PKP 2.0 HANYA KEKALKAN MUHYIDDIN UNTUK BERKUASA LEBIH LAMA


PKP sambung lagi sampai 4 Febuari 2021. Kes tetap tinggi. PKP sambung setiap minggu?

Masalahnya kuatkuasa PKP tidak ketat. Kereta berkeliaran di lebuh raya. Dengar info radio, jalan di KL sesak macam biasa setiap pagi kerana rakyat nak pergi kerja.

Sedangkan Kluster tempat kerja penyumbang besar. Sekarang ada 11 kluster tempat kerja daripada 16 kluster. Kilang dan tapak pembinaan diberi kelonggaran beroperasi.

Memang double standard. Kerajaan bukan sahaja tidak konsisten tetapi nampak macam tidak tahu apa nak buat. Tegas atau tidak.

Rakyat tidak boleh makan di restoren. Tetapi orang ramai selamba makan di gerai gerai di pekan kecil dan kampung.

Maka tujuan DARURAT gantung Parlimen hanya untuk pekakkan telinga daripada dikritik kerana gagal menangani pandemik COVID-19. Sudah tidak ada check and balance.

Lebih baik laksanakan PKP seketatnya agar PKP tidak perlu disambung setiap minggu kerana menyusahkan rakyat mendapat sesuap nasi.

Betul, lagi lama PKP 2.0 yang longgar ini dilanjutkan, lagi lama ketidakadilan berlaku. Ada yang dibenarkan beroperasi cari makan ada yang tidak boleh cari makan.

Setuju dengan DS Najib, “PKP yang tegas untuk seketika adalah lebih baik dari PKP separuh masak yang berpanjangan”.

Mudaratnya berpanjangan. Masalah tidak selesai. Masalah Muhyiddin untuk kekal lama jadi PM sahaja yang selesai.

DR. PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO

22 Januari 2021.