PAS PARTI YANG TAK PERNAH MENGAKU ...WALAUPUN KELEMAHAN DI PIHAK.MEREKA.
Zulkarnain Abidin
Tim Pres Pas kata, beribu-ribu tentera siber sedang bergerak memporak-perandakan Pas.
Aku kata, betul sepenuhnya kenyataan itu.
Aku yang bukan tentera siber pun mahu Pas porak--peranda.
Sebab, Pas banyak buat kacau dan bawa fitnah dalam kehidupan orang ramai.
Contohnya dalam isu LGBT, menteri cakap lain, ada MP buat kesimpulan macam lain.
Menteri kata, tekanan kerja mungkin menjadi salah satu punca ada individu terlibat dengan komuniti itu.
Menteri kata, mungkin ... salah satu punca ... komuniti itu...
Tapi MP itu kata, nanti ada orang jadikan alasan tekanan kerja untuk buat kerja songsang.
Lepas tu dia berucap seolah-olah kerajaan tak bersungguh untuk banteras LGBT.
Ini apa punya kesimpulan?
Sebab itu aku kata, Pas bawa kacau-bilau dan haru-biru.
Pas suka bercakap tanpa fakta, tapi penuh syak wasangka.
Seolah-olah semua menteri dan penyokong kerajaan minat dan suka maksiat.
Seolah-olah hanya Pas yang benci dan lawan maksiat.
Jadi...
Eloklah Pas diporak-perandakan untuk hentikan Pas daripada buat kacau-bilau dan haru-biru.
Cuma apabila Tim Pres Pas sebut tentera siber berbayar, bab ni aku tak ada maklumat.
Tapi kalau berbayar sekalipun, apa salahnya kan?
Porak-perandakan Pas saja pun, bukan porak-perandakan Islam.
Jadi, kepada tentera siber kerajaan, berbayar ke sukarela ke, bukan tentera siber ke....
Jangan berhenti dedahkan kebejatan pemikiran melampau bawaan Pas.
Jangan berhenti didik masyarakat untuk kenal wajah sebenar Pas.
Cabut topeng agama Pas, biar orang nampak wajah bengis dan comot Pas.
ELOK LA KELUAR.. SAPA SAPA YANG BERKAWAN DENGAN PAS PASTINYA, AKAN DITUDUH KIANAT. MEREKA.. PAS SAHAJA YANG BETUL.
HANYA TINGGAL SELANGKAH SAJA LAGI, PAS SUDAH DI AMBANG PINTU KELUAR PN
30 January 2026
Perjumpaan ketua-ketua parti komponen PN di rumah Muhyiddin Yassin malam tidak dihadiri oleh Presiden PAS, Haji Hadi Awang.
Sebaliknya, hanya tiga Presiden parti yang hadir – Muhyiddin (Bersatu), Dominic Lau (Gerakan) dan P Punithan (MIPP).
Tiada sebab diberikan atas ketidakhadiran Haji Hadi, tetapi ia dipercayai sebagai protes terhadap keinginan Muhyiddin untuk kembali menguasai PN melalui cadangan mengukuhkan Majlis Presiden dengan Bersatu mengetuainya dan menubuhkan Majlis Eksekutif (diketuai PAS) sebagai ganti kepada jawatan Pengerusi PN yang dicadangkan untuk dimansuhkan oleh Presiden Bersatu itu.
Dalam suratnya kepada ketua-ketua parti dalam PN dua hari lalu, Haji Hadi secara jelas menolak cadangan Muhyiddin itu dan mahu struktur PN sedia ada dikekalkan.
Dengan ketidakhadiran Haji Hadi malam tadi sebagai mewakili PAS yang merupakan parti terbesar dalam PN serta mempunyai jumlah Ahli Parlimen teramai, bolehlah disimpulkan idea Muhyiddin untuk mengubah struktur PN bakal menemui jalan buntu.
Adalah sukar untuk Muhyiddin sebagai Pengerusi PN yang telah meletak jawatan untuk mengubah struktur PN jika tanpa persetujuan, apa lagi kalau dibantah oleh PAS.
Yang boleh digambarkan selepas ini, apa jua usaha Muhyiddin jika beliau ingin terus mengubah struktur PN, ia pasti akan mendapat tentangan daripada PAS, sekaligus meletakkan hubungan PAS – Bersatu tidak lagi semesra dulu.
PAS dipercayai akan terus menjauhkan diri daripada sebarang perjumpaan yang dianjurkan Muhyiddin selepas ini.
Memadangkan PAS tetap dengan pendirian ingin struktur PN sedia ada dikekalkan serta mahukan parti itu pula menerajui gabungan tersebut, Muhyiddin sekarang ini tiada pilihan lain selain akur dengan kehendak PAS itu jika inginkan PN terus kekal seperti sekarang.
Jika beliau berkeras juga dengan ideanya ingin mengubah struktur PN, pilihan yang hampir pasti berlaku ialah PAS akan keluar daripada gabungan tersebut.
Ketidakhadiran Haji Hadi malam tadi adalah petanda PAS hanya selangkah saja lagi, bahkan sudah berada di ambang pintu untuk keluar PN.
PAS tidak rugi apa-apa jika mereka keluar PN, sebaliknya Bersatu yang akan ditimpa kerugian berganda jika terus berjuang tanpa PAS.
Harus kita ingat, Bersatu adalah parti yang tiada pengalaman berjuang secara solo sejak ia ditubuhkan.
Kali pertama menghadapi PRU 2018, Bersatu menumpang kekuatan PH yang sudah sedia kuat ketika itu.
Pada PRU 2022 pula, Bersatu bersama PAS yang diketahui mempunyai jentera akar umbi yang mantap dan sanggup berjuang tanpa upah menghadapi pilihan raya itu melalui PN yang ketika itu baru dua tahun ditubuhkan.
Bolehkan dibayangkan jika Bersatu menghadapi PRU16 nanti jika hanya bersama Gerakan, MIPP dan parti-parti kecil dalam Ikatan Prihatin Rakyat atau IPR?
Kini segala-galanya terserah kepada Muhyiddin memikirkan apa yang penting – kekal mengubah hala tuju PN sebagaimana dicadangkannya, tetapi akan kehilangan PAS atau menadah masa depan Bersatu yang lebih bersinar pada PRU akan datang jika kekal bersama PAS. – ShahbudinHusin 30Januari2026.
https://shahbudindotcom.net/2026/01/hanya-tinggal-selangkah-lagi-pas-sudah-di-ambang-pintu-keluar-pn/
Pecah Amanah RM5 Juta: Ketua Staf Markas Angkatan Bersama ATM Didakwa

Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis tiba Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk pertuduhan pecah amanah RM5 juta pada 30 Januari 2026.
KUALA LUMPUR, 30 Jan – Mahkamah Sesyen di sini menyaksikan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Khamis, didakwa hari ini atas satu pertuduhan pecah amanah membabitkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) sebanyak RM5 juta.
Mohamed Fauzi, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
“Faham pertuduhan tersebut, saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan,” katanya yang memakai kot biru gelap dari dalam kandang tertuduh.
Mengikut pertuduhan, beliau sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta TKAT berjumlah RM5 juta dengan membuat pelaburan tambahan dalam sebuah syarikat, tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), di sini pada 27 November 2023 lalu.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda.
Terdahulu, beliau tiba di Mahkamah Sesyen, di sini dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Berpakaian kemas mengenakan sut biru gelap, beliau sempat melemparkan senyuman kepada pengamal media sambil menyapa ringkas: “Apa khabar hari ini?” sebelum mengangkat tangan memberi tabik hormat singkat ketika melangkah masuk ke bilik mahkamah.
Keadaan dalam mahkamah teratur, dengan orang awam, pegawai mahkamah dan wakil media memenuhi galeri.
Fauzi kelihatan sesekali berbual dengan pegawai SPRM di belakangnya.
Rasuah e-Waste: Ketua Pengarah JAS, Timbalan Tiba Untuk Direman

Ketua Pengarah JAS dan timbalannya berpakaian lokap warna jingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta dalam keadaan tangan bergari tiba kira-kira pukul 9.30 pagi diiringi pegawai SPRM pada 30 Januari 2026. Foto Faiz Alif Zubir
PUTRAJAYA, 30 Jan – Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan timbalannya tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya, di sini bagi mendapatkan permohonan reman bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sisa elektronik (e-waste).
Kedua-dua mereka yang berpakaian lokap warna jingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta dalam keadaan tangan bergari tiba kira-kira pukul 9.30 pagi diiringi pegawai SPRM.
Mereka dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman susulan penahanan mereka oleh SPRM berkaitan siasatan isu pengurusan e-waste sekitar 2021 hingga tahun ini.
Media semalam melaporkan, kedua-dua mereka ditahan sekitar pukul 6.30 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, di sini.
Difahamkan, siasatan SPRM kini menumpukan kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki semalam mengesahkan penahanan kedua-dua suspek berkenaan dan disiasat di bawah peruntukan Akta SPRM 2009.
Sebelum ini, SPRM berjaya mengesan aktiviti pengimportan e-waste secara haram, susulan risikan mendedahkan antara 2,000 hingga 3,000 kontena e-waste telah diseludup masuk ke negara ini melalui pelabuhan utama.
Malah, risikan terbaharu SPRM mendedahkan, warga asing disyaki menjadi dalang mengimport e-waste, plastik dan kertas secara haram untuk diproses bagi tujuan kitar semula.
Isnin lalu, dilaporkan sebanyak 16 akaun bank dibekukan membabitkan nilai kira-kira RM10.2 juta selain wang tunai bernilai RM87,000 dan barang kes bernilai kira-kira RM220,000 disita.
KIOK MACAM NI
Mahat Abu
Nampak Sangat bodohnya, tanah Kuil Haram tersebut adalah milik Individu bukan tanah kerajaan kenapa kerajaan perlu campur tangan pulak? Semua benda kau nak Salahkan kerajaan.
BILA BENAK KUASAI PEMIKIRAN
Ridwan Abu Bakar
"Benak" dalam loghat Kedah membawa makna 'bo***', antara ciri utama 'benak' adalah memahami sesuatu 'ucapan' luar dari kefahaman asas.
YB Menteri Agama berkata 'hasil' kajian menyatakan 'antara sebab' adanya yang terlibat dalam LGBT adalah kerana 'tekanan' kerja. Boleh kat MP 'benak', dia pi paham kata YBM punya 'idea' dan nak mengalakkan LGBT dalam masyarakat.
Kalau itulah tahap 'ulama', kita layak berlepas diri dari para Ulama 'benak' ini.
Keterangan gambar : bukan sekadar hiasan, tetapi bersangkutan dengan tajuk 'benak'.
PANDANGAN SINIS TANPA DATA VS PANDANGAN WARTAWAN EKONOMI BERITA ASING.
PANDANGAN ORANG TAK DAPAT A DALAM MATEMATIK.
PANDANGAN BERITA ASING TERHADAP EKONOMI MALAYSIA BESERTA DATA.
MUJARAB QUNUT LEBAI TESLA BACA
Zainuddin Omar
Puak Pas nampaknya sebelah Hamzah yang sedang lawan geng Bersatu sebelah Muhyiddin.
Berkecamuk habis PN antara Pas dan Bersatu.
Dalam Pas puak, geng Hashim Jasin sedang berselisih faham dengan geng Hadi.
Mujarab betul doa qunut Nazilah lebai Jasin.
PAS JANGAN LAGI PENING KEPALA, LEBIH BAIK KELUAR BN DAN GERAK SOLO
29 January 2026
PAS menyanggah kenyataan Muhyiddin Yassin tentang persetujuan parti itu untuk memansuhkan jawatan Pengerusi PN dan menggantikannya dengan penubuhan dua badan lain iaitu Majlis Presiden dan Majlis Eksekutif.
Presiden PAS, Haji Hadi Awang berkata, isu itu sama sekali tidak pernah dibincangkan dan dipersetujui oleh PAS termasuk dalam pertemuan dengan Muhyiddin pada 16 Januari lalu.
Jelas beliau, PAS kekal dengan pendirian bahawa jawatan Pengerusi PN hendaklah dikekalkan dan tidak dimansuhkan serta diurus tadbir seperti mana yang diperuntukkan dalam Fasal 8.3(l) Perlembagaan PN.
Berhubung cadangan untuk pindaan Perlembagaan berkaitan penstrukturan PN khususnya mengenai Majlis Presiden, PAS tegas Haji Hadi, mengulangi saranan bahawa Majlis Presiden hendaklah bertindak sebagai ‘Badan Penasihat’ dan ‘Pengawal Selia’ dalam memelihara dasar-dasar dan hala tuju PN.
“Adapun mengenai kenyataan Muhyiddin bahawa “Dengan penstrukturan semula PN, jawatan Pengerusi Perikatan Nasional dimansuhkan dan hal pelantikan Pengerusi PN tidak lagi berbangkit”, saya ingin menegaskan bahawa isu ini sama sekali tidak pernah dibincangkan dan dipersetujui oleh pihak kami termasuk dalam pertemuan pada 16 Januari 2026,” katanya dalam satu kenyataan.
Haji Hadi menambah, sebagai rujukan asas berkaitan Majlis Eksekutif PN, Pas menggariskan cadangan yang mana Majlis Tertinggi PN (MTPN) harus menjadi Majlis Eksekutir (ME) yang bertanggungjawab melaksanakan segala perancangan parti.
Ia, ujar beliau, termasuk dari sudut perorganisasian, pentadbiran dan strategi bagi memperkukuhkan parti gabungan itu terutama dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) mahu pun pilihan raya umum (PRU).
Selain itu, kata Haji Hadi, kuasa dan fungsi ME hendaklah digariskan dengan terperinci yang turut diselaraskan dengan idealisma dan perancangan Parti-Parti Anggota.
“Dalam menjalankan fungsinya, ME mempunyai akauntabiliti kepada Majlis Presiden yang berperanan memantau dan mengawal selia ME dari segi dasar dan hala tuju yang ditetapkan oleh parti.
“Berdasarkan kepada perkara di atas, maka adalah menjadi pandangan dan pendirian PAS bahawa Majlis Presiden hendaklah bertindak sebagai ‘Badan Penasihat’ dan ‘Pengawal Selia’ dalam memelihara dasar-dasar dan hala tuju PN.
“(Selain itu) Majlis Tertinggi PN hendaklah juga menjadi Majlis Eksekutif PN yang bertindak sebagai ‘Badan Pelaksana’ dalam segala urusan pentadbiran dan strategi parti, selaras dengan Fasal 8 Perlembagaan PN,” katanya lagi dalam kenyataan dua halaman itu.
Berdasarkan huraian Haji Hadi di atas, adalah jelas ia berlawanan dengan kenyataan Muhyiddin semalam.
Mengimbas konflik dalam PN sejak Muhyiddin mengumumkan perletakan jawatannya bertarikh 1 Januari lalu, kekalutan yang timbul dan berlarutan hingga kini adalah kerana Presiden Bersatu itu tidak benar-benar ikhlas mahu berundur dan seolah-olah sedang mencari laluan u-turn untuk kembali menerajui PN.
Sepatutnya, setelah meletakkan jawatan, Muhyiddin mestilah benar-bemar ingin beundur dan melepaskan dirinya daripada PN.
Ini tidak, tiba-tiba muncul pula mengenai Majlis Presiden sedangkan sebelum ini majlis itu tidak terdengar ada peranannya.
Selain itu, kenapa juga perlu diwujudkan Majlis Eksekutif?
Tidak bolehkah dikekalkan PN seperti sedia ada dan sebagaimana Muhyiddin mengetuainya sebelum ini?
Kenapa setelah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN, Muhyiddin masih ingin mengetuai Majlis Presiden?
Bukankah setelah meletakkan jawatan, beliau sepatutnya tidak cuba melalui apa-apa cara ingin kembali menguasai gabungan itu?
Tidak bolehkah setelah meletakkan jawatan Pengerusi PN, Muhyiddin hanya menumpukan kepada Bersatu saja dan biarlah PAS pula mengetuai dan mengendalikan PN sepenuhnya?
Apakah Muhyiddin tidak mahu melepaskan PN sepenuhnya kepada PAS kerana beranggapan PN itu entiti yang ditubuhkannya sebelum ini?
Kepada PAS, jika mesyuarat malam esok Muhyiddin tetap dengan pendirian ingin lagi menguasai PN melalui Majlis Presiden, adalah lebih baik Haji Hadi membawa saja PAS keluar meninggalkan PN.
Bergerak solo adalah lebih baik dan tidak lagi membuatkan PAS pening kepala.
Dengan bergerak solo, PAS itu dipercayai mampu memenangi lebih banyak kerusi Parlimen pada PRU akan datang, termasuk menawan beberapa kerusi yang sekarang dipegang Bersatu.
Yang penting, dengan bergerak solo juga, selain PAS diyakini sepenuhnya mampu mengekalkan kuasa di Kelantan, Terengganu dan Kedah, parti itu dengan mudah dapat kembali berkuasa di Perlis yang kini dirampas oleh Bersatu.
Malah, dengan PAS bergerak solo juga, kemungkinan untuk parti itu didekati UMNO atau UMNO mendekati PAS lebih mungkin menjadi kenyataan.
Akhirnya, sama-sama kita lihat ke mana nasib Bersatu nanti tanpa PAS di sisinya. - ShahbudinHusin 29Januari2026.
https://shahbudindotcom.net/2026/01/pas-jangan-lagi-pening-kepala-lebih-baik-gerak-solo/





