KURANGKAN DULU BERCAKAP SOAL PEMOTONGAN SUBSIDI LETRIK. SEDIAKAN ALTERNATIF SOLAR DENGAN LEBIH MAMPU DI MILIKI.
Ok. Ini baru tindakan yang betul. Kalau kerajaan nak kurangkan penggunaan elektrik sekali gus kawal subsidi, solar adalah jawapannya.
Tapi pada waktu ini kos untuk solar adalah terlalu tinggi. Ramai yang tak mampu. Kebanyakan vendor berikan kemudahan bayaran ansuran.
Bayar ansuran bererti komitmen bulanan juga akan bertambah dan ansurannya juga tidak murah, lebih kurang bulanan Perodua Bezza juga.
Sebab itu ia kurang mendapat sambutan. Sekiranya kos dapat dikawal, mungkin dengan pengurangan cukai import dan sebagainya, ia dapat turunkan kos pemasangan sekali gus menggalakkan rakyat untuk beralih kepada penggunaan solar.
Solar mampu mengurangkan beban TNB yang pada ketika ini hampir tak mampu memenuhi permintaan pasaran. Jadi langkah ini sangat bertepatan.
Aku harap kerajaan dapat kurangkan bercakap soal pemotongan subsidi pada masa ini kerana ia boleh menimbulkan keresahan rakyat.
Lebih utama tumpukan hal seperti ini dahulu. Bila semua sudah siap termasuk klasifikasi semula T20, barulah boleh cakap soal pengurangan subsidi dan rasanya tak banyak bantahan waktu itu. Guane boh?
Raja Gelap
.
MOKHTAR SENIK TANYA (TAR SCUD ) NI JAWAPAN NYA.
Mokhtar Senik tanya, siapa yang lawan jemaah (dia maksudkan PAS) yang berjaya? Jawapannya, Abg. Mat dan Salahuddin Ayub. Dua orang menteri ini tinggalkan PAS kerana dikhianati pimpinan sendiri dan sekarang mereka sangat berjaya.
Mereka ini bukan setakat berjaya bentuk kerajaan, bahkan berjaya jadi menteri dan berjaya selesaikan masalah rakyat yang ditinggalkan oleh PAS dan PN dulu. Mereka berjaya menjalankan tugas sebagai menteri, sesuatu yang MP PAS gagal buat.
Sekarang, cuba cerita siapa dalam jemaah PAS yang berjaya. Berjaya jadi kerajaan dulu pun dengan mengkhianat. Tebuk atap. Lepas jadi menteri, gagal jalankan tugas. PRU15, walaupun menang paling banyak kerusi, tetap gagal bentuk kerajaan.
MP PAS gagal selesaikan masalah rakyat. Setakat mampu baca doa. Mantan MP yang tak dapat elaun pula yang selesaikan masalah. Lebih daripada itu, sebahagian besar pemimpin PAS juga gagal dalam saman fitnah. Kena saman dia kalah, menyaman pun dia juga yang kalah. Apa cerita?
Mana ada kemenangan dalam PAS. Tak usah sebut menang di akhirat la. Kalau dah fitnah jadi makanan dan membela perasuah, nak menang macamana di akhirat? Dalam PAS cuma ada kegagalan. Di dunia mahu pun di akhirat. Maka selamatlah mereka yang tinggalkan PAS. InsyaAllah. Guane boh?
Raja Gelap
.
PATUT DIAM. GERAKAN GEMPAQ JA.....MMMM...KENA GEMPAQ..
Patut Lah 33 Bulan Pembohong Negara ( PN ) Memerintah Tak Laksanakan Hudud Atau Ayoyo 355.....
