UMNO JUARA RAKYAT DI PERMATANG PAUH MENDAPAT TENTANGAN PENDUDUK TEMPATAN

PERMATANG PAUH- Program Umno Juara Rakyat akan di adakan di Sekolah kebangsaan Bukit Indera Muda pada 21 Feb ini (esok) .Sebelum itu seramai 50 anak qariah kampung telah mengadakan demontrasi aman di hadapan sekolah berkenaan pada Jumaat baru-baru ini yang di ketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh.

Dalam masa yang sama juga kumpulan demontrasi tersebut telah menyampaikan bantahan kepada guru besar sekolah berkenaan dan laporan polis yang di buat berhubung dengan pengunaan bangunan milik kerajaan untuk program politik sebuah parti politik.

Menurut ketua Umno bahagian Permatang Pauh,Dato Jalil, "Umno tidak mengunakan sekolah sebagai tempat kempen politik tetapi mengunakan tempat itu untuk membantu rakyat.Kita tidak pula membantah apabila selama 7 hari 7 malam PAS dan PR mengunakan tapak Expo " demikian jelas beliau kepada akhbar Sinar Harian edisi utara 20hb.

"Masaalah nya ialah tapak expo pun masih boleh di gunakan oleh Umno jika mereka mahu menyewanya selama 30 hari atau 30 malam,Cuma apa yang hendak di gambarkan ialah bantuan dan kedatangan murid sekolah nampak seolah-olah ramai yang menyokong Umno." demikain ujar salah seorang penduduk yang hadir.

Namun di sedari sejak pilihanraya lalu, hanya itu sahaja yang menyokong Umno.maknanya Jika kemenangan calon Pas Permatang Pasir dengan majoroti 5 ribu, maka 5 ribu iatulah penyokong Umno di Permatang Pauh kerana Umno gagal untuk menarik sokongan golongan muda selain hanya memainkan retorik membantu Melayu.

Esok dijangkakan akan ramai yang turun di jalanraya berhadapan sekolah berkenaan sebagai langkah untuk menentang pengunaan sekolah untuk program politik."Bulan lepas Umno cuba meraikan murid yang cemerlang dalam UPSR dengan memberi bantuan sebanyak RM40 bagi setiap murid yang terpaksa berpanas dan juga makan nasi bungkus.Inilah program membantu anak melayu dengan baucer RM 40 dan makan nasi bungkus tetapi ibubapa berdiri 2 jam. Kini mereka mengunakan pula sekolah untuk tujuan kempen politik.". demikian jelas salah seorang penduduk yang hadir bagi menerima bantuan berkenaan.



he..he..he...juara rakyat........


KATA NURUL

“Ketua Polis Negara jahat, Peguam Negara jahat! - Nurul Izzah

KUALA LUMPUR : Berang dengan tindakan parti pemerintah yang tidak pernah berhenti-henti memberi tekanan ke atas keluarganya termasuk rakyat di negara ini, Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar mengecam Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sebagai penjahat terbesar di negara ini.

"Sekitar 1999 dahulu, tidak pernah saya menyangka bahawa saya akan terpaksa berdepan dengan semua hal ini. Dengan tidak semena-mena, keluarga kami dan kita semua turut terjebak dengan amalan konspirasi jahat ini.

"Ketua Polis Negara jahat, Peguam Negara jahat! Kita semua, rakyat Malaysia mesti bersatu padu untuk menghalau mereka yang jahat!" kata beliau ketika menyampaikan ceramah ringkas di sini semalam.

Ceramah umum anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berlangsung hampir setiap malam bermula di jam 9 bertempat di ibu pejabat PKR, bertujuan mendedahkan segala perkembangan terkini berhubung isu fitnah ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah berkata, perjuangan parti pembangkang di negara ini bukan mengejar pangkat, dan harta kekayaan.

"Kita buang segala kesenangan. Dalam perjuangan ini, projek pun tak ada, peruntukan pun tak ada," kata beliau.

Selain itu, ibu muda itu turut menyentuh hal kelebihan PKR yang banyak dianggotai oleh anak-anak muda.

"Kita mesti rancakkan penglibatan anak-anak muda dalam berpolitik. Anak muda hari ini mesti segera bangkit dan dibangunkan kesedaran mereka untuk menceburi bidang politik. Kalau tunggu sampai mereka masuk universiti, lambat sangat.

"Walaupun anak saya baru saja berusian tujuh bulan, tapi saya akan pastikan dia akan menjadi ahli Keadilan. Saya kata pada dia (anak), 'sorry brother', 'you' sudah pun menjadi ahli keluarga ini. Secara tak langsung, 'you' dah jadi ahli Keadilan sekarang," katanya, disambut gelak ketawa hadirin.

MANGSA I.S.A.

Lagi ditahan ISA

Oleh Redzuan

KUALA LUMPUR: Belum pun kerajaan mengusulkan pindaan ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) negara dikejutkan dengan satu lagi siri penangkapan ISA baru-baru ini.

Kali ini mangsanya adalah beberapa belas orang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dilaporkan telah ditahan sejak 21 Januari lalu. Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar Afrika dan Timur Tengah yang menuntut di UIA, USM dan beberapa buah IPT di ibu negara.

Mereka ditahan oleh Unit Tindakan Khas ketika sedang mengadakan kuliah agama dan ulangkaji pelajaran di Sungai Cincin, Gombak. Seramai 50 orang disoal siasat sehingga jam 3 pagi sebelum dibebaskan. Dua belas daripada mereka dimasukkan di bawah ISA dan masih belum diketahui nasib sehingga ke hari ini.

Pihak Kementerian Dalam Negeri mengesahkan mereka ditahan berkaitan dengan gerakan Wahabi yang kononnya cenderung kepada keganasan namun alasan ini dibantah keras oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Berikutan itu GMI telah mengadakan satu sesi penyerahan memorandum kepada pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) Datuk Siva Subramaniam pada pagi ini di pejabat agensi itu di Wisma Denmark.

Bagi pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) penahanan ISA jelas mengancam hak asasi manusia dan ia tidak sepatutnya berlaku di negara yang bertamadun.

“Ini bukan soalnya rakyat asing atau warganegara. Semua orang harus diberikan hak dibicarakan secara adil. Kerajaan perlu fikirkan mengenai nasib keluarga para tahanan tersebut di negara asal mereka.

“Dalam hal ini Suhakam harus mengambil tindakan tertentu berhubung pengaduan ini,” katanya di hadapan pesuruhjaya Suhakam.

Siva bagaimanapun menegaskan Suhakam telah ,mengambil langkah perlu dengan meminta pengesahan dari pihak berkuasa berhubung status tahanan dan memohon untuk melawat mereka.

“Kita telah bertindak. Suhakam tidak menunggu memorandum, dalam hal ini kita telah bermesyuarat dan telah memajukan perkara ini kepada menteri,” katanya.

Namun Siva gagal menjawab dengan jelas soalan wartawan, kementerian manakah Suhakam telah berurusan dan bagaimanakah nasib terkini para tahanan.

Syed Ibrahim dalam kenyataan medianya kemudian berjanji akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada pihak berkuasa berhubung keadaan tahanan.

Sehingga kini hanya 9 daripada 12 tahanan telah dikenal pasti, seperti berikut:

1. Azzahari Murad (Malaysia)
2. Aiman Al Dakkak (Syiria)
3. Mohamed Hozifa (Syiria)
4. Kutiba Al Issa (Syiria)
5. Klaid Salem (Yaman)
6. Luqman Abdul Salam (Nigeria)
7. Hassan Barudi (Syiria)
8. Hussam Khalid (Jordan)
9. Abdul Alho Bolajoko Uthman (Nigeria)

Mengenai ISA katanya, GMI tidak akan bertolak ansur dan akan terus mendesak akta itu dimansuhkan sama ada melalui perundingan awam dengan parti-parti politik atau berdemonstrasi di jalan raya.