
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pengerusı Pakatan Harapan berucap pada program Jelajah Harapan FELDA sempena kemper Plllnan Raya Umum Johor ke-16 di Dataran Kompleks FELDA Palong Timur 2, Segamat pada 5 Julai 2026. Foto PMO
SEGAMAT, 5 Jul – Isu penyediaan tapak perumahan bagi generasi kedua FELDA, yang telah berlarutan sejak sekian lama, akan diselesaikan dengan memperuntukkan tapak bersesuaian di kawasan yang dikenalpasti, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaannya bagaimanapun memerlukan kerjasama kerajaan negeri, memandangkan urusan tanah serta penyediaan prasarana asas berada di bawah bidang kuasa negeri berkenaan.

“Keputusan dasar kita adalah untuk cari penyelesaian supaya ada pembelaan, jaminan tapak tanah bagi generasi kedua FELDA. Itu dasar.

“Saya telah beritahu, saya mahu masalah-masalah yang dibangkitkan berpuluh tahun generasi kedua ini, diselesaikan sementara saya jadi Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab dalam soal FELDA,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada program bertemu masyarakat di Dataran Putra FELDA Palong Timur di Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, di sini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor yang juga Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta Timbalan Menteri Perpaduan Negara merangkap Ahli Parlimen Segamat R. Yuneswaran.

No comments:
Post a Comment