1- Tadi sempat melihat laporan di Video Malaysiakini, Antara
cadangan Ds Anwar bagi menggantikan i-Sinar adalah gantian Pendapatan RM 1500
sepanjang PKP bagi menggantikan cadangan I-Sinar, Bagi aku ini satu solusi yang
tepat dari PH..
2- Dan Ds Anwar berulang kali kata, Apa yg ditawarkan PN dalam
pakej Pemulihan bukan Penyelesaian, Memang benar..Ds Anwar sebut dengan Jelas
seperti yang aku tulis sebelum ini, Tidak sepatutnya wang dan dana hari tua
rakyat digunakan untuk menampung hidup.. Dan Ds Anwar sebutkan 70% dari rakyat
punyai simpanan bawah RM 10 ribu.. Bagi aku idea i-Sinar ini bukan saja
Populis..Tetapi tidak bertanggungjawab..
2- Alhamdulillah, Apa yang aku bangkitkan sebelum ini cadangan
Model German dan Singapura dan mempersoalkan idea Populis Najib Razak dan Idea
Kerajaan PN, Akhirnya dicadangkan Ds Anwar petang tadi..
3- Idea yang diutarakan Ds Anwar adalah mirip Geran Pemulihan
COVID-19, rakyat Singapura dan penduduk tetap yang layak berusia 21 tahun dan
ke atas akan menerima sehingga S$700(RM 2100) dan S$500 Bagi yang kehilangan
pendapatan bawah kadar 50%.. Ia termasuk kelompok SIRS yang bekerja sendiri..
Ia dilaksanakan selama 6 Bulan dan ditambah 3 bulan disember lalu..
4- Sebelum ini ramai yang pertikai Cadangan dan Solusi yang aku
cadangkan ini.. bagi aku ia mampu dilaksanakan dan lebih bersasar kepada yang
benar benar hilang Pedapatan.. Aku dah lampirkan Infografik Gantian Pendapatan
ini sejak belanjawan 2021 Disember lepas..
5- Aku dah sebutkan, Tidak mustahil Kerajaan mampu membayar gantian
Pendapatan, Atau Geran mudah tunai RM 10 Ribu seorang pun, Jika kaedahnya
Bersasar.. Kerajaan boleh meminjam dari Dana awam seperti KWSP mahupun KWAP..
Jika satu Juta dapat RM 10 K ,Baru RM 10 Billion jauh lebih kecil dari suntikan
Fiskal awal RM 45 Billion awal tahun lepas..
6- Jika PH dah mula keluar dari bayangan dan Idea Populis Najib
Razak, dari sudut Politik nya ianya tepat dan Realistik biarpun aku masih
berbeza dalam isu Moratorium..Seperti aku sebut sebelum ini, Jika PH bijak..Ini
masanya PH tawarkan Solusi dan penyelesaian Berbeza, Najib sudah terperangkap
dengan permainannya sendiri, sama seperti Mahiaddin..
7- Apapun Tahniah Pakatan Harapan dan Ds Anwar..
Ipohmali