NORMAN RADZUAN
DS Hajiji dimalukan Pusat
Mengapa mangsakan semua rakyat???
KITA URUS PANDEMIK MCM BUDAK SEKOLAH
Rasanya sudah terlalu byk artikel saya menulis mengenai Pandemik
Covid19 terutama bagaimana negara2 luar yg berjaya menguruskan dgn baik. Kali
ini secara jujur saya ingin beritahu cara kerajaan menguruskan Pandemik Covid19
mcm budak2 sekolah menguruskan negara. Bahasa kasarnya ada otak letak di lutut.
Hari ini di Sabah bising para peniaga. Semalam ramai peniaga2
gembira apabila rakyat Sabah boleh dine in dan kedai Barber Shop boleh
beroperasi. Tiba2 kerajaan pusat mengarahkan keputusan KM Sabah ditarik balik.
Malu besar KM Sabah apabila kuasa eksekutifnya sebagai Ketua Wilayah
dipertikaikan.
Apabila kerajaan Wilayah Sabah terpaksa akur dgn keputusan itu,
bermakna kerajaan Sabah gagal menggunakan title Wilayah Sabah sepertimana
kerajaan Wilayah Sarawak yg mahu menguruskan sendiri Covid19 dgn cara mereka
dan pusat akur dgn kemahuan tersebut. Apa beza kedua Wilayah ini?
Rakyat makin lama dpt melihat kerajaan seolah olah seronok dgn
numbers yg tinggi. Persepsi rakyat ketika ini numbers diperlukan utk kerajaan
PN ini kekal sebagai kerajaan. Atas faktor apa rakyat berpendapat seperti itu?
Berbalik isu Sabah... sewajarnya Wilayah ini dibenarkan
memulakan ekonomi mereka kerana kesnya sekitar 300 ke bawah. Sabah adalah
negeri kedua terbesar dan jumlah harian positif dan sembuh seimbang.
Sepatutnya di Sabah ini sudah lama mengamalkan PKPD bersasar
seperti negara2 maju. Malah ketika kes Sabah meningkat selepas PRN, Sabah
hampiri lockdown, yg dtg dari Sabah perlu kuarantin dan perlu melakukan swab.
Kenapa ketika itu tidak libatkan satu negara. Skg bila Selangor, KL dan Sarawak
kes tinggi... Sabah juga terpaksa menanggung beban.
Saya memberi contoh di HK dan pernah saya tulis penghujung 2020
yg lalu. Apabila sebuah kawasan di dapati positif mereka tutup kawasan blok
Apartment tersebut tanpa notis. Dlm erti kata lain ia seperti operasi 'ambush'
pihak berkuasa.
Di Malaysia mereka mahu lakukan PKPD ia dimaklumkan dahulu. Maka
ramailah bawa barang2 lari keluar utk tinggal sementara di rumah kawan, saudara
mara dan sebagainya. Ia juga berlaku di perumahan yg menempatkan pekerja2
kilang semalam.
Perumpamaan mana mungkin 'ambush' atau kepungan ke atas
'penjenayah' pihak berkuasa maklumkan kami akn menangkap penyamun di Apartmen
sekian2 esok. Dah tentu 'penyamun' itu lari dahulu.
Di Australia selepas Merlbourne lockdown... terbaru Sydney
kembali lockdown utk tempoh 2 minggu sahaja. Mana2 bandaraya yg kes meningkat
langkah segera di ambil secara bersasar. Di Malaysia di Selangor kes 2 ribu di
Perlis yg 1-5 kes sehari juga diarah tutup. Gila apa namanya ni?
Menambah kegilaan seperti budak2 menguruskan Covid ini...
kilang2 berjuta pekerja dibenarkan beroperasi. 80% kes dari kilang. Jika kita
tutup kilang, kita ambil numbers kes harian bermakna kes di Malaysia ini
sekitar 1-2 ribu kes sehari sahaja melibat komuniti masyarakat tempatan.
Mengapa tidak PKP sahaja negeri Selangor dan KL? Manakala negeri
lain PKPD bersasar. Fokus kwsan2 kilang dan penempatan pekerja kilang. Selesai
masalah... sebenarnya mudah sahaja uruskan Pandemik ini. Mahu tak mahu
sahaja...Sebab itulah di negara kita kesnya luar biasa hingga mencapai kes
paling tinggi di dunia. .
Kasihan lah org Perlis, org Gua Musang, org Grik, org Tenom dan
byk lokasi lagi yg hanya ada 1-2 kes atau tiada kes langsung terbabit sama.
Sdgkan tauke2 besar bebas berniaga, ahli politik bebas kenduri durian, berjalan
ke luar negara berbulan bulan lamanya tapi kalian penjarakan rakyat berbulan
bulan lamanya utk kelangsungan politik.
Itu kejam! Dah sebulan sudah rakyat tiada pendapatan, kes bunuh
diri, mencuri dan pesakit mental meningkat. Ismail Sabri kata Sabah tidak patut
longgarkan SOP... barangkali org Sabah berkata kamu tidak patut biarkan kluster
kilang berleluasa dan biarkan org Sabah sengsara.