(The Ayuh Malaysia Show) Rafizi Ramli: Reformasi Industri, Pertanian & S...



12/07/2022 #RafiziRamli Malam ini saya berbicara mengenai keterjaminan makanan ("food security") dan idea-idea bagaimana menghidupkan industri tani dan sumber makanan. #ayuhmalaysia #sumbermakanan


SENARAI GANG TOLAK KHEMAH BESAR. LEBIH JELAS TOLAK PARTI CINONET NAK BERTADING 120 KERUSI, TAPI MINTA MACAM MACAM


 (25) Akmal Nasrullah Mohd Nasir – bekas Ketua AMK dan Ahli Parlimen Johor Baharu yang berkelulusan tinggi, mewakili generasi muda pertengahan dan professional yang perlu kita dekati.

(28) Fahmi Zainol – aktivis mahasiswa dan Ketua AMK Permatang Pauh yang boleh menggarap tenaga anak muda, beliau juga kumpulan pelapis pimpinan di Pulau Pinang dan berpengalaman mengemudi AMK di peringkat Pusat.
(29) Simon Ooi Tze Min – aktivis mahasiswa yang datang dari keluarga pejuang (ayahnya pernah ditahan di bawah ISA), ADUN Bakar Arang ini pernah menjawat EXCO Kedah dan membawa pendekatan muhibah pelbagai kaum di dalam dan luar parti.
(30) Romli Ishak – beliau merupakan antara penggerak awal parti semasa penubuhan, kekal setia sehinggalah menjadi tulang belakang Pejabat Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik TPM semasa Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya.
(33) Tan Kar Hing – seorang lagi pimpinan mahasiswa yang menyertai KEADILAN selepas kekalahan teruk 2004, beliau mewakili generasi baru pimpinan Cina di dalam parti. Pernah menjawat EXCO Perak.
(34) M Anbarasan A/L Murugesu – Ketua Cabang Puchong yang merupakan antara ketua cabang yang paling terkanan di Selangor selepas tiga penggal, beliau mewakili pimpinan akar umbi yang tidak mementingkan jawatan wakil rakyat selagi boleh menyumbang kepada parti.
(38) Muhammad Bakhtiar Wan Chik – bekas Timbalan Menteri Pelancongan ini merupakan tokoh profesional berjawatan tinggi yang meninggalkan gaji lumayan untuk menyumbang kepada rakyat dan parti.
(39) Halim Bachik - Ketua Cabang Masjid Tanah dan Pengerusi MPN Melaka yang mengemudi Melaka menjadi negeri utama KEADILAN walau dalam serba kekurangan, beliau mewakili ketua-ketua cabang veteran yang telah lama membina parti.
(40) Abdul Halim Hussain – EXCO Pulau Pinang yang bersama-sama menubuh dan menggerakkan parti dari awal, beliau mempunyai jaringan yang meluas di kalangan anggota akar umbi seluruh negara.
(41) Wong Chen – bekas peguam korporat yang mewakili golongan terpelajar di dalam parti, Ahli Parlimen Subang ini merupakan tulang belakang kepada penghasilan dasar dan perancangan pentadbiran parti selama ini.
(42) Nurin Aina @ Nor Azrina Surip – Ahli Parlimen Merbok yang merupakan penggerak awal AMK/Wanita KEADILAN sebelum melangkah menjadi pimpinan utama di Kedah, beliau boleh memainkan peranan memperkasakan penglibatan wanita secara umumnya.
(43) Syed Ibrahim Syed Noh – terkenal dengan penglibatan NGO melalui IKRAM dan Maffrel sebelum menyertai KEADILAN, Ahli Parlimen Ledang ini merupakan bekas Ketua Penerangan Pusat dan Pengerusi MPN Johor.
(45) Zahir Hassan – seorang jurutera yang merupakan pimpinan korporat terkanan di kalangan calon-calon yang bertanding, beliau merupakan reformis awal yang kekal bersama parti walaupun ada kerja besar di sektor korporat. Dikenali dengan ketokohan sebagai pentadbir yang cekap hasil dari latar belakang korporat yang beliau ada.
(46) Muhammad Arafat Varisan Mahamad – ADUN Hulu Kinta yang merupakan tokoh anak muda akar umbi yang menggembleng tenaga rakyat memenangi kerusi sukar (undi polis yang tinggi) hasil dari jaringan akar umbi yang dibina.
(48) Che Zam Hamzah – akauntan dan setiausaha syarikat bertauliah, beliau banyak membantu usahawan Bumiputra membina perniagaan di sekitar Lembah Klang. Tokoh reformis lama yang selalu menolak jawatan, tenaga beliau penting untuk menubuh dan menjayakan sebuah koperasi untuk anggota KEADILAN.
(49) Zinda Khalil Sastro Hassan – tokoh usahawan tempatan Kelantan yang menjawat pelbagai jawatan dari bawah (Ketua AMK, Ketua Cabang, Ketua Penerangan Negeri), beliau mempunyai peranan penting untuk membina parti di Kelantan.
(51) Zaidi bin Ahmad – Ketua Cabang Pekan ini pernah menjawat Pengarah Komunikasi Pahang dan dikenali atas kepakarannya melatih jentera pilihanraya, mewakili kumpulan reformis yang mempunyai jaringan akar umbi yang kuat di seluruh negara.
(53) Lee Chean Chung – ADUN Semambu yang juga Bendahari Pusat KEADILAN mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, bermula sebagai pegawai penyelidik kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau dan rakan-rakan merupakan harapan masa depan untuk menarik lebih ramai anggota bukan Melayu menyertai KEADILAN.
(54) Kesavan A/L Subramaniam – Ahli Parlimen Sungai Siput ini telah berada di dalam barisan kepimpinan parti sejak 2007 di pelbagai peringkat dari AMK, MPN dan MPP. Tokoh pimpinan India yang dilahirkan parti dari bawah sehingga berjaya merampas kerusi tradisi MIC di Sungai Siput hasil usaha kerasnya mendekati rakyat.
(55) Gopalakrishnan A/L Subramaniam – bekas ADUN Tiram dan penggiat awal parti di Johor, beliau mewakili pimpinan akar umbi yang setia bersama parti sejak awal pada ketika parti tidak ada kekuatan di Johor.
(63) Mohd Amin Abdul Mem – Ketua Cabang Semporna dan Pengarah Pilihanraya MPN Sabah membina kekuatan Cabang Semporna di tengah-tengah tokoh besar dari parti-parti lain, beliau melambangkan keazaman akar umbi yang mahukan KEADILAN Sabah berdikari dengan kekuatan sendiri.
(64) Gerald Hans Isaac – seniman terkenal negara yang mula berkecimpung di dalam KEADILAN beberapa tahun lalu, beliau mewakili kumpulan anggota baru yang berpotensi membawa idea baru dan menambat hati kumpulan pengundi baru untuk memperkuatkan parti.
(70) Jun Low Hsiad Hui – Ahli Parlimen Hulu Selangor ini merupakan Timbalan Bendahari Pusat dan telah membuktikan kemampuannya merangkum kekuatan pelbagai kaum dan kumpulan sebagai Ketua Cabang Hulu Selangor selama dua penggal, yang melambangkan keunikan KEADILAN sebagai sebuah parti.
(72) Raiyan Abdul Rahim – wanita muda profesional yang menganggotai MPP pada usia muda, beliau terbukti sebagai penggerak akar umbi yang berkemampuan membina jaringan akar umbi dengan cepat. Sumbangan utama beliau adalah membantu membina kembali kekuatan wanita selepas episod pengkhianatan Februari 2020.
(73) Rusnah Aluai – bekas ahli akademik berkelulusan tinggi yang berkecimpung lama di dalam KEADILAN, beliau membuktikan keupayaannya mendekati pelbagai golongan sehingga menang di Parlimen Tangga Batu yang mempunyai antara undi tentera tertinggi di seluruh negara.



Rafizi senarai ‘geng’ tolak khemah besar rebut jawatan MPP PKR



Rafizi Ramli berkata ahli PKR wajar memilih calon yang secara jelas menolak idea khemah besar.

PETALING JAYA: Rafizi Ramli menggesa ahli PKR memilih 20 calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi melengkapkan barisan kepimpinan untuk sesi 2022-2025 dalam kalangan mereka yang menolak idea khemah besar.

Bakal timbalan presiden PKR itu turut menyenaraikan barisan calon MPP yang menolak idea berkenaan dan mahukan parti membina kekuatan sendiri termasuk bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Pengundian untuk memilih 20 orang MPP untuk melengkapkan barisan pimpinan PKR 2022-2025 akan berlangsung hujung minggu ini.

“Kita wajar memilih calon yang secara jelas menolak khemah besar. Sebahagian besar anggota PKR di seluruh negara pada dasarnya menolak khemah besar dan mahu PKR membina kekuatan sendiri. Undilah calon yang konsisten menolak khemah besar,” katanya di Facebook.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau turut menyeru ahli memilih calon mempunyai kepakaran yang boleh digunakan untuk membina kekuatan parti.

“Kita wajar menjauhi budaya mengangkat pemimpin yang hanya mahu mengisi jawatan tetapi tidak berfungsi atau tidak ada sebarang idea untuk menambahbaik parti.

“Pilih calon yang tidak pernah terpalit dengan episod yang membawa masalah kepada parti. Elakkan mengundi calon yang pernah bersekongkol dengan individu atau kumpulan yang mengkhianati parti, atau kumpulan yang membawa budaya bodek/samseng yang ditolak anggota parti baru-baru ini,” katanya.

Calon disenaraikan Rafizi ialah Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir, aktivis mahasiswa Fahmi Zainol, Ahli Parlimen Subang Wong Chen, Ahli Parlimen Merbok Nurin Aina @ Nor Azrina Surip, Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Parlimen Balik Pulau Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Ahli Parlimen Sungai Siput Kesavan Subramaniam.

Ahli Parlimen Hulu Selangor June Low Hsiad Hui, ADUN Bakar Arang Simon Ooi Tze Min, ADUN Hulu Kinta Muhammad Arafat Varisai Mahamad dan ADUN Semambu Lee Chean Chung.

Turut disenarai kumpulan pro-Rafizi bagi merebut jawatan MPP ialah pelakon Hans Isaac, Romli Ishak, Tan Kar Hing, M Anbarasan, Halim Bachik, Abdul Halim Hussain, Zahir Hassan, Che Zam Hamzah, Zinda Khalil Sastro Hassan, Zaidi Ahmad, Gopalakrishnan Subramaniam, Mohd Amin Abdul Mem, Raiyan Abdul Rahim dan Rusnah Aluai.

Rafizi bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas kumpulan dalam PKR yang mahukan khemah besar.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini memaklumkan parti itu tidak pernah membincangkan soal khemah besar.

ANDA MARAH ISLAM DIHINA ? TAPI KALAU PAK LEBAI GUNA DALIL AGAMA BAGAIMANA PULA ?



Mendidih darah tengok perempuan yang buat stand up comedy di sebuah kelab tu kan? Logik kalau marah. Aku rasa sebagai muslim, memang ramai yang rasa tersinggung.

Tapi kes itu sebenarnya hanya kesan sampingan je. Sebab ada kes lain yang lebih besar dan lebih jelas memalukan Islam. Sayangnya kes-kes itu tak pula mendidihkan darah ramai daripada kita.

Kita ada kes mereka yang gelarkan diri ulama sibuk menggelarkan pihak yang tak sependapat dengan sebagai kafir la... Wahabi la... dan sebagainya. Tak rasa malu kes begitu?

Kita juga ada kes orang yang mengaku diri ulama, masuk politik dan mengolah fatwa ikut kepentingan peribadi dan partinya. Sampaikan sanggup dia halalkan menipu. Tak mendidih darah pulak?

Kita juga ada parti yang gunakan nama agama bagi menghalalkan pengkhianatan, kemudian berlagak seolah insan kamil dan suci. Sedangkan jelas Allah membenci para pengkhianat.

Aku pun marah juga dengan perempuan gila itu. Tapi aku lebih marah dengan kes-kes lain yang aku sebutkan di atas. Kerana kes-kes begitu lebih buat nama Islam tercemar.

Bila kita tengok saja video perempuan itu, walau dia mengaku hafaz 15 juzuk al-Quran, kita tahu yang dia seorang yang jahil. Jadi kebodohan yang dilakukan terpalit kepada dirinya secara individu.

Tapi bila yang berjubah dan berserban gunakan dalil agama untuk halalkan yang haram, sucikan sang perompak, halalkan pengkhianatan, maka kesucian Islam tercalar secara keseluruhan.

Nak berang kepada perempuan mereng itu, silakan. Tapi kena ada kemarahan yang sama atau lebih lagi kepada para penunggang agama. Perbuatan mereka lebih jijik dan keji.

Seribu kali sayang, bila wanita pamerkan aurah terus dicerca. Tapi sang agamawan yang gadaikan ilmu dan iman demi dapat laba dunia disanjung dan dipuja. Setakat mana sayangmu kepada Islam? Guane boh?

Raja Gelap

 

PEMILIHAN MPP

 

RAFIZI RAMLI

Pengundian untuk memilih 20 orang Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk melengkapkan barisan pimpinan KEADILAN 2022-25 akan berlangsung hujung minggu ini.

Saya mengalu-alukan semua calon yang menawarkan diri untuk dipilih. Saya juga terus menerima mesej dari anggota seluruh negara mengenai barisan pimpinan yang ideal untuk meneruskan gelombang suara akar umbi yang telah dizahirkan bagi pimpinan peringkat atas.

Berikut adalah pandangan saya:

1) Kita wajar memilih calon-calon yang secara jelas menolak khemah besar. Sebahagian besar anggota KEADILAN di seluruh negara pada dasarnya menolak khemah besar dan mahu KEADILAN membina kekuatan sendiri. Undilah calon-calon yang konsisten menolak khemah besar.

2) Pilih calon-calon yang mempunyai kepakaran masing-masing yang boleh digunakan untuk membina kekuatan parti. Kita wajar menjauhi budaya mengangkat pemimpin yang hanya mahu mengisi jawatan tetapi tidak berfungsi atau tidak ada sebarang idea untuk menambahbaik parti.

3) Pilih calon-calon yang tidak pernah terpalit dengan episod-episod yang membawa masalah kepada parti. Elakkan dari mengundi calon-calon yang pernah bersekongkol dengan individu atau kumpulan yang telah mengkhianati parti, atau kumpulan yang membawa budaya bodek/samseng yang ditolak anggota parti baru-baru ini.

Saya mengambil sikap terbuka dan meraikan semua yang bertanding. Sebab itu saya mengambil sedikit masa untuk meneliti kelebihan dan peranan yang boleh dimainkan oleh calon-calon sebelum saya mengumumkan senarai calon yang saya yakin boleh melonjakkan parti selepas ini.

Oleh itu, saya percaya 25 calon berikut boleh memainkan peranan yang penting selari dengan proses membina kekuatan parti selepas ini, terpulang kepada perwakilan untuk memilih 20 calon terbaik dari kalangan mereka:

(Senarai 25 calon pilihan disenaraikan dalam booklet untuk dikongsikan)


Saya pulangkan pilihan kepada perwakilan dari seluruh negara.

Kita akan hormati pilihan akar umbi dan saya ingatkan bahawa saudara-saudari, sebagai perwakilan cabang masing-masing, mewakili kehendak dan hasrat akar umbi yang mahukan parti terus membina kekuatan sendiri agar kita kekal di landasan reformasi.

 




TUUU DIAAA...MAT SAID MENANGIS TERKENANGKAN PERANGAI LEBAI PAS. KINI UMNO BERGERAK SOLO....MAMPOIH LA PAS KALI NI...

 

UMNO Terengganu tetap tolak Muafakat Nasional dengan Pas



Nur Fazlizai Ali
UMNO Terengganu tetap tolak Muafakat Nasional dengan Pas
Pendirian Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal sekali gus menggambarkan pintu kerjasama itu tertutup sepenuhnya. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA NERUS: UMNO Terengganu tetap dengan keputusan untuk menolak sebarang bentuk jalinan kerjasama dengan parti Pas menerusi Muafakat Nasional (MN).
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya telah memberi ruang kerjasama kepada parti berkenaan untuk ke arah itu.
Pendirian Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal sekali gus menggambarkan pintu kerjasama itu tertutup sepenuhnya.
"Tiada dah, kita sudah bagi ruang, saya menangis sudah hari itu.
"Saya ini kalau lembut, lembut sangat. Saya ini kabo sokmo (selalu beritahu). Ular tedung kalau pandai bukan boleh gosok (sapu), kepala ular boleh cium. Kepala ular dah main tepuk, minta maaflah," katanya.
Sebelum ini, Pas Terengganu cuba untuk meneruskan kerjasama MN dengan UMNO, namun menemui jalan buntu.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang berkata sebelum ini pihaknya sudah mengatur dua pertemuan namun gagal.
Sebelum ini juga, UMNO Terengganu telah memutuskan untuk bergerak secara 'solo' pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Politik | UMNO Terengganu tetap tolak MN dengan Pas


UMNO Terengganu tetap dengan keputusan untuk menolak sebarang bentuk jalinan kerjasama dengan parti Pas menerusi Muafakat Nasional (MN). Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya telah memberi ruang kerjasama kepada parti berkenaan untuk ke arah itu.

TB PENDEDAHAN EKSKLUSIF RAFIZI RAMLI Taktik Kotor UMNO!


aktik Kotor UMNO, BN untuk Menjahanamkan Rakyat. sebarkan! PERKARA KELIHATAN NYATA SELEPAS UMNO DITEWASKAN DAN TERBONGKAR SATU DEMI SATU!!

Kalau tidak mahu Anwar, kira bukan khemah besar lagi.Tak payah la nak ajak parti cinonet tu....

 

Kalau tidak mahu Anwar, kira bukan khemah besar lagi


Sinar Harian
Kalau tidak mahu Anwar, kira bukan khemah besar lagi
Khalid berkata, pendekatan khemah besar membawa maksud penyatuan semua parti pembangkang dengan matlamat utama mengalahkan BN dan PN. - Foto fail
SHAH ALAM : Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad membidas pendirian Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berhubung penolakan parti itu yang tidak mahu bekerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah ‘khemah besar’.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, pendekatan ‘khemah besar’ membawa maksud penyatuan semua parti pembangkang dengan matlamat utama mengalahkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“'Khemah besar' maknanya semua pembangkang bersatu dan bekerjasama. Kalau tak nak Anwar, bukan khemah besar lagilah.
“Kalau ingin kalahkan BN dan PN, semua mesti ketepikan kepentingan dan kecenderungan peribadi dan utamakan kepentingan negara. Kalahkan BN dan PN, itu yang utama!” tegas beliau menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin.
Timbalan Presiden Pejuang, pada Marzuki Yahya pada Ahad dilaporkan berkata, meskipun menerima pendekatan ‘khemah besar’ pembangkang, namun ia tidak boleh menerima kepimpinan Anwar.
Marzuki pada masa sama turut berpandangan pendekatan ‘khemah besar itu bukan satu-satunya penyelesaian terhadap krisis politik semasa di dalam negara.
Idea khemah besar merupakan pendekatan dikemukakan beberapa pemimpin di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri antara parti pembangkang pada PRU akan datang.
Pendekatan untuk mengelakkan pertembungan lebih dua penjuru itu diusulkan kerana ia dilihat berjaya untuk menewaskan BN pada PRU14 lalu.

KASUT NILAI RM 40K

 

Hamdan Taha


MB johor yang baru pakai kasut nilainya 40 ribu dan MB kata itu adalah hadiah daripada Sultan Johor


Tengku Mahkota Johor pulak berkata dia hairan dengan sikap rakyat kerana kasut MB pun jadi isu


Pemimpin Negara dan Raja Raja Melayu ni mereka lupa akan sejarah Manusia dari Namrud,Firaun dan termasuk Sultan Sultan juga Raja Raja di Zaman Pemerintahan Islam ribuan tahun dan ratusan tahun dulu yang telah lenyap kerana mereka keterlaluan bermewah mewah sehingga Allah tarik kekuasaan dari mereka


Kasut bernilai 40 K di Pakai oleh MB sudah tentu lah jadi isu kerana itu baru Kasutnya,berapa pula nilai Jamnya,Keretanya,Rumahnya,bajunya dan perkara perkara ini semua datang dari sumber negara dan rakyat,jika Sultan kata ini duit BETA tapi duit BETA tu dari mana jika bukan dari hasil Pasir,Tanah dan berbagai lagi milik Rakyat yang telah jadi milik mereka


Jika mereka ini di lahirkan bukan Sultan dan Raja apakah mereka mampu memiliki kekayaan seperti yang mereka ada sekarang ?


Bagi mereka nilai satu juta serendah 5 ringgit bagi rakyat dan nilai 40 K langsung tak ada nilai kerana mereka pencetak duit jualan pasir sehari pun jutaan ringgit


AKTIVITI MEMBAKAR LEMAK. MEMBUANG LUMPUR DI DALAM LUMPUR




 

DI INDONESIA PESALAH RASUAH DIHUKUM MATI. BEGITU JUGA DI CHINA NEGARA KOMUNIS. DI MALAYSIA PARTI AGAMA BERSEKONGKOL BERSAMA PERASUAH



Rakyat Indonesia Bijak Memilih Pemimpinnya..

Presiden Pak Jokowi Yang ANTI RASUAH..

Jika Di Dapati Bersalah Kerana RASUAH DI HUKUM SAMPAI MATI..

DI Negara Kita?

Perasuah bolih kesana ke sini....Walau pon di dapati Bersalah..

SEDIH!!!!!

 

NI SALAH SATU BENDA AJAIB DI MALAYSIA. SELAIN PENCURI DIIRINGI KESANA SINI, GUNA SISA KAYU PUN KENA SAMAN- YANG SAPU TAK KENA SAMAN...BIJOK BIJOK

 





Rakyat Buat Meja Sisa Tunggul Kayu Terpakai Kena Sita oleh Jabatan Hutan Kelantan di TANAH MERAH, Kelantan

TANAH MERAH - Jabatan Perhutanan Negeri menyita 10 tan sisa dan tunggul kayu, termasuk tual kayu bulat pelbagai spesis tanpa pas pemindah yang sah dalam tiga operasi berasingan, sejak Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah berkata, serbuan tersebut dilakukan pihaknya berdasarkan maklumat dan aduan awam.

Hasil siasatan, Abdul Khalim memberitahu, seorang suspek berusia 40 tahun turut ditahan dalam serbuan tersebut selepas menemui beberapa hasil hutan yang telah ditukar kepada bentuk meja dan kerusi.

“Beliau gagal mengemukakan sebarang dokumen yang membenarkan beliau memiliki hasil hutan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 84(1), Akta Perhutanan Negara 1984: Memiliki Hasil Hutan Secara Menyalahi Undang-undang.

“Mengikut siasatan awal kami, suspek yang terlibat dalam ketiga-tiga kes ini dipercayai membeli hasil hutan ini melalui penduduk kampung yang menghantar ke premis mereka tanpa sebarang kelulusan yang sah dari Jabatan Perhutanan Negeri.

Sumber sinar

 

KAH..KAH...BAB NI AKU SOKONG PENGANALISIS....HANGPA MEMANG MENGANALISIS SESUATU YANG BAIK. DAN TEPAT. PARTI PUN HIDUP SEGAN MATI TAK MAU..TU PUN JANGAN...120 KERUSI NAK TANDING...DIA PULAK NAK CATURKAN POLITIK PARTI LAIN.

 


Penganalisis tak yakin dengan sasaran Pejuang pada PRU15







Penganalisis menjangkakan calon-calon Pejuang tidak akan dapat
 memenangi banyak undi pada PRU15, kecuali Dr Mahathir Mohamad.

GEORGE TOWN: Beberapa penganalisis politik tidak yakin dengan harapan Pejuang untuk menang besar pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura menyifatkan cita-cita parti itu untuk membentuk kerajaan baharu tidak lebih daripada sekadar “cakap-cakap pilihan raya”.

“Angan-angan parti itu akan musnah apabila menyedari peluangnya tipis untuk menang,” katanya kepada FMT.

“Kita semua boleh ada impian dan Pejuang pastinya mempunyai impian yang besar.”

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Timbalan Presiden Pejuang Marzuki Yahya dilaporkan berkata, parti itu berhasrat untuk bertanding sehingga 120 kerusi Parlimen dan berharap untuk membentuk kerajaan seterusnya.

Oh berkata, Pejuang harus mengambil pendekatan realistik dengan memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi yang dipercayai boleh dimenanginya, seperti di Kedah.

Beliau berkata, walaupun Pejuang akan memecahkan undi Melayu, calonnya tidak akan dapat menang banyak (undi), kecuali Mahathir (Dr Mahathir Mohamad) jika beliau memutuskan untuk mempertahankan kerusi Langkawi.

Azeem Fazwan Ahmad Farouk daripada Universiti Sains Malaysia berkata, sasaran Pejuang terlalu tinggi.

“Tiada satu pun parti politik di negara ini mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan. Parti-parti politik perlu membentuk pakatan seperti Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan untuk berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, prestasi Pejuang pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, apabila parti itu kalah di kesemua 42 kerusi yang ditandinginya, sudah cukup untuk membuktikan ia bukanlah pesaing yang mantap bagi parti Melayu lain.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, Pejuang harus hanya menumpukan perhatian kepada Kedah, di mana kedudukan PAS tidak terjamin, manakala Umno turut menyasarkannya.

“Saya rasa Pejuang mempunyai peluang lebih baik untuk menang beberapa kerusi (di Kedah) berbanding 120 kerusi di peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata, parti itu akan menghadapi kesukaran untuk menang di kerusi majoriti Melayu seperti yang dilihat menerusi prestasi penampilan sulungnya yang buruk pada PRN Johor.

“Pengundi Melayu tidak begitu yakin dengan Pejuang dan jumlah undi popular yang diperoleh parti itu sebenarnya tidak seberapa,” katanya.

PERTANIAN DALAM BANGUNAN SOLUSI MASA DEPAN