BELAJAR TAHFIZ PUN FLY JUGA...



 Bila Anak Tahfiz Kantoi Fly, “Antara Teguran & Rahmah.”






Isu ni tengah viral. Saya nak ulas sebagai guru tahfiz, dengan hati yang bercampur-baur.


Pertama sekali, saya TAK SETUJU kalau hukuman sampai melampau, sampai hilang kawalan, sampai memalukan anak-anak di khalayak. 


Itu tetap salah dan perlu dinilai dengan adil.


Tapi pada masa yang sama, saya juga faham satu benda,


Bila seorang ustaz yang mendidik dengan kasih sayang, tiba-tiba dapat tahu anak-anak tahfiz yang dia jaga tu kantoi fly, pergi cyber cafe, siap hisap rokok lagi, confirm perasaan seorang guru memang boleh jadi,


✅ sedih

✅ kecewa

✅ sakit hati

✅ marah


Sebab guru tahfiz bukan sekadar “mengajar”, tapi memikul amanah. Dan kesilapan macam ni bukan kecil, juga boleh bagi kesan besar pada hafazan, disiplin, hati, dan masa depan anak tu sendiri.


“Bukan semua hukuman itu benci, kadang-kadang ia lahir daripada sayang yang sangat dalam.”


Namun, sayang tetap kena dipandu dengan ilmu dan adab.


Jadi, 


Kepada Ustaz yang terlibat, dua kata-kata dari saya, 


1) Terima kasih, ustaz.


Terima kasih sebab terlalu cakna, ambil berat, dan tak biarkan anak-anak ni hanyut begitu saja. 


Ramai orang hari ni “tak kisah dah” anak murid buat apa, asalkan kelas jalan. Ustaz masih peduli dan itu satu benda yang mahal.!


2) Amarah itu fitrah, tapi perlu dipimpin.


Marah itu manusiawi. Bila kecewa teramat, memang susah nak kawal semua benda. Tapi mungkin lepas ni kita sama-sama fikir langkah lebih selamat:


✅ bila marah, tahan dulu (jangan terus menghukum).


✅ asingkan situasi (elak berlaku di tempat terbuka).


✅ ambil masa bertenang. Wudhuk, duduk, diam sekejap. bila reda, baru bincang & putuskan bentuk tindakan yang mendidik.


✅ kalau perlu, libatkan ibu ayah / pihak pentadbiran / kaunseling.


“Tegas itu perlu. Tapi tegas yang paling kuat ialah tegas yang masih ada rahmah.” 🙏🏻

 

Dan, 


Kepada anak-anak tahfiz, ada dua kata-kata yang ikhlas, 


1) Ucap terima kasih pada ustaz yang masih marah sebab sayang.


Kalau ustaz tu tak sayang, dia biar je. Tapi dia ambil peduli sampai sanggup cari dan tegur. Itu tanda dia tak nak kamu rosak dan hanyut.


2) Jangan fokus aib guru semata-mata, fokus pada pengajaran.


Jangan jadikan satu babak ni alasan untuk benci Al-Quran, benci ustaz, benci madrasah. Ambil sebagai “wake up call”.


✅ hafazan perlukan hati yang bersih.


✅ rokok & lepak bukan sekadar dosa tapi ia melemahkan disiplin.


✅ masa muda cepat berlalu, jangan tukar masa depan dengan “syok sekejap”.


“Orang yang berjaya bukan orang yang tak pernah jatuh, tapi orang yang bangun dan berubah.”💪🏻🔥


Akhir sekali, untuk kita semua yang tengok dari luar,


Mohon jangan tambah minyak.!


Jangan jadikan video viral sebagai bahan hinaan atau lawak. Ini melibatkan maruah guru dan masa depan budak-budak.


Lebih baik kita buat 3 perkara,


 1. Doakan ustaz diberi hikmah, ketenangan, dan kekuatan.


 2. Doakan anak-anak ni bertaubat, kembali kuat, dan jadi manusia yang lebih baik.


 3. Muhasabah. kalau anak kita sendiri yang tersasar, kita nak didik macam mana?


إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ


“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.”


Semoga Allah jaga institusi tahfiz, jaga guru-guru, dan jaga anak-anak yang sedang membesar dalam ujian.


Belajar rajin-rajin. Jaga hafazan. Jaga hati. InshaAllah.


.


Khairul Amin Hassan

Guru Tahfiz Online

The Madrasah Centre



LAGU DIA SEORANG NARSISISTIK


 

JANGAN NARSISTIK

 


KALI NI KENA KECAM


 

DULU PUJAAN WALAUN. LA NI WALAUN MEROYAN PULAK


 

MANA BORANG AMENO NTAH..NAK APPLY JADI CEPLOS.


 

NOHHH GITU YA.

 

Che Ibrahimm


Ambo setuju dengan wat saing ambo kata ni, harap DHPP dan saing saing dia pun dengar etek wat Ust Idris kata tu. 



UEC tidak boleh diiktiraf kerana bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. 


Kalau Dong Zhong atau Dap mahu pun DHPP mahu UEC diiktiraf, kena pastikan sukatan pengajian dan pembelajarannya mematuhi kehendak Akta Pendidikan 1996, kena ubah dulu sukatan pengajian dan subjek subjek diambil dalam UEC.


Sijil Pondok/Tahfiz pun sama juga, kalau mahu diiktiraf, pastikan pengajian dan pembelajaran yang ditawarkan mematuhi kehendak Akta Pendidikan 1996.


Apa pun tahniah sebab hari ini sudah banyak IPTS dan Kerajaan Kerajaan Negeri yang iktiraf UEC bagi tujuan kemasukan ke IPTS dan perjawatan.



SCAMMER JADI TIMBALAN MENTERI. APA LA BUAT KERJA.


Iswardy Morny 


Timbalan menteri agama dilantik dari seorang scammer?


Dia juga dikatakan mengutip duit untuk tabung Zara tapi tiada audit.


Mana Anwar Ibrahim kutip dia ni? Siapa punah sihat beliau ni?






MANA BORANG AMENO NTAH....NAK JADI CEPLOS LAK.



Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada wakil Barisan Nasional yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri Kerajaan MADANI.


Semoga kepercayaan yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk berkhidmat dengan penuh integriti, memperkukuh kestabilan negara serta membela kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang.


Gabungan pengalaman, kematangan dan semangat kerjasama ini diharap terus menjadi pemangkin kepada pentadbiran yang baik, berkesan dan berpaksikan kepentingan rakyat.



WOIT...MODAL DAH HABIS KE ?

 

Bila dah habis modal.. isu ekonomin tak jalan, nak tekan bab UEC, DS Anwar Ibrahim tegas mempertahankan sistem pendidikan negara. Tuduh pasal ART pun tak jalan jugak...


Last last ni la modal yang ada.. 


Apa budaya melayu yang dibunuh? Budaya sakau dan budaya rasuah ke? 


Marah lebih lebih kang kesian jugak sebab dia anak yatim😂