Alhamdulillah.. raya tahun ni kita tak dengar harga barangan keperluan macam ayam naik mendadak.
Ya.. memang ada beberapa hickup dalam masa sekarang terutama kenaikkan harga diesel yang menggila. Tapi jangan kita lupa yang kenderaan perdagangan ada diberi kad fleet untuk kenderaan komersial menikmati subsidi. Untuk kenderaan diesel persendirian pula BUDI Diesel RM300 sebulan juga diberikan dengan syarat warga negara dan pendapatan tidak melebihi RM100,00 setahun.
Jangan lupa juga.. dulu harga ayam ada caj potong sekali dan minyak masak peket ghaib dalam pasaran time nak raya.
Jadi.. sempena 1 syawal yang mulia ini, bersyukur lah kepada nikmat yang kita perolehi dan Janganlah kutuk kerajaan pagi pagi raya ni.. hihihi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kerajaan berusaha sebaik mungkin menahan kenaikan harga minyak demi melindungi rakyat.
“Hakikatnya, kenaikan harga minyak yang dirasai hari ini bukan berpunca daripada kelemahan mana-mana pihak apatah lagi kegagalan kerajaan, sebaliknya dunia sedang berdepan krisis yang meruncing apabila konflik geopolitik menjejaskan bekalan tenaga global termasuk laluan strategik seperti Selat Hormuz sehingga menyebabkan harga melonjak di seluruh dunia.
“Dalam keadaan ini, Kerajaan MADANI memilih jalan yang lebih berat tetapi berprinsip, menahan kenaikan demi melindungi rakyat ketika banyak negara terpaksa membiarkan harga bahan api meningkat dan Malaysia masih mempertahankan harga RON95 pada kadar RM1.99 setakat ini,” kata beliau dalam posting di facebook pagi ini.
Justeru, katanya, usahlah kita terperangkap dalam naratif sempit yang hanya menyalahkan kerajaan tanpa memahami konteks sebenar kerana ini bukan krisis tempatan tetapi gelombang global yang menuntut kita semua bersikap rasional dan berlapang dada.
“Saya juga menyeru agar kita terus memperkukuh kebersamaan, menolak perpecahan dan memelihara semangat ihsan yang menjadi teras negara ini.
“Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus berikhtiar dengan penuh iltizam bagi menjamin kesejahteraan yang lebih menyeluruh dan inklusif buat seluruh rakyat,” katanya.
PM Anwar turut berkesempatan mengadakan pertemuan santai bersama pimpinan komuniti di Permatang Pauh, ruang yang amat bermakna untuk mendengar sendiri denyut nadi rakyat, menyelami keperluan setempat serta bertukar pandangan secara terbuka dan jujur.
Dalam pertemuan ini, beliau turut menyentuh isu-isu semasa termasuk konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun dalam suasana mencabar ini Malaysia tetap berupaya mengurus keadaan dengan penuh tanggungjawab dan pertimbangan yang teliti.
Malaysia mengekalkan Harga minyak Ron95 RM1.99 untuk semua rakyatnya Ketika negara-negara jiran mula menghadapi krisis bekalan bahan api dan tenaga itu.
Thailand dan Vietnam menjadi negara yang paling terkesan ekoran kenaikan Harga minyak akibat perang di timur tengah.
Gelagat Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Hanapiah Mat mempamerkan di dalam facebook beliau menaiki helikopter untuk berhariraya menerima kecaman berat dari rakan-rakan beliau.
Ini kerana, tindakan beliau mempamerkan kemewahan ketika negara menuntut kita bersederhana akibat perang, sangat tidak disenangi rakan-rakan facebook beliau.
Kerajaan meminta semua pihak bersederhana dan berjimat bagi menangani perang di timur tengah kerana dunia sekarang berdepan dengan krisis tenaga.
Negara jiran Thailand dan Vietnam terpaksa mencatu bekalan minyak dan gas untuk rakyat mereka ekoran kekurangan bekalan selepas 20 peratus bekalan tenaga dunia tersekat di Selat Hormuz.
“Dalam keadaan diesel mahal sekalipun, Exco Ganu masih mampu guna heli untuk beraya ke sana ke mari. Mesti level yang setanding dengan PMX,” tulis Ezani Ismail, salah seorang dari hamper 400 yang membuat komen terhadap posting beliau.
Tindakan Adun Kijal ini juga disifatkan sebagai takbur dan ada juga yang menyifatkan tindakan ini sebagai menganjing kepada Perdan Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa selalu naik helicopter.
Wan Jamal menulis, “Untung lah jadi YB.. rakyat sesak atas jalan Yb relex je.. takbur boleh naik helikopter.. terbaik YB susah nak cari YB macam ni takbir.”
Tindakan pemimpin Pas yang berhadapan dengan dakwaan oleh SPRM kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan pekerjaan dalam syarikat yang dikuasai juga tidak disenangi oleh musuh Pas.
“Orang kaya raya buat apa pun boleh . Kecuali rakyat yang miskin. Nok bayar duit sewa rumah pun x mampu. Mental pemimpin PAS PIS pus ni,” tulis Jamalludinn Abdullah.
PENDAPAT, 22 Mac – Segala inisiatif dan ikhtiar yang digerakkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum, semasa dan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini jelas memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan rakyat dapat menyambut lebaran dengan penuh keceriaan tanpa dibelenggu kebimbangan terhadap kos sara hidup.
Tidak seperti Thailand yang menyambut Aidilfitri serba kerisauan kerana harga petrol meningkat ketara, di Malaysia langsung tidak berlaku kereta berbaris di stesen minyak malah harga petrol RON95 kekal RM1.99 seliter sehingga ke hari ini.
Inilah kaedah dan pendekatan menyeluruh dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI merangkumi aspek bahan api, barangan keperluan serta kemudahan perjalanan pulang ke kampung. Foto PMO
Ketidak tentuan global disebabkan konflik di Asia Barat benar-benar menguji daya tahan ekonomi negara terutama subsidi bahan api melonjak kepada RM2 bilion sebulan sejak 28 Februari lepas.
Inilah kaedah dan pendekatan menyeluruh dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI merangkumi aspek bahan api, barangan keperluan serta kemudahan perjalanan pulang ke kampung.
Sebelum Aidilfitri, kerajaan mengambil langkah proaktif dengan mengekalkan harga petrol bersubsidi RON95 pada kadar antara yang termurah di dunia, sekali gus memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan kos perjalanan.
Para perantau pulang ke kampung dengan penuh semangat beraya namun adakah mereka bersyukur dengan inisiatif dan ikhtiar Kerajaan MADANI?
Pemantauan harga barangan asas dipertingkatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengelakkan kenaikan harga yang melampau, terutama ketika permintaan meningkat menjelang musim perayaan.
Semasa musim perayaan, kerajaan turut memutuskan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan beban pengguna lebuh raya, termasuk pelaksanaan diskaun tol 50 peratus pada 18 dan 19 Mac lepas.
Jelas kelegaan terpancar di wajah pengguna lebuh raya tanpa mengira kaum turut menikmati diskaun tol sepanjang 48 jam dan mengurangkan beban berhari raya atau bercuti dalam negara.
Inisiatif ini yang menelan kos lebih RM20 juta memberi kelegaan kepada jutaan rakyat yang pulang ke kampung halaman, selain membantu melancarkan aliran trafik di lebuh raya utama.
Selepas Aidilfitri, kerajaan terus memastikan kestabilan bekalan petrol dan barangan keperluan agar rakyat tidak berdepan sebarang kekurangan atau kenaikan harga mendadak. Pendekatan berterusan ini penting bagi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi serta kesejahteraan rakyat selepas musim perayaan.
Dari aspek bekalan dan harga barang, hinggalah diskaun tol dan subsidi petrol untuk rakyat, gabungan inisiatif ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memahami keperluan rakyat pada musim perayaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif ini melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol sempena Aidilfitri 2026 pada 17 Mac 2026.
Usaha bersepadu yang dilaksanakan Perdana Menteri dan kabinet Kerajaan MADANI bukan sahaja membantu mengurangkan beban kewangan, malah memastikan rakyat dapat menyambut Aidilfitri dengan tenang, ceria dan penuh makna tanpa dihimpit kebimbangan terhadap keperluan asas harian termasuk selepas perantau kembali ke ibu kota minggu depan.
Kita berharap rakyat mensyukuri nikmat dan kemudahan yang diberikan kerajaan walaupun juga berharap konflik Asia Barat berakhir sesegera mungkin.
Mangsa, 16, mendakwa dirogol di sebuah rumah di sini, pada awal Mac lalu, dengan kejadian dikatakan berlaku selepas gadis itu keluar bersiar-siar bersama suspek yang baru dikenali di Bandar Maran.
MARAN, 21 Mac – Seorang remaja lelaki yang juga anak kepada wakil rakyat pembangkang di Pahang ditahan untuk siasatan kes rogol membabitkan gadis bawah umur.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, berkata remaja berusia 17 tahun yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu ditahan semalam, sejurus laporan polis dibuat ibu mangsa.
Berdasarkan laporan, katanya mangsa, 16, mendakwa dirogol di sebuah rumah di sini, pada awal Mac lalu, dengan kejadian dikatakan berlaku selepas gadis itu keluar bersiar-siar bersama suspek yang baru dikenali di Bandar Maran.
“Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah rumah dan merogol gadis terbabit.
“Mangsa bagaimanapun memaklumkan kejadian itu kepada ibunya semalam sebelum laporan polis dibuat,” katanya menerusi kenyataan.
Kim Wai berkata, suspek yang ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan hari ini, selepas polis selesai merakam keterangannya.
“Tiada keperluan untuk polis mendapat perintah tahanan reman kerana siasatan terhadap suspek sudah selesai.
“Keterangan dan sampel darah sudah diambil serta pengakuan jelas suspek,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun serta disebat.
Sebelum ini tular di media sosial mendakwa seorang gadis bawah umur dirogol anak kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini.
Pembangkang yang tidak mengundi untuk menyokong rang undang-undang (RUU) berkaitan pengehadan tempoh jawatan perdana menteri mencerminkan penolakan terhadap usaha Anwar Ibrahim menghalang pemegangan kuasa bagi suatu tempoh yang lama. Penganalisis dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Syahruddin Awang Ahmad, berkata pengehadan tempoh jawatan sepatutnya dilihat sebagai sesuatu yang melangkaui kepentingan parti politik.
Mungkin admin takdak lesen memandu atau warga asing sebab itu mereka terkesan dengan kenaikan harga petrol.
Kalau rakyat Malaysia, mereka masih menikmati petrol dengan harga subsidi RM1. 99 seliter melalui Budi Ron 95 walaupun harga minyak dunia melonjak naik.
Kecuali penguna diesel agak terkesan kerana Budi Madani RM200 sebulan tidak lagi mampu menampung harga minyak yang mahal sangat sekarang.Namun kerajaan menambah RM 100menjadikan RM 300.
Polis Sabah kini sedang giat memburu seorang lagi individu dipercayai orang kanan kepada sindiket Kartel Dadah Miekal, yang dikaitkan dengan kes pengedaran dadah terbesar dalam sejarah negeri itu.
Sebelum ini, pihak berkuasa berjaya merampas kira-kira 3 tan dadah dengan nilai anggaran mencecah RM250 juta.
Individu dikehendaki:
Nama: Ong Chun Seong
Umur: 37 tahun
Media sosial (TikTok): @danny28_2
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan.
Seorang isteri warga Selangor yang pulang ke rumah suaminya di Machang Kelantan terkejut kerana kopi Starbucks supply terus air kopi Caramel Macchiato ke rumah mertuanya.