MENGKRITIK BUKAN MEMBENCI

 

Walaupun tulisan aku ada yang mengkritik PMX, para menteri dan kerajaan perpaduan ini, tapi itu takkan bererti aku akan sokong PN.


Aku kritik sebab aku percaya kerajaan akan dengar keluhan rakyat. Bukan macam masa PN perintah, apa yang rakyat bantah, itu yang mereka buat.


Jadi walaun tak payah excited tengok kritikan yang aku buat. Tak terlintas pun dalam hati aku walaupun sebesar zarah pun nak sokong pengkhianat.


Kalau kerajaan potong subsidi untuk T20 pun, kalau aku terjejas teruk pun, aku tetap akan undi PH juga. Paling habis pun aku tak keluar mengundi.


Sebab kalau aku undi PN dan PN berkuasa, bukan setakat T20, malah B40 pun akan turut terseksa. Kita dah tengok dalam tempoh 33 bulan tu. Aku tak mahu jadi punca penderitaan rakyat.


Kalau PN memerintah sekarang ni, tariff elektik dah lama naik. Semua rakyat dari B40 hinggalah T20 akan nikmati peningkatan bill elektrik.


Bukan setakat itu, harga barangan keperluan dan makanan kekal tinggi manakala menteri tak buat apa selain menyalahkan takdir, alam dan pasaran antarabangsa. Manakala rakyat disuruh bersabar.


OPR pun mungkin dah 4% agaknya. Manakan tidak, setiap tiga bulan tak pernah gagal untuk naik. Dah menang PRU, mahunya naik berganda.


Hakikatnya, walaupun ada keputusan kerajaan yang aku tak setuju, tapi PH jauh lebih baik berbanding PN dalam segala segi. Selagi waras, tak mungkin aku akan undi PN. Noktah. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.