BEBERAPA VIDEO TSUNAMI DI RUSSIA


 







Proses penyucian dari kafir Harbi ke Zimmi!







Selepas PRU16 Ramasamy boleh menjawat jawatan Walid! 


Ya! Walid.. 


https://www.facebook.com/share/p/1AyxSnm6SN/


Apa yang dijamin oleh Islam dan perlembagaan, akan dipertahankan oleh PAS. Inilah prinsip yang dipegang oleh PAS sejak dahulu lagi. 


Perkara ini yang ditegaskan semasa pertemuan bersama YBrs. Dr. P. Ramasamy. Beliau bersama delegasi bertemu dan berpeluang mengenali PAS dengan lebih dekat di Parlimen hari ini. Beberapa perkara berkaitan kaum India, seperti isu pendidikan dan juga kesedaran politik disuarakan oleh beliau dalam pertemuan ini. 


InsyaAllah PAS akan selalu berdialog untuk memberi kefahaman mengenai keindahan Islam kepada sesiapa sahaja. 


Terima kasih YBrs. Dr P. Ramasamy dan delegasi.




BIAR PAS MEMERINTAH.KITA LIHAT SEJAUH MANA KEBIJAKSANAAN PARA LEBAI. JANGAN DIAJAK MENYERTAI KERAJAAN .

 

MENGAJAK PAS SERTAI KERAJAAN DAN BAYANGKAN AKAN BEROLEH JAWATAN TPM, APAKAH INI BERERTI UMNO TIDAK LAGI DIYAKINI?

Apabila seorang pemimpin PKR, Dr Maszlee Malik menyarankan adalah lebih baik PAS menyertai kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim daripada terus kekal bersama PN, ini dengan mudah disimpulkan sebagai isyarat bahawa parti itu lebih kuat pengaruhnya berbanding UMNO.

Sudah tentu penilaian terbaru PKR terhadap Pas itu adalah kesan daripada Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka Sabtu lalu yang amat membanggakan kejayaannya.

Jika himpunan tersebut tidak beroleh kejayaan sebagaimana gambar dan beritanya sudah terpampang ke seluruh dunia, tentunya agak mustahil saranan itu diluahkan.

Pada hakikatnya, tidak wajar sama sekali PKR membuat saranan itu kerana kerajaan perpaduan yang diterajui PKR/PH sekarang sudah ada UMNO sebagai rakan kongsi utamanya.

Tambahan lagi, yang memungkinkan Anwar dapat jadi Perdana Menteri ialah kerana kesediaan UMNO untuk membentuk kerjasama dengan PKR/PH, meskipun ketetapan Perhimpunan Agung UMNO yang telah dimuktamadkan ialah “No Anwar No DAP.

Lebih terbukti lagi PKR melihat Pas begitu kuat pengaruhnya berbanding UMNO ialah apabila bekas Menteri Pendidikan itu juga mengatakan peluang Pas beroleh jawatan Timbalan Perdana Menteri turut lebih cerah jika bersama dengan kerajaan perpaduan.

Apakah ini bermakna Zahid Hamidi mahu diketepikan sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Tidakkah sebenarnya dengan mengajak Pas bersama kerajaan dan sekaligus membayangkan wakil parti itu akan diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri, ia adalah esuatu yang menyinggung perasaan UMNO?

Meskipun kenyataan D Maszlee itu terlihat amat menarik, tetapi adalah diyakini Pas tidak terpesona dengannya.

Dengan Pas bersama PN, melalui keputusan PRU15 yang lalu dan berdasarkan kejayaan menghimpunkan rakyat dalam Himpunan Turun Anwar baru-baru ini, tidak disangkal lagi mereka kini sedang berada di laluan yang selesa untuk mengambil alih kerajaan selepas PRU16 akan datang nanti.

Ertinya, selepas PRU16 yang tidak berapa lama lagi tempohnya, Pas adalah parti yang akan berada dalam kerajaan untuk menggantikan kerajaan sedia ada.

Tiada guna Pas bersama dengan kerajaan yang bakal habis tempoh hayatnya.

Kekal bersama PN dan konsisten dengan gelombang yang semakin berkembang ini adalah pilihan yang tepat buat Pas.

Pas hanya perlu bersabar saja. – ShahbudinHusin 29July2025.


WOIII TAHUN 50AN KAT PENANG ADA LA YB BUAT CAM NI

 


Fadhli Shaari buat pemimpin madani terloncat seperti kera sepatutnya K...

Selepas Himpunan : Hadi Awang sokong PMX

Fadhli Shaari Tidak Mahu Minta Maaf, Laporan Polis Telahpun Dibuat ?

KEKAL ANWAR! ABANG & AKAK TEKSI ANJURKAN HIMPUNAN SOKONG PMX!

Ustaz Abdullah Khairi Minta Sedekah Lagi Atas Nama Tahfiz, Netizen Suruh...

Rakyat Kedah tak takut , Rakyat Kedah Kecewa kerana pimpinan madani Keda...

PARLIMEN : YB PAS BESUT KURANG AJAR TAK 'RETI' BAHASA MASIH NAK UNGKIT K...

Anwar perlu kekal sebagai PM sehingga akhir penggal – Rafizi

FARHASH DAH KAYA SEBELUM ANWAR JADI PM - KALAU ADA KES LAPORLAH SPRM | P...



Isu mengenai Farhash Salvador dalam dunia koporat mendapat perhatian pembangkang dan juga Rafizi Ramli. Kali ini PMX Anwar Ibrahim mencabar mereka yang ada bukti untuk mengaitkan dengan beliau supaya membuat laporan kepada SPRM INI JAWAPAN PADU PMX DALAM PARLIMEN







Persepsi Rasuah: Beban Untuk PKR dan PH?

LAPORAN POLIS! TERHADAP PENGHASUT MP PASIR MAS MEMALUKAN NEGARA!



Laporan Polis & Sidang Media oleh Pengarah Mobilisasi Amanah Nasional YB Tuan Abbas Salimi Che Azmi merangkap ADUN Sri Serdang mengenai karikatur Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas YB Fadhli Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor. 30hb Julai 2025 (Rabu)





LAPORAN POLIS! FITNAH & HASUTAN “Syarikat Farhash Terima Lesen Carigali ...



Laporan Polis & Sidang Media mengenai fitnah dan hasutan terhadap portal susulan penyiaran artikel "Syarikat Farhash Terima Lesen Carigali Mineral di Sabah" bertarikh 21 Julai 2025 oleh Datuk Zulkarnain Mahdar Pengerusi, Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) di Balai Polis Sri Petaling, Kuala Lumpur. 30hb Julai 2025 (Rabu)








APABILA BERKELANA BARU BERSYUKUR ANDA RAKYAT MALAYSIA

 











Saya sekarang berada di Botswana, sebuah negara kecil di selatan Benua Afrika. 


Antara banyak negara, penduduk Zimbabwe dan South Africa mengatakan Botswana sebuah negara kaya (relatively) kerana 80% export negara adah berlian. 


Semasa di sini saya sempat masuk beberapa supermarket untuk bandingkan harga dengan negara kita. 


Dari segi barangan makanan harga mereka lebih kurang di Malaysia tetapi GST mereka 14% berbanding SST kita 8%. 


Petrol Ron95 mereka harga USD 1.05 (RM4.41) walhal kita hanya RM1.99. 


Rata-rata kemiskinan melata tetapi tidaklah seteruk di Zimbabwe, negara jiran. 


Botswana mempunyai tahap pengangguran yang tinggi sekitar 23% berbanding Malaysia 3-4%. 


GDP per kapita (nominal) Botswana ialah ~US $6,937 berbanding Malaysia sekitar ~US $12,000. 


Apabila saya lihat data-data ekonomi Botswana, alhamdulillah Malaysia lebih maju dalam skala ekonomi, pertumbuhan, diversifikasi dan kestabilan tenaga kerja. 


Ekonomi Malaysia hampir 20–22 kali lebih besar berbanding Botswana dan purata pendapatan individu di Malaysia sekitar 1.7–2× lebih tinggi, baik dari segi nominal mahupun PPP.


