Bila Serikandi lebih berbahaya drp PATI (LM)

Bila Serikandi muncul di Sabah, Musa Aman tiba-tiba kehilangan tel*r!!

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) khususnya daripada Filipina dan Kepulauan Sulu, bebas keluar masuk ke Sabah. malah, mereka bebas keluar masuk Sabah dengan bersenjata hinggalah tercetusnya keganasan di Lahad Datu.

Malah, kemungkinan pada masa sekarang, pergerakan keluar masuk mereka adalah bebas,seperti keadaan sebelum tercetusnya peristiwa keganasan menjelang pilihan raya umum yang lalu. 

Persoalan Kota Damansara: Pengajaran Yang Perlu Diambil

 BUKAN SAHAJA DI KOTA DAMANSARA. BANYAK TEMPAT LAGI AKIBAT RASA GAH DAN BANYAK SOKONGAN.KALAU DAH GAH DAN RASA BANYAK SOKONGAN TAK MENANG JUGA. DI PAHANG NI ADA BEBERAPA TEMPAT YANG MALAS NAK CERITA. DI BERA, DI DAMAK, DAN BANYAK LAGI....TAK MENANG JUGA.TERIMA KASIH LA YB KERANA YAKIN DAN PERCAYA BAHAWA SEBENARNYA KERJASAMA ITU PENTING DAN HANTU BODEK DALAM PAS NI PUN BANYAK.YANG CELAKANYA ADA JUGA YANG NAK CUBA LAGI JOIN UMNO.

 

 My Photo

 

Persoalan Kota Damansara: Pengajaran Yang Perlu Diambil

Oleh kerana banyaknya tulisan yang membincangkan isu Kota Damansara (KD) sedang tersebar melalui blog, komuniti online, laman sosial dan sebagainya; dan sebahagian besar darinya diselitkan fakta dogengan dari penglipur-lara, maka saya rasa terpanggil untuk menulis respon terhadapnya. Ini adalah untuk menyelamatkan sahabat-sahabat yang bersifat lurus dari tertipu dengan fakta-fakta dogengan sehingga memanjang-manjangkan fakta tersebut dan dengan itu mendapat dosa kering.

Saya menulis respon oleh kerana mengambil kira dosa yang mungkin akan ditanggung mereka yang lurus ini dan bukan untuk membela diri semata-mata kerana seperti selalu, saya amat berterima kasih atas ‘pahala subsidi’ yang dihasilkan untuk saya oleh golongan-golongan penglipur-lara ini. Dulu ini juga yang saya alami apabila berhadapan dengan bekas Pesuruh Jaya PAS Selangor yang ingin gagalkan PR. Terdapat orang sama juga yang terlibat dan perkara yang sama seolah berulang kembali. Walaubagaimanapun, kesudahan kepada kisah penglipur-lara ini masih belum tamat dan insyaAllah akan dapat kita saksikan bersama.

Saya akan keluarkan respon saya secara berperingkat. Pertama berhubung strategi, kedua dari sudut akhlak jamaah Islam; ketiga berhubung 2 kawasan contoh dan keempat kisah dogeng berhubung KD. Harap tunggu semua tersiar, baca kesemuanya, baru respon sekiranya mahu.

Pada bahagian keempat penulisan ini saya akan cuba senaraikan fakta dogengan penglipur-lara rekaan golongan ini. Amatlah mendukacitakan apabila dilihat sebahagian dari mereka terdiri dari golongan yang berlatarbelakangkan Agama Islam. Sepatutnya mereka inilah yang menasihati golongan pereka cerita untuk berhenti dari menabur fitnah.

1) BERTANDING DI KOTA DAMANSARA DARI SUDUT STRATEGI

Ketepatan dan kebijaksanaan di sebalik sesuatu keputusan atau strategi biasanya akan dapat dibaca sebaik sahaja ianya dilaksanakan dari kesan dan natijah yang terhasil. Sebagai contoh mudah, keadaan seorang pemandu yang apabila tiba di simpang tiga tidak tahu hendak ke kiri atau ke kanan. Beliau membuat keputusan untuk ke kanan dan selepas setengah jam memandu mendapati keputusannya tersilap! Dari Kajang nak ke KL tiba-tiba baru disedari menuju ke Seremban! Beliau bukan berada di tempat yang ditujui, malahan semakin jauh. Natijahnya adalah bukti keputusannya silap.

Berdasarkan natijah yang tercapai, hakikat bahawa pertandingan tiga penjuru di Kota Damansara adalah satu kesilapan pasti diakui oleh semua yang bersikap objektif dan terbuka, yang melihatnya dari sudut yang tepat, terpisah dari sebarang perkiraan peribadi.

Hakikatnya, hasil dari tindakan ahli PAS di Kota Damansara bertanding setelah PKR menurunkan Dr Nasir sebagai calonnya, natijahnya tiada satu pun yang baik. Kecuali, dapat memuaskan nafsu golongan yang teringin sangat bertanding.

Mari kita lihat pada natijahnya secara objektif dan jawab sendiri samada tindakan tersebut lebih maslahahnya atau mafsadahnya bagi PAS. Maka apakah natijah-natijahnya? Ianya seperti berikut:

i) Kerusi Kota Damansara jatuh pada UMNO/BN.Rakyat ingin menolak UMNO/BN tetapi tindakan PAS menyebabkan pengundi-pengundi Kota Damasara terpaksa menerima UMNO/BN sebagai yang mewakili mereka. Dari sudut ini kita telah khianati kehendak rakyat dan kehendak Pakatan Rakyat sendiri. Sedangkan UMNO adalah saingan utama PAS dan memenangkan UMNO merugikan PAS.

ii) Hubungan PKR dan PAS menjadi tegang dengan tersiarnya kenyataan tegur-menegur yang dieksploitasi akhbar. Hubungan di Kota Damansara sendiri sudah pasti rosak dan isu ini mampu juga merosakkan PR sehingga diperingkat seluruh Negara apabila dilihat tindakan PAS menyebabkan PKR kehilangan satu kerusi.

iii) Hubungan PAS dengan PAS juga terjejas apabila ahli yang tidak setuju dengan tindakan ‘melanggar janji’ oleh PAS KD dituduh pula sebagai terlalu pro-PKR atau pro PSM! Saya diberitahu Cikgu Pa (SUA) sendiri telah diserahkan borang keahlian PSM oleh ahli-ahli PAS KD pada malam beliau turun ke KD untuk mengesahkan calon PKR sebagai calon PR yang rasmi.

iv) Komitmen PAS terhadap PR dipersoalkan masyarakat apabila dilihat PAS sanggup memenangkan calon UMNO di KD. Sepertimana PSM dituduh agen UMNO/BN di Semenyih, kerana sanggup memecahkan undi PR, begitu juga tuduhan sama dilemparkan terhadap PAS hasil tindakan PAS KD. Maka hantu UG dihidupkan kembali oleh musuh musuh PAS yang ingin masyarakat sangsi terhadap PAS!


Amat jelas bahawa kesemua 4 natijah di atas yang dihasilkan adalah tidak baik. Lainlah kalau memang terbuku dihati ingin UMNO menang, supaya hubungan PAS/PKR tegang, PAS/PAS bergaduh dan masyarakat sangsi akan komitmen PAS terhadap PR!

Oleh itu, amat jelas juga bahawa bertanding di KD tidak berbaloi! Sekiranya tindakan sebaliknya diambil pada masa itu (persimpangan untuk membuat pilihan), kesemua natijah buruk di atas insyaAllah dapat dielakkan. UMNO tersungkur di Kota Damansara, hubungan PAS/PKR dan PAS/PAS serta imej PAS tidak terjejas.

Oleh itu dari sudut strategi ianya perlu diakui sebagai satu kesilapan dan ditolak.

Apabila diakui sebagai kesilapan dan ditolak, tidak bererti ditolak orang-orang tertentu. Kita semua faham keputusan berhubung strategi itu adalah ijtihad. Dan pemimpin berhak membuat ijtihad. Tetapi sepertimana kita juga tahu, ijtihad itu boleh betul atau tersilap. Ijtihad silap oleh pemimpin atau hakim tetap mendapat satu hasanah selagi ianya dibuat secara ikhlas. Walaupun mendapat satu hasanah, tidak bererti ianya perlu dipertahankan setelah kesilapannya jelas kelihatan. Mempertahankan ijtihad yang salah, setelah sudah jelas kesilapannya adalah kerja-kerja membodek pemimpin yang dikutuk Allah!

Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya! Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri. Yang lain boleh teruskan menyatakan ‘sayang’ mereka terhadap pimpinan dan terus ‘membodek’ mereka.

Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini. Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar.

“AsSidduku amaanah wal kadzibu khiyaanah”, kata-kata Saidina Abu Bakar (RA) kepada ummat Islam sebaik sahaja beliau dipilih menjadi khalifah. Cakap benar (iaitu menegur apabila berlaku kesilapan) adalah amanah dan berdusta (iaitu membodek dan menafikan kesilapan pemimpin) adalah khianat!

Saya tidak sanggup khianat.

Bertandingnya PAS di Kota Damansara merupakan satu kesilapan dan natijahnya adalah bukti dan dalil akan kesilapan itu!

Saksikan wahai Allah bahawa saya telah memenuhi tanggung jawab saya pada pimpinan saya!

Bersambung...

WaLlahu 'Alam

KHAS UNTUK RAKYAT KEDAH.

SABM Melbourne says that arrests of opposition leaders and democracy activists unhelpful.

Press Release May 30, 2013

SABM Melbourne says that arrests of opposition leaders and democracy activists unhelpful.

Praveen Nagappan, President of the Melbourne chapter of Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM Melbourne), today described the arrests of opposition leaders and democracy activists under colonial-era sedition laws as unhelpful.

“After all, a number of people on the government side have made inflammatory and hurtful remarks but the Malaysian government has taken no action”, said Mr Nagappan.

“In fact, the Prime Minister, Najib Razak only last year promised to repeal the Sedition Act, which was introduced during British colonial rule, and replace it with new laws that ensure both free expression and public peace”, said Mr Nagappan.

“The arrests will not deal with the root cause of public tension which is deep concern about the conduct of the 13th general election. The Malaysian government should instead use this opportunity to reconstitute the Election Commission with eminent persons who have the confidence of the public.”

“This would help to build a fresh start and address the concerns of the public including cleaning up the electoral roll and redrawing the electoral constituencies. It will also help build national reconciliation, something that the Government has indicated that it would like to promote to help heal the racial and political divisions that have sparked in the wake of the 13th general election”, said Mr Nagappan. 

Praveen Nagappan 
President, SABM Melbourne

Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) Melbourne is a group of like-minded Malaysians who have come together with the intention of promoting improved electoral governance in Malaysia.

Umno DENGAR INI


UNDIAN ORANG RAMAI DAN PANDANGAN HARUSSANI BERBEZA.APA PULAK PANDANGAN ULAMA LAIN?

Aku terbaca dengan pandangan Harussani ini , sama juga dengan kenyataan semalam oleh
Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah. tapi  undian orang ramai di Sinar menunjukkan bahawa kenyataan dua orang yang memegang jawatan ini berlainan pula nadanya.
Seorang menjadi timbalan menteri besar negeri yang di perintah 25 tahun oleh Tn Guru Nik Aziz dan seorang lagi pula mufti seumur hidup negeri Perak yang semua orang tahu dan kenal dengan komen ke Umno annnya. Jadi mana satu yang nak pakai ni?


PRESIDEN TAK HADIR????




Nik Mohd. Amar Nik Abdullah

Adakah anda bersetuju dengan Himpunan 505 membantah keputusan PRU13?

Ya
71 % (18523)
Tidak
29 % (7508)
Jumlah Undian: 26031

INI MAJLIS SYURA.MAJLIS ULAMA PULAK TAK TENTU HALA.BANYAK SANGAT JURUCAKAP PAS NI.

VIDEO INI CUBA NAK DI UPLOAD MACAM DAH HILANG PULAK.



Kini puak Umno sertai Zam: WE HATE PM! (LM)

Selepas bekas Menteri Penerangan, Zainudin Maidin (ZAM) menghentam kempen 'I LOVE PM' yang dianggap sokongan penuh kepura-puraan terhadap najib menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, puak-puak Umno semakin berani menyuarakan apa yang sekian lama telah disuarakan oleh pihak Pakatan Rakyat - Naib mesti turun!