aktif mengirimkan Kontingen Garuda untuk mendukung berbagai misi perdamaian PBB. Namun, penempatan khusus ILSV™ Garuda dalam misi tersebut belum dapat dipastikan berdasarkan sumber yang tersedia.

🇲🇾 Malaysia juga berkontribusi dalam misi perdamaian PBB, termasuk melalui kontingen MALBATT di Lebanon. Meski demikian, informasi tersebut tidak otomatis membuktikan bahwa ARTAC telah digunakan dalam penugasan tersebut.

Menariknya, kemampuan kendaraan taktis tidak hanya ditentukan oleh besarnya mesin atau angka torsi. Perlindungan awak, mobilitas di medan berat, keandalan, dukungan logistik, dan kesesuaian dengan misi juga berperan penting.

Infografis ini disajikan sebagai media edukasi dan informasi mengenai perkembangan industri pertahanan Indonesia dan Malaysia, bukan untuk menentukan mana yang terbaik atau memicu persaingan antarnegara.

Jika dinilai dari kebutuhan operasional, aspek mana yang paling layak diperhatikan lebih dahulu. Sebab, spesifikasi di atas kertas belum tentu menceritakan seluruh kemampuan kendaraan saat menghadapi kondisi lapangan yang berbeda.

#AsiaMilitary #ILSVGARUDA #ARTAC #KendaraanTaktis #IndustriPertahanan #Indonesia #Malaysia @pengikut






#PDRM PERLU BERTINDAK SEGERA

Dalam Rumah Allah buek porangai tak sononoh.
UDAH hebat bonarkah EKAU MUHRIZ IBNI MUNAFIK nak maki hamun org?
BOSAR sangat kko pangkat yang ado ttu? MAMPUS nanti kain kapan totap putih jjo.

DEN kurang ajar sobab DEN mongambil contoh apo yang EKAU lakukan pado MB NISMILAN dalam porkarangan MASJID.
SOORANG 'Pombosar Istana' sopatutnyo bagilah contoh yg baik pado rakyat!
BUKANNYO terpekik torlolong.

MB Dato Hj Ismail Lasim bukannyo poie MASJID hondak jumpa EKAUPUN.
DAH rutinnya solat dalam kawasannyo.
ATAU memang EKAU yang poie saja nak malukan MB?
TUNKURAP botul.

ARAHAN UNDANG YANG OMPET EKAU LANGGAR demi kuaso sanggup langgar adat UNDANG TUBUH NEGERI.
BAGI DEN EKAULAH TUNKU BARUA DAP.
HILANG ADAT berkemungkinan NISMILAN monjadi macam SINGAPORE dongan EKAU bakal digelar OSMAN WOOK 2.0.

TURUN jjo dongan caro yg torhormat.
JANGAN 'calarkan' institusi Raja Berdaulat di N9.

MB N9 ttu monang bertanding PRN.
DAN tolah dipilih rakyat.
KAMU ado rakyat pilih kko BARUA DAP oi?

cc. Che GuBard

DAULAT TUANKU NADZARUDDIN.



Che Ibrahim Mohamed

 Krisis Istana N9 dah jadi macam perselisihan Ali dan Muawiyah dalam bab khalifah, sukar untuk didamaikan, jangan sampai muncul pula pihak ke 3 sebagai khawarij yang menolak kedua duanya.

##pdrm kena bertindak segera.






LEKEH BILA CALON PM HANYA DAPAT INI ? Pelaburan asing Terengganu cuma RM51.5 juta! 20 kali lebih rendah daripada Pahang

 



Terengganu hanya merekodkan pelaburan asing diluluskan bernilai RM51.5 juta bagi suku pertama 2026, jauh ketinggalan berbanding Pahang yang mencatatkan RM1.01 bilion, menurut data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Perbezaan itu menyaksikan nilai pelaburan asing diluluskan di Terengganu kira-kira 20 kali lebih rendah berbanding negeri jirannya, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keupayaan negeri itu menarik pelaburan baharu dan memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi industri.

Data berkenaan menunjukkan Terengganu berada dalam kelompok negeri yang merekodkan nilai pelaburan asing rendah bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, sedangkan beberapa negeri lain mencatatkan angka jauh lebih besar.

Selangor mendahului dengan kira-kira RM23.42 bilion, diikuti Johor sebanyak RM13.15 bilion. Pulau Pinang merekodkan RM3.61 bilion, Negeri Sembilan RM3.17 bilion dan Sarawak RM2.71 bilion.

Pahang pula merekodkan RM1.01 bilion, manakala Terengganu hanya RM51.5 juta. Kelantan mencatatkan nilai lebih rendah, iaitu RM23.9 juta.

Penamatan operasi CJ Bio tambah persoalan

Kebimbangan mengenai prospek industri Terengganu turut timbul susulan keputusan CJ Bio menamatkan operasi kilangnya di Kerteh secara berperingkat mulai 15 Oktober 2026, seperti dilaporkan media.

Keputusan itu dilaporkan berpunca daripada tekanan ekonomi global, peningkatan kos bahan mentah dan persaingan harga daripada pengeluar antarabangsa, khususnya dari China.

Kilang berkenaan dikaitkan dengan pelaburan awal melebihi RM2 bilion oleh kumpulan CJ dari Korea Selatan. 

Penamatan operasinya turut memberi kesan kepada ratusan pekerja, dengan laporan media menyebut angka berbeza antara 372 hingga 383 orang.

Walaupun penamatan operasi itu tidak semestinya berpunca daripada kelemahan dasar kerajaan negeri, perkembangan berkenaan tetap menimbulkan persoalan tentang langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan pelabur sedia ada serta menarik pelaburan baharu bagi menggantikan aktiviti ekonomi yang terjejas.

Persoalannya, apakah strategi yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri untuk memperkukuh daya tarikan Terengganu kepada pelabur, khususnya dalam sektor pembuatan dan industri bernilai tinggi?

Usaha promosi pelaburan di luar negara, jika dilaksanakan, juga perlu dinilai berdasarkan hasil yang boleh diukur, termasuk nilai pelaburan diluluskan, projek yang benar-benar dilaksanakan, peluang pekerjaan yang diwujudkan dan manfaat kepada syarikat tempatan.

Tanpa maklumat terperinci mengenai hasil usaha berkenaan, sukar untuk menilai sejauh mana strategi menarik pelaburan telah membuahkan hasil kepada ekonomi negeri.

Bagaimanapun, angka bagi suku pertama sahaja belum cukup untuk menentukan keseluruhan prestasi pelaburan Terengganu sepanjang 2026.

Nilai pelaburan yang diluluskan juga berbeza daripada pelaburan yang sudah direalisasikan, justeru kedua-dua ukuran itu perlu dibezakan ketika menilai keadaan sebenar ekonomi negeri.

Terengganu sememangnya mencatatkan angka lebih tinggi berbanding Kelantan bagi tempoh tersebut. 

Namun, pencapaian itu tidak seharusnya menjadi ukuran utama kejayaan menarik pelaburan.

Persoalan yang lebih besar ialah sama ada Terengganu mampu menawarkan persekitaran perniagaan yang kompetitif, mengekalkan pelabur sedia ada dan membawa masuk projek baharu yang menyediakan pekerjaan berkualiti kepada rakyatnya.