Apa makna semua ini? 


In simple terms, ekonomi Malaysia dikendalikan dengan lebih baik dan rakyatnya lebih sejahtera dan aman. 


Jadi persoalannya, kenapa kita perlu tukar pemimpin? 


Berkembaralah dan bersyukur anda rakyat Malaysia.




WOIIII BRADER.... JANGAN BEREBUT LA..


 

KENAL BETUL KAH ANWAR ? HANYA PUAK KHAWARIJ MENGHUKKM SESAMA ISLAM.



Jamzuri Ardani


 Ulama bertaraf dunia mendoakan kebaikan buat PMX. Hanya geng Khwarij jer yang baca Qunut Nazilah ke atas pemimpin beragama Islam. 






Mungkin ada yang kata, orang luar tak tahu perangai sebenar Anwar. 


Hakikatnya, kamu yang tuduh Anwar macam-macam tu betul-betul kenal Anwar ke? Atau kamu sebenarnya ada prasangka dan melihat beliau hanya dari sisi yang buruk. 


Bagi saya, manusia yang paling tahu tentang peribadi Anwar adalah isteri dan ahli keluarga beliau.  Selain dari mereka, tak payahlah nak claim itu dan ini. 


Anwar adalah seorang pemimpin politik. Semua pemimpin politik ada penyokong dan penentangnya, ada pemuja dan pembencinya. 


Nak hentam dia takde masalah. Tapi hentamlah dalam kerangka dan ruang lingkup politik dan pentadbiran negara. 


Saya pernah hentam Tun M dan pernah juga puji beliau. Tapi saya tak hentam peribadi beliau. Kritikan dan pujian saya adalah dalam ruang lingkup peranan beliau sebagai ahli politik. 


Begitu juga dengan Hj Hadi. Dulu saya banyak puji dia, sekarang banyak juga saya hentam dia. Tapi saya tak hentam peribadi dia. Saya tak hentam batang tubuh dia. Saya hentam sifat dan pemikiran politik beliau. Saya tolak fahaman politik dia. 


Tak kiralah dia ulamak ke, doktor ke, cikgu pencen ke ... fahaman politik sesiapa pun boleh kita terima dan tolak. Bila kita tolak fahaman politik Hj Hadi, itu tidak bermaksud kita tolak golongan ulamak. Tidak juga bermaksud kita tolak politik Islam. 


Politik Islam itu luas. Ia tidak terpenjara dalam pemikiran seorang ahli politik. Ia juga tidak dibatasi oleh mana-mana organisasi politik. Ia adalah medan ijtihad dan amal sholeh yang luas dan terbuka.




LAMA DAH BAGI TAHU PADA PM ANWAR NI. PUAK NI TAK PAYAH LAH NAK TUNJUK BUDIMAN. KITA PAHAM ANWAR NI BUKAN JENIS DENDAM KESUMAT MACAM PUAK WALAUN NI. CUMA TAK PAYAH PIKIR SANGAT LA ..BAGI PADA NEGERI LAIN YANG PUNYA SIKAP TAHU BERTERIMA KASIH. BIAR SAJA LAH PUAK KHAWARIJ NI MENTADBIR NEGERI MEREKA..

 Sham Ghaz.



Dato’ Dr Izani Husin, EXCO Air, Inftrastrukrur dan Luar Bandar Kelantan yang tak kenang budi Anwar Ibrahim







1. Untuk DUN Kijang sahaja, PMX dah lulus bajet untuk buat Jambatan Kg Penambang ke Kg Palekbang, kos dalam sekitar RM300 juta lebih. 


2. Itu belum lagi keseluruhan projek infrastruktur bagi Negeri Kelantan bernilai RM3.19 bilion bagi projek pembangunan di Kelantan tahun 2025. Zaman PAS berkuasa dan jadi Menteri tahun 2022, hanya lulus RM1.55 Billion je untuk Kelantan.


2. Jambatan tu akan lintas sungai Kelantan, 2 Dun paling untuk sebab jambatan ini adalah DUN Kijang yang diwakili dia dan DUN Pasir Pekan Dato' Ahmad Yakob, yang PMX bagi RM7.76 juta untuk buat masjid tu.


3. Dia ni Exco yang jaga air, NRW Air Kelantan masih paling teruk saya jangka lebih 40%-50% sekarang. Air Kelantan keluar angin dan air karat bawah dia lah! Kerajaan Anwar lulus RM500 juta untuk pembinaan LRA baru.


4. Masa Tuan Ibrahim Tuan Man yang bersungguh nak tebuk atap sampai offer UMNO jadi PM didedahkan oleh Puad Zakarshi haritu sempat la jadi Menteri Air. Tak reti juga nak manfaat jawatan untuk selesai masalah Air Kelantan.


5. Itu belum lagi bab jalan Lebuhraya Rakyat yang tak siap-siap sebab tiada duit dulu, akhirnya serah kepada Kerajaan Pusat. 


6. Belum lagi masuk bab Stadium Bukit Merbau, Stesyen Bas Kandang Lembu, jalan jalan kampung di Kelantan yang kebanyakkannya guna duit pusat@MARRIS. 


7. Berapa ratus juga Kerajaan Pusat bagi untuk bantu naikan kemudahan asas di Kelantan, termasukkan segerakan Central Spine Road dengan dana RM1 Billion dan percepatkan Tebatan Banjir Sg Golok dan Kelantan.


8. EXCO Pas ni jenis tak kenang jasa PMX yang jujur bantu Kelantan.


9. Masih sibuk berpolitik tak cerdik, jadi ekor kepada Sanusi Md Nor yang nak jadikan program Turun Anwar jadi program promosi untuk tanding Naib Presiden Pas kot? 


10. Apa nak jadi dengan EXCO PAS Kelantan, performance kelaut. Perasan hebat nak jatuhkan Anwar yang berjaya tarik FDI tertinggi, turunkan inflasi dan pengangguran, kurangkan kadar miskin tegar terutamanya di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, naikan matawang berbanding USD, stabilkan ekonomi Negara.


11. Jika hatuk kepala Anwar dan Izani, jauh langit dan bumi bab prestasi kerja.


Harap rakyat Malaysia dan Kelantan dapat buka mata.


Syam Ghaz


Baca: https://bernama.com/en/news.php?id=2411843&utm_source=chatgpt.com




ELOK LA....

 Che Ibrahim.


Pemimpin yang dungu akan melahirkan pengikut yang lebih dungu lagi





HIMPUNAN KEKAL ANWAR- PKR DAN AMK JUGA NIA HARUS BERGABUNG DENGAN PARTI KOMPONEN . NIA JANGAN DIAM. SENYAPPPPPPP JA GAYANYA

 



“Perhimpunan Kekal Anwar” seru rakyat pertahan Kerajaan Perpaduan – GTSM

FOTO BERITA: Sidang Media Perhimpunan Kekal Anwar oleh Kamarudin Hussain President Teksi Malaysia Restoran Lepak SD Taman Wilayah Selayang, Selangor. 29hb Julai 2025 (Selasa)

Gabungan pemandu teksi yang diketuai oleh Kamarudin Mohd Hussain, Presiden Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se-Malaysia (GYSM) mengumumkan penganjuran satu perhimpunan rakyat bertemakan “Perhimpunan Kekal Anwar” yang akan berlangsung pada 27 Ogos 2025 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

.

Pengumuman perhimpunan tersebut telah diadakan di Restoran Lepak SD, Taman Wilayah, Selayang, dengan kehadiran aktivis masyarakat dan wakil-wakil penggiat industri teksi.

Menurut Kamarudin, perhimpunan ini adalah satu manifestasi sokongan terbuka rakyat marhaen terhadap kerajaan Perpaduan, khususnya kepada kepimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang menurut beliau telah menunjukkan kepimpinan yang adil, progresif dan prihatin terhadap nasib rakyat.

“Kami hanyalah pemandu teksi, pendapatan kami tidak seberapa. Tapi sebagai rakyat Malaysia, kami tidak akan berdiam diri. Kami akan pertahankan kerajaan ini yang dipimpin oleh seorang pemimpin berjiwa rakyat seperti YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” tegas beliau.



Kamarudin turut menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan Baginda dalam memperkenankan penubuhan Kerajaan Perpaduan pasca PRU-15, yang telah mengembalikan kestabilan politik dan memberi ruang kepada usaha membangunkan negara secara menyeluruh.

“Walaupun kami hanya mewakili sektor kecil dalam masyarakat, kami yakin suara kami akan memberi kesan besar, bukan saja dalam negara malah turut diperhatikan oleh masyarakat antarabangsa,” tambah beliau.

Pihak penganjur turut menyeru penyertaan menyeluruh dari rakyat Malaysia merentas latar belakang politik, termasuk para mahasiswa, NGO, ahli parti dalam Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, untuk turut serta menyatakan sokongan terhadap kerajaan yang kini sedang memacu pembangunan negara.


Kamarudin juga mengambil kesempatan menjemput YAB Perdana Menteri untuk hadir dan bersama rakyat dalam perhimpunan tersebut.


Bagi memastikan kejayaan program ini, beliau turut merayu sumbangan orang ramai bagi menampung kos penganjuran. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun, Pertubuhan Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se-Malaysia
CIMB: 8604773699






BAIK CERDIK SIKIT...ISU TELOR DULU PUN NGAKU DIA ..PADA HAL MAT SABU USAHAKAN. KIOK.

 

Fairul Al Qasas


Dr Azman Ibrahim cerdik sikit boleh tak? Awak tu EXCO Pertanian Terengganu.








Jika awak suruh Anwar Ibrahim jadi Menteri Luar, apa kata awak suruh je MB Terengganu tu jadi Penghulu Kg Marang. Awak pula jadi Su MPKK pun boleh.


Sebab prestasi janaan hasil dan pelaburan direalisasikan juga rendah, itu belum masuk KDNK dan purata pendapatan kasar rakyat. 


Jika macam tu elok dia jadi Penghulu Kg ajelah, usah angan angan nak jadi PM.


Ada terbaca tadi kamu buat list projek kononnya semua kamu buat, nak tanya tu termasuk projek federal bagi pada Terengganu ke? 


Lepas tu claim projek awak buat? Tanya je. Usah panas.


Cc: @Fairus Al Qasas



PERHIMPUNAN BAJU HITAM: KETIKA PEMBANGKANG 'MENANG' DI JALANAN, TAPI KALAH DI MEJA SEJARAH




Perhimpunan baju hitam pada Sabtu 26 Julai digembar-gemburkan sebagai detik kebangkitan rakyat, tanda kemuncak tekanan ke atas Perdana Menteri. Ribuan penyokong berpakaian serba hitam membanjiri jalan raya. Slogan lantang dilaungkan, poster besar menuntut pengunduran Anwar Ibrahim dijulang tinggi. Di mata mereka yang berpeluh di bawah terik matahari, ia kelihatan seperti kemuncak momentum, seperti hari yang bakal meruntuhkan kuasa.


Namun, selepas debu reda, realiti yang pahit terdedah. Anwar tidak turun.


Sebaliknya, ketika pembangkang mengerah segala sumber untuk menggoncang ibu kota, Anwar berada di pentas antarabangsa, memimpin usaha mendamaikan konflik berdarah Thailand-Kemboja — satu pencapaian diplomatik luar biasa dengan sokongan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan. Dunia menyaksikan Malaysia kembali memainkan peranan sebagai pendamai serantau. Di saat baju hitam berkumpul, Anwar mengangkat bendera putih di sempadan dua negara — bukan tanda menyerah, tetapi tanda berwibawa.


Dan di situlah segala-galanya terbalik.


Kos Yang Menghantui Pembangkang

Perhimpunan ini bukan murah. Ia memerlukan wang — bukan ribuan, tetapi kemungkinan jutaan ringgit. Kos logistik, pengangkutan penyokong dari seluruh negara, bahan promosi, upah tenaga kerja, semuanya menuntut sumber. Semua itu dilaburkan dengan satu harapan: Anwar akan goyah. Tetapi selepas lautan hitam berarak dan himpunan selesai, apa yang bergoyang bukanlah Anwar — tetapi semangat penyokong mereka sendiri.


Penyokong pulang dengan rasa kosong.


Di kampung dan pekan, di warung dan media sosial, mula kedengaran soalan:

“Apa jadi? Mana tekanan yang kononnya tak tertahan tu? Mana hasil dari duit kita?”


Ketika harapan berubah menjadi kekecewaan, ia tidak sekadar melemahkan semangat penyokong, tetapi juga merobek keyakinan terhadap kepimpinan pembangkang sendiri.


Naratif Yang Mati di Jalanan

Politik adalah seni menguasai naratif. Sebelum perhimpunan, pembangkang berjaya mencipta cerita: “Anwar mesti turun.” Media sosial berkobar, ceramah semakin rancak, tekanan semakin terasa.


Tetapi sebaik himpunan berakhir, naratif itu hilang diganti cerita lain — “Anwar mendamaikan peperangan.”


Imej di kaca televisyen dan media antarabangsa menjadi simbol perbandingan yang membunuh momentum pembangkang. Satu gambar: pemimpin-pemimpin pembangkang berteriak di jalanan. Satu lagi gambar: Anwar duduk di meja rundingan, berjabat tangan dengan wakil dua negara jiran yang selama ini bermusuhan.


Kesan visual itu cukup untuk memadamkan laungan di jalan raya.


Strategi Yang Terperangkap di Jalan Buntu

Perhimpunan baju hitam kini meninggalkan satu masalah besar: apa selepas ini?


Jika himpunan besar, dengan ribuan peserta, liputan media dan berjuta ringgit dibelanjakan pun tidak mampu menumbangkan Anwar, apakah lagi pelan pembangkang? Undi tidak percaya di Parlimen? PRU awal? Himpunan lagi?


Ketiadaan pelan susulan membuat mereka kelihatan buntu — sekadar mengulang taktik lama dengan harapan hasilnya berbeza. Politik bukan sekadar teriak; ia memerlukan taktik, naratif, dan simbol. Dan kali ini, pembangkang gagal menguasai ketiga-tiganya.


Pelabur Politik Mula Mengira

Dalam dunia politik, wang adalah darah yang mengalirkan oksigen. Perhimpunan besar yang gagal menimbulkan kesan akan membuat “pelabur politik” — dermawan parti, penyumbang korporat, individu berkepentingan — mula mengira semula.


Jika setiap jutaan ringgit yang dibakar hanya membawa pulang “syok sendiri,” sokongan kewangan akan mula perlahan.


Imej Pembangkang Terkulai

Dan akhirnya, ada kesan yang paling sukar diperbaiki: imej.


Anwar, di mata rakyat dan dunia, muncul sebagai pemimpin berwibawa — seorang pendamai, seorang pemimpin yang bekerja di luar negara ketika negara jiran memerlukan suara neutral.


Pembangkang, di mata yang sama, kelihatan seperti sekumpulan pemimpin yang tahu menjerit, tetapi tidak tahu bergerak.


Kesimpulan: Himpunan Yang Menjadi Simbol Kekosongan

Perhimpunan baju hitam mungkin menjadi simbol kekuatan pada pagi Sabtu itu, tetapi menjelang malam, ia berubah menjadi simbol kekosongan.


Pembangkang turun dengan harapan Anwar jatuh. Tetapi yang jatuh hanyalah keyakinan orang ramai terhadap kemampuan mereka menjatuhkannya.


Dan itulah paradoks politik 26 Julai: semakin kuat pembangkang menekan, semakin tinggi Anwar berdiri.


#DFS




ZAMAN MADANI..JALAN BERKILAT, LAMPU CERAH.

 


Pemasangan lampu jalan jenis solar itu termasuk di lokasi kemalangan maut membabitkan bas pelajar bulan lalu.




Artikel penuh di ruangan komen 👇


#KelantanDaily

👉 Nak promote bisnes? PM Admin sekarang!



BERAKHIRNYA RUNDINGAN TAHUNAN MALAYSIA INDONESIA

 


Berakhir sudah Rundingan Tahunan ke-13 antara Malaysia dan Indonesia yang terakhir kali diadakan pada 2017, satu jarak masa yang agak lama bagi kedua-dua negara dalam memperhalusi isu-isu serantau terkait dua jiran serumpun itu.














Dapat diperhatikan layanan Presiden Prabowo Subianto ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini luar biasa biarpun berstatus lawatan kerja, atas persahabatan dan persefahaman lama kedua-dua sahabat yang kini menerajui negara masing-masing.


Setibanya Anwar di Lapangan Terbang Halim Perdanakusama, lapangan terbang khas bagi tetamu negara ke republik itu secara lazimnya malam semalam, Anwar terus dibawa ke kediaman rasmi Presiden bagi jamuan makan malam meraikan sahabatnya sambil berbicara santai sebelum menghadiri rundingan rasmi hari ini.


Dapat diperhatikan kedua-duanya saling bercanda seolah sudah lama tidak ketemu biarpun baru beberapa bulan Prabowo hadir ke Kuala Lumpur sama ada lawatan negara atau menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 Mei lepas.


Namun saat yang paling mencuri tumpuan ialah ketika Prabowo memeluk Anwar di hadapan ratusan media tempatan dan antarabangsa saat mahu beredar, melambangkan betapa akrabnya hubungan mereka umpama saudara yang saling memerlukan di kala Malaysia menerajui ASEAN tahun ini.


Dengan pujian Prabowo ke atas sahabatnya yang berjaya mententeramkan Thailand dan Kemboja beberapa jam sebelum tiba di Jakarta hinggalah kepada isu-isu serantau terkait dua negara, semuanya menjadi momen muafakat, contoh terbaik dan menerapkan diplomasi dan musyawarah dalam setiap langkah.


Tatkala kenderaan rasmi dengan nombor plat khas ‘Malaysia’ mahu meninggalkan Istana Merdeka diiringi puluhan motosikal berkuasa tinggi milik Polis Tentera, Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengiringi Anwar, Prabowo sempat berbisik kepada sahabatnya dua kali menggambarkan kesepakatan dan keakraban mereka berdua menjadi bualan di media sosial di negara itu.


Alhamdulillah, biarpun tidak semua isu tertunggak dapat diselesaikan dalam masa sehari, sekurang-kurangnya jurang masa lapan tahun kini diisi kembali malah yang lebih bermakna ialah semangat ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia mula dihormati setelah merudum sejak 2018 hingga 2022 ekoran krisis politik yang dicetuskan bekas perdana menteri sebelumnya.


Foto: Facebook Anwar Ibrahim, Facebook Prabowo Subianto




KENA TERJAH MENGGELABAH

 


INI LAH MANUSIA BODOH SOMBONG



 Mohon maaf? Tiada hasrat pun, kata Ahmad Fadhli

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang juga ketua penerangan Pas enggan memohon maaf meskipun didesak oleh segelintir pihak ekoran tindakannya menyindir rundingan damai Thailand Kemboja yang diusahakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Saya serahkan kepada polis sebab sudah ada laporan. Saya tidak berhasrat minta maaf,” katanya, lapor FMT.


Ketua Pemuda PKR Muhammad Kamil Abdul Munim dan Syahredzan Johan (PH-Bangi) menggesa Fadhli memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Thailand dan Kemboja susulan kenyataan dan hantaran memperlekeh usaha gencatan senjata antara kedua-dua negara itu.


AMANAH Perak pula mahu Ahmad Fadhli dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan parlimen.


Fadhli menerusi hantaran di laman sosial memuat naik karikatur kambing dan biri-biri yang sedang berebut pisang dengan monyet bertindak sebagai hakim berserta kapsyen: “kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang.”

Beliau telah memadam hantaran terbabit selepas dikritik ramai.


Laporan polis telah dibuat oleh ahli parlimen Pakatan Harapan pagi tadi.


Semalam Anwar selaku pengerusi ASEAN 2025 telah mengadakan mesyuarat khas bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai.


Kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat.