MEMPERLEKEHKAN KIBAR BENDERA PUTIH TANDA HATI TELAH HITAM

 

Mengibar bendera putih sebagai tanda seseorang itu memerlukan bantuan akibat kesusahan hidup disebabkan Covid19 yang melanda negara sekarang seolah-olah sudah menjadi suatu fenomena.

Sudah ramai yang mengibarkannya dan serentak dengan itu, bantuan yang diperlukan pun tiba dengan segera.

Mengibar bendera putih atau apa-apa saja yang berwarna putih di luar rumah sebagai isyarat mereka sedang dalam kesusahan atau putus makanan dan memerlukan bantuan adalah idea yang cukup bernas dan berkesan, walaupun agak simple.

Sehingga ini bukan saja sudah ramai yang telah mendapat manfaat atau bantuan daripada tindakan mengibarkan bendera putih, bahkan beberapa syarikat besar dan pasaraya ternama juga turut tampil memberi sokongan dengan menyediakan bantuan makanan yang diperlukan.

Sebilangan besar wakil rakyat, baik Ahli Parlimen dan Adun juga menyokong penuh idea mengibar bendera putih ini dengan meminta sesiapa saja yang ternampaknya agar segera memaklumkan kepada pusat khidmat atau pejabat mereka agar bakul makanan dapat dihantar dengan segera.

Selebihnya, kibaran bendera putih ini juga dapat merangsang sesiapa saja di kawasan kejiranan masing-masing untuk lebih peka dan ambil tahu kesusahan di persekitaran mereka.

Selain mereka boleh memaklumkannya kepada pusat khidmat wakil rakyat yang berdekatan kiranya ternampak ada bendera putih dikibarkan, seseorang itu juga boleh menghulurkan bantuan peribadi secara langsung jika mereka berkemampuan berbuat demikian.

Pokoknya, kalau tiada bendera putih dikibarkan, susah untuk mengetahui kesusahan yang dialami orang lain.

Di musim pandemik ini, selain wakil rakyat, banyak NGO, hampir semua masjid, surau tertentu dan rumah ibadat bukan Islam juga tidak lupa memainkan peranan mereka menghulurkan bantuan kepada rakyat yang dalam kesusahan dan tidak cukup bekalan makanan.

Makanya, dengan bendera putih dikibarkan sebagai isyarat bantuan diperlukan, mudah-mudahan tiada yang kelaparan atau mati tak makan dapat segera dibantu.


Harus kita sedar, bukan semua orang tahu di mana untuk meminta bantuan ketika mereka dalam kedaaan susah dan tak cukup makan.


Sesetengah masyarakat kita pula masih tebal perasaan malu untuk meminta-minta atau pergi ke pejabat wakil rakyat memaklumkan mereka perlukan bantuan makanan dan sedang dalam kesusahan.


Mereka ini lebih sanggup menggadai barang kemas atau menjual perabot serta hiasan di rumah dan berhutang bagi memperolehi wang untuk membeli makanan.


Sejak pandemik ini melanda lebih setahun yang lalu, bukan saja ramai di antara kita yang jadi susah, hilang pendapatan dan tiada pendapatan, malah jumlah golongan B40 juga turut telah bertambah.


Sebab itu, semalam Anwar Ibrahim tidak lagi menyebut golongan miskin di negara ini sebagai B40 iaitu mewakili 40 peratus penduduk negara seperti yang biasa disebut banyak pihak sejak sekian lama, tetapi mengubahnya kepada B60.


Hakikat yang mungkin kita terlepas pandang, dengan sebahagian besar daripada golongan pertengahan yang mewakili 40 peratus dalam masyarakat atau M40 sudah jadi B40 akibat kejatuhan ekonomi, kemerosotan pelanggan, pengurangan pendapatan dan tutup perniagaan, peratusan golongan tersebut sebenarnya sudah pun mengecil.


Daripada 40 peratus ia hanya tinggal mungkin 20 peratus saja di mana 20 peratus lagi telah berubah menjadi B40 yang menjadikan kedudukan terkini golongan miskin ialah 60 peratus atau dikenali sebagai B60.


Apa yang disuarakan Anwar itu adalah sesuatu yang realistik di waktu yang berlarutan sejak lebih setahun dan kerana itu, beliau menuntut bantuan tunai harus dipertingkatkan lagi kepada golongan B60 agar mereka tidak terperangkap ke jurang kemiskinan yang menyakitkan.


Lantaran itu, melalui kaedah mengibar bendera putih ini ia mampu menyelesaikan masalah mereka yang malu atau tidak tahu ke mana untuk meminta bantuan.


Dengan hanya mengibarkan bendera putih, kain putih, baju T putih atau apa-apa saja yang berwarna putih di luar, orang yang lalu-lalang atau jiran persekitaran dengan sendirinya akan tahu ada yang sedang memerlukan bantuan.


Bukankah ia kaedah yang cukup berkesan untuk membantu mereka yang memerlukan?


Dengan itu, tanpa keraguan bahawa mereka yang menolak, memperlekeh dan mempersenda idea mengibar bendera putih termasuk dengan mengatakan lebih baik mengangkat tangan berdoa kepada Tuhan daripada mengangkat bendera putih yang ditafsirkan sebagai lambang kegagalan atau mengaku kalah, juga mendakwa ini adalah agenda pembangkang dan macam-macam lagi, semuanya adalah golongan yant hatinya telah hitam.


Mereka tidak melihat bahawa apabila ada kesusahan atau orang memerlukan bantuan, ia bukanlah semata-mata ujian kepada golongan terbabit, tetapi ia juga adalah ujian kepada mereka yang kaya dan berkemampuan.


Jangan sesekali menolak, mempersenda dan memperlekeh idea mereka yang sedang berusaha mahu menolong dan membantu, sedangkan mereka sendiri tiada usaha lebih baik daripadanya.


Dalam memberi bantuan atau menolong orang dalam kesusahan juga, agenda politik mestilah diketepikan dan tidak seharusnya dijadikan keutamaan.


Seterusnya, dengan mengibar bendera putih bukanlah bermakna tidak berdoa kepada Tuhan, tetapi ia sebahagian daripada usaha atau ikhtiar yang sememangnya dituntut untuk sesiapa pun juga melakukannya.


Kalau hanya berdoa semata-mata dan tidak membawa tin milo ke merata-rata tempat ceramah sambil menjerit “derma jihad”, “derma jihad”, “derma jihad”, tin tersebut tidak berisi buat selama-lamanya.


Begitu juga, jika waktu pilihanraya tidak dikibarkan bendera parti, sebaliknya hanya dengan berdoa saja, tentulah nama calon dan parti diwakili tidak dikenali oleh pengundi.


Maknanya, mengibar bendera putih adalah salah satu usaha untuk meminta pertolongan dan memudahkan pihak yang mahu memberi pertolongan menyampaikan bantuan.


Hanya golongan berhati hitam saja yang tergamak menolak, memperlekeh dan mempersenda idea kibar bendera putih yang sebenarnya bermatlamat suci murni, lebih buruk lagi imej yang kelihatan jika yang mempertikaikan itu adalah golongan yang sentiasa mengaku berjuang atas nama agama, syurga dan ketuhanan. 

(ShahbudinHusin 01/07/2021)


Angkat bendera putih SOP baru rakyat Malaysia. Wakil rakyat & penghulu a...

( SOSIAL )PAK BELANG PUN CARI MAKAN JUGA: Pak Belang mengganas, 240 lembu penternak di Felda Kerteh 4 habis dibaham




Imej lima ekor harimau yang terdiri daripada induk dan empat anak yang berjaya dirakam perangkap kamera Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Ladang Sawit Felda Kerteh 4 di Ketengah Jaya, Dungun. (Gambar PERHILITAN)

PETALING JAYA: Sejumlah 240 lembu milik penternak di Felda Kerteh 4, Terengganu, dibaham berikutan aktiviti ‘latihan memburu’ sekumpulan harimau di kawasan berkenaan sejak dua tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, tinjauan kamera infra merah yang dipasang oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) baru-baru ini berhasil merakam seekor ibu harimau bersama empat ekor anaknya berusia lingkungan dua tahun.

“Kematian kesemua lembu berkenaan dipercayai berlaku berdasarkan cakaran haiwan pada bangkai haiwan itu yang kita temui.

“Sebahagian besar lembu ditemui mati dengan banyak kesan cakaran di bahagian kepala, badan dan belakang. Harimau berkenaan sebaliknya tidak memakan daging lembu yang mereka bunuh,” katanya menurut laporan Bernama hari ini.

Katanya, bukti cakaran berkenaan menunjukkan ibu harimau terbabit sedang “melatih” anak harimau berburu.

Azman berkata, sehubungan itu lebih 60 penternak lembu di kawasan berkenaan mengalami kerugian sejak serangan bermula pada 2019.

“PEerhilitan sudah mengambil tindakan dengan membuat pemantauan 24 jam sejak Mei lalu. Saya dimaklumkan Unit Khas Perhilitan Terengganu berkampung di ladang itu bagi memasang perangkap dan mengehadkan pergerakan keluar masuk peneroka.

“Kerajaan negeri juga akan memberi sagu hati kepada peneroka Felda terjejas dengan menggunakan Tabung Bencana Pertanian,” katanya.

Azmin kata bukan, Hamzah tak puas hati, salahkan kilang punca utama kluster Covid-19

 

Mengulas penguatkuasaan Op Patuh pada 25 hingga 30 Jun, Hamzah Zainudin berkata, 602 kompaun dikeluarkan terhadap kilang dan premis manakala 60 daripadanya diarahkan tutup atas pelbagai kesalahan kerana tidak mematuhi SOP. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus bercanggah pendapat mengenai peningkatan kes Covid-19 apabila Hamzah Zainudin terus menyalahkan sektor perkilangan sebagai punca utama kluster wabak itu.

“Bila kita bincang dan tengok data saintifik kebanyakannya bermula dari kluster hostel pekerja, perkilangan dan perniagaan.

“Saya tak puas hati sebab angka nak turun bawah 5,000 tak dapat-dapat, jadi siapa yang salah? Kita kena buat sesuatu,” kata menteri dalam negeri itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan Pematuhan SOP PKP Covid-19 di Putrajaya.

Keluhan itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali yang menyebut bahawa hanya 9.3% kes berpunca daripada kluster sektor pembuatan berbanding angka keseluruhan kes Covid-19.

Dalam temu bual bersama Berita Harian semalam, menteri kanan itu menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk terus menyalahkan sektor pembuatan sebagai penyumbang utama kluster Covid-19 di negara ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, situasi ketika ini tidak adil bagi individu yang patuh pada SOP dan kekal duduk di rumah, namun sektor perkilangan dibenarkan beroperasi malah tidak mematuhi SOP ditetapkan.

“Kita kesian pada mereka yang benar-benar patuh pada SOP, duduk di rumah tak keluar-keluar. Saya marah sangat pada majikan, ‘you’ tak keluar tapi suruh orang lain buat kerja dan buat kesalahan. Itulah dia,” katanya.

Mengulas mengenai penguatkuasaan Op Patuh pada 25 hingga 30 Jun, beliau berkata, sebanyak 602 kompaun dikeluarkan terhadap kilang dan premis manakala 60 daripadanya diarahkan tutup atas pelbagai kesalahan kerana tidak mematuhi SOP serta arahan PKP.

“Dalam tempoh 1 Jun hingga 28 Jun, 744 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan oleh Jabatan Imigresen dalam 169 operasi di seluruh negara,” katanya.

Sehubungan itu Hamzah berkata, jawatankuasa berkenaan memutuskan untuk melaksanakan Op Patuh secara besar-besaran dan bersepadu di seluruh negara bermula esok.

“Op Patuh besar-besaran ini akan membabitkan strategi lebih drastik melalui pemeriksaan lebih ketat serta pemantauan lebih menyeluruh dengan penggunaan aset strategik seperti helikopter, dron dan sekatan jalan raya bergerak milik agensi penguatkuasaan yang terlibat seperti polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) dan bomba,” katanya.

Hidup penjaja berubah selepas kibar bendera putih


Oleh B. Suffian

Kesempitan hidup menyebabkan seorang penjaja terdesak sehingga terpaksa menaikkan bendera putih di halaman rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang kelmarin bagi memohon bantuan. 

Penjaja yang dikenali Ah Soon itu berbuat demikian susulan buntu selepas segala usaha dilakukannya tidak menjadi. 

Perintah kawalan pergerakan (PKP) berulang kali bukan sahaja menyebabkan dia tidak dapat berniaga malah terpaksa menanggung pelbagai hutang. 

“…sewa gerai, motor, sewa rumah, bil api dan air semua sudah empat lima bulan tak bayar. 

“Sampai mesin basuh dan kipas angin di rumah terpaksa dijual demi sesuap nasi,” kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang berkongsi kisah tentang penjaja itu di Facebook semalam. 

Warganet telah menggerakkan kempen pengibaran bendera putih di halaman rumah sekiranya tiada makanan atau memerlukan bantuan sebagai satu bentuk solidariti susulan kesusahan dialami rakyat ketika berdepan pandemik Covid-19. 

Dalam pada itu, Steven berkata, Ah Soon bukan tidak mencuba malah berusaha untuk bangkit semula selepas tersungkur berkali-kali namun PKP berulang-ulang menyebabkannya buntu.

Tambahnya, Ah Soon hanya ingin mencari pendapatan kerana dia masih boleh bekerja. 

Sehubungan itu, Steven berkata, beliau akan melangsaikan segala hutang sewa rumah, hutang bil api dan air serta hutang motor Ah Soon.

“Kemudian saya bantu Ah Soon dapatkan lot gerai baru itu. 

“Sewa gerai sampai hujung tahun saya tanggung. Janji Ah Soon boleh mulakan hidup baru dan terus berusaha,” katanya. 

PELABUR TIDAK MASUK KERANA KERAJAAN MALAYSIA TIADA KEABSAHAN?

P. Pinang lulus RM1.04j bantu yang memerlukan

 

Oleh B. Suffian

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus komited membantu golongan yang memerlukan di negeri itu. 

Terbaru, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1.04 juta

Peruntukan itu bertujuan mengurangkan beban golongan perlu pada tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kelulusan yang telah berkuat kuasa tersebut merupakan tambahan kepada bantuan sebelum ini menerusi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sama ada dalam bentuk makanan ataupun lain-lain.

“Justeru, mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi wakil-wakil rakyat masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

AMK SEDIAKAN BANTUAN RAKYAT KIBAR BENDERA PUTIH


Khairuddin minta rakyat di Kuala Nerus tak angkat bendera putih.Kalau YB nak tolong pergi sahaja..Tapi ini sama sama rakyat nak tolong la Bai...

 

Khairuddin minta rakyat di Kuala Nerus tak angkat bendera putih


Khairuddin minta rakyat di Kuala Nerus tak angkat bendera putih. YA ...jangan...baik angkat janda lebih baik...kah.....



Ahli parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali meminta penduduk di kawasannya tidak mengangkat bendera putih bagi meminta bantuan.

Sebaliknya, dia meminta mereka menghubungi wakil-wakil di kawasan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan untuk melaporkan kesulitan yang dihadapi.

“Rakyat saya di Kuala Nerus tidak perlu angkat bendera putih. Hubungi sahaja pasukan kerja saya. Cukuplah pasukan kami mengetahui kesusahan anda.

“Tugas anda ialah meminta bantuan apabila diperlukan dan tugas kami ialah membantu anda.

“Terkini kami telah menerima sebanyak 7,300 permohonan bantuan dalam masa sebulan Jun ini dan sebanyak 5,810 telah menerima bantuan mereka menerusi JPKK masing-masing,” kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu.

Wakil dari DUN Buluh Gading boleh menghubungi di talian 013-9267731 (ustaz Yusrizal), DUN Tepoh di talian 013-9287731 (Yusof), DUN Bukit Tunggal di talian 019-9367731 (ustaz Azzam) dan DUN Seberang Takir di nombor 019-2937731 (Azmi).

Gempar! Negara rekodkan purata dua kes bunuh diri setiap hari

 


Gempar! Negara rekodkan purata dua kes bunuh diri setiap hari

Negara merekodkan purata dua kes bunuh diri setiap hari bagi tempoh 2019 hingga Mei 2021.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, mengikut pecahan, kes bunuh diri yang dicatatkan pada tahun 2019 adalah sebanyak 609 kes manakala 631 kes bagi tahun 2020.

“Bagi tempoh lima bulan pertama iaitu tempoh Januari hingga Mei tahun 2021 pula sebanyak 468 kes bunuh diri telah direkodkan.

“Ini menyaksikan secara purata sebanyak dua kes bunuh diri berlaku setiap hari antara tahun 2019 sehingga Mei 2021,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Abd Jalil berkata, kebanyakan mangsa yang terlibat adalah berumur 15 hingga 18 tahun iaitu 872 orang manakala usia 19 hingga 40 tahun pula seramai 668 orang.

Tambah beliau, berdasarkan jumlah itu, 281 orang daripadanya adalah lelaki manakala selebihnya 1,427 orang adalah wanita.

“Negeri Johor mencatatkan kes bunuh diri yang tertinggi pada tahun 2019 dan tahun 2020 sebanyak 101 kes manakala pada tahun 2021 (Januari hingga Mei 2021) pula, negeri Selangor telah mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 117 kes,” ujarnya.

Di samping itu, siasatan polis turut mendapati tiga punca utama yang menyebabkan kejadian bunuh diri iaitu masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan.

“Cara atau kaedah membunuh diri yang kerap berlaku berdasarkan statistik polis adalah gantung diri sebanyak 75.1 peratus, terjun bangunan (13.6 peratus) dan minum racun 5.7 peratus,” katanya.

Jelasnya, berdasarkan trend kejadian bunuh diri yang berlaku, semua pihak yang bertanggungjawab terutamanya masyarakat harus memainkan peranan penting bagi membendung gejala ini.

Individu yang mengalami masalah seperti kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan, masalah keluarga dan sebagainya haruslah diberi bantuan serta sokongan daripada pihak keluarga dan rakan-rakan terdekat.

“Polis menyeru individu yang mengalami masalah dan tekanan supaya mendapatkan bantuan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan juga pihak-pihak yang menyediakan khidmat nasihat,” katanya.

TERKINI! TAHNIAH ANWAR & RAFIZI PILIHAN RAKYAT!

GEMPAR! INI IDENTITI ISTERI MENTERI YANG BUAT HAL DI KEMENTERIAN!

#KerajaanGagal sebab #PembangkangLemah, Anwar dan Syed Saddiq janji beke...



Satu ciapan dibuat oleh seorang selebriti, Bront Palarae di Twitter miliknya bukan sahaja tular malah mendapat perhatian Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Dalam ciapan tersebut Bront berkata bila #KerajaanGagal sebab #PembangkangLemah, pilihan yang kita ada cuma #KitaJagaKita. Tambahnya, kita hanyalah statistik dan nombor bagi mereka. Sekiranya anda bertolak ansur, anak-anak anda akan menjadi yang seterusnya. Ciapan tersebut bagaimanapun telah mendapat reaksi daripada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang menyatakan dia mengambil maklum perkara yang disuarakan itu dengan jaminan akan memastikan ahli-ahli parlimen pembangkang akan bekerja keras demi rakyat.

MGNews: Tak Adil! Gaji Kami Dah Kecil, Kalau Potong Lagi Apa Yang Tingga...



Bagaikan jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib yang menimpa kira-kira 50,000 pekerja pembersihan sekolah di seluruh negara berdepan kehilangan pendapatan apabila gaji mereka bakal dipotong sehingga 40 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Petugas sektor perkhidmatan perlu ini mendakwa mereka menjadi mangsa keadaan, apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berbeza dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Berdasarkan SOP MKN, sektor pembersihan dibenarkan beroperasi sepenuhnya dengan syarat ketat, sedangkan KPM pula menetapkan hanya 60 peratus sahaja boleh bekerja pada hari bekerja.


BELAJAR BEZA ANTARA KEPERLUAN DAN KEHENDAK


MOHD MUKHLIS

 


Pelajar sekarang jangan manja sangat, masa ulamak muda-muda mereka semua mandi air perigi belakang tesco pun boleh jadi MB. Jadi Internet itu semua kehendak sahaja.

Bab Mercedes itu keperluan mendesak sebab Nabi pun pakai unta merah Al-Qaswa'.

Tokkey MB nok paka BIBA? Ujar Doreamar lagi.








 

KITA URUS PANDEMIK MACAM BUDAK SEKOLAH

 


May be an image of 3 people and text that says "KERAJAAN PN MALUKAN KERAJAAN GRS Sabah Post Sabah Benarkan Makan Di Restoran, Buka Kedai Gunting Rambut Bermula Esok Sabah Post 20m Sabah Tidak Patut Longgarkan SOP PKP Ismail Sabri SABAHPOST.NET Sabah Benarkan Makan Di Restoran, Buka Kedai Gunting Rambut 508 SABAHPOST.NET Tidak Patut Longgarkan SOP PKP Ismail Sabri 66 Comments 137 Shares 145 40 Comments 42 Shares KETUA MENTERI LEMAH SILA LETAK TAWATAN. MACAM MANA NAK TUNTUT HAK SABAH JIKA SOP PUN TAK DAPAT TUNTUT"


NORMAN RADZUAN


DS Hajiji dimalukan Pusat

Mengapa mangsakan semua rakyat???

KITA URUS PANDEMIK MCM BUDAK SEKOLAH

Rasanya sudah terlalu byk artikel saya menulis mengenai Pandemik Covid19 terutama bagaimana negara2 luar yg berjaya menguruskan dgn baik. Kali ini secara jujur saya ingin beritahu cara kerajaan menguruskan Pandemik Covid19 mcm budak2 sekolah menguruskan negara. Bahasa kasarnya ada otak letak di lutut.

Hari ini di Sabah bising para peniaga. Semalam ramai peniaga2 gembira apabila rakyat Sabah boleh dine in dan kedai Barber Shop boleh beroperasi. Tiba2 kerajaan pusat mengarahkan keputusan KM Sabah ditarik balik. Malu besar KM Sabah apabila kuasa eksekutifnya sebagai Ketua Wilayah dipertikaikan.

Apabila kerajaan Wilayah Sabah terpaksa akur dgn keputusan itu, bermakna kerajaan Sabah gagal menggunakan title Wilayah Sabah sepertimana kerajaan Wilayah Sarawak yg mahu menguruskan sendiri Covid19 dgn cara mereka dan pusat akur dgn kemahuan tersebut. Apa beza kedua Wilayah ini?

Rakyat makin lama dpt melihat kerajaan seolah olah seronok dgn numbers yg tinggi. Persepsi rakyat ketika ini numbers diperlukan utk kerajaan PN ini kekal sebagai kerajaan. Atas faktor apa rakyat berpendapat seperti itu?

Berbalik isu Sabah... sewajarnya Wilayah ini dibenarkan memulakan ekonomi mereka kerana kesnya sekitar 300 ke bawah. Sabah adalah negeri kedua terbesar dan jumlah harian positif dan sembuh seimbang.

Sepatutnya di Sabah ini sudah lama mengamalkan PKPD bersasar seperti negara2 maju. Malah ketika kes Sabah meningkat selepas PRN, Sabah hampiri lockdown, yg dtg dari Sabah perlu kuarantin dan perlu melakukan swab. Kenapa ketika itu tidak libatkan satu negara. Skg bila Selangor, KL dan Sarawak kes tinggi... Sabah juga terpaksa menanggung beban.

Saya memberi contoh di HK dan pernah saya tulis penghujung 2020 yg lalu. Apabila sebuah kawasan di dapati positif mereka tutup kawasan blok Apartment tersebut tanpa notis. Dlm erti kata lain ia seperti operasi 'ambush' pihak berkuasa.

Di Malaysia mereka mahu lakukan PKPD ia dimaklumkan dahulu. Maka ramailah bawa barang2 lari keluar utk tinggal sementara di rumah kawan, saudara mara dan sebagainya. Ia juga berlaku di perumahan yg menempatkan pekerja2 kilang semalam.

Perumpamaan mana mungkin 'ambush' atau kepungan ke atas 'penjenayah' pihak berkuasa maklumkan kami akn menangkap penyamun di Apartmen sekian2 esok. Dah tentu 'penyamun' itu lari dahulu.

Di Australia selepas Merlbourne lockdown... terbaru Sydney kembali lockdown utk tempoh 2 minggu sahaja. Mana2 bandaraya yg kes meningkat langkah segera di ambil secara bersasar. Di Malaysia di Selangor kes 2 ribu di Perlis yg 1-5 kes sehari juga diarah tutup. Gila apa namanya ni?

Menambah kegilaan seperti budak2 menguruskan Covid ini... kilang2 berjuta pekerja dibenarkan beroperasi. 80% kes dari kilang. Jika kita tutup kilang, kita ambil numbers kes harian bermakna kes di Malaysia ini sekitar 1-2 ribu kes sehari sahaja melibat komuniti masyarakat tempatan.

Mengapa tidak PKP sahaja negeri Selangor dan KL? Manakala negeri lain PKPD bersasar. Fokus kwsan2 kilang dan penempatan pekerja kilang. Selesai masalah... sebenarnya mudah sahaja uruskan Pandemik ini. Mahu tak mahu sahaja...Sebab itulah di negara kita kesnya luar biasa hingga mencapai kes paling tinggi di dunia. .

Kasihan lah org Perlis, org Gua Musang, org Grik, org Tenom dan byk lokasi lagi yg hanya ada 1-2 kes atau tiada kes langsung terbabit sama. Sdgkan tauke2 besar bebas berniaga, ahli politik bebas kenduri durian, berjalan ke luar negara berbulan bulan lamanya tapi kalian penjarakan rakyat berbulan bulan lamanya utk kelangsungan politik.

Itu kejam! Dah sebulan sudah rakyat tiada pendapatan, kes bunuh diri, mencuri dan pesakit mental meningkat. Ismail Sabri kata Sabah tidak patut longgarkan SOP... barangkali org Sabah berkata kamu tidak patut biarkan kluster kilang berleluasa dan biarkan org Sabah sengsara.

 

Bendera putih simbolik solidariti kita berjaya !!!

 





KITA BENDERA PUTIH #benderaputih

Ya!!!!!....bendera putih berjaya menggugat keimanan lebai2 pencinta dunia #lebaikoyak. Jika tidak takkan mereka bersuara mengenainya walaupun terpaksa menyindir bodoh.... mereka sgt takut dgn reaksi rakyat. Walaupun ia hanya sekadar bendera berwarna putih tapi ketakutan mereka seperti melihat lembaga putih terbang di bumbung rumah mereka.

Itu baru 20% menggunakannya. Jika kita bersatu hati mencapai 80% menggunakan bendera putih di profile masing2 tanda simpati kpd marhaen yg ada keluarga mereka yg bunuh diri, yg menjadi gila, yg kelaparan malah ada yg mencuri kerana kesempitan hidup.....pasti impaknya lebih besar.

Pasti rakyat marhaen merasakan mereka mendapat simpati dan kita bersama sama mereka yg ketika ini begitu stress. Kita kena bantu mereka sama2 hentikan membunuh diri sendiri. Kita mahu mereka gantung sahaja bendera putih di pagar rumah. Hari ini dikhabarkan ada org mendapat bantuan rumah sewanya dibayarkan, ada yg mendapat keperluan dapur kerana mengibarkan bendera putih.

Kita mahu perasaan kita ini dpt dilihat hingga ke seluruh dunia. Ayuh netizen tunjukkan perasaan kita. Tunjukkan solidariti kita kpd nasib marhaen. Kita mahu kerajaan mendengar keluhan rakyat. Kita mahu kerajaan membuka Parlimen seberapa segera secara konvensianal.

Ayuh kita tukar sementara profile kita sehingga PKP ini dibuka semula agar hilang resah rakyat yg tertekan. Kita mesti bersatu hati... jika tidak bagaimana utk kita mengubahnya.

Mana tahu jika dulu Reformis dikatakan pemangkin perubahan politik tahanair PRU lalu... generasi seterusnya akn mengingati revolusi politik negara bermula dari Bendera Putih. Di mana2 pemimpin skg sdg berbicara mengenai bendera putih.. ayuh kita jadi sebahagian darinya.

Norman Radzuan

 

GANTIAN/GERAN PENDAPATAN RM 1500 GANTI i-SINAR, TAHNIAH DS ANWAR, SOLUSI ITU TEPAT !


May be an image of 1 person, sitting and text that says "Anwar Ibrahim @anwaribrahim freemalaysiatoday.com Beri bantuan RM1 RM1,500 sebulan kepada B60, Anwar beritahu kerajaan"


1- Tadi sempat melihat laporan di Video Malaysiakini, Antara cadangan Ds Anwar bagi menggantikan i-Sinar adalah gantian Pendapatan RM 1500 sepanjang PKP bagi menggantikan cadangan I-Sinar, Bagi aku ini satu solusi yang tepat dari PH..

2- Dan Ds Anwar berulang kali kata, Apa yg ditawarkan PN dalam pakej Pemulihan bukan Penyelesaian, Memang benar..Ds Anwar sebut dengan Jelas seperti yang aku tulis sebelum ini, Tidak sepatutnya wang dan dana hari tua rakyat digunakan untuk menampung hidup.. Dan Ds Anwar sebutkan 70% dari rakyat punyai simpanan bawah RM 10 ribu.. Bagi aku idea i-Sinar ini bukan saja Populis..Tetapi tidak bertanggungjawab..

2- Alhamdulillah, Apa yang aku bangkitkan sebelum ini cadangan Model German dan Singapura dan mempersoalkan idea Populis Najib Razak dan Idea Kerajaan PN, Akhirnya dicadangkan Ds Anwar petang tadi..

3- Idea yang diutarakan Ds Anwar adalah mirip Geran Pemulihan COVID-19, rakyat Singapura dan penduduk tetap yang layak berusia 21 tahun dan ke atas akan menerima sehingga S$700(RM 2100) dan S$500 Bagi yang kehilangan pendapatan bawah kadar 50%.. Ia termasuk kelompok SIRS yang bekerja sendiri.. Ia dilaksanakan selama 6 Bulan dan ditambah 3 bulan disember lalu..

4- Sebelum ini ramai yang pertikai Cadangan dan Solusi yang aku cadangkan ini.. bagi aku ia mampu dilaksanakan dan lebih bersasar kepada yang benar benar hilang Pedapatan.. Aku dah lampirkan Infografik Gantian Pendapatan ini sejak belanjawan 2021 Disember lepas..

5- Aku dah sebutkan, Tidak mustahil Kerajaan mampu membayar gantian Pendapatan, Atau Geran mudah tunai RM 10 Ribu seorang pun, Jika kaedahnya Bersasar.. Kerajaan boleh meminjam dari Dana awam seperti KWSP mahupun KWAP.. Jika satu Juta dapat RM 10 K ,Baru RM 10 Billion jauh lebih kecil dari suntikan Fiskal awal RM 45 Billion awal tahun lepas..

6- Jika PH dah mula keluar dari bayangan dan Idea Populis Najib Razak, dari sudut Politik nya ianya tepat dan Realistik biarpun aku masih berbeza dalam isu Moratorium..Seperti aku sebut sebelum ini, Jika PH bijak..Ini masanya PH tawarkan Solusi dan penyelesaian Berbeza, Najib sudah terperangkap dengan permainannya sendiri, sama seperti Mahiaddin..

7- Apapun Tahniah Pakatan Harapan dan Ds Anwar.. Description: 🙂

Ipohmali