Temu Anwar @ Bukit Naning - Ucapan dan Sesi Soal Jawab PM Anwar Ibrahim


 

KERAJAAN TANGGUNG HAMPIR RM 1 BILLION HUTANG FELDA SETAHUN! BIAR BETOL?!




 

PRN Johor: Kesilapan terbesar PAS


 

Serius la dia ni ada gelaran doktor? Macam ni sekali otak dia ni, aku macam susah nak percaya. Gelaran 𝗯𝗮𝗱𝘂𝘁 lebih sesuai untuk dia.

 






Serius la dia ni ada gelaran doktor? Macam ni sekali otak dia ni, aku macam susah nak percaya. Gelaran 𝗯𝗮𝗱𝘂𝘁 lebih sesuai untuk dia.

Betul la DS Anwar pernah jadi TPM sebelum ni masa UMNO memerintah. Lepas tu apa terjadi? DS Anwar dipecat. Kenapa dipecat? Sebab 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢.
Selagi DS Anwar duduk di kerusi pimpinan utama, selagi itulah pemimpin UMNO/BN yang lain payah nak rembat wang negara. Sebab itu mereka 𝗽𝗹𝗼𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 yang macam-macam.
Aku ingat lagi masa tu. 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 sebutkan seberapa banyak salah laku DS Anwar tapi tak ada satu pun yang dapat dibuktikan. Rasuah la, 𝘾𝙝𝙞𝙣𝙖 𝙙𝙤𝙡𝙡 la. Siap cakap 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘀𝗮𝗸𝘀𝗶. Tapi sampai ke sudah tak boleh buktikan.
Itu yang timbul cerita liwat. Sebab tak mampu nak cari bukti DS Anwar menyeleweng. Itu pun kalau ikut perbicaraan, banyak perkara lawak terjadi demi nak buktikan liwat itu berlaku.
Pertuduhan diubah berbelas kali untuk sesuaikan masa. Manakan tidak, dituduhnya kejadian berlaku ketika bangunan belum siap, masa DS Anwar di luar negara bersama DS Wan Azizah dan banyak lagi la benda bodoh yang berlaku.
Sampai 𝘁𝗶𝗹𝗮𝗺 pun jadi 𝘀𝗮𝗸𝘀𝗶, diangkut ke mahkamah. Didakwa dalam tilam tu ada 𝗯𝘂𝗹𝘂 DS Anwar. Tak ke bodoh cerita macam tu. Aku yang pro UMNO masa tu pun nampak benda tu mengarut sangat.
Itu yang pertama. Tapi walaupun waktu itu berlaku penjarahan harta negara, hidup rakyat masih lagi tak begitu terbeban. Belanjawan negara 𝙨𝙪𝙧𝙥𝙡𝙪𝙨. Hutang tak bertimbun. Inflasi stabil.
Tapi bila 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 jadi PM, negara terus hancur. Hutang negara berganda nak tampung keborosan dia. Saban tahun hutang baru meningkat. Sampailah ke hari ini, tapi DS Anwar dah berjaya kurangkan 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗿𝘂. Inflasi mencanak. Harga barangan naik berganda.
Najib sebat duit negara masuk akaun dia. Kemudian rakyat pula dipaksa bayar 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 untuk bayar hutang yang dia buat. Sedangkan dia mewah berjalan satu dunia, kumpul aksesori mahal.
Negara ni hancur masa Najib berkuasa. DS Anwar duduk sebagai pembangkang masa tu. Akmal lupa ke? Dan lebih malang lagi, 𝗵𝗮𝗺𝗹𝗮𝘂-𝗵𝗮𝗺𝗹𝗮𝘂 yang bersama Najib hancurkan negara masa tu 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗕𝗡 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶! Dan pada hamlau tu kita nak berikan mandat?
Tambahan lagi, walaupun Najib telah sah dibuktikan 𝗽𝗲𝗿𝗼𝗺𝗽𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮, UMNO masih nak bebaskan Najib. Pemimpin UMNO tak anggap perbuatan Najib rompak kekayaan negara tu sebagai satu kesalahan pun!
𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗵. Dia nak ungkit cerita masa di mana DS Anwar dalam UMNO jadi TPM. Tapi dia sendiri tak tahu apa terjadi. Masa tu Akmal ABC pun tak kenal lagi. Nak cebuk berak sendiri pun tak reti.
Dan paling bongok, dia lupa negara ni paling hancur masa Najib jadi PM. Dia tak ungkit benda tu pulak. Ini ada hati nak mengungkit cerita zaman DS Anwar jadi TPM. Otak cedera ke? Guane boh?






TAPI MCA SEMPAT HINA HADI MACAM MONYET

 




PAS > hudud.

Hadi kata PAS boleh baik dengan MCA sebab MCA cuma 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗵𝘂𝗱𝘂𝗱, tapi 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦. Maknanya tak kisah lawan hukum Islam, asalkan jangan lawan PAS je?

Adakah itu maknanya PAS lebih tinggi kedudukannya berbanding hukum Allah? Bukan ke dulu Hadi pernah kata hudud ni 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 sampai 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿 kalau tak laksanakan?

Dan adakah ini bermakna PAS akan tolak orang yang lawan PAS walaupun orang itu besar jasanya kepada Islam, malah lebih banyak bantu bangunkan Islam di negara ini berbanding PAS sendiri?

Jadi maknanya, 𝗣𝗔𝗦 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 lebih daripada Islam. Itu bermakna PAS bukan Islam. PAS cuma parti politik je. Terbukti Islam cuma kenderaan untuk PAS tunggu demi dapatkan kuasa.

Dan satu perkara yang Hadi mungkin lupa. Dulu ada 𝗮𝗸𝗵𝗯𝗮𝗿 𝗖𝗶𝗻𝗮 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗠𝗖𝗔 yang menggambarkan PAS sebagai 𝗺𝗼𝗻𝘆𝗲𝘁. Macam tu sekali mereka hina Hadi.

Tapi Hadi apa kisah. Asalkan 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺 terhadap DS Anwar terbayar dan asalkan boleh dapat kuasa, kena hina pun kena hinalah. Guane boh?


Dia Eric See-To - Lim Sian See sibuk lagi nak petik petik Selangor

 


Ahmad Faizuddin




Dia Eric See-To - Lim Sian See sibuk lagi nak petik petik Selangor

Jangan sibuk nak bandingkan sangat
Jauh lagi nak kejar
Kita tumpang happy dengan kadar pertumbuhan kdnk Johor yang meningkat 8%
Kita tumpang happy kerana projek Dan inisiatif persekutuan dibawah Anwar Ibrahim untuk Johor
Dinikmati hasilnya untuk rakyat Johor Dan Malaysia jua akhirnya .
(aku tak paham macamna orang boleh angguk terus je dengan poster uncle ni 😅)
By the way link di bawah ini saya dah compile kan perbezaan Johor Dan Selangor

Ramai tak sedar, Ringgit berbanding Singapore Dollar telah merosot puluhan tahun!.

 



Ahmad Faizuddin


Ramai tak sedar, Ringgit berbanding Singapore Dollar telah merosot puluhan tahun!.

Bila nilai Ringgit berbanding SGD semakin menjarak, kuasa beli orang Singapore jadi lebih besar berbanding orang Malaysia.
Siapa yang akan paling terasa?. Orang Johor. Sebab inflasi akan tinggi. Orang Johor terpaksa compete kuasa beli dengan warga Singapore, dalam keadaan kuasa beli yang jauh berbeza.
—-
Sebab tu penting ekonomi ditingkatkan. Supaya nilai Ringgit bergerak mendekati, dan mungkin satu hari nanti setara dengan SGD.
Selepas puluhan tahun jatuh, tanda-tanda awal untuk dipulihkan itu dah nampak!. Bagi masa kepada negara untuk terus dibaik pulih sepenuhnya!.




KERAJAAN PERPADUAN TERBARAI SELEPAS PRN JOHOR?

 



6 Julai 2026
Selepas seminggu tempoh berkempen bagi PRN Johor berlalu, apa yang ketara ialah hubungan mesra antara PH dan BN semakin menuju ke arah perpisahan.
Untuk seminggu lagi yang masih berbaki sebelum hari pengundian pada 11 Julai, pasti episod serang menyerang lebih panas lagi.
Meskipun di pusat, kedua-dua parti masih kekal bekerjasasama, tetapi nada kempen kedua-dua belah pihak seperti tiada garis merah sebagai sempadan.
Pemimpin PH dan BN menibai serta menghentam antara satu sama lain seolah-olah mereka bukan rakan dalam kerajaan perpaduan.
Di pihak PH, mereka menghentam BN sebagai parti yang rasuah dan suka curi wang negara, tidak boleh diberi kuasa serta dikaitkan dengan kedudukan Najib Razak yang kini dipenjara atas kesalahan rasuah.
Ucapan Anwar Ibrahim dalam kempen-kempennya sangat jelas bermaksudkan begitu.
"Kalau mahu jaga negara, nombor satu, ketua-ketuanya mesti betul. Kalau kaki curi, tak boleh.
“Mereka mahu mengawal semula negara. Tapi kalau kawal untuk apa? Ada dia cerita, kita mahu satu negara yang lebih bersih, tiada rasuah?
"Kalau ada pasukan yang jauh lebih baik daripada PH, saya tabik, silakan. Tapi, kalau yang saya kenal, tak boleh (perintah negara)…jahanam,” demikian antara petikan ucapan Anwar ketika berkempen.
Di pihak BN, mereka pula tidak berselindung lagi mula mengungkit-ungkit sokongan yang diberikan kepada Anwar sehingga beliau boleh menjadi Perdana.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki adalah antara yang paling terbuka mengungkit sokongan tersebut.
Kata mereka, dengan menang hanya 82 kerusi Parlimen, PH tidak mungkin dapat sampai ke Putrajaya jika tanpa sokongan 30 kerusi daripada BN.
Secara jelas, kedua-dua mereka mahu PH sentiasa sedar diri serta tidak memandang rendah kepada BN.
Realitinya, baik PH mahu pun BN, kedua-duanya sedang ghairah untuk menang di Johor.
Bagi BN, mereka ingin menang di Johor kerana mahu mengekalkan kuasa yang sedia ada di negeri itu, selain mahu menjadikannya sebagai lonjakan untuk memenangi PRU16 akan datang.
Menang di Johor, kemudian bahangnya dibawa ke Negeri Sembilan dan Melaka, ia dikatakan akan mencerahkan peluang BN kembali menerajui negara.
Di pihak PH, walaupun tiada apa-apa yang terjejas jika mereka kalah di Johor, tetapi kekalahan itu boleh juga merupakan petunjuk awal kejatuhan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Maka itulah, Anwar dan PH seboleh mungkin cuba mengelak bala awal tersebut.
Namun demikian, dalam keghairahan menang di Johor, sebenarnya ada perkara yang telah mula terkorban iaitu hubungan mesra antara PH dan BN yang telah terbina sejak 2022 lalu.
Melihat makin panasnnya bahang menghentam, menyerang dan mengungkit di PRN Johor dan selepas ini bakal berpanjangan lagi ke Negeri Sembilan dan Melaka, adalah sukar untuk mengharapkan kerajaan perpaduan ini mampu bertahan hingga ke hujung penggal.
Selepas ini, pemimpin PH dan BN pasti sukar bekerjasama seperti dahulu, bahkan antara Anwar dan Zahid Hamidi pun tentunya lebih banyak syak wasangka daripada rasa percaya.
Kalau tidak selepas Johor, mungkin selepas Negeri Sembilan dan tidak sempat PRN Melaka, kerajaan perpaduan ini hampir pasti akan terbarai sudahnya. - ShahbudinHusin 06Julai2026.

Ucapan Dr Mujahid Yusof & Syed Ibrahim di Jelajah Johor Ke Depan Undi Harapan @ Tangkak


 

Ucapan Mat Sabu di Jelajah Johor Ke Depan Undi Harapan @ Masai


 

PRN JOHOR! SOROKAN PANAS RAKYAT JOHOR! PMX DENGAN UCAPAN SERIUSNYA!


 

Rakyat Johor berang bila PRN rupanya untuk lepaskan Najib

 

Norman Radzuan







Rakyat Johor berang bila PRN rupanya untuk lepaskan Najib

NAK BEBASKAN AYAH, RAKYAT JOHOR DIBULI
Bila anak Najib ini beritahu jika undi BN menang besar, bapanya akan bebas…respon rakyat Johor sgt marah.
Seorang brother mekanik motor beritahu, “‘Dia ingat org Johor ini bodoh sgt ke. Kami hairan tiba2 pilihanraya rupanya Onn sepupu mereka guna rakyat Johor nak lepaskan Najib bukannya nak lepaskan masalah rakyat yg masih ramai dlm kemiskinan.
Kajian dibuat hingga 11 mlm tadi, ribuan rakyat Johor berang dan menzahirkan di semua platform…’ org Johor bukan sebodoh disangka dgn segala cacian dilemparkan.’
Bila Onn menggunakan rakyat Johor konon rindukan Najib, graf sokongan kpd UMNO Johor jatuh teruk. Non malay dari kaum Cina dan India sgt berang bila undang2 negara seolah dipermainkan.
Tanda tanya kejutan pilihanraya mengejut ini rupanya bukan utk membela rakyat tetapi hanya utk membela Najib Razak yg dianggap pemimpin paling korup dlm sejarah dunia moden.
Sinis seorang bangsa Johor di kedai kopi… ‘rompak harta rakyat utk keluarga hidup senang sampai ke anak cucu cicit, kemudian keluarga mereka pergunakan rakyat nak bebaskan bapa dia…?’




Berombak dada aku dengar ucapan YB Dr. Haim Hilman. Sebagai bekas NC UUM, pandangan beliau pastinya ada wibawa dan berat.

 

Nazri Haris





Berombak dada aku dengar ucapan YB Dr. Haim Hilman. Sebagai bekas NC UUM, pandangan beliau pastinya ada wibawa dan berat.

Beliau bukan calang-calang tokoh akademik.
Bila disebut ada lebih 56 ribu pelajar asing di universiti awam kita,
dan 32 ribu daripadanya adalah dari negara China, automatik timbul rasa bimbang.
Hati aku terdetik, biar betul?
Habis tue macam mana dengan nasib anak-anak bangsa kita?
Macam mana dengan anak-anak golongan miskin di ceruk kampung, anak-anak cemerlang tapi keluarga tak mampu nak hantar ke IPTS kerana mahal?
Takkanlah tempat mereka di IPTA dah kena sapu dengan pelajar luar?
Seriau dan marah juga bila fikirkan hak anak tempatan macam diketepikan.
Aku yakin dengan kewibawaan dan kerisauan YB Dr. Haim.
Tapi, aku taklah percaya bulat-bulat.
Jadi aku ambil masa sikit untuk kaji silang kenyataan beliau dengan data rasmi dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bila diselak helaian demi helaian fakta, barulah nampak gambaran yang jauh berbeza.
Naratif yang dibawa nampak macam logik, tapi sebenarnya banyak fakta penting yang diletakkan di luar konteks.
Pertama, isu kuota anak tempatan dirampas pelajar asing.
Faktanya, sistem kemasukan untuk anak tempatan dan pelajar antarabangsa adalah dua laluan yang berbeza sama sekali.
Anak-anak kita masuk melalui sistem UPUOnline, di mana yuran mereka disubsidi dengan sangat tinggi oleh kerajaan.
Pelajar asing pula masuk melalui laluan antarabangsa (direct intake).
Mereka bayar yuran penuh antarabangsa, tiada satu sen pun subsidi.
Menteri Pendidikan Tinggi sendiri sudah tegaskan, kuota kerusi untuk anak tempatan tidak pernah dipotong atau dikurangkan semata-mata untuk beri laluan kepada pelajar asing.
Kerusi anak kita selamat dan kekal dilindungi.
Kedua, persoalan kenapa lambakan pelajar asing sampai 72% peratus keseluruhan ini tertumpu di 5 universiti utama iaitu UM, UKM, USM, UPM dan UTM.
Jawapannya mudah, iaitu Dasar Pengantarabangsaan dan Petunjuk Prestasi (KPI) ranking global.
Kelima-lima ini adalah Universiti Penyelidikan (RU).
Untuk meletakkan nama universiti Malaysia bersaing dalam senarai QS World University Rankings,
indikator penyumbang markah yang sangat besar adalah nisbah pelajar dan staf antarabangsa.
Tambahan pula, universiti perlu menjana pendapatan sendiri.
Dengan yuran berlipat ganda yang dibayar oleh pelajar asing inilah universiti dapat buat subsidi bersilang.
Duit yuran mereka digunakan untuk selenggara makmal, baiki fasiliti, dan naik taraf kemudahan yang akhirnya diguna pakai dan dinikmati oleh anak-anak tempatan kita juga.
Lagipun, kalau kita nak belajar di luar negara, mestilah lebih cenderung pilih universiti yang popular dan ada nama yang baik.
Samalah macam mereka.
Ketiga, dakwaan 1.65 juta siswazah terpaksa bawa e-hailing kerana dasar ini.
Ini adalah satu kesilapan logik (false causality) yang digunakan untuk memancing emosi.
Pelajar asing datang bawa duit, belajar di sini, menyumbang kepada ekonomi setempat seperti bayar sewa rumah dan beli makanan, kemudian mereka balik ke negara asal.
Mereka langsung tidak bersaing dengan anak kita untuk jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau pasaran kerja tempatan.
Data DOSM jelas mengakui wujudnya isu graduan bekerja di bawah kelayakan, tetapi ia berpunca daripada ketidaksepadanan industri (industry mismatch).
Sektor swasta kita lambat mencipta peluang kerja berkemahiran tinggi yang cukup, bukannya sebab kerusi universiti anak kita dirompak oleh pelajar asing.
Aku setuju, nombor bancian yang dipetik itu memang wujud, tetapi cara ia dijelaskan telah mencipta satu gambaran yang tidak tepat.
Dasar membenarkan pelajar antarabangsa masuk diamalkan di seluruh dunia,
ia menguntungkan negara dari sudut kewangan dan reputasi akademik, tanpa mengorbankan walau satu pun tempat anak tempatan.
Kita semua sayang dan risaukan masa depan pendidikan negara, tapi biarlah kerisauan itu berlandaskan fakta yang terang dan nyata.
Jika sekalipun kita nak perjuang nasib pendidikan anak bangsa, bawalah fakta dan info yang tepat, tanpa 'misleading'.
Andai tidak, malulah kita pada gelaran yang tertera di sijil dan di dada.
Lebih dahsyat, ramai yang tidak tabayyun tweus percaya.
Demikianlah...








Ketirisan minyak masak bersubsidi berjaya dikekang, 5.26 juta rakyat dah daftar eCOSS


 


Seramai 5.261 juta rakyat Malaysia telah mendaftar menggunakan sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) setakat 3 Julai lalu

Perkembangan positif itu sekali gus membantu memperkukuh pemantauan pengedaran minyak masak paket bersubsidi satu kilogram dan mengekang ketirisan di pasaran.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh, aplikasi yang dilaksanakan secara rintis sejak 1 Mei 2025 itu turut merekodkan purata 14 juta transaksi setiap bulan.

“Kita lihat pada Jun 2025 terdapat sembilan aduan, namun pada Jun 2026 hanya dua aduan direkodkan. Ini menunjukkan penurunan yang ketara dari segi jumlah aduan.

“Begitu juga dengan jualan minyak masak paket. Di Johor, sebanyak 580,000 pengguna telah memuat turun aplikasi ini. Pada Jun 2025, jualannya hanya 1,350 paket.

“Tetapi selepas aplikasi e-COSS digunakan oleh 580,000 pengguna di Johor, jualan meningkat kepada 1.96 juta paket.

“Ini menunjukkan peningkatan yang sangat ketara di Johor, bukan sahaja dari segi pengurangan aduan ketidakberadaan, tetapi juga peningkatan penggunaan secara keseluruhan,” katanya.

Dr Fuziah menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin mengenai keberkesanan pelaksanaan aplikasi Mobile eCOSS sejak Mei 2025 dalam mengekang ketirisan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram di peringkat runcit.

Wakil rakyat DAP itu turut bertanyakan langkah kementerian menangani aduan rakyat khususnya warga emas dan golongan kurang mahir di kawasan pedalaman serta luar bandar.

Mengulas lanjut, Dr Fuziah memaklumkan bagi memastikan warga emas tidak tercicir, KPDN mengekalkan kaedah pembelian secara manual bagi pengguna tanpa telefon pintar, selain menyediakan bantuan di premis peruncit serta mempergiatkan usaha penerangan.