CARUT



1. Saya merupakan cucu sulung dalam kekuarga. Jadi masa kecil, saya bercampur dengan bapa2 and ibu sedara. Kerana mereka kurang 5 tahun beza umur dengan saya. 


2. Duduk di kampung, bila bercampur dengan kawan2 mereka yang lagi tua, macam2 perkataan keluar. Termasuk la yang carut marut. Kadang saya faham, kadang idak. Tetapi banyak yang terlekat di otak. 


3. Satu hari, lepas bermain saya balik ke rumah. Tengok suatu yang menarik di TV, terus saya cakap “kepala bana”. Sebab saya ingat ia sama dengan “bahana”. Melompat lah Opah saya, habis dicubit lengan saya, dapatlah sedash sepak (slap) di muka. 


4. Dia cakap orang Melayu ni penuh budi bahasa. Tok nenek kita tak cakap bahasa kasar. Ada pantun seloka dan madah pujangga. Semua bahasa halus penuh seni dan ilmu. Kalau bercakap bahasa kotor maknanya kita bukanlah orang Melayu dan sejenis kurang ilmu. 


5. Lepas tu Opah ceritakan apa maksud “kepala bana”. Saya tepuk dahi sendiri. Sampai sekarang saya tak lupa. Betapa pedihnya dash lempangan Opah saya tadi. 


6. Dah besar pun sama, anak2 kalau cakap kasar, saya sound tepat saja. Nak berhujah ada caranya. Guna fakta bukan makian. Caci dan maki bukan lambang lelaki budiman. 


7. Kita tengokkan dalam alam maya. Terutamanya dalam bab politik, apa bahasa yang diguna? Dah jadi macam budaya. Sampai Raja pun dah bersuara. Walhal “Kesopanan dan Kesusilaan” itu, prinsip Rukun Negara. 


8. Pada saya puncanya ada dua. Jenis2 penyokong politik yang mulut puaka. Satunya, tunjukkan betapa TAKSUBnya mereka. Selalu yang taksub pemimpin atau parti ni, akan keluar perangai macam ni. Pantang orang kritik pemimpin dia. Dia yang pula naik baran. Habis dicaci orang lain. 


9. Kalau anda bukan pentaksub, takkan ada “mental disorder” sebegini. Mereka yang waras akan rilex saja. Walaupun dikeji pemimpin mereka. Tak perlu mencarut dan maki2. 


10. Kalaupun nak sokong, sokong la dengan waras. Jangan mental sampai jadi pentaksub dan BIGOT pula. Ada di kalangan makcik pakcik yang tua juga 🥴🥴🥴 Yang mudapun usah cerita. Buat malu kaum saja… 


11. Satu lagi punca kedua. Ialah lambakan CYTRO/ TROLL FARM. Akaun palsu yang dibayar untuk naikkan sentimen marah rakyat. Banyak penyebar dakyah dan fitnah. Spin2 kelirukan kita. 


12. Kerja mereka memang berlagak jadi BIGOT politik. Belakang akaun palsu bolehlah mencarut dan maki2. Mereka nak ramai rakyat jadi bigot dan fanatik. Taksub kepada pemimpin mereka. Supaya kebenaran susah nak nampak. 


13. Makanya sebagai pengundi yang bijak, janganlah ikut cara mereka. Kalau fake account dan suka spin dan maki2, terus report dan block saja. Jangan bagi muka. Belajar juga untuk “agree to disagree” dengan rakan2 dan sedara mara. Itu politik matang namanya. 


14. Kena juga tahu, maki2 dan carut ni dalam alam maya. Ada kesalahan jenayah dalam Seksyen 233A Akta SKMM. Membuat hantaran jelik, boleh kena 1 tahun penjara atau RM50 ribu denda. 


15. Makanya, jangan la jadi level pentaksub dan bigot. Maki2 dan suka mencarut. Percayalah, kalau anda ke dalam atau kena bayar denda RM50 ribu. Takdenya pemimpin2 atau parti yang ditaksub itu akan bantu. Terjelepuk la anda sorang2 di situ. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments: