Aidilfitri 2026: Ikhtiar PM Anwar Tambah Ceriakan Rakyat Menyambut Lebaran

 



PENDAPAT, 22 Mac – Segala inisiatif dan ikhtiar yang digerakkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum, semasa dan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini jelas memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan rakyat dapat menyambut lebaran dengan penuh keceriaan tanpa dibelenggu kebimbangan terhadap kos sara hidup.

Tidak seperti Thailand yang menyambut Aidilfitri serba kerisauan kerana harga petrol meningkat ketara, di Malaysia langsung tidak berlaku kereta berbaris di stesen minyak malah harga petrol RON95 kekal RM1.99 seliter sehingga ke hari ini.

Inilah kaedah dan pendekatan menyeluruh dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI merangkumi aspek bahan api, barangan keperluan serta kemudahan perjalanan pulang ke kampung. Foto PMO

Ketidak tentuan global disebabkan konflik di Asia Barat benar-benar menguji daya tahan ekonomi negara terutama subsidi bahan api melonjak kepada RM2 bilion sebulan sejak 28 Februari lepas.

Inilah kaedah dan pendekatan menyeluruh dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI merangkumi aspek bahan api, barangan keperluan serta kemudahan perjalanan pulang ke kampung.

Sebelum Aidilfitri, kerajaan mengambil langkah proaktif dengan mengekalkan harga petrol bersubsidi RON95 pada kadar antara yang termurah di dunia, sekali gus memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan kos perjalanan.

Para perantau pulang ke kampung dengan penuh semangat beraya namun adakah mereka bersyukur dengan inisiatif dan ikhtiar Kerajaan MADANI?

Pemantauan harga barangan asas dipertingkatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengelakkan kenaikan harga yang melampau, terutama ketika permintaan meningkat menjelang musim perayaan.

Semasa musim perayaan, kerajaan turut memutuskan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan beban pengguna lebuh raya, termasuk pelaksanaan diskaun tol 50 peratus pada 18 dan 19 Mac lepas.

Jelas kelegaan terpancar di wajah pengguna lebuh raya tanpa mengira kaum turut menikmati diskaun tol sepanjang 48 jam dan mengurangkan beban berhari raya atau bercuti dalam negara.

Inisiatif ini yang menelan kos lebih RM20 juta memberi kelegaan kepada jutaan rakyat yang pulang ke kampung halaman, selain membantu melancarkan aliran trafik di lebuh raya utama.

Selepas Aidilfitri, kerajaan terus memastikan kestabilan bekalan petrol dan barangan keperluan agar rakyat tidak berdepan sebarang kekurangan atau kenaikan harga mendadak. Pendekatan berterusan ini penting bagi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi serta kesejahteraan rakyat selepas musim perayaan.

Dari aspek bekalan dan harga barang, hinggalah diskaun tol dan subsidi petrol untuk rakyat, gabungan inisiatif ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memahami keperluan rakyat pada musim perayaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif ini melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol sempena Aidilfitri 2026 pada 17 Mac 2026.

Usaha bersepadu yang dilaksanakan Perdana Menteri dan kabinet Kerajaan MADANI bukan sahaja membantu mengurangkan beban kewangan, malah memastikan rakyat dapat menyambut Aidilfitri dengan tenang, ceria dan penuh makna tanpa dihimpit kebimbangan terhadap keperluan asas harian termasuk selepas perantau kembali ke ibu kota minggu depan.

Kita berharap rakyat mensyukuri nikmat dan kemudahan yang diberikan kerajaan walaupun juga berharap konflik Asia Barat berakhir sesegera mungkin.



No comments: