MOHD MUKHLIS
Satu benda yang saya respect pada PAS ialah mereka sentiasa ada
dalil. Nak kafirkan orang masa nak bentang ruu355, ada dalil dia. Time depa
tangguh ruu355 pun ada dalil yang lain. Banjir negeri DAP depa kata bala, kena
tang mereka semua ini adalah takdir Allah. Dulu bukan main bising kata jawatan
duta menteri zaman najb satu pembaziran, bila presiden mereka pula yang dapat
jawatan duta gaji buta, mereka keluarkan satu dalil yang lain.
Cuma saya harap penyokong dan lebai mereka di kumpul
bersama-sama, bukan apa, moga mereka boleh saling jamin menjamin antara satu
sama lain. Tapi kalau penunggang agama silap petik dalil, silap-silap yang di
tunggang dan yang menunggang semua dapat dua kali lipat azab. .