AMK sediakan bantuan rakyat kibar bendera putih
Kempen kibar bendera putih andainya bekalan keperluan harian terputus yang dianjurkan oleh beberapa NGO turut disertai Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia.
Menurut Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab, sebagai tanda solidariti sayap pemuda itu turut melancarkan inisiatif dalam talian bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berterusan.
“Pemohon hanya perlu mengisi borang (Google Form) yang disediakan dan pihak AMK akan menghubungi pemohon untuk membuat pengesahan.
“Bantuan kepada pemohon yang layak akan disalurkan melalui aktivis AMK mengikut kawasan pemohon.
“Untuk tujuan ini, AMK telah memperuntukkan dana awal berjumlah RM10,000 bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada yang memerlukan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Syukri menjelaskan pemohon yang terputus bekalan bolehlah mengisi borang pada pautan, https://bit.ly/BenderaPutihAMK
Beliau juga mengalu-alukan mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyumbangkan dana untuk misi bantuan tersebut.
“AMK juga mengalu-alukan sumbangan orang awam bagi menyemarakkan lagi kempen ini. Segala sumbangan awam yang diterima akan disalurkan terus kepada mereka-mereka yang memerlukan,” katanya lagi.
Para penyumbang boleh membuat sumbangan ke akaun rasmi Angkatan Muda Keadilan Malaysia:
RHB Islamic Bank Berhad
Parti Keadilan Rakyat (Angkatan Muda Keadilan)
2124 3960 0100 33