JUSTICE DELAYED , JUSTICE DENIED 'JUSTICE DELAYED JUSTICE DENIED'

 

JUSTICE DELAYED , JUSTICE DENIED

'JUSTICE  DELAYED

JUSTICE   DENIED'

 

Tamrin Tun Ghafar

 

Isnin -  10/10/22

( 1 -  21 )

 

 

1.   Artikel  ini  adalsh  ekoran  tulisan saya  pada  hari Khamis  29hb  September  2022   bertajuk  :

 

'MERPATI'  -   APA  LAGI  YANG  DI TUNGGU

 

2.   Maksud :

 

     'JUSTICE  

      DELAYED

      JUSTICE

      DENIED'

 

            ialah

 

      'MELAMBATKAN

       KEADILAN

       BERMAKNA

       MENAFIKAN

       KEADILAN'

 

3.   Tidak boleh dinafikan  Agong  mempunyai  kuasa  penuh  dibawah :

 

PERKARA  42  

PERLEMBAGAAN

 

memberi  ampun , tunda  hukuman , dan lega  hukum  segala  kesalahan  yang  dilakukan  didalam  Wilayah Persekutuan  Kuala  Lumpur  dan  Putrajaya

 

4.  Dari segi undang - undang  selagi  Agong  TIDAK  membuat  keputusan   berhubung  permohonan  Najib  meminta  Pengampunan  Di Raja   atau  Royal  Pardon  maka  walaupun telah  didapati  bersalah  mencuri  wang  rakyat  oleh  9  orang  Hakim  dan di penjarakan ,  Najib  maseh  kekal  sebagai  Wakil Rakyat namun terserah  kepada budibicara  Ketua Pengarah  Penjara  melayani  segala  permintaan  beliau  seorang  yang kini sebagai  banduan

 

5.   Anwar  di beri Pengampunan di Raja  atau  Royal  Pardon   SETELAH   dipenjarakan  hampir  10 tahun lamanya   sedangkan  Najib  yang  dijatuhkan  hukuman penjara    oleh Mahkamah Tertinggi  sekali  pada  23 hb Ogos 2022  , dan  tak sampai  2 minggu pun  ia itu pada 2hb  September  2022  beliau  merayu  kepada  YDP  Agong  untuk mendapat  Keampunan  Di Raja 

 

6.   Permohonan  Najib  berdasarkan  salahlaku  dalam kes SRC  International dimana  beliau  di hukum penjara  selama  12  tahun  dan denda  sebanyak  RM 210  juta

 

7.    Selain kes  SRC  apakah  YDP  Agong  akan  memberi Pengampunan  Di Raja  setiap  kali  beliau  memohon  jika sekira nya didapati  bersalah  didalam  beberapa  kes lain  yang  sedang  dalam  perbicaran  di Mahkamah

 

8.  Apakah  YDP  Agong  tidak  berhasrat  memberi  Keampunan  Di Raja  atau  Royal  Pardon  kepada  Rosmah  Mansor  yang  telah  pun dihukum  penjara  selama 10 tahun  dan denda  RM970 juta ? 

 

9.  Bagaimana pula nasib  kepada Zahid Hamidi , Presiden  UMNO  ,  Azeez  Rahim  atau Azeez  Keling , Bung Mokhtar  dan isteri  jika  mereka  juga  akhirnya  di dapati  bersalah  dan dihukum  penjara

 

10.   Seperti   SUMPAH  JAWATAN   yang  dilafazkan dengan   disaksikan  oleh  Raja - Raja  Melayu  dan  sebahagian  besar  rakyat ,  YDP  Agong  MISTI  berlaku   ADIL  juga   kepada  70,000  banduan  lain BUKAN  hanya  kepada  Najib  seorang

 

11.  Jika  yang lain di beri Keampunan  Di Raja  maka  tak perlu lagi  Negara  menghabiskan jutaan  wang  ringgit  dan  diadakan  perbicaraan yang  kadang -  kadang  memakan masa   bertahun  lama nya  -  dalam  ertikata  lain  Sistem Kehakiman  boleh lah  ditiadakan

 

12.  Sebagai  ingatan ,  diperturunkan

SUMPAH   JAWATAN

yang  telah  dilafazkan  oleh  YDP  Agong  :

 

'Kami .......ibni......

 Yang Di Pertuan   

 Agong  Bagi

 Malaysia  

 BERSUMPAH 

 Dengan Melafazkan

 

         WALLAHI

         WABILLAHI

         WATULLAHI

 

 Maka  Dengan Lafaz

 Ini   BERIKRARLAH

 Kami Dengan

 SESUNGGUH Dan

 Dengan   

 SEBENARNYA

 MENGAKU Akan 

 Taat Setia Pada

 Menjalankan  

 Dengan  ADILNYA

 Pemerintahan Bagi

 Malaysia  Dengan 

 Mengikut  

 Sebagaimana

 Undang - Undang

 Dan Perlembagaan

 Yang  Telah  Di Sah

 Dan Di Masyhurkan  

 Dan  Yang  Akan  

 Di Sah Dan Di 

 Masyhurkan  Di

 Masa  Hadapan  ini  ,  

 Dan  Lagi  Kami  

 Berikrar  MENGAKU

 Dengan  

 Sesungguh  Dan

 Dengan  Sebenarnya

 Memelihara  Pada

 Setiap  Masa  Agama  

 Islam  Dan Berdiri 

 Tetap  Di Atas 

 Pemerintahaan  

 Yang   ADIL   dan 

 Aman  Di Dalam

 Negeri

 

13.   Bagi kes Najib ini berkemungkinan  YDP  Agong  berada didalam keadaan serbasalah  atau  dilema kerana  Najib ialah sahabat baik beliau  yang juga  merupakan  anak Pahang  selain merupakan  'Orang Besar'  yang di warisi   dari   arwah bapa nya , Tun Razak 

 

14.  Jalan  PENYELESAIAN  ialah  YDP  Agong  melantik  Raja  Nazrin , Sultan  Perak ,   yang  kebetulan  pula    Timbalan  YDP  Agong  mempengurusikan  Lembaga  Pengampunan  dan  membuat  keputusan

 

15.  Sebarang  kelewatan  MENOLAK  permohonan  pengampunan  ini  pasti  akan  mengundang  reaksi  negatif  dari  rakyat jelata  seolah - olah  ianya di sengajakan ,  dan  YDP   mungkin  dianggap  tidak  berlaku  adil  kepada  Sistem  Kehakiman  dan rakyat terutama  kepada 70,000  orang  banduan

 

16.   NAJIB  BUKAN  LAGI  PERDANA  MENTERI  TETAPI  SEORANG  BANDUAN   JESTRU  BELIAU  SEHARUSNYA   DI LAYANI  SEPERTI BANDUAN  LAIN

 

17.  Jika dibandingkan ,  TIDAK  MUSTAHIL   kesalahan  Najib jauh  lebih  besar dari kesalahan majoriti banduan lain seperti  dipenjarakan  kerana  mencuri setin Milo untuk anak yang kelaparan atau geladangan  yang mencuri  RM2  bagi membeli makanan 

 

18.   Kepada  YDP  Agong  , kembali lah  kepada   SUMPAH  JAWATAN  bukan  seperti  'sumpah laknat'   yang  di lafazkan Najib

 

19.  PERKARA  8  ( 1 )

        PERLEMBAGAAN

 

  Semua Orang  

  Adalah  Sama Rata

  Di Sisi  Undang

  - Undang  Dan 

  Berhak  Mendapat

  Perlindungan  Yang

  Sama Rata Di Sisi

  Undang - Undang

 

20.  Jangan sekali - kali MEMBENARKAN   Dewan yang mulia ini , iaitu  Parlimen  di cemari  oleh seekor lembu  yang  sudah TERPALIT  dengan  lumpur

 

21.    'JUSTICE  

          DELAYED

          JUSTICE

          DENIED'

 

 

Wassalam

Terima Kasih

 

PEMIMPIN YANG BODOH LAHIR DARI PWNGUNDI YANG BODOH


 

KALAU FAHAM KATA KATA YDPA MUDAH SAHAJA...RAKYAT PERLU DIBERI KEUTAMAAN.TAPI PUAK PUAK NI BUKAN PEDULI...MODAL DAP ADA LAGI....

 

Siap sedia hadapi risiko banjir pada Nov, Nabi utama kepentingan ramai: Agong

 

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Semua agensi pihak berkuasa dan rakyat jelata dinasihati melakukan persediaan menghadapi bencana banjir, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Sultan Abdullah bertitah setiap tahun pada bulan November kebiasaan berlakunya peralihan cuaca dan berisiko mengakibatkan negara dilanda bencana banjir, disamping bertitah agar pemimpin negara mencontohi sifat Rasulullah yang mengutamakan kepentingan ramai bukan individu semata-mata.

“Setiap tahun pada bulan November, negara akan berhadapan dengan risiko banjir, malah baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Malaysia akan berhadapan dengan hujan lebat serta risiko banjir besar.

“Beta ingin mengingatkan seluruh rakyat beta untuk memperkemaskan diri dan melakukan persediaan bagi menghadapi fenomena perubahan cuaca yang bakal berlaku kelak,” titah Seri Paduka.

Baginda terdahulu berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/ 2023 Masihi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di Kuala Lumpur hari ini.

Untuk rekod, Baginda sebelum ini juga berkenan berangkat mendengar taklimat persiapan menghadapi bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Ampang, Selangor.

Titah Al-Sultan Abdullah lagi, persediaan itu bukan hanya dalam aspek mengurangkan kesan banjir tetapi merangka satu kaedah bagi memastikan bantuan kepada mangsa dapat diberikan secara terancang, segera dan efektif.

Seri Paduka bertitah ini selaras dengan ajaran Islam yang dibawa Rasulullah SAW yang menuntut umatnya untuk sentiasa melakukan persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.

“Konsep pemerintahan yang dituntut Islam adalah merupakan satu amanah yang sentiasa dalam ruang lingkup ikatan perjanjian antara manusia dengan penciptaNya.

“Maka setiap apa yang dilakukan pemimpin hendaklah dibuat semata-mata atas dasar menjaga kemaslahatan ummah,” titah Seri Paduka.

Titah Seri Paduka, pemimpin dan rakyat wajar mengambil iktibar bahawa kecemerlangan Kerajaan Madinah di bawah pentadbiran Rasulullah SAW yang mengutamakan kepentingan orang ramai dan bukan kepentingan individu.

“Baginda (Rasulullah SAW) mengutamakan kepentingan ramai berbanding individu. Baginda tidak memperjuangkan agenda sempit sebaliknya berlaku adil dengan membangunkan satu gagasan untuk kesejahteraan ummah,” titah Al-Sultan Abdullah.

Dalam pada itu, spekulasi bertiup kencang UMNO masih mendesak dan mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan semasa musim tengkujuh juga.

BIASA LAH ORANG TAMAK NAK TUMPANG ORANG LAIN. DAH SERONOK PEGANG JAWATAN DAN MAKAN GAJI BUTA...

 




Ketua Bahagian UMNO sindir PAS tamak, pilih kerjasama dua parti

 

PAS diberi kata dua Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama memilih mereka atau Bersatu.

 

Susulan keputusan PAS untuk meneruskan kerjasama dengan dua parti bermusuhan, seorang Ketua UMNO Bahagian menyindir parti Islam tersebut sebagai tamak.

Ketua Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman menyifatkan keputusan yang diputuskan PAS hari ini menunjukkan ketamakkan mereka yang masih mahu bekerjasama dengan PAS dan pada masa sama masih juga mahu bersama UMNO.

“Kebiasaannya orang tamak ini di akhirnya selalu rugi dan jangan jadi ‘abang besar’ kerana mahu bersama dengan kedua-dua parti.

“Kalau PAS dengan kaedah dia mahu bersama dengan Perikatan Nasional (PN) dan tidak perlu (hendak bersama) UMNO. Jangan main tarik tali.

“UMNO tidak pernah memaksa PAS untuk menerima kita dan jangan jadikan UMNO sebagai satu bebanan. PAS boleh teruskan jika parti itu hendak bersama dengan Bersatu,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Terdahulu, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tiada sebarang keputusan dibuat berhubung dengan syarat diletak UMNO yang mahu mereka memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

Sebelum ini, UMNo memberi tiga syarat sebagai kata dua untuk meneruskan kerjasama dengan PAS termasuk meninggalkan Bersatu dan PN.

Zawawi berkata pendirian UMNO dibuat itu juga sama dengan pendirian PAS yang sebelum ini tidak boleh menerima kerjasama dengan dipimpin bekas ahlinya, iaitu Parti Amanah kerana keluar parti sebelum ini.

“PAS kena tafsir diri sendiri bagaimana Parti Amanah yang keluar daripada parti itu tetapi tidak pernah menarik Ahli Parlimen PAS menjadi Ahli Parlimen mereka. Namun, PAS tetap tidak boleh terima Amanah,” katanya lagi.

 

Mesyuarat MT esok? Bubar Parlimen atau ambil tindakan terhadap PM?






 Terdahulu, Agenda Daily memetik laporan The Straits Times (ST) Singapura bahawa cakap-cakap mengenai “post-dated cheque” daripada Yang di-Pertuan Agong, berleluasa dalam kalangan kumpulan yang setia kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang percaya bahawa Agong telah memberitahu Ismail Sabri bahawa terpulang kepada Perdana Menteri bila untuk mengadakan pilihan raya.

Media Singapura itu melaporkan mereka difahamkan bahawa UMNO memberi kata dua kepada Ismail Sabri setelah menghadap Yang di-Pertuan Agong – “panggil PRU atau hadapi akibatnya”.

Menurut ST lagi, masa untuk mengadakan PRU-15 dipantau dengan teliti tatkala Perdana Menteri dikatakan mengintau kerusi disandang Zahid – yang sekarang ini berdepan prospek disabitkan kesalahan rasuah terhadap 47 pertuduhan membabitkan Yayasan Akalbudi yang dijadualkan berakhir pada 10 November.

Sebelum ini, Ismail Sabri mengalami pelbagai tekanan yang semakin meningkat daripada partinya sendiri untuk mengadakan PRU-15 secepat mungkin. Bagaimanapun, beliau masih belum membuat sebarang keputusan untuk membubarkan Parlimen.

Pemimpin UMNO terlalu yakin bahawa mereka boleh memperoleh mandat besar, memandangkan keadaan pembangkang tidak menentu serta pengundi yang semakin letih.

Pada Ogos, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengumumkan penjadualan semula pembentangan Bajet 2023 dari 28 Oktober kepada 7 Oktober, di tengah-tengah spekulasi mengenai pilihan raya awal pada masa itu.

Beliau menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat oleh Ismail Sabri yang menggunakan kuasanya di bawah Peraturan 11(2) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Ismail Sabri tidak memberikan sebarang sebab untuk perubahan tarikh itu, hanya memberitahu pemberita yang menyoalnya mengenai perkara itu, bahawa adalah “biasa” untuk berbuat demikian dan memetik duluan oleh perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Persidangan Dewan Rakyat pada mulanya dijadualkan berlangsung antara 28 Oktober dan 15 Disember.

Kerajaan sedia ada mempunyai masa sehingga September tahun depan untuk mengadakan PRU, tetapi pemimpin UMNO secara lantang mendesak supaya pemilihan diadakan tahun ini untuk memanfaatkan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri Johor dan Melaka.

Zahid, khususnya, telah mengetuai tekanan untuk membubarkan Parlimen, walaupun mendapat kritikan daripada pembangkang dan parti gabungan kerajaan – Perikatan Nasional (PN) – yang memberi amaran risiko dihadapi rakyat, terutama banjir, jika PRU diadakan tahun ini.

Pada 7 Oktober, kerajaan membentangkan Bajet 2023 yang dinanti-nantikan, yang dilihat secara meluas sebagai bajet pilihan raya.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan rancangan perbelanjaan Persekutuan berjumlah RM372.340 bilion untuk tahun depan, mengatasi bajet tahun ini sebanyak RM40 bilion.

Kerajaan Ismail Sabri juga menggandakan perbelanjaan untuk bantuan sosial dan subsidi daripada hanya 5.2 peratus di bawah Bajet 2022 kepada 11.3 peratus di bawah perbelanjaan mengurus tahun depan, satu langkah yang sudah dijangka oleh pakar memandangkan kemungkinan PRU semakin hampir.

BIJAK BUDAK INI KALAU CEPAT FIKIR


 

RAFIZI-CERAMAH BELANJAWAN


 

RAFIZI-TEMURAMAH BELANJAWAN


 

RAFIZI-TEMURAMAH BELANJAWAN


 

RAFIZI-TEMURAMAH BELANJAWAN


 

RAFIZI-TEMURAMAH BELANJAWAN


 

RAFIZI-TEMUBUAL BELANJAWAN


 

MESEJ AGONG TIDAK SUKAR DIFAHAMI, PRU TIDAK SESUAI DIADAKAN TAHUN INI

 

Yang Dipertuan Agong selaku ketua negara bolehlah kita sifatkan sebagai payung yang amat prihatin kepada seluruh rakyat dan apa jua keadaan semasa dalam negara ini.

Di ketika UMNO dilihat begitu terdesak dengan tidak habis-habis menekan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob agar segera mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen, mesej baginda amat jelas dan mudah sekali untuk difahami.

Pada Khamis lalu, di mana pada sebelah petangnya Ismail Sabri dijadual menghadap baginda, di paginya baginda telah berkenan meluangkan masa melawat Pusat Amaran dan Bencana Negara untuk mendapat taklimat mengenai keadaan semasa berkaitan banjir yang mungkin melanda seluruh negara pada hujung tahun ini.

Lawatan itu bukan saja menunjukkan keprihatinan baginda berkenaan keadaan banjir di ketika UMNO tidak habis-habis mendesak agar PRU disegerakan, malah memberi isyarat atau mesej bahawa menangani banjir jauh lebih penting daripada baginda membenarkan berlakunya agenda perebutan kuasa.

Berikutan itu, Ismail Sabri yang tujuan utama beliau menghadap itu ialah untuk memaklumkan berkenaan kertas kabinet dan Belanjawan 2023 berikutan kedua-duanya akan berlangsung pada keesokan harinya iaitu hari Jumaat, lantas memberitahu soal pembubaran Parlimen hanya akan dipersembahkan kepada Agong jika beliau sempat berbuat demikian.

Ini kerana, katanya banyak perkara berkaitan kepentingan negara akan didahulukan dalam majlis menghadap itu.

Kemudian, sebagaimana dilaporkan media, soal pembubaran Parlimen tidak disentuh langsung dalam majlis menghadap itu.

Seterusnya, oleh kerana soal pembubaran Parlimen tidak disentuh dalam majlis menghadap itu, malah kemudian Ismail Sabri bertemu pula dengan kepimpinan Top 5 UMNO di WTCKL, khabar angin segera bertebaran bahawa pembubaran Parlimen akan diumumkan pada minggu depan.

Dikhabarkan Ismail Sabri sekali lagi akan menghadap Agong dalam tempoh sehari dua ini sebelum baginda berangkat ke luar negara negara.

Namun pagi tadi, ketika berucap di sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan, baginda sekali lagi memperingatkan tentang perlunya rakyat dan semua agensi berkaitan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir besar pada hujung tahun ini.

Agong bertitah, persediaan itu bukan hanya dalam aspek mengurangkan kesan banjir tetapi merangka satu kaedah bagi memastikan bantuan kepada mangsa dapat diberikan secara terancang, segera dan efektif.

Titah baginda, ini selaras dengan ajaran Islam yang dibawa Rasulullah SAW yang menuntut umatnya untuk sentiasa melakukan persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.

“Setiap tahun pada bulan November, negara akan berhadapan dengan risiko banjir, malah baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Malaysia akan berhadapan dengan hujan lebat serta risiko banjir besar.

“Beta ingin mengingatkan seluruh rakyat untuk memperkemaskan diri dan melakukan persediaan bagi menghadapi fenomena perubahan cuaca yang bakal berlaku kelak,” titah baginda seterusnya.

Dengan dua kali dalam tempoh terdekat baginda memberi peringatan tentang banjir, ini adalah mesej yang cukup jelas bahawa baginda selaku ketua negara amat mengutamakan kepentingan rakyat dan tidak akan bertolak ansur dengan perkara-perkara lain yang boleh dikemudiankan.

Sudah tentu, dalam kedaaan demikian, Ismail Sabri pun yang dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri juga adalah seorang yang mengutamakan kepentingan rakyat, pasti tidak bersedia untuk mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat ini kepada Agong.

Perdana Menteri malah akan dilihat tidak bersama dengan keprihatinan dan jiwa kasih Agong kepada rakyat jika beliau tunduk kepada tekanan Zahid Hamidi untuk mencadangkan pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat ini.

Makna kata, semua pihak, terutama kluster mahkamah UMNO – sabar dan istighfar banyak-banyak dulu – PRU15 hanya sesuai diadakan tahun depan, bukan tahun ini.

Berhentilah daripada terus menekan dan mengasak Perdana Menteri untuk mempercepatkan pembubaran Parlimen. – ShahbudinHusin 09/10/2022.



SOKONGAN DI MELAKA BOLEH ULANGI PENCAPAIAN PRU 14?


JANGAN BUBAR PARLIMEN SEBELUM LULUS BAJET 2023


ZAHID HAMIDI, NAJIB PUNCA ‘KEMALUAN’ UMNO?

 

Tingkah laku Zahid Hamidi dan Najib dalam pentas politik sejak kekalahan BN pada 2018 adalah gambaran tiada perasaan malu dalam diri mereka terhadap perbuatan rasuah yang dianggap menjijikkan bagi semua bangsa serta agama di dunia ini.

Zahid Hamidi, setelah didakwa di mahkamah langsung tidak memperlihatkan perasaan malu terhadap pertuduhan yang dikenakan kepadanya, malah terus memimpin UMNO seolah-olah seorang seorang yang ada sebarang kesalahan.

Beliau juga mengabaikan ketetapan parti sebelum ini yang menghendaki mana-mana pemimpinnya yang didakwa di mahkamah melepaskan jawatan buat sementara sehingga proses mahkamah selesai bagi mengelakkan nama parti terpalit dengan pertuduhan tersebut.

Sementara Najib lebih dahsyat lagi, ketika sudah didakwa dan didapati bersalah pun, cuma sementara menunggu rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan, lagak dan gayanya ke sana sini langsung tidak memperlihatkan ada penyesalan dalam dirinya.

Beliau berkempen dan bertemu rakyat tanpa rasa malu atas pertuduhan dan kesalahan yang sudah disabitkan, bahkan selalu pula melakukan “troll” terhadap lawan politiknya yang tidak pernah pun dituduh di mahkamah.

Setelah dipenjarakan, Najib lebih tidak malu lagi apabila menulis surat memohon untuk hadir ke Parlimen dan setelah permohonannya itu ditolak oleh Jabatan Penjara, beliau kemudian membawanya ke mahkamah pula.

Di kampung-kampung pada zaman dahulu, jika seseorang itu ditangkap polis kerana dituduh mencuri, selepas dibebaskan mereka biasanya tidak keluar rumah pada waktu siang selama berminggu-minggu atau melarikan diri ke tempat lain buat beberapa waktu.

Aduhhh…kenapakah Zahid Hamidi dan Najib langsung tiada perasaan malu, sedangkan pertuduhan rasuah dan pecah amanah yang dikenakan kepada mereka bukan kecil-kecilan jumlahnya?

Dalam hal ini, seorang tokoh media menyifatkan tingkah laku Zahid Hamidi dan Najib yang tiada rasa malu itu antaranya adalah disebabkan salah orang Melayu sendiri dalam penggunaan bahasa mereka.

Beliau memberi contoh, malas dan malu adalah kata sifat yang bila ditambah dengan imbuhan akan menjadi kata terbitan bagi mengambarkan kesan perbuatan itu.

Contohnya, kata beliau, kemunduran orang Melayu adalah disebabkan sifat malas yang mana ia akan bertukar menjadi kata terbitan “kemalasan” setelah ditambah imbuhan “ke” dan “an”.

Tetapi, tambah tokoh media itu lagi, perkataan malu tidak ada kata terbitan kerana perkataan itu apabila ditambah imbuhan “ke” dan “an”, ia automatik merujuk kepada anggota sulit manusia.

“Orang tua zaman dahulu malu untuk menyebut anggota sulit kerana dianggap lucah.

“Memalukan jika anggota itu dilihat orang, justeru tanpa disedari istilah kemaluan dirujuk sebagai ganti nama anggota sulit,” katanya

Maka, kata beliau, kita berasa janggal untuk berkata “amalan rasuah oleh pemimpin kita menyebabkan “kemaluan” yang amat besar kepada seluruh orang Melayu”.

“Anehnya bila orang Melayu naik angin atau marah, mereka mudah pula mencarut dengan perkataan “bu**h pak hang”, “kepala bu**h”, “pu**mak” dan seumpamanya,” katanya lagi.

Menurut beliau, oleh kerana tiada kata terbitan bagi perkataan malu itu, ia dengan sendirinya menyebabkan mereka yang melakukan kesalahan rasuah, waima rasuah tahap mega sekali pun, langsung tiada perasaan malu dalam diri mereka.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar kata terbitan bagi sifat malu hendaklah digunakan dalam perbualan atau tulisan seharian mulai sekarang agar pelaku-pelaku rasuah dimalukan atau ada perasaan malu atas perbuatan mereka itu.

Katanya, selagi kata terbitan bagi sifat malu itu tidak digunakan, melakukan rasuah tidak akan mendatangkan rasa malu, malah rasuah seolah-olah sudah melenyapkan sifat malu dalam orang Melayu itu sendiri.

“Dalam kes Zahid Hamidi dan Najib, kalau selepas ini ditulis – Zahid Hamidi dan Najib punca “kemaluan”UMNO – bukankah ia lebih berkesan dalam menjelmakan rasa malu kepada pelaku dua pemimpin berkenaan dan orang-orang Melayu seluruhnya terhadap perbuatan terkutuk itu?” soal tokoh media itu ketika kami berbual-bual tentang politik negara sambil minum kopi di kediamannya, baru-baru ini. – ShahbudinHusin 08/09/2022.


JAGA JAGA ..ADA ORANG TIDOR TAK LENA ....

 

Keputusan Anwar tanding di Tambun diketahui 29 Okt, kata Mujahid.




Pengerusi PH Anwar Ibrahim dilaporkan sebelum ini sedang
 mempertimbangkan cadangan supaya beliau bertanding di kerusi
 Parlimen Tambun pada PRU15.

PETALING JAYA: Keputusan sama ada Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun dijangka diketahui pada 29 Okt, sempena Konvensyen Nasional Pakatan Harapan (PH) di Perak, kata Mujahid Yusof Rawa.

Pengerusi PH Perak itu berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan Anwar bertanding di kerusi Parlimen berkenaan kerana ketokohannya dilihat mampu memberi kelebihan dan nilai tambah.

“Selaku pengerusi PH Perak, saya amat mengalu-alukan beliau bertanding di kerusi itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Pencalonannya untuk bertanding di kerusi berkenaan akan memberi penghormatan besar kepada kami di Perak. Ketokohan beliau akan menguntungkan PH negeri ini.

“Namun, sama ada Anwar bertanding di Parlimen Tambun atau tidak, ia hanya akan diumumkan pada konvensyen itu nanti,” katanya, lapor Berita Harian.

Parlimen Tambun kini dipegang Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu, yang juga timbalan presiden Bersatu. Beliau menang dengan majoriti 5,320 undi pada PRU14, menewaskan calon Barisan Nasional, Ahmad Husni Hanadzlah dan calon PAS, Ibrahim Zakaria.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Anwar sedang mempertimbangkan cadangan supaya beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15.

Cadangan itu turut dialu-alukan oleh Faizal yang berkata, beliau tidak berasa tergugat dengan siapapun lawannya pada PRU15 kerana ia proses yang perlu dilalui oleh ahli politik dalam mendukung amalan demokrasi.

DAP Perak turut mempelawa Anwar bertanding di kerusi Parlimen negeri itu, terutamanya Tambun, yang disifatkannya sebagai kerusi disandang “pengkhianat” PH.


Bajet 2023

 Bajet 2023


Jamzuri Ardani


Pendapatan RM236 bilion


Perbelanjaan mengurus RM272 bilion


Perbelanjaan pembangunan RM100 bilion


Jumlah perbelanjaan RM372 bilion. 


Kerajaan terpaksa berhutang untuk menampung sebahagian dari belanja mengurus.  Ibaratnya seorang ketua keluarga terpaksa berhutang untuk menampung sebahagian dari belanja dapur dan bil utiliti. 


Keseluruhan belanja pembangunan pula ditanggung secara pinjaman sepenuhnya. 


Kerajaan ini telah melakukan kerosakan yang cukup besar terhadap kedudukan kewangan negara demi untuk pertahankan kuasa.



CARUT



1. Saya merupakan cucu sulung dalam kekuarga. Jadi masa kecil, saya bercampur dengan bapa2 and ibu sedara. Kerana mereka kurang 5 tahun beza umur dengan saya. 


2. Duduk di kampung, bila bercampur dengan kawan2 mereka yang lagi tua, macam2 perkataan keluar. Termasuk la yang carut marut. Kadang saya faham, kadang idak. Tetapi banyak yang terlekat di otak. 


3. Satu hari, lepas bermain saya balik ke rumah. Tengok suatu yang menarik di TV, terus saya cakap “kepala bana”. Sebab saya ingat ia sama dengan “bahana”. Melompat lah Opah saya, habis dicubit lengan saya, dapatlah sedash sepak (slap) di muka. 


4. Dia cakap orang Melayu ni penuh budi bahasa. Tok nenek kita tak cakap bahasa kasar. Ada pantun seloka dan madah pujangga. Semua bahasa halus penuh seni dan ilmu. Kalau bercakap bahasa kotor maknanya kita bukanlah orang Melayu dan sejenis kurang ilmu. 


5. Lepas tu Opah ceritakan apa maksud “kepala bana”. Saya tepuk dahi sendiri. Sampai sekarang saya tak lupa. Betapa pedihnya dash lempangan Opah saya tadi. 


6. Dah besar pun sama, anak2 kalau cakap kasar, saya sound tepat saja. Nak berhujah ada caranya. Guna fakta bukan makian. Caci dan maki bukan lambang lelaki budiman. 


7. Kita tengokkan dalam alam maya. Terutamanya dalam bab politik, apa bahasa yang diguna? Dah jadi macam budaya. Sampai Raja pun dah bersuara. Walhal “Kesopanan dan Kesusilaan” itu, prinsip Rukun Negara. 


8. Pada saya puncanya ada dua. Jenis2 penyokong politik yang mulut puaka. Satunya, tunjukkan betapa TAKSUBnya mereka. Selalu yang taksub pemimpin atau parti ni, akan keluar perangai macam ni. Pantang orang kritik pemimpin dia. Dia yang pula naik baran. Habis dicaci orang lain. 


9. Kalau anda bukan pentaksub, takkan ada “mental disorder” sebegini. Mereka yang waras akan rilex saja. Walaupun dikeji pemimpin mereka. Tak perlu mencarut dan maki2. 


10. Kalaupun nak sokong, sokong la dengan waras. Jangan mental sampai jadi pentaksub dan BIGOT pula. Ada di kalangan makcik pakcik yang tua juga 🥴🥴🥴 Yang mudapun usah cerita. Buat malu kaum saja… 


11. Satu lagi punca kedua. Ialah lambakan CYTRO/ TROLL FARM. Akaun palsu yang dibayar untuk naikkan sentimen marah rakyat. Banyak penyebar dakyah dan fitnah. Spin2 kelirukan kita. 


12. Kerja mereka memang berlagak jadi BIGOT politik. Belakang akaun palsu bolehlah mencarut dan maki2. Mereka nak ramai rakyat jadi bigot dan fanatik. Taksub kepada pemimpin mereka. Supaya kebenaran susah nak nampak. 


13. Makanya sebagai pengundi yang bijak, janganlah ikut cara mereka. Kalau fake account dan suka spin dan maki2, terus report dan block saja. Jangan bagi muka. Belajar juga untuk “agree to disagree” dengan rakan2 dan sedara mara. Itu politik matang namanya. 


14. Kena juga tahu, maki2 dan carut ni dalam alam maya. Ada kesalahan jenayah dalam Seksyen 233A Akta SKMM. Membuat hantaran jelik, boleh kena 1 tahun penjara atau RM50 ribu denda. 


15. Makanya, jangan la jadi level pentaksub dan bigot. Maki2 dan suka mencarut. Percayalah, kalau anda ke dalam atau kena bayar denda RM50 ribu. Takdenya pemimpin2 atau parti yang ditaksub itu akan bantu. Terjelepuk la anda sorang2 di situ. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



BAJET 2023: TIADA YANG BAHARU DISEBALIK RASUAH YANG SISTEMIK


 

1. Bajet 2023 bernilai RM369.34 Bilion dimana RM272.34 Bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus manakala untuk Pembangunan bernilai RM97 Bilion. Sektor sosial mendapat peruntukan terbesar dalam perbelanjaan mengurus iaitu RM108 Bilion.

2. Bajet kali ini tidak berbeza dengan sebelumnya ketika negara melalui fasa pemulihan dalam membina ketahanan nasional yang memerlukan pengurusan lebih efektif dan sifar ketirisan. Keadaan keberhutangan negara masih tinggi iaitu RM1.4 Trilion. Hutang 1MDB masih berbaki RM25.9 Bilion di mana pada tahun 2019 semasa kerajaan PH, usaha mengambil balik aset 1MDB yang berterusan hingga 2022 telah berjaya mengembalikan RM 19.3 Bilion. Ini termasuk pendakwaan Jerung Besar mantan PM Najib Razak semasa PH telah memulihkan imej negara di mata dunia.

3. Apa yang membezakan bajet kali ini hanyalah pengenalan Pemetaan SDG (Sustainable Development Goals) dalam sektor2 yang diperuntukkan berpandukan 17 agenda SDG dimana sektor pendidikan dan pengukuhan institusi dan keadilan merupakan dua sektor terbesar yang mendapat peruntukan masing2 RM78 Bilion dan 67Bilion. Ia hanya pemetaan dan bukan peralihan dasar baharu. Pembangunan Hijau mendapat tempat sebagai keperluan Malaysia memasuki fasa 70% mengurangkan penyahan karbon pada 2024. Namun dasar agresif dan holistik masih jauh dari pencapaian selagi ESG (environmental, social & governance) tidak menjadi ekosistem dalam membangunkan negara.

4. Buktinya pengukuhan kepada keberkesanan mengelak ketirisan masih lagi tidak diperincikan dan dipertegaskan. Bajet ini adalah 'bussiness as usual' dalam anugerah kontrak tanpa penegasan kepada perlunya tatakelola yang telus dan bertanggungjawab. Isu LCS dan OPV dalam keperluan menjaga keselamatan maritime negara berpotensi untuk berulang lagi dalam pembekalan aset keselamatan negara. Mendanai parti politik dan mengkayakan oligarki tidak ditangani dan rasuah dalam kontrak kerajaan menjadi sistemik dan sudah membarah. Satu Akta baharu untuk perolehan kerajaan (GPA) yang lebih telus diperlukan begitu juga akta fiskal bertanggungjawab (FRA) untuk memantau perolehan dan tatakelola kewangan dalam kontrak kerajaan. Bajet 2023 tidak memperkenalkan komitmen menangani RASUAH.

5. Kerajaan terpaksa berbelanja RM 485juta dalam bajet untuk penyelenggaraan semua kapal dan bot APMM yang usang bagi memastikan keselamatan kawasan maritim negara. Isu 3 biji Offshore Patrol Vessel (OPV) bernilai RM739 juta masih gagal disiapkan sejak anugerah rundingan terus pada tahun 2017 walaupun RM500juta telah dibelanjakan. 6 buah Kapal LCS untuk TLDM pula dengan peruntukan RM 9 Bilion masih gagal disiapkan walaupun 6 bilion telah dibelanjakan. Kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati berlaku ketirisan di dalam agihan kontrak terhadap kontraktor Bumiputera. 10% hingga 15% daripada nilai kontrak diagihkan kepada pelobi atau orang tengah manakala 13% hingga 15% lagi diagihkan kepada kumpulan politik dan birokrat.

6. Dengan spekulasi PRU akan diadakan sebelum hujung tahun 2022, Bajet 2023 hanyalah gula-gula tanpa ada intipati untuk mendepani masalah yang lebih besar iaitu RASUAH yang mengakibatkan anggota 'Keluarga Malaysia' yang lebih besar merana kerana keperluan bajet pembangunan sepatutnya dapat dinikmati lebih dari RM 97Bilion yang diperuntukkan dalam bajet 2023.

Sekian

YB DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden Parti AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

Pengerusi PH Perak

7/10/2022