Rupanya Lebai Penunggang Agama Takut Dengan Abang Besar Gerakkan 🤣🤣🤣🤣🤣
PN TERIMA DANA JUDI, SPRM KINI PERLU SEGERA AMBIL MAKLUMAT DARIPADA ANWAR
Di sebalik tiada kertas siasatan dibuka dan diancam mahu disaman, kemudian ditegaskan oleh Azalina Othman Said bahawa siasatan tidak pernah digugurkan, Anwar Ibrahim nampaknya tidak berganjak daripada penegasan bahawa dakwaannya yang menyebut PN menerima dana syarikat judi ketika kempen PRU15 lalu adalah sesuatu yang berasas.
Perdana Menteri berkata, beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut jika tidak mempunyai sebarang asas mengenainya.
Justeru, beliau meminta Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin membaca kenyataannya dengan lengkap terlebih dahulu sebelum berhasrat mahu mengambil sebarang tindakan undang-undang.
“Tetapi kalau dia hendak teruskan saman, silakan.
“Saya tidak akan keluar kenyataan kalau saya tiada asas,” katanya dengan tegas dan yakin.
Anwar seterusnya berkata, siasatan berhubung isu itu melibatkan pelbagai agensi, maka tindakan hanya akan diambil selepas mempunyai bukti.
Mahiaddin sebelum ini dilaporkan menuntut Anwar serta Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kerana mendakwa PN menggunakan dana judi pada PRU15 dan akan berbincang dengan peguam berhubung tindakan seterusnya.
Ia susulan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina di Parlimen yang menyebut, siasatan berhubung dakwaan ada parti komponen PN menerima sumbangan dana judi semasa kempen pilihan raya umum lepas tidak menyebabkan ada kertas siasatan dibuka kerana maklumat mengenainya terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkannya.
Bagaimanapun, dalam kenyataan media kemudiannya, Azalina berkata, beliau tidak pernah menyatakan siasatan itu sudah dihentikan atau digugurkan, malah menegaskan, SPRM berhak membuka kertas siasatan pada bila-bila masa berdasarkan bukti yang diperolehi daripada semasa ke semasa.
Apa yang nyata di sini, selain kes ini belum digugurkan sebagaimana dinyatakan Azalina, perkara paling penting ialah Anwar sendirinya nampaknya mempunyai bukti mengenai dakwaan PN menerima dana judi itu.
Mengulangi apa yang Anwar sebut – Saya tidak akan keluarkan kenyataan kalau tiada asas.
Jika Anwar sendiri bertegas menyatakan beliau mempunyai asas atau bukti terhadap dakwaannya bahawa PN ada menerima dana judi, bagaimana Azalina dalam jawapannya di Parlimen boleh menyebut? – maklumat mengenai perkara itu terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkannya.
Sudahkah SPRM mengambil keterangan atau maklumat daripada Anwar?
Jika belum dan berikutan Anwar dilihat kekal dengan ketegasan “tidak akan bercakap jika tiada asas”, maka SPRM haruslah segera menyelesaikan isu ini dengan seberapa segera.
Temuilah Anwar secepat mungkin dan ambillah maklumat itu daripada beliau.
Rakyat secara umumnya tentu juga tidak sabar untuk mengetahui kebenaran dalam hal ini. – ShahbudinHusin 28/05/2023.
https://shahbudindotcom.net/
SEKIRANYA BENAR- KITA KENA USAHAKAN AGAR JANGAN DIBENARKAN PMX BERTEMU.
Aku dah banyak kali cakap, Gelombang Hijau akan bertukar menjadi 'Muntah Hijau' buat para walaun/tit..
Manusia ni, aku kenal sejak dari aku kenal politik lagi... Dan salah satu sebab aku mufarakah dari terus menjadi walaun, adalah disebabkan oleh manusia ini...
Nah... Setelah menemui jalan buntu.... semua 'talian hayat' telah digunakan, namun tidak nampak cahaya dihujung terowong... Maka, amat tidak mustahil, kali ni, dia akan buat u turn lagi...
Ni jenis lebai cari makan, ugama ditunggang utk perut bukan utk meninggikan syiar.
NAK JUMPA AGEN ISRAEL PULAK KAH ?
Mohd Afendi Abas
Hj Hadi sedia jumpa Anwar Ejen Israel ke tu? Dulu bukan main fitnah.. bila kes petisyen batal keputusan PRU Marang nak diumumkan.. dia dah mula nak u-turn balik!
#MelayuMudahLupa
MENGKRITIK BUKAN MEMBENCI
Walaupun tulisan aku ada yang mengkritik PMX, para menteri dan kerajaan perpaduan ini, tapi itu takkan bererti aku akan sokong PN.
Aku kritik sebab aku percaya kerajaan akan dengar keluhan rakyat. Bukan macam masa PN perintah, apa yang rakyat bantah, itu yang mereka buat.
Jadi walaun tak payah excited tengok kritikan yang aku buat. Tak terlintas pun dalam hati aku walaupun sebesar zarah pun nak sokong pengkhianat.
Kalau kerajaan potong subsidi untuk T20 pun, kalau aku terjejas teruk pun, aku tetap akan undi PH juga. Paling habis pun aku tak keluar mengundi.
Sebab kalau aku undi PN dan PN berkuasa, bukan setakat T20, malah B40 pun akan turut terseksa. Kita dah tengok dalam tempoh 33 bulan tu. Aku tak mahu jadi punca penderitaan rakyat.
Kalau PN memerintah sekarang ni, tariff elektik dah lama naik. Semua rakyat dari B40 hinggalah T20 akan nikmati peningkatan bill elektrik.
Bukan setakat itu, harga barangan keperluan dan makanan kekal tinggi manakala menteri tak buat apa selain menyalahkan takdir, alam dan pasaran antarabangsa. Manakala rakyat disuruh bersabar.
OPR pun mungkin dah 4% agaknya. Manakan tidak, setiap tiga bulan tak pernah gagal untuk naik. Dah menang PRU, mahunya naik berganda.
Hakikatnya, walaupun ada keputusan kerajaan yang aku tak setuju, tapi PH jauh lebih baik berbanding PN dalam segala segi. Selagi waras, tak mungkin aku akan undi PN. Noktah. Guane boh?
Raja Gelap
.
JANGAN BAGI MUKA..NI MASAALAH TNB NI.
TNB pun sepasal..., jika marhaen tak bayar bil elektrik diorang hantar notis merah... tamat tempoh notis, bergelaplah rumah.
Jangan bagi muka sangat kat puak2 lebai ni berhutang. Tak takut ke... nanti TNB pula di isytiharkan Muflis pula seperti syarikat percetakan Harakah.
Macamana TNB nak bayar bonus pada pekerja dan ahli lembaga pengarah kalau muflis. ... hahaha.
..
ULASAN FILEM ANWAR
Semalam aku sempat tonton Anwar - The Untold Story. Dari segi jalan cerita, sebenarnya tak banyak boleh dikomen sebab memang kita tahu begitulah ceritanya.
Kisah tentang DS Anwar yang difitnah, disumbat ke dalam penjara dan dipukul oleh Ketua Polis Negara waktu itu. Majoriti ceritanya memang kita sudahpun tahu dan hafal.
Tapi aku amat tertarik dengan watak Kak Wan yang diperan oleh Acha Septriasa. Selain dari kejayaan Acha membawa watak itu, ia berjaya menyelongkar ketabahan Kak Wan.
Rasanya kalau nak letak tajuk filem ini Azizah - The Untold Story pun boleh. Dalam filem ini dipaparkan bagaimana Kak Wan menjadi tulang belakang DS Anwar, betapa hati wanitanya diruntun demi untuk menuntut keadilan untuk suaminya.
Secara keseluruhan cerita ini berkisar tentang apa puncanya DS Anwar menjadi musuh nombor satu kerajaan waktu itu. Ketegasan DS Anwar melawan rasuah memang mengerikan para perasuah.
Ada yang komen banyak babak melompat. Tapi sebenarnya filem ini banyak flashback. Cuma tak seperti kelaziman, tiada indikasi babak flashback seperti gambar kabur dan sebagainya dan mungkin sebab itu ramai yang keliru.
Watak Mahathir juga berjaya digalas oleh Hasnul. Cuma cara bercakap tak sama. Dan seperti yang aku tahu, Mahathir sebenarnya termakan hasutan orang di sekelilingnya.
Pemilihan watak agak baik. Watak seperti Rahim Noor, Daim Zainuddin, Hassan Merican selain watak utama seperti DS Anwar, DS Wan Azizah dan Hasnul sangat hampir dengan realiti.
Tapi yang paling tak kena sekali watak Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Tapi aku faham. Bukan senang nak dapat pelakon yang memiliki wajah setenang wajah Allahyarham.
Sedikit mencacatkan filem ini adalah bahasa. Agak janggal bila mendengar pelakon Indonesia dipaksa bertutur dalam Bahasa Melayu.
Tapi apa boleh buat, filem ini dibuat di Indonesia kerana Malaysia ketika itu bukan negara demokrasi tulen. Pilihan amat terhad. Jadi aku tetap hargai dengan apa yang ada.
Secara keseluruhan, filem ini sangat baik. Tapi ini filem sejarah. Bukan filem komersil. Aku melihat filem ini bukan dibuat untuk mendapatkan untung yang besar.
Aku galakkan pejuang-pejuang Reformasi untuk bawa anak-anak menonton filem ini agar mereka memahami teruknya rasuah di negara kita sehingga tercetusnya Reformasi. Guane boh?
Raja Gelap
.
JANGAN TUAN TUAN. KALAU LULUSAN SYARIAH DILANTIK PEGANG AIR DI SELANGOR. JENUH MAK AYAH NAK ANGKUT AIR MANA..
Jamzuri Ardani.
Selangor ni ada banyak kondo tuan-tuan. Berpuluh-puluh tingkat punya kondo. Kalau tak ada air naya tuan-tuan ... naya 😅😅
INGATLAH MAK AYAH. KITA PUNYA MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK ..
Wahai Ibu & Ayah nilah masa yang dinanti-nantikan kan oleh rakyat Malaysia sejak merdeka dimana masa depan anak-anak terjamin dibumi sendiri.Anak-anak Kita akan Kaya Raya dengan perkembangan eknomi
Wahai Ibu & Ayah nilah yg tidak dinanti- nantikan kan oleh Keluarga-keluarga Serigala Kuat Msia kerana akan hilangnya kuasa monopoli ekonomi mereka bila anak-anak orang biasa berpengaruh
TERGAMAKNYA MEREKA DI SAAT RAKYAT MEMERLUKAN AIR
Semua orang pun tahu. Ambik gi la 100 ribu pun. Tapi saat rakyat sedang mengadu banyak masalah air tak selesai-selesai, tergamak ke buat cadangan dan keputusan tu?
18 RIBU HADIR PROGRAM MAJLIS ILMU MADANI
Lebih 18,000 umat Islam menghadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri
@anwaribrahim
di Masjid Putra, Putrajaya malam ini.
📸 Mohd Huzaini Daud | BERNAMA
DARI NEGERI MAJU INGIN MENJADI NEGERI MISKIN?
Pelik dan mustahil rakyat PP dan Selangor akan pilih PAS
NORMAN RADZUAN
Mungkin di negeri2 yg majoriti Melayu, tebal sifat perkauman dan kurang daya intelektual… PN boleh menguasainya tetapi utk menghasut Malay Urban atau Melayu bandar mustahil ia berlaku.
Tidak ada manusia akhir zaman ini yg kaya mahu menjadi miskin kecuali atas ketentuan. Tidak ada manusia yg sudah maju mahu menjadi mundur…. Jadi di manakah keyakinan PN menguasai Selangor dan PP. Pendapat saya ia hanyalah perang psikologi dan mitos tanpa fakta.
Sedangkan Azmin Ali dan Zuraida yg dianggap calon favourite pun tersungkur di bumi Selangor. Ya benar PN boleh menguasai kawasan luar bandar majoriti Melayu yg mempunyai 34 DUN.
Kerusi DUN Selangor majoriti Melayu
1. Hulu Klang 87 peratus
2. Sungai Air Tawar 86 peratus
3. Sungai Burung 86 peratus
4. Sungai Panjang 84 peratus
5. Sabak 81 peratus
6. Sungai Ramal 80 peratus
7. Gombak Setia 78 peratus
8. Jeram 77 peratus9. Kuang 77 peratus
10. Kota Anggerik 76 peratus
11. Sementa 76 peratus
12. Selat Klang 76 peratus
13. Paya Jaras 75 peratus
14. Morib 75 peratus
15. Batu Tiga 75 peratus
16. Sijangkang 74 peratus
17. Sungai Kandis 72 peratus
18. Dengkil 72 peratus
19. Hulu Bernam 70 peratus
20. Semenyih 68 peratus
21. Taman Medan 68 peratus
22. Batang Kali 67 peratus
23. Pelabuhan Klang 66 peratus
24. Lembah Jaya 65 peratus
25. Permatang 64 peratus
26. Taman Templer 64 peratus
27. Pandan Indah 63 peratus
28. Dusun Tua 63 peratus
29. Bukit Melawati 62 peratus
30. Sungai Tua 61 peratus
31. Meru 61 peratus
32. Ijok 60 peratus
33. Seri Serdang 60 peratus
34. Kota Damansara 60 peratus
Tetapi PN mesti ingat dgn gabungan PH dan BN kawasan DUN Hulu Klang, Sungai Ramal, Sabak, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Batang Kali, Sungai Burung, Permatang, Bukit Melawati, Ijok, Jeram, Kuang, Taman Templer, Sungai Tua, Gombak Setia, Hulu Klang, Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Pandan Indah, Dusun Tua, Semenyih, Sungai Ramal, Sri Serdang, Seri Setia, Taman Medan, Paya Jaras, Kota Damansara, Kota Anggerik, Batu Tiga, Meru, Sementa, Selat Klang, Pelabuhan Klang, Sungai Kandis, Morib, Tanjong Sepat dan Dengkil dianggap kawasan selamat.
Jika berlaku 40% ‘green wave’ atau 50% pengundi UMNO sabotaj parti tersebut, PN masih sukar memenangi DUN2 tersebut. Apatah lagi pengundi2 di Selangor paling ramai Melayu intelektual yg hadir dari seluruh negara.
Disebabkan itu hasutan Sanusi, Selangor perlu pemimpin dari Selangor utk menerajui negeri itu ia ditolak oleh rakyat Selangor, malah Sultan Selangor sendiri mengiktiraf kejayaan MB Selangor, Amirudin Shari.
Sanusi mesti ingat dianggarkan 30% pengundi di Selangor adalah rakyat Malaysia dari seluruh negara yg berhijrah ke negeri tersebut terutama golongan profesional/intelektual.
Disebabkan itu utk menghasut Malay Urban dgn dakyah perkauman agak sukar. Saya org Perak walaupun bukan golongan intelektual tetapi saya pengundi di Selangor.
Rakyat Selangor dapat melihat negeri pentadbiran PAS mundur dan urus tadbir yg lemah. Masalah air, sampah, pembangunan, jalan raya dan perbelanjaan defisit membuktikan pentadbiran sgt lemah.
Sebagai contoh negeri paling miskin tetapi kereta MB dan Exco jenama Mercedes. Negeri miskin gaji Exco dinaikkan. Negeri ada pemasalahan air dan berhutang tetapi Pengarah AKSB dpt bonus puluh ribu dan kakitangan biasa hanya RM 200.
Di Kelantan mereka boleh berbohong atas nama agama tetapi bukan di negeri Selangor dan PP. Mereka tak termakan dgn dakyah tersebut. Takkan org Melayu Selangor dari air bersih utk minum dan mandi tiba2 mahu mandi dgn air teh.