NORMAN RADZUAN
Zahid & Najib sudah terlambat...
KRISIS UMNO KRITIKAL KETIKA INI
Pada Oktober 2018 saya telah bertemu dengan beberapa rakan pengamal
media. Kami berbual di Papa Rich Shah Alam. Saya ketika itu masih dalam keghairan
dan berbangga dengan kemenangan PH. Apatah lagi rakan media yang saya temui, boleh
dianggap 'anti' Anwar Ibrahim sejak zaman Reformasi lagi.
Namun berbeza ideologi politik tidak membataskan untuk kami sering
berjumpa. Tiba-tiba dlm perbualan kami, dengan wajah penuh keyakinan mereka
menyakinkan saya bahawa Mahathir tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM. Saya
menafikan dengan alasan mudah Mahathir sudah berubah
Seingat saya, jika tidak silap nama seperti Najib, Zahid, Ku
Nan, Tajuddin, Mat Maslan dan beberapa nama lagi adalah senarai nama yg
Mahathir tidak mahu bersama dlm pakatan barunya. Saya ada menulis di dlm FB
ketika itu tetapi dipandang sepi. Yelah baru 4 bulan menang mana ada pemimpin2
PH dan ahli parti mahu mempercayainya. Masing2 tgh sibuk melihat kekosongan
jawatan utk diisi.
Akhirnya pada Februari 2020 terbukti pakatan baru itu benar2
terjadi. Langkah Sheraton membenarkan kata2 rakan media tersebut kpd saya.
Sebab itu sehingga kini saya tetap beranggapan 'Langkah Sheraton' dan kerajaan
PN skg.... Mahathir adalah Mastermind nya.
Ada yg bertanya kenapa Mahathir tidak ikut bersama kerajaan PN?
Bagi saya ada dua sebab Mahathir dilihat seolah olah tidak bersama.
Ia soal maruah diri. Pertama niat Mahahthir hanya mahu
menghalang Anwar menjadi PM. Kedua jika beliau menyertai kerajaan PN, Mahathir
tahu dia akn dilihat sebagai pengkhianat dan namanya bukan sahaja terhina di
dlm negara tetapi seluruh dunia. Mahathir tentu tidak mahu imej negarawan akan
hilang begitu sahaja.
Seperti kita maklum, plan Mahathir sewaktu menjadi PM kerajaan
PH, beliau mahu PPBM menggantikan UMNO sebagai parti terbesar org Melayu.
Khabarnya Mahathir mahu UMNO diharamkan tetapi apabila Anwar mengetahuinya
beliau telah memohon kpd Muhyiddin Yassin agar tidak berbuat demikian.
Pembentukan kerajaan PN pada peringkat awalnya berjalan lancar.
PPBM mahu mempergunakan kerusi UMNO bagi pembentukan kerajaan PN, manakala UMNO
pula cuba mengambil kesempatan ke atas kes mahkamah pimpinan utama mereka.
Masalah utama kerajaan PN utk mengadakan PRU15 bukannya bimbang
kekuatan PH. Tetapi musuh utama kerajaan PN adalah UMNO. Jika UMNO terus
menolak utk bersama PN, Azmin Ali tahu kerajaan PN akn jatuh.
Muhyiddn dan Azmin mahu menggunakan kekuatan akar umbi UMNO utk
PN sekali lagi menjadi kerajaan. Umumnya mengetahui akar umbi UMNO menolak utk
bersama PPBM.
Penolakkan itu adakah muktamad? Tidak... jika berlaku peralihan
kuasa pimpinan UMNO. Ketika ini khabarnya seperti ada 'penaja' atau gerakan yg
agak agresif memburukkan imej Presiden UMNO.
Imej Presiden UMNO sememangnya telah tercalar dgn puluhan kes di
mahkamah.
Dlm masa yg sama, Tim. Presiden UMNO sdg dipromosikan utk
mengambil alih jawatan tertinggi parti tersebut. Mahu tidak mahu UMNO kini
terpecah 2 atau 3.
Pecah dan perintah adalah ideologi politik yg telah lama
diamalkan dan mudah kita ramalkan. Tanya saya, UMNO semakin jelas kepimpinannya
akn 'dihijack'. Apabila pucuk pimpinan bertukar, dgn mudah utk mempengaruhi
akar umbi.
Imej Zahid Hamidi mahupun Najib mudah ditenggelamkan dgn kes
mahkamah mereka. Apatah lagi jika mereka didapati bersalah dan dipenjarakan.
Suara Zahid dan Najib akn dpt sepi apabila mereka didapati bersalah atas kes2
yg dibicarakan di mahkamah.
Pilihan PN
a) Pilihan pertama kerajaan PN..UMNO diterajui oleh Tok Mat.
Jika Tok Mat mesra PN, gabungan PBBM/PAS/UMNO akn diteruskan. Tetapi tentu
sukar kerana pastinya UMNO mahukan pada PRU15 mereka menjadi Abang Long.
b) Pilihan kedua, UMNO akan diterajui oleh Hishamuddin, Ismail
Sabri, KJ, Annuar Musa dan MP di dlm kabinet. Mesti ingat ketika ini kekuatan
team ini jauh lebih kuat kerana ia disokong oleh 28 MP UMNO. Berbanding
kekuatan Zahid Hamidi, Najib, Tajuddin, Mat Maslan, Nazri Aziz, Ahmad Jazlan
dan beberapa nama lagi... bukan sahaja sokongan sedikit dlm masa sama mereka
tidak duduk dlm barisan kabinet PN.
Kesilapan Zahid Hamidi
a) Bersetuju utk bersama kerajaan PN sdgkn momentum mereka
bersama PAS sudah berada di landasan yg betul. Kini Zahid sudah kehilangan
'kawan' separti.
b) Sering memberi ugutan utk keluar dari kerajaan PN. Dlm
peperangan perang gerila atau serang hendap jauh lebih berkesan. Ugutan hanya
memberi ruang masa kpd musuh politik utk merencanakan gerakan mematahkan
serangan. Akhirnya Zahid terperangkap.
c) Zahid sepatutnya dia mesti belajar dari kejatuhan PH. MP2 PKR
dan PPBM ditarik keluar dari PH dgn tawaran pelbagai jawatan seperti Menteri
dan Tim. Menteri. Jawatan mampu berlaku pengkhianatan. Kini Zahid seolah olah
dikhianati apabila beliau 'tidak disokong' oleh 28 MP UMNO dgn memberi pelbagai
alasan utk menolak menghantar surah kpd YDP.
Teori tentang masa depan UMNO ini adalah pandangan peribadi
penulis. Mungkin ia betul mungkin ia tidak. Cukup sekadar sebagai bahan bacaan
utk difikirkan oleh peminat politik. Anda boleh menolak teori politik yg saya
cuba jelaskan di bawah