Ketua Bahagian UMNO sindir PAS tamak,
pilih kerjasama dua parti
PAS diberi kata dua
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama memilih mereka atau Bersatu.
Susulan keputusan PAS untuk
meneruskan kerjasama dengan dua parti bermusuhan, seorang Ketua UMNO Bahagian
menyindir parti Islam tersebut sebagai tamak.
Ketua
Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman menyifatkan keputusan yang diputuskan
PAS hari ini menunjukkan ketamakkan mereka yang masih mahu bekerjasama dengan
PAS dan pada masa sama masih juga mahu bersama UMNO.
“Kebiasaannya
orang tamak ini di akhirnya selalu rugi dan jangan jadi ‘abang besar’ kerana
mahu bersama dengan kedua-dua parti.
“Kalau
PAS dengan kaedah dia mahu bersama dengan Perikatan Nasional (PN) dan tidak
perlu (hendak bersama) UMNO. Jangan main tarik tali.
“UMNO tidak pernah memaksa PAS
untuk menerima kita dan jangan jadikan UMNO sebagai satu bebanan. PAS boleh
teruskan jika parti itu hendak bersama dengan Bersatu,” katanya dipetik laporan
BH hari ini.
Terdahulu,
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tiada sebarang keputusan dibuat
berhubung dengan syarat diletak UMNO yang mahu mereka memutuskan kerjasama
dengan Bersatu.
Sebelum
ini, UMNo memberi tiga syarat sebagai kata dua untuk meneruskan kerjasama
dengan PAS termasuk meninggalkan Bersatu dan PN.
Zawawi
berkata pendirian UMNO dibuat itu juga sama dengan pendirian PAS yang sebelum
ini tidak boleh menerima kerjasama dengan dipimpin bekas ahlinya, iaitu Parti
Amanah kerana keluar parti sebelum ini.
“PAS
kena tafsir diri sendiri bagaimana Parti Amanah yang keluar daripada parti itu
tetapi tidak pernah menarik Ahli Parlimen PAS menjadi Ahli Parlimen mereka.
Namun, PAS tetap tidak boleh terima Amanah,” katanya lagi.