Data rasmi SPR bagi PRN Negeri Sembilan 1 Ogos lalu menarik. PH meraih 256,386 undi, iaitu 29,319 lebih banyak daripada BN yang mendapat 227,067.
Namun PH menang 11 kerusi, tujuh kurang berbanding 18 kerusi BN. PN pula memperoleh 130,407 undi dan 7 kerusi.
Ini kesan sistem majoriti mudah, di mana kerusi ditentukan kawasan demi kawasan.
Pada saya, angka ini menunjukkan sokongan rakyat terhadap PH masih kuat.
Itu pandangan peribadi saya, dan setiap orang tentu ada bacaan masing-masing.

No comments:
Post a Comment