ERKKKK......ICERD ? ...SIAPA YANG LULUSKAN ???

Foto Fadh Nor.

8HB DISEMBER ADALAH HURU-HARA DAN PERGADUHAN, 8HB JUGA ADALAH RUSUHAN DAN KEMATIAN....


Perhimpunan membantah ICERD yang dirancang oleh UMNO dan Pas pada 8 Disember sebenanya bukanlah suatu perhimpunan biasa yang sekadar untuk menunjukkan bantahan terhadap sesuatu isu semata-mata, tetapi matlamatnya lebih jauh daripada itu.

Matlamatnya tidak lain ialah untuk menggugat kedudukan kerajaan, malah untuk menjatuhkannya melalui mainan sentimen kaum dan agama yang sengaja dibakar secara keterlaluan.

Melalui sentimen agama dan kaum itu, diharapkan akan berlakulah pergaduhan, huru-hara, rusuhan serta kematian.

Sebab itu, sebelum himpunan diadakan di ibukota pada 8 Disember nanti, ia lebih dulu diadakan di Pasir Salak di tempat di mana Residen British, JWW Birch pernah dibunuh suatu ketika dahulu.

Selain itu, yang lebih penting dan harus diingat bahawa di belakang himpunan membantah ICERD itu  Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang sedang berdepan 45 pertuduhan berkaitan pecah amanah, menerima rasuah dan penggubahan wang haram yang jika sabit kesalahan, menantinya adalah hukuman penjara selama puluhan tahun lamanya.

Di belakang himpunan bantah ICERD juga ada Najib Razak yang kini sudah dikenakan 38 pertuduhan di mahkamah dan lebih banyak lagi bakal menanti. Juga jika sabit kesalahan, hukumannya sama puluhan tahun penjara.

Di belakang himpunan ICERD  terdapat sama pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah atau bakal dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan jenayah yang pernah mereka lakukan.

Di belakang himpunan bantah ICERD turut terdapat ratusan pemimpin UMNO lain yang dulu bebas menyamun dan mengumpul kekayaan, tetapi kini peluang berbuat demikian sudah pun terhenti dengan tiba-tiba.

Lantaran, dari hari ke hari, bantahan terhadap ICERD sudah bertukar menjadi serangan kepada DAP yang kononnya menguasai kerajaan dan mahu menghapuskan kedudukan serta hak orang-orang Melayu di negara ini.

Dari hari ke hari juga, jelas dapat dilihat tindakan meniup serta membakar semangat perkauman dan agama begitu berleluasa di media-media sosial dan kumpulan whatsapp tertentu.

Bantahan terhadap ICERD yang sentiasa dibakar oleh UMNO dengan bantuan Pas, ditambah dengan mainan tidak henti-henti isu perkauman dan agama di media sosial, secara tidak langsung telah merangsang orang awam berbuat sesuatu yang tidak normal kepada kaum yang berbeza di tempat-tempat awam sebagaimana yang ditunjukkan oleh seorang lelaki memprotes suatu promosi arak di sebuah pasaraya.

Kenapa sebelum ini perkara itu tidak pernah berlaku, sedangkan promosi arak oleh pasaraya tertentu kepada bukan Islam bukanlah perkara yang baru?

Itulah juga sebabnya, meskipun setelah Tun Mahathir Mohamad bertegas menyatakan ICERD mustahil dilaksanakan di negara ini kerana kedudukan unik Malaysia yang berbagai kaum serta wujud peruntukan dalam Perlembagaan berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu, mereka tidak memperdulikannya dan tetap juga mahu berhimpun pada 8 Disember nanti.

Himpunan itu nanti, matlamatnya tidak lain ialah semata-mata untuk menumbangkan kerajaan melalui percikan sentiman perkauman dan agama yang akan dimarakkan dengan seluas-luasnya.

Bagi Zahid Hamidi,  Najib dan mereka yang ada kes, hanya dengan tumbangnya kerajaan yang ada ini saja dapat menyelamatkan mereka daripada segala pertuduhan yang sedang dihadapi di mahkamah.

Bagi pemimpin UMNO yang lain pula, hanya melalui kembalinya BN berkuasa semula saja yang dapat membuka ruang untuk mereka terus menyamun dan menambah kekayaan.

Oleh, bantahan terhadap ICERD adalah ruang terbuka untuk mencapai semua matlamat tersebut.

Bertembunt dengan matlamat itu, jika pihak berkuasa tidak segera membendungnya,  himpunan 8 Disember nanti akan akan bertukar menjadi perhimpunan yang penuh huru-hara, pergaduhan, rusuhan kaum, malah berbunuhan sekali pun.

Kempen-kempen yang semakin rancak atas nama membantah ICERD, tetapi melarat kepada pelbagai firnah terhadap kerajaan ada jelas menggalakkan pergaduhan, rusuhan serta pertumpahan darah yang dengannya diharapkan kepimpinan Tun Mahathir akan segera dapat diakhiri, tidaklah terlalu sukar untuk difahami.

Jadi, apa pula peranan Pas setuju bersama-sama dengan UMNO membantah ICERD?

Dalam hal ini, Pas sebenarnya hanyalah menjadi alat kepada  UMNO semata-mata.

Kalau pun Pas ada kepentingan, ia hanyalah berkaitan harapan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan di masa depan untuk menggantikan tempat pemimpin-pemimpin Amanah yang sekarang ini nampak bergaya dengan kot dan tali leher bersama jawatan masing-masing. (ShahbudinHusin 22/11/2018)

RAFIZI SETIAUSAHA AGUNG PKR BAHARU?

DAP AKAN SAMAN GABUNGAN NGO MELAYU, GAGASAN KUASA TIGA

ISU ICERD: PAS – UMNO AKAN BENTUK KERAJAAN CAMPURAN DI MASA DEPAN?