KENYATAAN MEDIA PH : PINDAAN PERLEMBAGAAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963 TIDAK SEHARUSNYA DITANGGUH

 

Majlis Presiden Pakatan Harapan kecewa dan kesal dengan sikap Kerajaan yang telah menangguhkan pindaan perlembagaan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kami difahamkan berdasarkan laporan media bahawa Rang Undang-Undang tersebut akan dibentang di Parlimen pada 26 Oktober, namun ia tidak akan dibahas dan diluluskan pada 28 Oktober seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Penangguhan ini berlaku walaupun proses perbincangan dan rundingan telah diadakan selaras dengan Perkara 5 Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan dan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan semestinya menyokong penuh usaha ini, yang merupakan kesinambungan usaha pimpinan Pakatan Harapan sejak sekian lama, termasuk dalam mengiktiraf Hari Malaysia seperti yang diangkat oleh DS Anwar Ibrahim pada 2008, serta pendirian sdr Lim Kit Siang di Parlimen yang tidak menyokong pindaan Perlembagaan pada 1976 yang telah mengubah status Sabah dan Sarawak dari ‘wilayah’ menjadi ‘negeri’.

Oleh itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) perlu memberi komitmen untuk segera melaksana pindaan ini demi keadilan buat rakyat Sabah dan Sarawak.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Madius Tangau

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)



DAP terkejut kerajaan Muhyiddin hidupkan semula projek terpalit skandal era Najib

 

Oleh Aziera NH 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan rasa terkejut dengan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi perdana menteri yang menghidupkan kembali dua projek saluran paip yang terpalit dengan skandal pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Ia berkaitan dengan projek Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dikendalikan Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (MOF).

“Kedua-dua projek ini adalah salah satu skandal kewangan paling tidak masuk akal dari pentadbiran Najib kerana SSER telah membayar RM8.3 bilion, atau 88 peratus daripada RM9.4 bilion nilai pembinaan projek tersebut, walaupun penyiapan kerja berperingkat (yang belum diaudit) hanya pada tahap 13 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng yang juga merupakan mantan menteri kewangan juga mempersoalkan mengapa Muhyiddin menghidupkan semula projek tersebut tanpa mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat.

“Persoalannya mengapa Muhyiddin tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pelaku kesalahan kewangan yang luar biasa dan besar ini, yang membayar berbilion ringgit untuk kerja yang tidak disiapkan, dengan 88 peratus pembayaran untuk 13 peratus kerja.

“Walaupun kerajaan sebelumnya telah memutuskan untuk menghidupkan kembali dan meneruskan kedua-dua projek tersebut, mereka yang terlibat dalam mengkhianati kepentingan kewangan negara tidak boleh dibiarkan terlepas tanpa hukuman,” katanya lagi.

Penerusan semula projek itu diketahui setelah Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkannya dalam satu jawapan parlimen kepada Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin ketika sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Dalam pada itu, Guan Eng menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi penjelasan berkenaan perkara itu.

“Perdana menteri harus menjelaskan peranannya dalam pentadbiran sebelumnya dan menetapkan haluan baru untuk memastikan bukan sahaja kepentingan kewangan negara dilindungi tetapi mereka yang terlibat dalam menipu negara mereka sendiri dikenakan hukum yang berat.

“Kegagalan untuk berbuat demikian akan menunjukkan Ismail tiada beza dengan bekas perdana menteri sebelum ini yang menutup mata dan bahkan berusaha untuk menutup jenayah kewangan seumpama itu,” dakwanya lagi. 

Selepas Pecahkan UMNO Sekarang Giliran Pas pula...


Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sedang ‘dikuasai’ dua tokoh tertinggi dalam parti itu iaitu Naib Presiden, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agungnya, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan. Dalam satu klip audio berdurasi lebih tiga minit yang tular di media sosial baru-baru ini, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali meluahkan kerisauannya terhadap kepimpinan tertinggi parti berkenaan. Menerusi rakaman itu Khairuddin berkata, Abdul Hadi dipandu Samsuri dan Takiyuddin untuk membuat beberapa keputusan penting parti hingga dilihat membelakangi Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama. Khairuddin adalah Setiausaha Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Join this channel to get access to perks:

Warganet ‘sekolahkan’ Hadi selepas veteran Pas diseru berjuang

 


Oleh FAZLI RADZI / October 25, 2021

Rata-rata warganet mengkritik kepimpinan Pas pada masa ini susulan seruan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar veteran Pas, Assabiqun berperanan dalam perjuangan.

Bagi pengguna Facebook, Manaf Selasih, Muslim yang baik dan sihat akal jiwanya akan tahu cara sebenar perjuangan Islam ditegakkan.

“Semua Muslim yang tahu dan faham akan menolak mentah-mentah apa yang diseru oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang ini,” katanya dalam ruang komentar Facebook rasmi, Harakahdaily hari ini.

Tambah Manaf, sejak berzaman Islam menolak cara menduakan kesatuan Islam yang disekutukan dengan kumpulan politik yang sifatnya sempit.

“Muslim yang masuk politik boleh sahaja perjuangkan Islam sebagai orang Islam tanpa bising-bising mendakwa diri pejuang Islam,” hujahnya lagi.

Terdahulu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilapor berkata, berjihad menentang serangan pemikiran yang di bawah musuh kini menjadi fardhu ain bagi setiap individu.

Katanya, hal ini kerana beliau melihat kini, musuh sudah mula masuk ke negeri, rumah bahkan pemikiran orang Islam sendiri.

Ekoran itu, deretan komentar turut menyindir termasuk mengaitkan dengan pembelian nombor plat VIP.

“Pesan jangan buat plat kereta sampai RM100,000,” perli Shamsul Rahman.

Dalam masa sama, pemimpin Pas juga ditempelak ekoran penggunaan istilah Arab seperti ‘Assabiqun’ itu.

“Dok main istilah Arab. Kira habis lunaklah segala hati rakyat Malaysia ye? Zaman 80-an bolehlah. Pakat menitik air liur dengar ceramah.

“Campur-campur pula ayat-ayat al-Quran dan term Arabic. Balik ceramah rasa nak beli unta panjat, berkobar-kobar semangat,” sinis Zack Mortein.

Selain itu, ada juga netizen mengingatkan tentang sikap ‘cakap tidak serupa bikin’ orang Pas menjelang pilihan raya.

“Nak mengundi hari-hari keluar dalil. Yang pelik dia tidak menjadi contoh apa yang diucapkan,” kata Kasim Sabtu.

Bahkan, ada yang menegaskan mereka sudah tampil mempertahankan dan menegakkan Islam tetapi bukan bermakna akan memilih Pas di kertas undi nanti.

“Dah ambil peranan pun tapi tak undi Pas,” kata seorang warganet lagi.

Anwar Ibrahim: Kerajaan Harus Ada Iltizam Politik Untuk Menyiasat Pended...

((PANAS)) SAIFUDDIN NASUTION "BALUN" KECELARUAN KERAJAAN & KKM !!!



((PANAS)) SAIFUDDIN NASUTION "BALUN" KECELARUAN KERAJAAN & KKM !!! SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL. SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH https://bit.ly/2R38Uhk KREDIT TO FB PARLIMEN MALAYSIA



MELAKA TAHAP 4- KENDURI BOLEH MALL PENUH KEDAI MAKAN PENUH, TETAPI NAK

BERKEMPEN TAK BOLEH...DIGALAKKAN BERKEMPEN MELALUI TV..SIAPA YANG NAK KEMPEN

MELALUI TV

ANALISA MAT JENIN PAS "PH TUTUP BUKU"! [KATA MN & PN BERGABUNG MENANG 21...

Datuk Kamal Balas Kenyataan Azmin Ali Dan Kluster Menteri



Datuk Kamal mengulas tentang kenyataan Azmi Ali yang menyatakan pendirian Zahid untuk UMNO bergerak solo pada PRN Melaka adalah pendirian peribadi bukan pendirian daripada akar umbi UMNO

DAP kecam Khairy persenda proses pilihan raya

 

oleh Ghafar NS

Jika Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin benar-benar bimbang risiko penularan baharu Covid-19 dalam pilihan raya Melaka, beliau sepatutnya tidak membenarkan langsung pilihan raya ini diadakan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, DAP mengecam pengumuman Khairy baru-baru ini yang melarang semua perjumpaan fizikal dan majlis sosial berkaitan pilihan raya Melaka, termasuk pelancaran jentera pilihan raya parti bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021.

Tambahnya, parti-parti kerajaan mungkin takut hadapi pengundi kerana menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri Melaka serta gagal dalam menguruskan pandemik Covid-19 dan kemerosotan ekonomi.

“Tetapi kerajaan tidak boleh melanggar demokrasi dan mengambil alih peranan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mewujudkan pilihan raya yang adil, bebas dan saksama.

“Khairy tidak berani membantah pilihan raya ini diadakan, sebaliknya menggunakan taktik yang tidak beretika serta berat sebelah lalu menguntungkan kerajaan.” Kata Ahli Parlimen Bagan itu juga.

Guan Eng juga berkata tindakan Khairy yang mengambil alih peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat mempersenda demokrasi dan keseluruhan proses pilihan raya ini.

“Peguam DAP akan diminta untuk mengkaji larangan dan sekatan berat sebelah kepada calon untuk bertemu pengundi ini, sama ada sah dan mematuhi peraturan pilihan raya.

“Satu mesyuarat antara pemimpin DAP dan PH akan diadakan bagi membincangkan sekatan yang tidak adil dan dilihat bertujuan melumpuhkan pembangkang, serta memberi kelebihan awal pada pihak kerajaan.” Tegas Guan Eng. 

PARLIMEN SUDAH JADI KATON! [MENTERI UNDANG-UNDANG LAKUKAN PEMBOHONGAN KE...




MEMBENTANG PENGISTIHARKAN ORDINAN DARURAT..KERAJAAN TAK PERLU PEMBENTANGAN ..HARI INI KITA NAIK ATAS MEJA BANGKIT BANGUN BUAT SATU KETETAPAN  MENGENAI DARURAT.MEMBATALKAN ORDINAN INI.


Perang ghanimah dalam Pas (Bhg Kedua)

 

MSO



MENYELAK SENJA

"Sapa kata Pas nak bergabung dengan
Umno, orang tu gila..." 

DALAM siri pertama Perang Ghanimah Dalam Pas, dikisahkan bagaimana perang itu berlaku, sebab musabab dan puncanya. Ia mula dibingkai dengan sejarah perpecahan dalam Pas paling akhir tahun 2015. Perpecahan dalam Pas tahun 2015 itu dikeranakan pertembungan dua aliran yang didokong oleh dua pihak berbeza pegangan dan uslub politik, yang bernama golongan agamawan dan Prolib - profesional dan liberal.  

Hasil pertembungan itu menyebabkan Pas berpecah sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah). 

Apakah pula sebab musabab perpecahan yang sedang berlaku dalam Pas kini? Walaupun di pihak Pas cuba menafikan atau melindungi perpecahan itu tetapi ia sudah terdedah kepada umum. Mereka yang makrifah dengan politik dapat membacanya. 

Ia berlaku kerana ada dua kumpulan juga, yang satu masa dahulu sekongkol untuk menghalau golongan Prolib. Mereka kini berpecah jadi dua kumpulan, bermula, sebaik sahaja parti itu mula mengecapi nikmat kemenangan menjadi sebahagian kerajaan 18 bulan lepas. Kuasa dan pangkat tetap menjadi ukuran keampuhan dan kesejatian jiwa pejuang. 

Kesempatan menjadi kerajaan dengan beberapa ahli parlimen mereka dilantik jadi menteri, timbalan menteri, menyertai badan berkerajaan (GLC), menyebabkan berlaku "pinaran" (pesil" anak mata sehingga terjadi perebutan jawatan atau mula meresa syok dengan kedudukan. Itu sebab dinamakan perpecahan kini adalah perang berebut ghanimah.

Elok kita telusuri bagimana ia bermula dan berlaku. Ia cambah daripada hasil kerjasama politik antara Pas dengan Umno selepas Piraum ke-14. Sebelum ini Pas menanfikan mereka akan bekerjasama dengan Umno malah ada yang menganggap sesiapa menganggap Pas akan bekerjasama dengan Umno orang itu gila.  

Ertinya hanya orang gila yang memikir dan beranggap demikian. Selagi Pas waras maka kerjasama itu tidak terbentuk. Itulah yang menjadi pegangan Pas.

Hari ini, setelah tidak sampai 10 tahun, sindiran itu kembali kepada Pas. Orang yang mengatakan gila kepada orang menganggap Pas akan bekerjasama dengan Umno itu, gilanya telah kembali kepada si pengatanya.

Naib presiden Pas Mohd Amar Nik Abdullah dalam usaha untuk menyakinkan ahli dan penyokong Pas bahawa parti itu tidak akan sesekali bekerjasama dengan Umno, membuat penegasan berbunyi "kalau ada orang kata Pas nak bekerjasama dengan Umno, orang itu sudah gila."

Bukan sahaja BNA yang berkata demikian tetapi termasuk juga Tuituman dan lain-lain menafikan dan menolak kalau berlaku kerjasama dengan Umno. Mereka seolah bertaklid tidak akan bekerjasama sama sekali dengan Umno. Hari ini apa sudah terjadi, apa ytang dinafikan itu sudah berlaku. Mereka yang mencemuh orang menuduh Pas akan bekerjasama dengan Umno gila, tetapi merekalah yang sudah sakit mental (gila). 

Untuk merangka kerjasama itu, mulanya Pas menjalani maufakat dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN). Pas dan Umno bersetju menanda tangan piagam Muafakat Nasional. Orang Pas dan Umno berjumpa, berpelukan dan menangis di PWTC. Saat itulah pertama kali orang Pas menjejak karpet haram di PWTC.

Pemimpin Pas dan Umno bukan sahaja bertepuk bahu tetapi berpelukan. Muslimat dan wanita Umno menangis macam budak kehabisan susu, atau menunggu suami tidak pulang berminggu-minggu, kerana sedih dan pilu melihat pertautan antara Pas dengan Umno yang kesekian lama bergaduh. Mereka tidak sangka. 

Sebenarnya Umno juga berasa mujur atas kesudian Pas untuk menjalani kerjasama itu. Mereka bergabung dari rasa insaf dan kecewa sesudah kalah. Cuba kalau mereka masih menang dan berkuasa, usahkan untuk berjabat tangan menjeling mata kepada Pas pun tidak mahu. Situasi inilah mereka yang kurang senang dengan "taawun" itu beranggapan Pas telah terpeda dan tertipu dengan Umno.  

Pertautan dan pembentukan kerajaan sama itu dalam masa Umno hilng kerajaan manakala Pas pula gagal mendapat kememangan besar dalam Piruam ke-14 ekoran berpecah wujudnya amanah. Yang merujakan Pas apabila Amanah menang 11 kerusi, yang sepatut jadi kerusi Pas, 29 kerusi. Kerana bimbang pengaruhnya semakin menirus maka satu muafakat perlu diadakan dengan Umno.

Bermakna kesanggupan Pas bekerjasama dengan Umno itu bukan ikhlas atas landasan perpaduan ummah tetapi menjaga kepentingan, begitu juga dengan Umno. Justeru kerjasama politik itu sebenarnya sandiwara untuk menipu rakyat.  

Umno amat terkesan dengan kekalahan Piraum ke-14 sehingga hilang kerajaan yang ditunjangi selama 61 tahun menjadikan parti itu hilang "gedebe", ego dan mangak lantas menghulur tangan persabahan dengan Pas. Untuk menghalakan tindakan mereka digunakan alasan untuk menentang kerajaan PH yang ditunggai DAP dan menyelamatkan negara atas prinsip menyatukan ummah. Dicipta teori kospirasi untuk memburuk kerajaan PH yang dipilih rakyat.

Semua itu alasan dan bohong belaka. Hari ini kedudukan dan kepentingan Melayu masih ditakak lama. Bahkan dari berbarapa sudut kedudukan orang Melayu masih ke belakang. Isu-isu diperjuangkan Pas seperti arak, aurat, RUU 355 untuk laksanakan hudud, sudah ke sungai dan terampung di Luat Cina Selatan. Lidah Pas sudah jadi lembek macam mentega di luar petis ais.

Sebenarnya MN suatu persepakatan diterima umum. Rakyat Malaysia yang sudah penat berkekah kerana perbezaan politik bersyukur atas apa berlaku jika ia ikhlas. Ada yang berpuasa sunat 18 hari dan menyembelihkan lembu untuk kenduri kesyukuran atas persefaman Umno dan Pas itu. Orang Melayu khasnya dan umat Islam penasaran dengan kerjasama seperti itu yang sudah terlambat 50 tahun.

Tetapi kerana persefahaman itu bukan dibangunkan dengan nawaitu baik, usia MN tidak begitu panjang. Kejayaan dan bukti keampuhan tidak dapat dibuktikan seperti diidamkan. Hanya ia terbukti dengan kemenangan beberapa kerusi dalam pilihan raya kcil (Pirake) sahaja. Sesungguhnya hasil itu membimbangkan pembangkang (PH).

Keampuhan dan kepaduan taawun itu tidak berpanjangan. MN diganggu oleh Mahiaddin Yassin dan Azmin Ali yang keduanya melakukan pengkhianatan kepada parti masing-masing. Mahiaddiin membawa keluar Bersatu meninggalkan PH manakala Azmin menarik 10 orang ahli Parlimen Keadilan merupakan pengikutnya termasuk Jaafar Kamaruddin untuk bergabung bersama Mahiaddin. Keduanya memanggil pula Umno dan Pas, maka jatuhkan kerajaan PH.

Kewujudan kerajaan PN yang dimonitor Mahiddin inilah menyebabkan MN berkucar Wak Yeh sehingga berlaku pula perpecahan dalam Pas seperti apa yang sedang terjadi kini. Dari rentetan itu semua dapat difahami bahawa kuasa, kedudukan dan pangkat menjadi punca perpecahan dalam Pas. Sebab itu dinamakan perpecahan dalam Pas waktu ini sebagai perang ghanimah.

Kesempatan menjadi sebahagian kerajaan PN kemudian disambung dengan kerajaan Mail Beranoko lah meletuskan perang. Kalau tanpa kerajaan PN perang ghanimah tidak akan berlaku kerana jika tidak ada kerajaan maka "ghanimah" tidak akan ada. Rupa-rupa perjuangan orang Pas yang melaung soal agama, reda dan demi agama palsu semata-mata. Species mereka lebih kurang sahaja dengan perjuangan parti-parti lain.

Dari satu sisi kerjasama Pas dengan Umno walaupun membimbangkan PH, tetapi ia menguntungkan PH dari segi hisab dan sains politiknya. Itulah kalau sesuatu itu tidak dibangunkan atas nawaitu tulus dan ikhlas dan berlandaskan kebendaan. 

Lumrah manusia tidak mudah tertahan dengan dugaan kebendaan. Tembelang Pas juga mula pecah apabila lebih rapat dan akrab dengan Bersatu berbanding dengan Umno. Mereka mula perlahan-lahan melupai sumpah dan ikrar untuk bersama Umno dalam MN dan juga mengencin piagam MN yang mereka tanda tangani. 

Jabatan salam dan air mata yang tumps diatas karpet jijik Umno di PWTC kering dan hamis. Pas lebih rapat dengan Bersatu. 

Ada sebab dan alasan kukuh yang tidak dapat difahami oleh umum kenapa Pas rapat dengan Beratu, khasnya Mahaiddin bukan dengan Umno, khsusnya (Zahid dan Najib). Ia bukan soal jawatan dan ghanimah semata-mata tetapi kepercayaan dan sejarah. Pas sebenarnya bimbang dengan Umno ayng selalu memperdayakannya. Peristiwa tahun 1974, amat lekat di sanubari orang Pas. 

Adapun Bersatu dan Mahiaddin belum berdosa kepadanya. Bahkan mereka menganggap Mahiaddin  sebagai melaikat membawa rahmat buat Pas. Tanpa Mahiaddin mungkin Pas tidak memilik empat orang menteridan lima timbalan menteri serta karung ghanimah yang

KAH..KAH..KAH...WOII TAK LULUS BAHASA MELAYU KA SEKOLAH DULU DULU..NAK JAWAB SOALAN PUN HARU BIRU

 

‘Kalau ini jawapan peperiksaan, memang gagal la’, Ahli Parlimen selar jawapan bertulis Kementerian Kewangan





PETALING JAYA: Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir mempersoalkan Kementerian Kewangan kerana didakwa tidak menjawab soalan yang dikemukakan secara bertulis pada persidangan Parlimen, hari ini.

Dalam hantaran di Twitternya, Akmal dilihat tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan berhubung pertanyaan mengenai jumlah tender yang diberikan secara rundingan terus oleh kementerian sepanjang pelaksanaan Ordinan Darurat, tahun ini.

“Kalau ini jawapan peperiksaan, memang gagal la,” katanya dalam ciapan tu.

Dalam jawapan balas itu, Kementerian Kewangan menjelaskan ketika tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan Ordinan Darurat bermula Januari hingga 15 September sebanyak 24,342 tawaran sebut harga, 2,606 tender telah diiklankan manakala 14,767 surat setuju terima (SST) dengan nilai perolehan keseluruhan RM46.3 bilion.

Agensi kerajaan perlu membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan bagi pengecualian tatacara perolehan kerajaan semasa termasuk pelaksanaan perolehan secara rundingan terus melibatkan kesegeraan atas kepentingan awam.

Ciapan itu turut mendapat maklum balas orang ramai kerana mereka mendakwa Kementerian Kewangan tidak menjawab soalan asal.

Ada juga warganet menganggap jawapan diberikan kementerian itu sekadar untuk menyelamatkan diri.

Tak reti cakap English, jual aiskrim naik basikal tapi mampu jadi antara orang paling kaya di Malaysia

 

Tak reti cakap English, jual aiskrim naik basikal tapi mampu jadi antara orang paling kaya di Malaysia. Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng adalah seorang usahawan Malaysia yang terlibat secara mendalam di dalam industri perladangan.

Beliau mengetuai IOI Corporation Berhad (lebih dikenali sebagai (IOI Group) sebagai pengerusi eksekutif. IOI Group telah tersenarai di Bursa Malaysia, adalah salah satu daripada konglolerat dunia yang menerajui pengurusan ladang minyak kelapa sawit.

Khususnya lemak, oleokimia dan aktiviti-aktiviti pembangunan hartanah di Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Eropah.

Tak reti cakap English, jual aiskrim naik basikal tapi mampu jadi antara orang paling kaya di Malaysia

Kalau korang nak tahu, kilang penapisan minyak sawit IOI di Rotterdam, Netherlands merupakan kilang penapisan minyak sawit yang terbesar di Eropah. Ladang kelapa sawit IOI di Malaysia dan Indonesia mengeluarkan minyak sawit dan juga minyak kernel.

Minyak ini kemudiannya diproses menjadi minyak, “metallic stearates” dan lemak yang digunakan untuk membuat sabun, pembersih, bahan kosmetik dan bahan penambah dalam makanan.

Ia juga merupakan peneraju bidang pembangunan hartanah di Malaysia ; projek-projeknya termasuk, bandar perlabuhan, pusat membeli-belah, kondominium, menara pejabat dan pusat peranginan.

Berhenti sekolah usia 11 tahun untuk membantu keluarga

Beliau membesar di bahagian utara Kuala Lumpur di dalam ladang getah. Seawal usia 11 tahun lagi beliau dah mula menceburi dunia perniagaan dengan menjual ais krim menaiki basikal untuk membantu bapanya yang merupakan seorang pengusaha warung kopi.

Tidak diterima kerja kerana tak pandai Bahasa Inggeris

Setelah tamat alam persekolahan, dia ada memohon pekerjaan dengan syarikat ladang kelapa sawit sebagai supervisor tetapi permohonannya ditolak kerana dia tidak fasih berbahasa Inggeris.

Dia yang berumur 22 tahun ketika itu, tidak kecewa pun dengan penolakkan oleh Dunlop Estate. Dia kemudiannya memohon lagi pekerjaan sebagai supervisor di syarikat kelapa sawit yang lain dan diterima.

Siapa sangka setelah 20 tahun, akhirnya dia BERJAYA MEMBELI ladang kelapa sawit tersebut! Wahhh!!!!

“Tahun 1989 adalah tahun paling menggembirakan saya kerana berjaya membeli ladang Dunlopp dari syarikat Multi-Purposed Holdings. Nak tahu kenapa, dulu saya peman minta kerja kat ladang itu tetapi sebab saya tidak ada kelulusan, nama saya ditolak mentah-mentah.

“Agaknya kalau saya diterima pekerja di ladang tersebut waktu itu, saya tak mungkin memiliki ladang ini sekarang.”

Suka bercakap dengan pokok



Lelaki ini juga memiliki satu perangai pelik. Dia suka bercakap dengan pokok kelapa sawitnya. Kalau pokok itu berbuah, dia akan pergi dan cap “I love you.”

Kalau tak berbuah, dia akan cakap “Saya bagi tempoh enam bulan lagi yea – Kalau lepas itu pun masih gagal memberi hasil, dia akan kata pada pokok tersebut, “Maaf Darling, aku tebang Kau dulu!”

Dan kini, lelaki yang pernah menjual askrim itu, lelaki yang pernah kena hina sebab tak boleh berbahasa Inggeris dan lelaki yang dianggap pelik sebab suka bercakap dengan pokok itu, adalah lelaki antara terkaya di Malaysia dengan hartanya yang dianggarkan berjumlah 348/A$$4.7bilion!




CORAT CORET ISU MELAKA DAN PERATURAN KERAJAAN 69

 

Jihad memerangi rasuah dlm kerajaan di dalamnya ada umno dan Bersatu? Nak muntah aku.....


May be an image of 4 people, people standing and text

Di Melaka, majlis kahwin dibenarkan sbb covid tak suka dtg majlis kahwin. Program ceramah kelompok tak dibenarkan sebab Covid suka dengar ceramah. Oleh itu, semua jentera parti PH diminta adakan majlis kahwin sebanyak mungkin bagi mengelakkan Covid.

Owhhh...baru tau. Covid tak datang majlis2 perkahwinan. Covid hanya datang ke majlis dan program politik je.....

Bijak menteri kita....

 May be an image of text that says "Tun Faisal liked Hishammuddin Hussein ...・14h 14h Seperti dinyatakan dlm kenyataan- larangan ini hanya utk aktiviti, perhimpunan, majlis sosial yang BERKAITAN dgn pilihan raya. Saya pasti Majlis Perkahwinan saudari tiada berkaitan pilihan raya. Jika saudari dlm negeri Fasa 4, sila ikut SOP yang tertera. Selamat pengantin baru. twitter.com/aaajaaat/statu... (PPN)- SOP TARIKH DPROT Dibenarkan n Tidak ivest) Bersyarat danPembalakan Perlombongan Pengkuanan Ketua Dibenarkan beroperasi sehingga dilaksanakan setiap minggu This quoted Tweet is unavailable. 40 1,254 1,056"




W.FAUDZIN

Iktiraf Taliban : Kerajaan akan ambil kira pandangan Pas – Timb Menteri




Kerajaan akan membuat keputusan bersama antara parti-parti pemerintah termasuk PAS dalam isu mengiktiraf Taliban sebagai kerajaan Afghanistan yang sah.

Timbalan Menteri Luar, Kamarudin Jaffar berkata, memandangkan PAS merupakan sebahagian daripada kerajaan dan pandangan daripada parti itu juga akan diambil kira.

“Soal keterlibatan PAS dalam menentukan dasar dan pengiktirafan (Taliban sebagai kerajaan Afghanistan), PAS adalah sebahagian anggota Jemaah Menteri dan sudah tentu apabila keputusan ingin dibuat, peranan PAS (diambil kira) seperti juga peranan parti lain dalam kerajaan dan Kabinet,” katanya di Dewan Rakyat.

Kerajaan akan ambil kira pandangan Pas - Timb Menteri

Kamarudin berkata, negara ini berpendirian bahawa sebarang perubahan politik dalaman Afghanistan perlu berpaksikan kepada kepentingan pemegang taruh serta aspirasi rakyatnya sendiri.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang mahu tahu adakah pendirian PAS menyokong Taliban di Afghanistan akan mempengaruhi dasar luar negara.

Berhubung pandangan dan pendirian kerajaan terhadap Afghanistan yang dikuasai Taliban, Kamarudin menjelaskan negara ini berpendirian sebarang perubahan politik dalaman Afghanistan perlu berpaksikan kepentingan pemegang taruh serta aspirasi rakyatnya sendiri.

“Ia mesti berdasarkan pendekatan ‘Afghan-led, Afghan-owned and Afghan-controlled peace and national reconciliation process’,” katanya.

Katanya, mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada 22 Ogos lalu di Jeddah, yang turut disertai Malaysia, telah menetapkan pendirian mengukuhkan komitmen dan sokongan terhadap Afghanistan seperti yang dinyatakan dalam resolusi yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak OIC dan Mesyuarat Menteri-menteri Luar.

Kamarudin berkata, negara anggota OIC bersetuju memberi sokongan penuh terhadap penyelesaian di Afghanistan dalam mencapai perdamaian secara komprehensif dan berkekalan.

Katanya, pendirian Malaysia selari dengan seluruh komuniti antarabangsa, iaitu memberi keutamaan kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula Afghanistan.

“Untuk tujuan ini, Malaysia juga seperti negara lain berpandangan bahawa keterlibatan secara membina (constructive engagement) perlu dilakukan dengan pihak yang berkuasa di Afghanistan.”

Katanya, Malaysia akan terus memantau perkembangan di Afghanistan dan pada masa sama, Kementerian Luar Negeri juga bersedia menjadi pemudah cara kepada badan bukan kerajaan (NGO) negara ini dalam usaha menghulurkan bantuan kemanusiaan.

KALAU PANDANGAN INI DIBACA OLEH NEGARA LUAR..AGAK AGAK MEMALUKAN NEGARA ATAU TIDAK ? DAN APA PULA PANDANGAN NEGERA LAIN TERHADAP KECERDIKAN MENTERI MALAYSIA ?

 

Owh… Pokok tinggi punca eh? UMNO memang pakar sikit bab ni. Apa lagi? Kasi tebang la… UMNO dengan PAS kan memang hobi tebang pokok… Huhu… Macam tak biasa. Kalau orang tanya, cakaplah sebab nak improve sambungan internet kawasan tu… Don’t be worry bimbang. Walaun dan machai akan sentiasa sokong. Kompom.

Raja Gelap

 

May be an image of 1 person and text that says "Sinar Masalah internet kerana bentuk muka bumi, pokok tinggi 24 OCTOBER AT 14:55 KUALA LUMPUR- Masalah liputan internet yang dialami penduduk di Kampung Seri Kesinai, Padang Besar, Perlis, adalah berpunca daripada keadaan bentuk muka bumi dan pokok- pokok tinggi yang terdapat di kawasan berkenaan. Menerusi catatan di Twitter, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu dikenal pasti selepas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) melakukan siasatan semasa turun ke kawasan itu pada 21 Oktober lepas."


ADAKAH KES KEMATIAN AKIBAT COVID DIMANIPULASIKAN ?

 May be an image of 1 person and text that says "theSun 16h theSundaily DAP veteran Lim Kit Siang today pointed out that CovidNow website reported 42 deaths yesterday but the worldometer website said there were 222 deaths. #theSun #thesundaily #Coviddeaths #KhairyJamaluddin #LimKitSiang #MinistryofHealth #worldmeter #COVIDNOW THESUNDAILY.MY Khairy asked to explain difference in reported number of Covid deaths"


Memutar-belitkan fakta sehingga Malaysia jadi satu-satunya negara yang tak punya kesan sampingan kesan akibat sudah menjadi biasa. Tapi kini ada pula tuduhan yang mengatakan ada laporan yang tidak tepat berkenaan kes kematian akibat Covid-19 pula.

Menurut Lim Kit Siang, dalam laman CovidNow, hanya 42 kematian dilaporkan termasuk BID. Tapi di laman Worldmeter, 222 kematian pula. Apa cerita? Takkanlah sampai jumlah kematian pun nak menipu? Kalau betul, teruk sangatlah kerajaan ini.

Penting untuk KJ jelaskan. Jika alasannya kesilapan teknikal, kita mahu tahu siapa orang yang buat silap itu. Jangan ikut sedap mulut saja kata kesilapan teknikal sebab nak tutup cubaan menipu yang gagal.

Jika Worldmeter yang salah, apa tindakan kerajaan? Takkan nak didiamkan saja sebab ia menjejaskan nama negara. Dan Worldmeter pun mesti dapat data dari KKM juga jadi siapa yang mahu sabotaj negara dengan berikan info salah? Menteri mesti jelaskan hal ini.

Kalau betullah kerajaan sanggup menipu sampai ke tahap ini, memang amat malanglah nasib rakyat Malaysia.


Serah pasport: Pemuda AMANAH persoal adakah wujud campur tangan eksekutif

 



Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / October 25, 2021

Pemuda AMANAH Nasional mempersoal sama ada wujud campur tangan eksekutif ke atas hal kehakiman ekoran kebenaran yang diberikan Mahkamah Tinggi kepada Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya buat sementara.

Timbalan Ketuanya, Razak Ridzuan berkata, meskipun perkara ini dibenarkan dan di bawah kuasa mahkamah, namun ia bakal menghakis kepercayaan awam terhadap ketegasan dalam menangani kes jenayah dalam kalangan orang-orang kenamaan.

Justeru beliau mendesak pemulangan pasport kepada individu yang berkait dengan kes berprofil tinggi, disemak semula.

“Rata-rata akan melihat bahawa tindakan ini dibenarkan atas kapasiti mereka sebagai orang kenamaan dan bukan atas urusan yang begitu penting sehingga perlu diserahkan passport mereka.

“Melihat kepada alasan-alasan yang diberikan, semuanya bersifat peribadi dan tidaklah begitu terdesak berbanding dengan risiko yang mungkin boleh berlaku sepanjang ketiadaan mereka dalam negara.

“Pejabat Peguam Negara harus bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan mereka yang tertuduh berada dalam negara sehingga kes mereka selesai dan dilayan sama seperti pesalah jenayah lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemulangan pasport kepada individu kes berprofil tinggi menjadi pertikaian ramai pihak sejak minggu lalu selepas Datin Seri Rosmah dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat kebenaran sama untuk ke luar negara.

Mahkamah Tinggi membenarkan pemulangan pasport kepada Najib dan Rosamah bagi membolehkan mereka melawat anak perempuan mereka yang akan melahirkan anak di Singapura.

Manakala bagi kes Muhammad Shafee pula, pemulangan pasport dibenarkan bagi membolehkan peguam itu berjumpa anak lelakinya yang menyelesaikan pengajian di The New School Person, New York, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Razak menegaskan, rakyat Malaysia akan melihat bahawa meskipun dituduh dengan kes jenayah yang berat dan diminta untuk diserah passport, tetapi perkara tersebut tidaklah menjadi satu masalah kepada golongan kenamaan berbanding mereka yang tidak mempunyai kemampuan berbuat demikian.

“Ramai yang bertanya adakah kesalahan tidak melunaskan hutang PTPTN itu lebih berbahaya berbanding mereka yang telah dituduh dengan kes jenayah, pecah amanah dan seleweng dana awam?,” soalnya.

 


DENGAN TIADA KEMPEN TERBUKA, LAGILAH UMNO TIDAK PERLU BEKERJASAMA

 

Pelbagai pihak dilihat tidak senang dengan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung larangan ceramah, majlis sosial, pelancaran jentera dan segala aktiviti terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam PRN Melaka.
Tambahan lagi larangan itu yang konon bertujuan mengelak penularan semula wabak Covid19 dikeluarkan ketika Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, Najib Razak dan pemimpin-pemimpin UMNO sudah mula turun menjelajah beberapa kawasan di Melaka untuk memastikan kemenangan BN pada 20 November depan.
Bagi pihak dalam UMNO, mereka melihat larangan itu tidak lain bertujuan menghalang pemimpin-pemimpin UMNO menjalankan kerja-kerja kempen secara agresif bertemu pengundi.
Kata mereka lagi, sebagai parti yang berasaskan akar umbi, kempen turun ke bawah bertemu rakyat dan pengundi adalah perkara yang tidak boleh dielakkan bagi UMNO bila berlaku pilihanraya.
Lainlah seperti Bersatu, tambah mereka, yang merupakan parti yang tiada akar umbi dan tidak banyak cawangan, maka tiada keperluan bagi pemimpinnya turun ke bawah untuk berkempen.
Kempen boleh saja dilakukan melalui cara lain menggunakan program kerajaan, NGO atau media sosial.
Selain itu, ada pihak dalam UMNO juga melihat larangan kempen itu sebagai strategi halus untuk mendesak agar UMNO akhirnya sedia bekerjasama dengan PN bagi memastikan PH tidak berpeluang mencapai kemenangan.
Di waktu yang sama, PH juga turut tidak senang dengan larangan kempen yang diumumkan Khairy Jamaluddin itu.
Sementara Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin menganggap larangan itu memperolok sistem demokrasi, Lim Guan Eng pula sedang mengkaji untuk mencabarnya daripada sudut undang-undang.
Daripada satu sudut, oleh kerana banyak sektor ekonomi dan aktiviti sosial telah dibenarkan seperti melancong, bermesyuarat, kenduri dan sebagainya, tambahan lagi lebih 90 peratus rakyat sudah menerima vaksin, melarang aktiviti kempen untuk pilihanraya ternampak seperti tidak masuk akal.
Jika begitu, apa gunanya vaksinasi?
Sepatutnya biarlah semua aktiviti kempen dibenarkan, yang penting SOP asas seperti menjaga kebersihan, memastikan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka hendaklah sentiasa dipatuhi.
Begitu pun, apa sebenarnya tujuan larangan kempen ini dikuatkuasakan?
Sepertimana kita sedia maklum, kerjasama antara UMNO dengan PN, walaupun terus menerus diminta oleh Pas dan Bersatu, adalah sesuatu yang memang sukar untuk menjadi kenyataan.
Terutama disebabkan jurang perbezaan UMNO dengan Bersatu itu terlalu dalam, malah berliku-liku, mempertemukan titik tolak ansur antara keduanya bukanlah suatu perkara mudah.
Untuk itu, kemungkinan paling besar di PRN Melaka ini ialah UMNO dan Bersatu akan berlaga sesama sendiri atas tiket BN serta PN dalam persaingan tiga penjuru yang turut disertai PH.
Apabila berlaku pertembungan itu, mereka yang paling susah hati ialah kelompok menteri UMNO yang diketahui sejak dulu berjiwa pro kepada Bersatu.
Kalau mereka turun berkempen untuk UMNO, bimbang nanti Bersatu akan berkecil hati dan jika turun berkempen menolong Bersatu pula, ia sudah tentu melanggar disiplin parti.
Lalu, dengan adanya larangan turun berkempen secara terbuka yang diumumkan KJ itu, selamatlah mereka dan mereka kini tidak perlu langsung turun berkempen baik untuk UMNO, mahu pun Bersatu.
Di waktu yang sama, disebabkan cawangan dan akar umbi UMNO lebih kukuh berbanding Bersatu, apa yang perlu dilakukan oleh parti itu dengan adanya larangan kempen terbuka ini ialah memanfaatkan kekuatan itu sepenuhnya untuk mendekati lagi semua kelompok pengundi.
Ia boleh dilakukan melalui jentera media sosial tempatan yang mungkin sudah sedia wujud di peringkat cawangan dan jika belum ada, masih ada masa untuk mewujudkannya dengan menyenaraikan nama pengundi dalam daftar mereka.
Kemudian, segala hal berkaitan kempen, termasuk serangan kepada pihak lawan dan menjawab isu-isu yang berbangkit hendaklah menggunakan saluran tersebut sebaik-baiknya.
Bersatu yang tidak banyak cawangan dan tiada akar umbi sudah tentu berdepan kesukaran berkempen hingga ke bawah menggunakan media sosial, kecuali yang boleh dilakukan ialah mewujudkan pusat-pusat serangan yang beroperasi di Kuala Lumpur atau di bandar Melaka.
Tetapi sudah tentu keberkesanannya tidak menyeluruh atau mampu meresap ke bawah berbanding apa yang digerakkan UMNO melalui akar umbinya yang sudah sedia wujud itu.
Pokoknya, dengan adanya larangan kempen terbuka dan mengadakan majlis-majlis bertemu pengundi ini lebih memberi kelebihan kepada UMNO dan ia lagi meletakkan mereka tidak perlu sama sekali bekerjasama dengan Bersatu, Pas atau PN.
Senang-senang Bersatu akan ditinggalkan dalam gerak kerja kempen dan mendekati pengundi.
Paling-paling pun Pas yang ada sedikit akar umbi akan diperalat sepenuhnya oleh Bersatu untuk berhadapan dengan UMNO.
Secara langsung dan tidak langsung, UMNO kini sudah boleh tutup terus pintu rundingan dengan PN. – ShahbudinHusin 25/10/2021.

(function() { var d = document, w = window; w

'Masa untuk saya sertai KEADILAN, Generasi muda bosan politik lapuk' - Dr Maszlee

  Sungguhpun Pakatan Harapan (PH) kalah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka baru baru ini, namun bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee...