KITA MENJADI NEGARA PALING TINGGI MELIBATKAN KEMATIAN MENGIKUT PURATA PENDUDUK

 

Hamdan Taha.


7910 kes kematian di sebabkan covid 19 pada bulan sept sehingga semalam


Kita menjadi negara paling tinggi melibatkan kematian selama 7 hari berturut turut mengikut purata penduduk


Saya berharap Dato Najib dan ramai pimpinan sebelum ini yang sentiasa bersuara akan terus bersuara kenapa negara kita boleh jadi macam ni,di mana silapnya


Betul kes menurun tapi apakah benar benar menurun atau kerajaan telah menurunkan angka swep test menyebabkan kes harian menurun


Kelantan dah berbulan bulan kes menaik tak pernah menurun kenapa boleh terjadi begitu sedangkan masjid di sana tak buka lagi dan kenyataan Timbalan Mb kelantan sebelum ni mempersoal kenapa negeri selangor tinggi tapi dia lupa sebenarnya dah berbulan bulan lamanya kelantan negeri yang cukup tinggi juga kesnya ikut purata penduduk bersama serawak


Di mana silap kita ini,jika sebelum ini ada kemungkinan kerana menteri kesihatan tak nampak bijak tapi sekarang menterinya orang paling bijak di malaysia bukan calang calang orang 


Saya masih tak dapat memahami di seluruh dunia negara kita menjadi negara no 1 di dunia paling teruk berbanding seluruh negara di dunia


Di manakah salah kita



TAHNIAH DAP- KEH..KEH

 

Alhamdulillah.. Kebenaran Terserlah Akhirnya !!

'Ketua Audit Negara Sahkan Kerajaan PH Telah Selamatkan Tabung Haji'

Buat mereka yg buat tohmahan, fitnah, persepsi dan retorik keburukkan terhadap PH dan pasukannya demi nak selamatkan Tabung Haji yang telah dirosakkan oleh 'LEMBAGA' UMNO & kuncunya hanya Allah SWT yg akan zahirkan.. InshaAllah

Rakyat semakin sedar fitnah jijik yang dimainkan oleh UMNO dan PAS.

SR

May be an image of 1 person and text that says "MALAYSIA MERDEKA Ketua Audit Negara sahkan kerajaan PH telah selamatkan Tabung Haji September 23, 2021 12:40 pm Ini adalah Sijil Ketua Audit Negara tentang Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk 2019. Diperakui ikut MFRS (Malaysian Finance Reporting Standard) dan IFRS (Internatiol Finance Reporting Standard) dan patuh Akta TH. Diperakui pd 23 Dis 2020. Akaun 2019 penting bukti kejayaan yang kami usahakan. Syabas pasukan pemulihan!"


May be an image of text that says "Lembaga Tabung dansyarikat-yarikatsubsidiari LAPORAN TAHUNAN 2019 ANNUAL REPORT Kebebasan dan Tanggungjawab daripada Kumpulan Internationa Standards Supremo memenuhi Daripada Penyata Kewangan Lembaga Pengarah aporan ahunan. Juruaudit Mengenainya jaminan mengenainya. Tabung bertanggungjawab terhadap maklumat erhadap Penyata Kewangan embaga Tabung makluma daripada Penyata dan saya kesimpulan Tanggungjawab Lembaga Pengarah Kewangan penyediaan Penyata Piawalan Lembaga selaras dengan Kewangan penyediaan ebas daripada Kewangan Lembaga Tabung Kumpulan, Lembaga Tabung Kumpulan usaha berterusan, mendedahkannya jika berkaitan sorta Tanggungjawab Terhadap Objektif kewangan embaga Penyata Kewangan keyakinan yang munasabah sama Kumpulan penyata bebas dijalankan mengesan kesilapa boleh dibuat bahawa akan sentiasa pengguna berdasarkan penyata individu keputusan ekonomi"

No photo description available.



Jadi, ke mana, Malaysia kita?

 

Moga memorandum persefahaman kerajaan-pembangkang menjurus pada reformasi yang diperlukan

 



Bagi menyambut Hari Malaysia pada 16 September, Aliran menganjurkan sebuah webinar berjudul “State, Society and Economy in Transition: Whither Malaysia?

Tujuan webinar diadakan adalah bagi mentaksir keadaan semasa di Malaysia dan ke mana hala tujunya dalam beberapa tahun lagi. Prema Devaraj, Khoo Ying Hooi, Terence Gomez dan saya selaku panel, yang dimudah cara dengan baik oleh Zikri Rahman – kesemua kami merupakan anggota Aliran.

Webinar ini dimulakan dengan gesaan untuk merenung ke dalam diri: apakah erti menjadi rakyat Malaysia sebenarnya ketika Hari Malaysia ini?

Identiti kebangsaan kita sebagai warga Malaysia seringkali tidak dipedulikan. Namun, seperti yang kita tahu, ianya sebuah identiti yang seringkali bersimpang-siur dan menandingi antara penanda identiti lainnya seperti agama, etnik, gender serta orientasi seksual.

Ambil contoh keputusan mahkamah baru-baru ini yang akhirnya membenarkan kaum ibu berkerakyatan Malaysia yang berkahwin dengan pasangan asingnya untuk mempunyai hak kewarganegaraan Malaysia kepada anak mereka. Sebelum keputusan yang cukup penting ini, wanita warganegara Malaysia dilihat seperti warga ‘bawahan’ jika dibandingkan dengan lelaki warga Malaysia. Nampaknya, tidak begitu lagi.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Maksud kewarganegaraan serta rasa berkebangsaan seringkali berubah mengikut perubahan dan tuntutan zaman. Perkara ini memerlukan renungan kendiri dari kita semua rakyat Malaysia.

Melihat dengan tajam isu berkaitan identiti kebangsaan ini, kita perlu merungkai pengajaran dari tembok etno-keagamaan yang cukup jelas berlaku di semenanjung Malaysia serta usaha untuk memperbesar autonomi negeri yang dapat kita perhatikan di Sabah dan Sarawak. Mudah kata, seperti apa idea kita untuk menjadi warga Malaysia campur tangan, atau bahkan melanggar hak mereka yang tidak berkongsi idea yang sama?

Misalannya, seperti apa seorang warga Malaysia yang percaya kepada idea bahawa Malaysia sebuah negara Islam, manakala seorang lagi warga Malaysia merasakan negara ini sebagai negara sekular.

READ MORE:  Selamanya Malaysia - Lagu untuk Malaysia

 

Samalah dengan, bagaimana dengan seorang warga Malaysia dari Malaysia Timur yang percaya bahawa ia adalah hak Sabah dan Sarawak untuk mengurus soal imigresen warga Malaysia dari semenanjung, yang menampakkannya seperti negara dalam negara. Warga Malaysia yang lain mungkin berpendapat bahawa untuk menjadi warga Malaysia adalah untuk diperuntukkan hak untuk bergerak tanpa disekat serta untuk bermaustatin di mana pun di dalam negara ini.

Ini merupakan beberapa isu yang barangkali mengganggu dalam kita bergelut untuk memahami apa ertinya menjadi warga Malaysia – sebuah maksud yang sepatutnya digagaskan pada nilai kesetaraan, solidariti dan keadilan.

Ekonomi yang didukung negara dapat berfungsi sebagai alat untuk memastikan kesamarataan dapat dicapai masyarakat dengan mengecilkan jurang kelas. Jurang di antara mereka yang ada dan tiada semakin melebar luas ketika pandemik ini akibat dari kadar penggangguran dan penggunaan tenaga kerja tidak penuh yang semakin meningkat. Banyak perusahaan kecil dan sederhana juga dihentikan akibat dari terkesan dengan Covid yang menggugah ekonomi.

Terence Gomez menyokong kuat bahawa kerajaan pusat, melalui pengawalan ratusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, mengatur apa yang ditermakan sebagai ‘ekosistem kerajaan’ bagi memperkukuh ekonomi dan menyediakan rakyat dengan jaringan sosial bagi mereka yang terkesan dengan pandemik.

Malangnya, kerajaan pusat, sejak bermulanya pandemik, mengeksploitasi pula ‘ekosistem’ ini sebagai sumber kuasa naungan bagi memperkukuhkan kedudukannya dalam mendakap erat kekuasaan.

Sebuah kerajaan yang tidak berkhidmat untuk rakyat dan hanya obses untuk mengekalkan kuasa hanya akan mengembangkan apa yang disebut Khoo Ying Hooi sebagai “defisit kepercayaan” kepada masyarakatnya. Rakyat akan berhenti untuk berharap kepada kerajaan ketika waktu sukar, kerana mereka percaya bahawa ia hanyalah radas untuk memperkaya dan memperkukuh para elit.

READ MORE:  What does being a 'Malaysian Family' mean?

 

Defisit kepercayaan yang melebar terhadap kerajaan akan mengakibatkan ramai orang untuk tidak lagi berminat dengan politik, yang barangkali mengakibatkan mereka tidak lagi berminat untuk mengundi, jika mereka melihat tidak perbezaan yang kualitatif di antara kerajaan dan pembangkang.

Saatnya kerajaan tidak lagi mewakili rakyat serta menggunakan radas yang menindas bagi memeras pembangkang, masyarakat sivil perlu ke hadapan dan mengatur gerakan bagi memastikan kerajaan telus.

Walaupun di dalam bahaya dan kekangan pandemik, kita melihat riak-riak penentangan terhadap kerajaan menerusi gerakan Hartal Doktor Kontrak serta protes #Lawan di tengah kota Kuala Lumpur. Kita memerlukan tekanan berterusan dari masyarakat sivil kepada kerajaan bagi memastikannya bertanggungjawab terhadap tindakan dan memberi respon kepada keperluan sosial.

Kejayaan baru-baru ini  – langkah untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara di Selangor serta kejayaan tuntutan nelayan di Pulau Pinang menolak kelulusan penilaian kesan alam sekitar melibatkan projek tambak mega – sekaligus membuktikan bahawa gerakan masyarakat sivil yang berterusan berfungsi. Namun, perjuangan ini cukup panjang dan sukar dan kadang, tidak pula membuahkan hasil.

Jadi, ke mana, Malaysia kita? Sebuah memorandum persefahaman ditandatangani di antara kerajaan dan pembangkang, yang melibatkan reformasi institusi seperti undang-undang melibatkan lompat parti, pilihanraya semula serta had waktu dua penggal bagi PM, nampak menjanjikan di atas kertas. Ia barangkali akan memastikan kerajaan untuk kekal stabil – sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya akan datang.

Namun, adakah memorandum persefahaman ini hanyalah sebuah gabungan mudah, yang nampaknya seperti gencatan senjata, atau petanda wujud sebuah politik bentuk baru? Kerajaan yang goyah dengan majoriti tipis serta tidak dijangka ini barangkali memerlukan kerjasama bipartisan sebagai langkah penstabilan.

READ MORE:  Whither Malaysia? - Poised for change

 

Apa pun, kita berharap agar semua ini akan menjurus kepada reformasi yang sangat diperlukan dan sekaligus mengecilkan jurang defisit kepercayaan rakyat.

Azmil Tayeb
Editor bersama, Surat berita Aliran
21 September 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

 


UMPAMA MELUDAH KE LANGIT

 


HAMZAH RIE NA


Bermati-matian PAS bantah projek PSR di Pulau Pinang.

Tapi hairan projek tambak laut di Kedah, Langkawi, Terengganu & Kelantan tak pernah pulak lebai PAS dan walaun bantah?

Nampak sangat lebai sakit dengki dengan pembangunan kerajaan DAP Pulau Pinang..

DAH TAKDIR !!.....

SR

 

May be an image of 2 people and text that says "Projek tambak laut RM40 bilion Langkawi seperti dirancang, kata Sanusi Predeep Nambiar September 2021 3:0 PM KENAPA PAS HIPOKRIT? PAS hantar memorandum gesa menteri batal projek tambak laut Pulau Pinang FMT Reporters June 20204 Projek tambak laut Kuala Nerus sudah dilulus MMKN 2.5k Shares Lukman smail 2.5k 20September 271 50 SR sueraaikyat rakyat ©freemalaysiatoday.com Projek tambak laut di Kedah & Terengganu kenapa tak berani bantah & dibatalkan?"


KAH..KAH...ALASAN BUKAN KERAJAAN PENUH.. KALAU BUKAN KERAJAAN PENUH BERSUBAHAT LA NAMA DIA...

 May be an image of text that says "SENYUM KAMBING PAS dah tak bantah kedai nombor ekor? SR sakyot Dulu bantah sebab cabutan sikit, sekarang dah meningkat ke 22 cabutan, buat apa PAS nak bantah"

LEMBUT JA NADA...AWAT HANGPA TAK P PADANG MERBUK SANA ...P YOYA YOYA. KALAU DAH BUKAN KERAJAAN PENUH ..HANGPA DUDUK BUAT APA DALAM KERAJAAN ?

 

Semak semula kekerapan cabutan khas nombor ekor, PAS beritahu kerajaan




Naib Presiden PAS, Nik Mohd Amar Nik Abdullah, berkata parti itu sejak dahulu lagi membantah isu berkaitan judi yang dibuat sama ada secara terbuka atau dalaman malah menganggap keputusan meningkatkan kekerapan itu tidak berasas dan tidak rasional.

KOTA BHARU: PAS meminta kerajaan menyemak semula keputusan meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan menjadi 22 kali sepanjang tahun ini, kata Naib Presidennya Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Nik Amar berkata, PAS sejak dahulu lagi membantah isu berkaitan judi yang dibuat sama ada secara terbuka atau pun dalaman malah menganggap keputusan meningkatkan kekerapan itu tidak berasas dan tidak rasional.

“PAS sudah nyatakan bantahan secara terbuka, dan bantahan secara dalaman oleh ahli Kabinet PAS juga telah dibuat. Kita berharap pihak Kementerian Kewangan menyemak semula keputusan itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan kepada Usahawantani Al Falah di Pusat Khidmat DUN Panchor.

Nik Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, beliau difahamkan keputusan itu sebenarnya dibuat di peringkat Kementerian Kewangan dan tidak dibawa ke Kabinet.

“Kita (PAS) sebenarnya tidak boleh menyekat perkara itu daripada diputuskan sebab ia bawah Kementerian Kewangan dan kita tidak boleh campur tangan.

“Kita sudah pun menjelaskan pendirian PAS sejak dahulu menentang apa sahaja perkara melibatkan judi. Bantahan sudah pun dibuat dan itu sahaja yang telah dilakukan setakat ini…lainlah kalau PAS berkuasa penuh dalam kerajaan,” katanya.


Waran tangkap ‘tak laku’ di UK, kata editor Sarawak Report

 

Waran tangkap ‘tak laku’ di UK, kata editor Sarawak Report






Clare Rewcastle Brown berdepan tuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap Sultanah Nur Zahirah. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown berkata pihak yang berusaha mengekstradisinya hanya akan berdepan kekeliruan kerana fitnah jenayah tidak wujud bawah undang-undang Britain.

“Mereka akan mendapat respons memalukan sama yang diterima ketika cuba mengekstradisi saya menggunakan Notis Merah kerana mendedahkan skandal 1MDB,” katanya kepada FMT selepas mahkamah di Terengganu mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Rewcastle Brown berkata, beliau telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa tiada sebab untuknya berada di negara ini dalam masa terdekat.

“Saya tidak akan tunduk kepada percubaan untuk menakutkan saya,” katanya.

Dia sepatutnya hadir di mahkamah hari ini bagi tuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan berunsur fitnah mengenai Sultanah Nur Zahirah dalam bukunya, “The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose”.

Sultanah Nur Zahirah yang memfailkan saman itu pada 21 Nov 2018 mendakwa kenyataan Rewcastle Brown itu boleh membawa maksud baginda terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu, selain menggunakan statusnya untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah mendakwa kenyataan itu turut membawa maksud baginda telah membantu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjadi penasihat TIA.

Rewcastle Brown yang kini berada di UK berkata, kes itu berunsur politik dan langkah menghidupkan semula aduan jenayah yang “sebelum ini telah dibatalkan” menunjukkan “salah guna kuasa dan pengaruh di Malaysia”.

Katanya, beliau telah bekerjasama dengan siasatan Bukit Aman pada 2018 termasuk menjelaskan maksud ayat yang dipertikaikan itu, dengan antara lain menegaskan ia tidak bertujuan untuk menghina Sultanah Nur Zahirah atau iparnya.

“Malah saya bimbang ada usaha memperdaya Sultanah mengenai maksud sebenar ayat pendek itu sebagai provokasi untuk kes ini.”

Menurutnya, pandangannya itu lebih-lebih lagi selepas beberapa perkataan dalam ayat yang dipertikaikan itu didakwanya telah diubah dengan sekurang-kurangnya tiga perkataan yang berbeza daripada teks asal.

“‘Kesilapan’ berkenaan telah dibuat dan kesannya telah mengubah maksud ayat itu, lebih menjurus kepada dakwaan pengadu,” katanya.

“Susulan itu saya terpaksa menjelaskan kepada polis pada 2018 bahawa saya bimbang sama ada aduan itu cacat atau ada cubaan untuk memperdaya mereka,” katanya dengan menambah dia bekerjasama dalam kes sivil dikemukakan Sultanah Nur Zahirah.

PENYAMUN DUA DARJAT -KETIDAKADILAN SOSIAL



Ketidakadilan sosial oleh sebuah kerajaan yang zalim!

Please Share.

More @ www.zunar.my.



HAMPIR SAMA...TAK SERUPA.


 

SEBENARNYA UMNO SEDANG KENAKAN DIA....

 May be an image of ‎1 person, sitting and ‎text that says "‎(فَيِن) سَيسيÛ PARTI ISLAM SEMALAY PA mc BERITA SR suara rakya: Umno 'bapa judi' sebenar, dakwa PAS Diterbitkan: Sep 28, 2010 8:58 AM Dikemaskini: 9:22 AM Akhirnya PAS Bersekongkol Dengan 'Bapa Judi' Sokong Naikkan 22 Cabutan Judi‎"‎‎

INI BUKAN BERITA NUSI INI BERITA BETUL DAN TEPAT

 May be an image of 1 person and text that says "NEGARA MERDEKA negaramerdeka.com Terkini!!! Laporan Audit Negara puji pengurusan Tabung Haji cemerlang di bawah PH September 23, 2021 10:06 am TABUNG HAJI The Edge Û Marke"

Bukan setakat jiran, dia juga anak saudara menteri




BERITA DARI SEBERANG INDONESIA : Penduduk kecoh apabila ikan bilis memenuhi kawasan pantai, apakah satu petanda?

 

Penduduk kecoh apabila ikan bilis memenuhi kawasan pantai, apakah satu petanda? Satu fenomena dipercayai melanda bahagian Selatan pantai di Jogjakarta, baru-baru ini mendapat liputan meluas dalam media tempatan Indonesia.

Kejadian itu mula tular setelah dimuat naik di laman Instagram Dinas Kelautan dan Perikanan pada Selasa.

Dalam video yang segera tersebar dalam pelbagai saluran media sosial itu menunjukkan sekumpulan penduduk tempatan yang menggunakan jaring, sauk dan pelbagai perkakasan lain untuk menangkap ribuan ikan bilis bersaiz besar berkenaan.


PUNCA SEBENAR KENAPA KU LI KECEWA IALAH UMMNO TAK ADA TELOR. MASIH BEKERJASAMA DENGAN BERSATU.

 


Ku Li kecewa Umno masih kerjasama dengan Bersatu, langgar keputusan PAU


SETIAUSAHA Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub, berkata peletakan jawatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Umno berkait dengan Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang tidak memberi sebarang garis panduan kepada jawatannya untuk bertindak dan berfungsi.

Beliau berkata, Tengku Razaleigh meletakkan jawatan berkenaan kerana alasannya kecewa dengan parti yang tidak melaksanakan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 untuk menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Walaupun jawatan itu tidak berperlembagaan tetapi ianya satu penghormatan. Setahu saya Ku Li telah melantik beberapa ahli dalam lembaga itu.

“Saya juga tahu mereka pernah mengadakan mesyuarat. Ku Li pernah memberitahu saya bahawa MT tidak memberi sebarang garis panduan kepada lembaga itu untuk bertindak dan berfungsi.

“Jadi, mungkin kerana itu juga dia meletak jawatan,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gua Musang itu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Umno berkuat kuasa Isnin lalu.

Beliau meletak jawatan kerana kecewa dengan kepimpinan Umno yang merestui pelantikan Kabinet daripada anggota kerajaan yang gagal sebelum ini.

Isu pegawai SPRM ditahan: Azam Baki wajar direhatkan sementara, kata PH

 


Majlis Presiden Pakatan Harapan berpandangan bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki wajar direhatkan buat sementara waktu dari tugas-tugas beliau.

Ini susulan penahanan reman tiga pegawai kanan SPRM yang didakwa atas salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap Datuk Hasanah Abdul Majid, Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO).

PH berkata, memandangkan isu tersebut telah mewujudkan persepsi amat buruk terhadap SPRM serta mengakibatkan rakyat Malaysia mempertikai integriti institusi itu sendiri, satu kertas siasatan juga perlu dibuka.

“Siasatan tersebut perlu bersifat menyeluruh dan mereka yang telah melanggar undang-undang mesti dibawa ke muka pengadilan.

“Pada masa yang sama, Datuk Seri Azam Baki patut direhatkan sementara waktu sehingga siasatan penuh dapat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut dibuat bersama PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; AMANAH Mohamad Sabu; DAP Lim Guan Eng; dan UPKO Madius Tangau.

Sementara itu, PH berpandangan bahawa kerajaan wajar mempertimbang menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat isu-isu berhubung SPRM, serta mencadangkan langkah-langkah mereformasi institusi penting ini.

Pada 20 September lalu, SPRM mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes bitkan seorang bekas ketua jabatan.

Dalam satu kenyataannya, SPRM memaklumkan, ketiga-tiga pegawai sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman selama enam hari bermula 14 September lalu.

INI BUKAN LAWAK NUSI..INI ADDALAH REAL..ANDA JANGAN TERKENTOT

 

Projek tambak laut RM40 bilion Langkawi seperti dirancang, kata Sanusi



Predeep Nambiar
 -

Imej daripada video projek Widad@Langkasuka menunjukkan lakaran artis mengenai projek penambakan di kawasan pemecah ombak di Padang Mat Sirat, Langkawi.

ALOR SETAR: Syarikat pemaju swasta yang terlibat dalam projek pembangunan seluas 800ha di Padang Mat Sirat di Langkawi telah membayar yuran komitmen sebanyak RM4.5 juta kepada kerajaan negeri Kedah.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor (PAS-Jeneri) berkata, penyokong utama projek dikenali Widad@Langkasuka itu, iaitu Widad Business Group Sdn Bhd (Widad) juga telah memeterai perjanjian kerjasama dengan sebuah syarikat berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 30 Mac.

Katanya, Widad menandatangani perjanjian dengan syarikat Bin Zayed International LLC (BZI) untuk menubuhkan syarikat tujuan khas (SPV), iaitu Widad VZI Sendirian Berhad.

Usahasama itu akan menyaksikan 99 buah pulau dibina dengan kos AS$9.6 bilion (RM40.2 bilion), menurut portal berita, Arabian Business.

BZI adalah anak syarikat kumpulan yang diasaskan oleh Sheikh Khaled Bin Zayed Al Nahyan, ahli keluarga diraja Abu Dhabi.

Sanusi berkata, BZI terpilih sebagai rakan kerjasama strategik kerana pengalaman dan reputasinya yang baik di UAE dan di peringkat antarabangsa melalui pelaburan berimpak tinggi dan berdaya maju serta kewangan yang sangat kukuh.

“Permohonan kebenaran merancang secara atas talian telah dikemukakan kepada pihak Majlis Perbandaran Langkawi pada 14 Ogos lalu,” katanya di sidang DUN Kedah, hari ini.

Menurut Sanusi, projek itu akan terbahagi kepada dua fasa.

“Fasa pertama pembangunan ini akan dijalankan secara berperingkat dalam tempoh 4 tahun sehingga tahun 2025 yang membabitkan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM4.5 bilion.

“Antara komponen termasuk rumah kelab dan padang golf, perumahan berpagar banglo dan rumah berkembar, kondominium, pusat beli-belah dan SOHO, kompleks perniagaan dan bazar, kondominium, hotel.

“Fasa seterusnya akan terbahagi kepada lapan komponen yang melibatkan komponen pembangunan seperti pusat seni dan budaya, kompleks imigresen dan pengangkutan hotel dan resort pusat-pusat perniagaan dan acara taman tema dan rekreasi satu pusat perubatan dan pemulihan pusat pengajian tinggi dan eronortika perumahan,” katanya, sambil menambah jangka masa pembangunan dianggar selama lebih kurang 15 tahun.

Sanusi memberi perincian tersebut sebagai jawapan kepada pertanyaan lisan oleh Tan Kok Yew (DAP-Derga), yang bertanya mengenai yuran komitmen yang dibayar oleh penyokong projek itu.

Awal tahun ini, Sanusi mengumumkan projek itu, yang bakal meliputi 1,979 ekar, dengan 90% daripadanya pulau buatan di kawasan perairan itu.

UNDI 18: KERAJAAN TAK RAYU, KEMENANGAN ANAK MUDA


SAMPAI BILA PAS NAK ISTIQAMAH MENGARUT?

 

1. Apabila YB Senator Menteri Kewangan Gomen Tebuk Atap Gagal 2.0 secara terang mengesahkan gomen gagal depa memberi kebenaran kepada semua sykt ramalan utk melaksanakan 22 cabutan khas sepanjang 2021,nampaknya yang benar-benar tertekan adalah parti ehem.

Umno dan Bersatu- walau dikira parti melayu/ islam nampak steady je. Tak nampak any sign pun nak bela parti ehem yang sedang teruk ‘digulai’

2. Umno dan Bersatu seolah-olah mahu Menteri dan Timbalan Menteri Agama parti ehem khususnya menjawab isu tersebut. Tapi setakat ni saya tak nampak mereka menjawab.

YB Duta Khas yg juga presiden parti depa pun senyap.YB Menteri MEWA yg juga Timbalan Presiden parti ehem juga kunci mulut. Ketua Dewan Ulama parti tu yg kini jadi Timbalan Menteri pun x bersuara.

3. Dalam perbahasan titah DiRaja ada beberapa MP parti ehem memulakan perbahasan depa dengan baca ayat Al-Quran. Antaranya mantan YB yg jaga kelapa sawit.

Tapi bukan baca ayat haram judi. Ayat lain.

4. Tup tup PJ Perak parti ehem bersuara. Ok ke? Jawabnya KO. Berjaya bela parti ehem? Jawabnya berjaya tapi berjaya makin memualkan orang pada parti itu.

5. Dalam Mkini beliau dilapor berkata ” saya percaya keputusan ini bukan dibuat oleh pihak PAS kerana PAS tidak berkuasa penuh dalam Kerajaan.. ”

6. Ya, betul parti ehem tidak berkuasa penuh dalam Gomen Tebuk Atap. Parti lain spt Umno dan Bersatu pun, jika dia lupa, pun tak berkuasa penuh dalam Gomen tu.

Cuma pemimpin mereka pun tahu mereka tak akan sama sekali berani guna hujah ” bola lambung” free tu! Hanya parti ehem yang berani. Tabik lah.

7. Saya rasa anak bongsu saya pun insyaAllah boleh dengan mudah jawab hujah PJ Perak tu. Oleh kerana anak saya tu minat bola dan peminat Manchester City, dia faham konsep tanggungjawab bersama dalam team bola bila team depa menang atau kalah. Tapi awal awal dia akan respond pada hujah tu ” OMG, what the heck? ”

8. Saya tak pasti PJ Perak tahu atau faham tidak ilmu asas dalam kabinet iaitu konsep “collective responsibility”. Saya assume dia faham cuma dia terlupa kot.

Anyway,good try YB but very very poor delivery !

7. Telah byk bukti parti ehem makin mengarut. Cuma x pasti sampai tahap mana depa akan terus istiqamah mengarut tu?

MOHD HANIPA MAIDIN

Ahli Parlimen Sepang.

(function() { var d = document, w = window; w

Pakatan Harapan: Pembentangan Bajet PH Kepada Media