PENGALAMAN DAN TIPS BAGI MELAWAN COVID


Hamdan Taha

 

 Asalamualaikum semua sahabat...semoga kita di ampunkan dosa oleh Allah dan di jauhkan dari covid 19 terutama bagi mereka yang telah berumur juga ada penyakit lainnya...

 Malam ini saya ingin kongsi sedikit kaji selidik tentang covid 19 berdasarkan pengalaman beberapa orang yang telah di jangkiti tetapi berjaya dengan izin Allah melawan covid 19 sehingga mereka sihat semula. Bekas pesakit covid 19 ini ada penyakit sampingan iaitu kencing manis dan jantung juga darah tinggi....penting untuk kita ketahui supaya menjadi pengalaman

 Ikut dari sahabat saya ini yang pernah di jangkiti ketika awal bulan 3 tahun lepas dan dari klauter tabliq. Sahabat saya ini di kuarantin di hospital sungai buluh bersama ramai lagi yang kena jangkitan dan umur bercampur campur tetapi yang tertua di kalangan mereka ada yang 70 tahun...

 Semasa di kuarantin jururawat dan para dr lebih menumpukan kepada penyakit sampingan dari covid 19. Antara sebabnya covid tidak ada ubat tetapi penyakit lain ada ubatnya. Bagi sahabat saya yang dari jemaah tabliq kerana di kuarantin kan bersama walaupun ada juga bukan dari jemaah mereka,jadi mereka secara berjemaah melakukan solat jemaah,mengaji,berzikir dan saling sabar menyabarkan satu sama lain...sehingga tempoh tiga hari pertama semuanya telah bersedia semua mungkin...rehdo...sabar dan tenang...tidak stress memikirkan tentang kematian sahaja....saling bantu membantu...ini sangat penting dan bermanafaat

 Rupanya jika ada kencing manis,darah tinggi dan sakit lainnya yang merbahaya bukan covid itu boleh menyerang kencing manis itu sebaliknya ketenangan dan stress itu yang di serang oleh covid. Apabila terlalu stress dan takut kepada kematian melampau,terlalu memikirkan keadaan diri...keadaan keluarga di luar dan macam macam fikir akan menyebabkan gula dalam darah tidak dapat di kawal. Stres boleh menyebabkan gula dalam darah menjadi 20 ke atas...darah tinggi naik...dan sebagainya....itu yang menyebabkan pesakit kencing manis lebih mudah kena serangan sesak nafas...ubat kencing manis sudah tidak berkesan dan boleh menyebabkan koma....sukar di kawal lagi...

 Tetapi ramai pesakit yang dapat bertenang dan sabar dan hilangkan stressnya walaupun di serang sesak nafas tapi mereka dapat bertahan melawan covid dalam tempoh dua ke tiga hari serangan sesak nafas itu tampa gula menjadi tinggi mendadak dan darah tinggi terkawal...akhirnya covid pada hari ke 9 ,10 ke atas mula lemah dan dapat di kalahkan....mereka beransur sihat semula

 Ini yang di ceritakan pada saya oleh para sahabat yang ada pengalaman....maknanya sesiapa sahaja walaupun dia tak ada penyakit tiga serangkai semasa di jangkiti masih muda dan sihat tetapi jika dia stress melampau juga boleh menyebabkan dia bahaya kerana gula dan darah dia juga boleh naik walaupun dia tak ada kencing manis...masa itu dia juga boleh kena kencing manis tiba tiba

 Covid 19 ini bahaya tetapi kalah dengan mereka yang kuat dan sabar. Ketenangan yang dapat mengalahkannya....bila sabar tenang dan tidak stress seluruh intibodi badan akan lawan covid 19. Tetapi jika tidak berjaya control diri dari ketakutan...dari stress maka intibodi akan lemah kerana kekuatan badan telah di lemahkan oleh ketakutan...oleh stress dan ini akan menyebabkan covid berjaya kalah kan manusia.....

 Saya hanya sampaikan berdasarkan pengalaman dan pengamatan rakan rakan yang pernah di jangkiti dan di kuarantin....saya pun tidak berani nak kata kita mampu mengawal diri kita dari ketakutan...kebimbangan dan dari stresss...kita juga manusia biasa....tetap ada ketakutan...tetapi berdasarkan pengalaman sahabat....doa...solat...solat malam...tahjud...mengaji quran dan zikir dapat melawan virus dan dapat mengawal diri dari ketakutan dan stess.....

 

Allahualam....kepada Allah swt lah sahaja tempat kita bergantung dan berdoa....

 

Wahai jiwa tenang tenang lah kamu...

 

 

 


KISAH COVID DI BRAZIL-BERBARIS BERJAM-JAM MEMBELI OXYGEN


Penduduk Brazil berbaris bagi mendapatkan oxygen untuk kegunaan keluarga. Ini adalah disebabkan oleh tiadanya tempat di hospital akibat serangan covid . malah ada yang mati di hadapan hospital kerana tiadanya tempat dan bantuan.

Bantuan datangnya dari Venezuela, negara kaya minyak,malah ada yang melayan  dirumah saudara mara  dari membiarakan mereka mati dihospital.


 ImageImageImage

BUDAYA BARU UMNO KINI LEBIH TERBUKA....YANG BELUM TU HARAP BERUBAH SEBAB LAMA KELAMAAN AKAN QUYUB

 Image may contain: text that says "Jom kita kempen, sapa yang tak suka Ketua bahagian masing- masing, buat statement undur. Budaya baru #sibodohtajudindengarsini"

Meriahlah FB selepas ini dengan KC-KC buat kenyataan media desak KB masing-masing berundur...

No photo description available.



KIRA MURAH JA NI

 Image may contain: people sitting and food

BILA MAHATHIR BERSAMA UMNO DALAM PROG MARUAH MELAYU, KAMU DIAM? HIPOKRIT!!

COVID-19: 18 kematian, tertinggi dilaporkan, 3,631 kes baharu


Hilmi Malik
COVID-19: 18 kematian, tertinggi dilaporkan, 3,631 kes baharu
Malaysia catat angka kes kematian baharu tertinggi iaitu sebanyak 18 korban, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan kes kematian baharu tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 18 korban menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 660 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, dalam tempoh 24 jam lalu juga, sebanyak 3,631 kes baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 176,180 kes.
Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu tersebut, terdapat enam kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 42,814 kes“, kata Dr Noor Hisham dalam hantarannya di akaun Twitter pada Jumaat.
Sementara itu, negeri Selangor mencatatkan kes harian tertinggi bagi penularan jangkitan COVID-19 dengan pertambahan sebanyak 782 kes dan ini diikuti Sabah, 453 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 435 kes.
Setakat ini, sebanyak 251 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 102 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, jumlah kes sembuh terus catat peningkatan sebanyak 2,554 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 132,706 kes.


*SURAT TERBUKA KEPADA YB SENATOR TUAN GURU DATUK DR. ZULFIKRI MOHAMAD AL- BAKRI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)*

 

Usul Haramkan Mufti Wilayah Beri Kuliah Di Selangor.. - SoZCyili



ZANIRUN BABA

Assalamualaikum Wbth. YB Senator Tuan Guru.

1. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya YB Senator Tuan Guru, terganggu dengan kehadiran surat terbuka ini.

2. Ringkasnya, surat ini adalah luahan pandangan dari diri saya sebagai hamba Allah yang dhaif lagi faqir ini berkaitan situasi suasana sepi di masjid dan surau buat masa sekarang ini.

3. Kami para jemaah masjid dan surau yang terjejas umumnya, maklum ijtihad ketetapan berkaitan S.O.P di masjid dan surau telah diambil dengan cermat dan sebaik mungkin.

4. Ini bagi memastikan untuk mengelakkan FITNAH timbul kluster baru dari mana-mana masjid atau surau dengan penyebaran jangkitan COVID-19 dalam kalangan jemaahnya.

5. Mohon maaf YB Senator Tuan Guru, bagi kami yang jahil ini dengan menghalang atau membatasi kehadiran jemaah yang sangat tidak masuk akal untuk beribadat di Rumah Allah inilah FITNAH yang sebenarnya.

6. Kami percaya YB Senator Tuan Guru, sendiri sangat sedia maklum bahawa pematuhan S.O.P penyekatan penularan COVID-19 oleh para jemaah adalah yang paling berdisiplin dan

terbaik

.

7. Kami tak pernah berlaga bahu, mematuhi jarak satu meter, masuk ke masjid / surau dengan penuh tertib. Lepas solat kami tidak duduk dekat-dekat bahkan tidak bersalaman seperti biasa.

8. Keadaannya jauh berbeza dengan apa yang kami sering lihat berlaku di Pasar Malam, pasaraya, restoran-restoran, kedai-kedai runcit yang jauh lebih ramai, bersesak-sesak dan seakan tiada S.O.P langsung.

9. Namun tidak pula kedengaran pembatasan kehadiran pengunjung pasar hanya di hadkan 40 orang sahaja, hanya AJK Pasar Malam sahaja yang boleh hadir. Kena bawa pinggan dan gelas sendiri dan sebagainya seperti seakan S.O.P di masjid dan surau.

10. Pengunjung tempat-tempat seperti ini juga datang dari pelbagai tempat yang kita tidak tahu status kesihatan mereka. Sedangkan kami ahli kariah dari kampung atau dari kawasan kejiranan perumahan yang kebanyakan tidak kemana sepanjang PKPB / PKPP ini. Maksud saya, biasanya jemaah masjid dan surau adalah orang yang sama sahaja.

11. Kami tak pandai hendak berdalilkan nas Al-Quran ataupun Hadith untuk membenarkan situasi sepi yang menyedihkan ini berterusan bukan sahaja berlaku di negara kita bahkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Sedih sangat masjid dan surau sepi tapi meriah di pasar dan restoran.

12. Namun kami yang jahil dan faqir ini yakin dengan kita semakin meramaikan kehadiran ke rumah Allah, untuk sama-sama berdoa, merayu dan merintih kepada Allah. Agar virus ini segera diangkat oleh Allah SWT itu lah yang terlebih baik. Bukankah DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN ?

13. YB Senator Tuan Guru, kita sudah melihat dengan cara dan ikhtiar manusia selama ini tidak dapat menyelesaikan permasalahan ini secara tuntas. Bahkan sekarang semakin tinggi kes baharu setiap hari.

14. Barangkali, Allah SWT hendak beritahu kita cukuplah selama ini kita hanya yakin dan banyak bergantung pada sesama manusia. Marilah kita lebih meyalini dan banyak bergantung hanya pada-Nya pula.

15. Kami bukan ingin mengingkari S.O.P yang telah ditetapkan, *cuma biarlah jumlahnya kehadiran jemaah adalah mengikut size masjid dan surau sedia ada. Itu sahaja yang kami mohon YB Senator Tuan Guru.*

Kami yakin dengan kebijaksanaan dan kemuliaan YB Senator Tuan Guru, dapat berlapang dada dengan permohonan kami yang dhaif ini.

Yang Dhaif dan Faqir,

Ustaz Hj Kamil Bin Sidek.

Jemaah Masjid Darul Falah,

Kampung Bukit Hijau,

Jeram, Selangor.

_*#Mohon dengan sangat tolong sebarkan seluas mungkin hingga sampai ke tangan YB Senator Tuan Guru Dr. Zulfikri Mohamad Al-Bakri.*_

 

 

11Zanirun Baba and 10 others

 

TOKOH POLITIK YANG DIHORMATI

 Image may contain: 1 person, standing


MOHD SHAH RIM

Terus terang aku tak percaya pada org politik kecuali seorang..
Michael Jeyakumar Devaraj mantan MP Sg. Siput.. dia ni sampai gaji pun habis untuk bantu penduduk di Parlimen Sg. Siput.. 5 sen pun tidak digunakan untuk diri sendiri..

Suspek dikatakan pernah bertanding mewakili Bersatu di Parlimen Perak pada PRU14 lalu....

 Image may contain: text that says "malaysiakini NTone BERITA Pixabay Pemimpin Armada ditangkap miliki ganja dalam jumlah ganamjumlhbr besar"Image

KAMALA HARRIS NAIB PRESIDEN AS, BAKAR SEMANGAT PERJUANGAN WANITA


SIAPA BAKAL LAWAN ZAHID HAMIDI? APAKAH PEREBUTAN PRESIDEN UMNO KALI INI ANTARA KLUSTER ‘NO BERSATU DENGAN ‘PRO BERSATU’?

 

Walaupun setelah Zahid Hamidi baru-baru ini memberi jaminan bahawa pemilihan UMNO akan tetap diadakan pada tahun ini sebagaimana dijadualkan, mengapa masih ada yang mendesaknya agar berundur?

Mengapa mereka tidak mahu menunggu pemilihan UMNO yang dijangka pada bulan Jun atau Julai untuk menjatuhkan beliau?

Adakah mereka yang mengidam jawatan Presiden UMNO masih ada rasa takut untuk berlawan dalam demokrasi terbuka dengannya?

Selepas beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian membuat desakan secara terbuka agar Zahid Hamidi berundur sebagai Presiden UMNO, hari ini Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman tampil membuat gesaan yang sama.

Bekas Adun Lepar itu berkata, Zahid Hamidi wajar melepaskan jawatannya itu demi bangsa Melayu, UMNO dan kesetiaan serta kegigihan 3.6 juta ahli yang menganggotai parti tersebut.

Tegasnya lagi, pengunduran itu perlu memandangkan kemelut dalam kepimpinan tertinggi UMNO terus berlarutan tanpa sebarang penyelesaian.

Kata beliau, tindak-tanduk sebahagian Ahli MKT dan Ahli Parlimen yang tidak terarah juga mendedahkan UMNO kepada kehilangan keyakinan orang Melayu yang sangat diperlukan bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Maka itu, tambahnya, Zahid Hamidi wajar melepaskan tanggungjawabnya sebagai Presiden UMNO.

Sepatutnya, setelah Zahid Hamidi memberi jaminan pemilihan UMNO 2021 tidak akan ditangguhkan, tiada sesiapa lagi perlu tampil mendesaknya untuk berundur.

Sebaliknya, mereka mesti mula membuat persiapan untuk berlawan dan mengalahkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu daripada menerajui UMNO jika benar ingin menyingkirkannya.

Ini kerana, dengan Zahid Hamidi telah memberi jaminan bahawa pemilihan UMNO tidak akan ditangguhkan, ia bermakna beliau akan tetap mempertahankan jawatannya dan sedia berlawan dengan sesiapa saja yang berhajat untuk mengenepikannya.

Meski berdepan kes mahkamah, selagi belum dijatuhkan hukuman bersalah, Zahid Hamidi masih lagi berhak mempertahankan jawatannya.

Dalam waktu yang sama, oleh kerana pemilihan UMNO dijangka hanya beberapa bulan saja lagi iaitu sama ada Jun atau Julai akan datang, di samping wabak Covid19 pada ketika itu boleh jadi sudah mereda dan ramai pula yang telah menerima suntikan vaksin, calon-calon yang ingin bertanding jawatan Presiden UMNO seharusnya sudah pun mula menampilkan diri mereka mulai sekarang.

Siapakah yang berhajat nak berlawan dengan Zahid Hamidi itu?

Adakah Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO sekarang?

Adakah Khairy Jamaluddin mahu mencuba sekali lagi setelah kecundang dalam pemilihan 2018 lalu?

Mungkinkah Hishammuddin Hussein pula akan mencuba nasib kali ini?

Apakah Annuar Musa yang lantang mengkritik Zahid Hamidi sejak kebelakangan ini dan merupakan pemimpin UMNO paling pro Bersatu akan turut mencuba nasib menjadi Presiden UMNO agar Muhyiddin Yassin lebih mendapat laluan mudah kekal lagi sebagai Perdana Menteri?

Atau mungkinkan kluster menteri akan bergabung sesama sendiri untuk membentuk satu pasukan yang akan berlawan dengan Zahid Hamidi yang akhirnya berpadu tenaga dengan Mohamad Hasan, lantaran kedua-duanya tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan?

Jika itu yang berlaku nanti, apakah pemilihan UMNO kali ini akan menyaksikan pertembungan antara dua kelompok – no Bersatu dengan pro Bersatu?


 (Shahbudindotcom 22/01/2021)





SURAT AHLI PARLIMEN KEPADA AGONG, AZMIN MULA GOYANG!!




Dengan itu, bukan saja nasihat Muhyiddin kepada Agong ketika beliau mencadangkan darurat dilaksanakan sebelum ini boleh dipertikaikan, malah berdasarkan surat daripada majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang sudah sampai ke Istana Negara, jelas menunjukkan kedudukan Perdana Menteri sudah menjadi minoriti. Selagi pihak yang tiada sokongan majoriti atau sudah jadi minoriti terus dibenarkan berkuasa, selagi itulah ketidaktentuan dan kecelaruan tidak akan berkesudahan.




COVID-19, KEGAGALAN MALAYSIA MEMALUKAN



Di negara lain, penguatkuasaan mungkin lebih longgar, selain sistem ekonomi dan sosial dibuka terlalu cepat. Tidak ketinggalan kadar kepatuhan rakyat dan orang ramai yang mula melakukan perjalanan ke sana ke mari menyebabkan virus mudah merebak. Di Malaysia apabila kerajaan membenarkan aktiviti rentas daerah pada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebelum ini maka ramai yang mula alpa dan berkumpul dalam suasana yang ramai.



HAH TEPUK....GENERASI HANGPA NI TAKAT NAK KEJAR ........SILAKAN...

 


Ahli PKR berpusu-pusu masuk Bersatu di Gombak?

Ahli PKR berpusu-pusu masuk Bersatu di Gombak?

Pemimpin PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat tindakan beberapa anggota PKR Gombak menyertai Bersatu sebagai hanya membabitkan kumplan minoriti.

Merujuk kepada hantaran Facebook Hilman Idham, Ahli Parlimen Setiawangsa itu bahkan berkata keanggotaan PKR menunjukkan pertambahan ketara sejak insiden Langkah Sheraton berlaku pada akhir Feb tahun lalu.

Untuk rekod Gombak merupakan kawasan parlimen yang diwakili Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali. Sebelum Langkah Sheraton Azmin merupakan timbalan presiden PKR, manakala Hilman dianggap penyokong setianya.

Kedua-dua mereka kemudian meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu.

Bercakap kepada Malaysiakini Nik Nazmi berkata semua ahli parti PKR yang percaya dengan konsep berbilang kaum dan mahukan pembaharuan akan tetap setia dengan parti itu.

“Ini berlaku terutama untuk anggota bukan Melayu yang tidak boleh menerima Bersatu,” katanya.

Semalam, Hilman mengumumkan naib ketua cabang PKR Gombak Dave Lee Kean Aun serta beberapa pimpinan kaum Cina meninggalkan parti itu untuk menyertai Bersatu.

“Saudara Dave Lee Kean Aun, naib ketua cabang PKR Gombak bersama pimpinan masyarakat Cina malam ini bertekad melakukan langkah kanan menyertai Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) Gombak.

“Bersatu dan PN Gombak juga mengalu-alukan penyertaan saudara Dave Lee dan rakan-rakan untuk memperkukuhkan gerak kerja menyantuni rakyat di Parlimen Gombak.

“Semoga khidmat kepada masyarakat akan terus digembleng dengan lebih utuh dan progresif,” kata Adun Gombak Setia itu.

Bersatu awalnya ditubuhkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bersama Muhyiddin Yassin dengan keanggotaannya hanya untuk orang Melayu dan bumiputera.

Ia kemudian membuka keahlian untuk kaum lain selepas berlakunya Langkah Sheraton. Sejak itu ia disertai oleh Ahli Parlimen Segamat, Edmund Sathara, sebagai ahli bersekutu.

Santhara juga dilantik menjadi timbalan menteri Wilayah Persekutuan oleh Muhyiddin.

Dua bulan lalu, pada perhimpunan agung tahunan yang ketiganya, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin mengumumkan bahawa parti itu sebulat suara meluluskan cadangan melebarkan sayap baru – ahli bersekutu untuk bukan Melayu dan bukan Bumiputera.

Sementara itu Ahli Parlimen Tan Yee Kew juga enggan memberikan perhatian besar kepada pengumuman dibuat Hilman itu.

“Siapa Dave Lee tu? Saya tak pernah dengar nama dia sebelum ini,” katanya.

Ahli parlimen PKR itu juga berkata dalam politik memang ada ramai yang suka mengambil kesempatan.

“Justeru lebih cepat mereka meninggalkan parti, lebih baik. Sekarang PKR Gombak boleh beri perhatian untuk kembali mengukuhkan parti di situ,” katanya. 



KRISIS UMNO KRITIKAL KETIKA INI

 

NORMAN RADZUAN


Image may contain: 15 people, people sitting


Zahid & Najib sudah terlambat...

KRISIS UMNO KRITIKAL KETIKA INI

Pada Oktober 2018 saya telah bertemu dengan beberapa rakan pengamal media. Kami berbual di Papa Rich Shah Alam. Saya ketika itu masih dalam keghairan dan berbangga dengan kemenangan PH. Apatah lagi rakan media yang saya temui, boleh dianggap 'anti' Anwar Ibrahim sejak zaman Reformasi lagi.

Namun berbeza ideologi politik tidak membataskan untuk kami sering berjumpa. Tiba-tiba dlm perbualan kami, dengan wajah penuh keyakinan mereka menyakinkan saya bahawa Mahathir tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM. Saya menafikan dengan alasan mudah Mahathir sudah berubahDescription: 😂

Seingat saya, jika tidak silap nama seperti Najib, Zahid, Ku Nan, Tajuddin, Mat Maslan dan beberapa nama lagi adalah senarai nama yg Mahathir tidak mahu bersama dlm pakatan barunya. Saya ada menulis di dlm FB ketika itu tetapi dipandang sepi. Yelah baru 4 bulan menang mana ada pemimpin2 PH dan ahli parti mahu mempercayainya. Masing2 tgh sibuk melihat kekosongan jawatan utk diisi.

Akhirnya pada Februari 2020 terbukti pakatan baru itu benar2 terjadi. Langkah Sheraton membenarkan kata2 rakan media tersebut kpd saya. Sebab itu sehingga kini saya tetap beranggapan 'Langkah Sheraton' dan kerajaan PN skg.... Mahathir adalah Mastermind nya.

Ada yg bertanya kenapa Mahathir tidak ikut bersama kerajaan PN? Bagi saya ada dua sebab Mahathir dilihat seolah olah tidak bersama.

Ia soal maruah diri. Pertama niat Mahahthir hanya mahu menghalang Anwar menjadi PM. Kedua jika beliau menyertai kerajaan PN, Mahathir tahu dia akn dilihat sebagai pengkhianat dan namanya bukan sahaja terhina di dlm negara tetapi seluruh dunia. Mahathir tentu tidak mahu imej negarawan akan hilang begitu sahaja.

Seperti kita maklum, plan Mahathir sewaktu menjadi PM kerajaan PH, beliau mahu PPBM menggantikan UMNO sebagai parti terbesar org Melayu. Khabarnya Mahathir mahu UMNO diharamkan tetapi apabila Anwar mengetahuinya beliau telah memohon kpd Muhyiddin Yassin agar tidak berbuat demikian.

Pembentukan kerajaan PN pada peringkat awalnya berjalan lancar. PPBM mahu mempergunakan kerusi UMNO bagi pembentukan kerajaan PN, manakala UMNO pula cuba mengambil kesempatan ke atas kes mahkamah pimpinan utama mereka.

Masalah utama kerajaan PN utk mengadakan PRU15 bukannya bimbang kekuatan PH. Tetapi musuh utama kerajaan PN adalah UMNO. Jika UMNO terus menolak utk bersama PN, Azmin Ali tahu kerajaan PN akn jatuh.

Muhyiddn dan Azmin mahu menggunakan kekuatan akar umbi UMNO utk PN sekali lagi menjadi kerajaan. Umumnya mengetahui akar umbi UMNO menolak utk bersama PPBM.

Penolakkan itu adakah muktamad? Tidak... jika berlaku peralihan kuasa pimpinan UMNO. Ketika ini khabarnya seperti ada 'penaja' atau gerakan yg agak agresif memburukkan imej Presiden UMNO.

Imej Presiden UMNO sememangnya telah tercalar dgn puluhan kes di mahkamah.

Dlm masa yg sama, Tim. Presiden UMNO sdg dipromosikan utk mengambil alih jawatan tertinggi parti tersebut. Mahu tidak mahu UMNO kini terpecah 2 atau 3.

Pecah dan perintah adalah ideologi politik yg telah lama diamalkan dan mudah kita ramalkan. Tanya saya, UMNO semakin jelas kepimpinannya akn 'dihijack'. Apabila pucuk pimpinan bertukar, dgn mudah utk mempengaruhi akar umbi.

Imej Zahid Hamidi mahupun Najib mudah ditenggelamkan dgn kes mahkamah mereka. Apatah lagi jika mereka didapati bersalah dan dipenjarakan. Suara Zahid dan Najib akn dpt sepi apabila mereka didapati bersalah atas kes2 yg dibicarakan di mahkamah.

Pilihan PN

a) Pilihan pertama kerajaan PN..UMNO diterajui oleh Tok Mat. Jika Tok Mat mesra PN, gabungan PBBM/PAS/UMNO akn diteruskan. Tetapi tentu sukar kerana pastinya UMNO mahukan pada PRU15 mereka menjadi Abang Long.

b) Pilihan kedua, UMNO akan diterajui oleh Hishamuddin, Ismail Sabri, KJ, Annuar Musa dan MP di dlm kabinet. Mesti ingat ketika ini kekuatan team ini jauh lebih kuat kerana ia disokong oleh 28 MP UMNO. Berbanding kekuatan Zahid Hamidi, Najib, Tajuddin, Mat Maslan, Nazri Aziz, Ahmad Jazlan dan beberapa nama lagi... bukan sahaja sokongan sedikit dlm masa sama mereka tidak duduk dlm barisan kabinet PN.

Kesilapan Zahid Hamidi

a) Bersetuju utk bersama kerajaan PN sdgkn momentum mereka bersama PAS sudah berada di landasan yg betul. Kini Zahid sudah kehilangan 'kawan' separti.

b) Sering memberi ugutan utk keluar dari kerajaan PN. Dlm peperangan perang gerila atau serang hendap jauh lebih berkesan. Ugutan hanya memberi ruang masa kpd musuh politik utk merencanakan gerakan mematahkan serangan. Akhirnya Zahid terperangkap.

c) Zahid sepatutnya dia mesti belajar dari kejatuhan PH. MP2 PKR dan PPBM ditarik keluar dari PH dgn tawaran pelbagai jawatan seperti Menteri dan Tim. Menteri. Jawatan mampu berlaku pengkhianatan. Kini Zahid seolah olah dikhianati apabila beliau 'tidak disokong' oleh 28 MP UMNO dgn memberi pelbagai alasan utk menolak menghantar surah kpd YDP.

Teori tentang masa depan UMNO ini adalah pandangan peribadi penulis. Mungkin ia betul mungkin ia tidak. Cukup sekadar sebagai bahan bacaan utk difikirkan oleh peminat politik. Anda boleh menolak teori politik yg saya cuba jelaskan di bawah

 

ALAHAI MUFTI

 

Image may contain: 1 person, text


MOHD MUKHLIS

Dalam Islam mempertahan maruah adalah perkara yang paling utama. Ada sebab kenapa mangsa biasanya di samarkan dan di gunakan secara anonymous untuk menyembunyikan identiti dari kecaman masyarakat.

Kalaupun puan Mona ada tersilap penggunaan perkataan, tidaklah perlu orang yang ada PHD hendak emosi; kan masih lagi berbincang dalam lingkup ilmiah. Lagipun apa hak mutfi hendak membangkitkan isu peribadi di khalayak ramai; padahal stigma masyarakat pada ibu tunggal yang di ceraikan masih lagi buruk?

Mutfi jenis apa yang tidak tahu berdakwah dengan hikmah? Jenis yang tak boleh berbeda pendapat, lepas itu main ad-hominem falasi ( pembunuhan karekter) , siap main Tu-quoque falasi quote yang Pn Mona pun boleh di anggap scammer sebab kata mangsa itu kenalan dia oppose cerita sebenar pasal kakak dia.

Saya nak tanya mutfi , kalau ada perkara yang memalukan jadi pada keluarga terdekat mutfi ( nazubillah) tapi perkara itu ada kepentingan umum; agaknya Tuan Mufti nak pakai pseudonym atau nak buka aib keluarga sendiri?

Kata kunci dia hikmah, wahai tuan mufti.

Sedangkan Allah berfirman pada Musa supaya berkata pada Firaun dengan kata yang lemah lembut.

“Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut” (QS Taha: 43-44).

Wahai mutfi, ingatlah hari yang mana segala aib akan di buka oleh Allah SWT, hari yang mana tiada beza mufti dan orang biasa.

Saya ulang siar apa yang Tuan Mutfi

Drmaza

tulis sendiri di facebook, tentang menutup aib; harap apa yang di tulis itu sendiri di praktikkan.

“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).

Lupa nak cakap, benda ini sebenarnya boleh di cegah kalau kita tubuh mahkamah hadhanah yang di tubuhkan oleh mantan Menteri Agama Dr Mujahid sebelum di rampas oleh kerajaan al-Ghadr sertuan Mutfi. Itu sebenarnya portfolio tugas menteri agama, bukan berjalan ke sana ke sini bagi Musa’adah ( Musa’adah boleh bagi pada pegawai jakim atau jabatan agama)

Bertakwa lah pada Allah, Kalau pun tak malu pada ilmu kesarjanaan tu, malulah pada pangkat mutfi yang Allah pinjamkan. Jangan di sebabkan jawatan itu menjadi kesombongan yang kelak jadi penyesalan sampai tak boleh di tegur.

PS: yang ironisnya Mutfi ulang 20 kali kat Pn Mona jangan emosi sampai dalam masa yang sama dia pula terlebih emosi dan tuduh Pn Mona menipu ( despite Pn Mona dah explain dia tak boleh cerita sebab aib dan libiliti saman sivil)

 

TABIK KEPADA AHMAD SAID NELANG

 

Image may contain: 4 people, screen, text that says "Classroom of The Future"


BOB KELANANG


Pada 2009 (10 tahun dulu) Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan MB Ahmad Said (Nelang Kijal) telah menperkenalkan e-book kepada semua pelajar sekolah di Terengganu.

Betul... banyak duit dihabiskan untuk kemudahan pelajar. Setiap makmal komputer di sekolah ada disediakan pegawai teknologi maklumat yang dibiayai penggajiannya oleh Kerajaan Terengganu.

Malah kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah syarikat (TopIT Industries Sdn Bhd) bagi mengendalikan kemudahan komputer ini. Tujuannya cuma dua... mengurangkan beban beg sekolah dengan buku teks DAN menyediakan prasarana untuk sekolah Maya.

Beberapa sekolah telah diangkat menjadi perintis Sekolah Maya dengan penggantian papan hitam kapur dengan papan hitam digital bersambung dengan komputer dan projektor khas.

Tapi yang berlaku...

Mulut-mulut orang kita jugak yang kuat kondem mengutuk inisiatif ini mengatakan ianya membazir... memburukkan malah menggagalkan projek ini sebaik berjaya menjatuhkan MB Ahmad Said.

Sebenarnya semua Kerajaan Negeri mampu untuk melaksanakan program seperti ini... Dana kita ada... Kepakaran pun kita ada... tambah lagi harga Chrome Book bukanlah mahal sangat... Tapi sebab sikap bodoh sombong DAN tidak berfikiran jauh serta meletakkan kepentingan di tempat yang salah maka hari ini ramai dikalangan kita kecoh DAN kepoh berkaitan isu pembelajaran secara maya ini.

Ketidakmampuan golongan miskin untuk akses kepada laptop dan internet menjadi kekangan dalam sesi pembelajaran secara maya.

Aku tetap salute kepada bekas MB Terengganu Ahmad Said atas inisiatif ini. Dua orang anak aku dapat e-book ini DAN ianya masih lagi berfungsi dengan baik sehingga ke hari ini.

Terengganu adalah negeri contoh dalam bab penbelajaran secara maya ini. Jahanam disebabkan oleh sikap orang bodoh (mostly dari pihak PAS Terengganu) DAN terlebih politiking.

P/S : YB Satipul Bahri (PAS Dungun) adalah antara yang paling bising bab sekolah maya ini pada masa itu. Aku xboleh lupa dia punya ceramah sana sini. Bye the way... aku bukan orang UMNO atau sebagainya tapi aku sebagai technologist memang respek ngan idea Ahmad Said ni.

Apa yang Hadi Bewok buat masa berkuasa ialah tutup pagar Tadika Kemas... itu jer kepakaran Hadi Bewok sebagai MB...

 

Apa status dana RM150 juta beli 150,000 laptop untuk pelajar?



Kerajaan digesa menjelaskan status terkini peruntukan Belanjawan 2021 melibatkan dana RM150 juta untuk membeli 150,000 komputer riba yang akan disumbangkan kepada 500 buah sekolah di seluruh negara.

Beliau berkata walaupun peruntukan itu telah diumumkan 6 November lalu oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz, pihak kerajaan masih belum mengumumkan sama ada laptop itu sudah diserahkan oleh para pelajar yang memerlukan.

"Sejak sesi persekolahan bermula dalam keadaan hampir kesemua pelajar terpaksa melakukan pembelajaran atas talian, dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 nampaknya mungkin dilanjutkan berkali-kali, kita belum dengar berita status penyerahan laptop-laptop ini," katanya.'

Justeru, Fahmi menggesa Tengku Zafrul untuk segera memberi penjelasan status 150,000 laptop.

"Apakah spesifikasi laptop, dan berapakah harganya, adakah vendor laptop itu dipilih secara tender terbuka atau rundingan terus.

"Bagaimana 150,000 pelajar ini dipilih, bagaimana 500 sekolah itu ditentukan, apa tindakan jika pelajar tiada internet di rumah, atau kawasan perumahan tiada liputan internet dan jika belum lagi diserahkan, mengapa?" soalnya.

Disebabkan terlalu banyak persoalan penting, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menganggap adalah wajar ia dijawab ketika sesi sidang Parlimen walaupun dalam tempoh darurat.

"Ini antara contoh soalan yang boleh ditanya dan wajib dijawab oleh menteri di Parlimen Malaysia. Jika tidak menjawab, berbohong atau mengelirukan Dewan, maka menteri boleh dikenakan tindakan. Inilah kepentingan Parlimen: meneliti tindak-tanduk eksekutif.

"Oleh itu, jika sekolah, kilang, kedai makan, masjid, mahkamah, IKEA, Victoria Secret dan banyak lagi boleh buka - Parlimen juga perlu dibuka. Demi semak imbang, demi demokrasi, dan demi mengangkat suara rakyat. #BukaParlimen," katanya.

 


Exco Alam Sekitar nafi dakwaan NGO bahawa Air Terjun Tanjung Batu musnah akibat aktiviti kuari

 


Exco Alam Sekitar nafi dakwaan NGO bahawa Air Terjun Tanjung Batu musnah akibat aktiviti kuari


Mesyuarat penyelarasan dan pemantauan berlangsung pada 21 Januari 2021 (Khamis) berkaitan isu kemusnahan alam sekitar dikatakan akibat aktiviti perusahaan kuari di hutan simpan Segari Melintang.

Mesyuarat ini melibatkan :

Ybhg Dato’ Mohamed Zin Bin Yusop
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Ybhg Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman,
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perak

Tuan Haji Rosli bin Zul
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perak

YDH ACP Nor Omar Bin Sappi
Ketua Polis Daerah Manjung

Tuan Ir Tan Hai Hong
Timbalan Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Perak

YBrs Dr. Mohd Zuhdi Marsuki
Setiausaha Politik Menteri
Kementerian Alam Sekitar dan Air

Berdasarkan laporan yang dibentangkan, kawasan berkenaan telah diluluskan Lesen Kecil untuk pengeluaran batu-batan (pengkuarian) pada tahun 2014. Kelulusan Laporan EIA pula diperolehi pada 2 Oktober 2017. Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek berkenaan telah diluluskan pada 25 Oktober 2018. Seterusnya Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK) telah dikeluarkan pada 1 Februari 2019.

Keadaan Air Terjun Tanjung Batu (Teluk Sera) yang dikatakan musnah akibat daripada aktiviti kuari tersebut. Air Terjun Tanjung Batu (Teluk Sera) sebenarnya masih terpelihara dan langsung tidak terjejas dan berada di luar kawasan yang diberi lesen mengusahasil pengeluaran batu kuari iaitu berjarak 1 km dari tapak pengkuarian tersebut.

Kawasan terjejas yang tular di media sosial dan massa itu sebenarnya adalah alur air bermusim yang muncul apabila berlaku hujan terutama ketika hujan lebat sahaja, hasil dari satu takungan air di kawasan setinggi 200 meter di dalam kawasan yang diberi lesen di dalam Kompartmen 16 ( Blok E) Hutan Simpan Segari Melintang.

Hasil siasatan awal, mendapati operator kuari telah melakukan pelanggaran syarat-syarat EIA (Environment Impact Assesment) yang ditetapkan, antaranya tiada Environment Officer (EO) yang bertauliah dilantik oleh operator kuari hingga menyebabkan kegagalan kawalan hakisan dan mendapan (sediment) di tapak projek.

Perintah Larangan dan Perintah Berhenti Kerja telah dikeluarkan pada 20 Januari 2021 dibawah Seksyen 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menghalang operator kuari beroperasi serta merta. Semua kerja pembangunan telah dihentikan, dan pelesen telah diarah untuk melakukan tindakan pembaikan dan pemulihan (remedi) di alur air bermusim tersebut. Pelanggaran syarat ini akan berdepan dengan tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang.

Kerajaan Negeri telah mengarahkan pihak terlibat untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan segera di kawasan terjejas bermula (21/1/2021) dan dijangka akan selesai dalam tempoh 2 minggu.

Sekiranya orang ramai mendapati ada jentera yang bergerak di sekitar kuari, itu adalah kerja kerja pembersihan dan pemulihan yang sedang berjalan.

Kerajaan Negeri amat komited dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar dan prihatin terhadap kelangsungan sungai di negeri ini.

AKMAL HAJI KAMARUDIN
HESGreen