( SOSIAL )PAK BELANG PUN CARI MAKAN JUGA: Pak Belang mengganas, 240 lembu penternak di Felda Kerteh 4 habis dibaham




Imej lima ekor harimau yang terdiri daripada induk dan empat anak yang berjaya dirakam perangkap kamera Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Ladang Sawit Felda Kerteh 4 di Ketengah Jaya, Dungun. (Gambar PERHILITAN)

PETALING JAYA: Sejumlah 240 lembu milik penternak di Felda Kerteh 4, Terengganu, dibaham berikutan aktiviti ‘latihan memburu’ sekumpulan harimau di kawasan berkenaan sejak dua tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, tinjauan kamera infra merah yang dipasang oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) baru-baru ini berhasil merakam seekor ibu harimau bersama empat ekor anaknya berusia lingkungan dua tahun.

“Kematian kesemua lembu berkenaan dipercayai berlaku berdasarkan cakaran haiwan pada bangkai haiwan itu yang kita temui.

“Sebahagian besar lembu ditemui mati dengan banyak kesan cakaran di bahagian kepala, badan dan belakang. Harimau berkenaan sebaliknya tidak memakan daging lembu yang mereka bunuh,” katanya menurut laporan Bernama hari ini.

Katanya, bukti cakaran berkenaan menunjukkan ibu harimau terbabit sedang “melatih” anak harimau berburu.

Azman berkata, sehubungan itu lebih 60 penternak lembu di kawasan berkenaan mengalami kerugian sejak serangan bermula pada 2019.

“PEerhilitan sudah mengambil tindakan dengan membuat pemantauan 24 jam sejak Mei lalu. Saya dimaklumkan Unit Khas Perhilitan Terengganu berkampung di ladang itu bagi memasang perangkap dan mengehadkan pergerakan keluar masuk peneroka.

“Kerajaan negeri juga akan memberi sagu hati kepada peneroka Felda terjejas dengan menggunakan Tabung Bencana Pertanian,” katanya.

No comments: