LEMBUT JA NADA...AWAT HANGPA TAK P PADANG MERBUK SANA ...P YOYA YOYA. KALAU DAH BUKAN KERAJAAN PENUH ..HANGPA DUDUK BUAT APA DALAM KERAJAAN ?

 

Semak semula kekerapan cabutan khas nombor ekor, PAS beritahu kerajaan




Naib Presiden PAS, Nik Mohd Amar Nik Abdullah, berkata parti itu sejak dahulu lagi membantah isu berkaitan judi yang dibuat sama ada secara terbuka atau dalaman malah menganggap keputusan meningkatkan kekerapan itu tidak berasas dan tidak rasional.

KOTA BHARU: PAS meminta kerajaan menyemak semula keputusan meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan menjadi 22 kali sepanjang tahun ini, kata Naib Presidennya Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Nik Amar berkata, PAS sejak dahulu lagi membantah isu berkaitan judi yang dibuat sama ada secara terbuka atau pun dalaman malah menganggap keputusan meningkatkan kekerapan itu tidak berasas dan tidak rasional.

“PAS sudah nyatakan bantahan secara terbuka, dan bantahan secara dalaman oleh ahli Kabinet PAS juga telah dibuat. Kita berharap pihak Kementerian Kewangan menyemak semula keputusan itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan kepada Usahawantani Al Falah di Pusat Khidmat DUN Panchor.

Nik Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, beliau difahamkan keputusan itu sebenarnya dibuat di peringkat Kementerian Kewangan dan tidak dibawa ke Kabinet.

“Kita (PAS) sebenarnya tidak boleh menyekat perkara itu daripada diputuskan sebab ia bawah Kementerian Kewangan dan kita tidak boleh campur tangan.

“Kita sudah pun menjelaskan pendirian PAS sejak dahulu menentang apa sahaja perkara melibatkan judi. Bantahan sudah pun dibuat dan itu sahaja yang telah dilakukan setakat ini…lainlah kalau PAS berkuasa penuh dalam kerajaan,” katanya.


No comments: