PAS KELUAR PAKATAN KERANA MAHUKAN KUASA..


Hamdan Taha

 Saya yakin dan sangat percaya dan haq ku yakin pas berpecah dengan pakatan rakyat bukan kerana Dap...


Tetapi kerana hubungan tidak baik antara tuan haji hadi awang dengan tuan haji anwar ibrahim. Bila haji hadi dan pasukannya mula menolak haji anwar ibrahim maka akhirnya berkait kait pas berpecah dan pr juga berpecah....bukan kerana Dap.....


Dap di kaitkan dan mula di serang oleh team haji hadi apabila Dap...haji anwar ibrahim dan pkr mula di lihat menyokong pasukan yang menentang haji hadi dalam pas ketika pemilihan pas. Sila pembaca lihat semua kenyataan kenyataan dan tulisan sebelum pemilihan pas dan selepas....


Pas dan haji hadi n geng mula menyerang dap apabila mat sabu dan pasukannya keluar pas dan tubuh parti amanah. Haji anwar pula ketika itu berada di dalam penjara....


Azmin Ali sandakan pula sedaya upaya menolak amanah dengan menerima haji hadi dan pas. Sebelum pru ke 14 lagi azmin bermain banyak kolam...dia jaga pas dan haji hadi di masa yang sama dia ikut arus pkr bersama amanah ( boleh buat carian kenyataan pemimpin amanah selangor sebelum pru ke 14 terhadap azmin) itu sebab gombak azmin di lihat menang besar....


Ruu 355 adalah ciptaan selepas Hudud untuk menolak Dap...dan PH ketika itu. Haji Najib bin Haji razak berjaya memujuk Pas selepas pas tidak ada lagi pemimpin anti umno untuk turut bertanding tiga penjuru. Saya penuh yakin dan percaya modal juga di sediakan kepada pas oleh Haji Najib melalui team yang di buat oleh dua parti. Daripada pas di ketuai oleh MB tetengganu sekarang dan haji nasarudin isa. Di pihak umno di ketuai oleh seorang setia politik Haji Najib dan dari MKT umno pula seorang yang di percayai Haji Najib seorang MKT dari Pahang yang sekarang tempatnya di landa banjir.....


Saya juga tidak terkejut jika fomula yang sama sekarang di pakai oleh Haji Najib menjelang pru ke 15. Walaupun kerjasama sebelum pru ke 15 tidak nampak berjaya kerana Agung yang maha Agung bole buat apa saja maka kaedah ke dua telah di cipta untuk melihat jika sesuatu berlaku selepas pru ke 15. Kerja mengatur pakatan baru ini lebih mudah jika Dap bukan lagi di Kuasai oleh dua nama yang di benci oleh umno iaitu LKS dan LGE....generasi keluarga ini juga sudah tamat dan tak ada penerus....


No comments: