PEMILIHAN MPP

 

RAFIZI RAMLI

Pengundian untuk memilih 20 orang Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk melengkapkan barisan pimpinan KEADILAN 2022-25 akan berlangsung hujung minggu ini.

Saya mengalu-alukan semua calon yang menawarkan diri untuk dipilih. Saya juga terus menerima mesej dari anggota seluruh negara mengenai barisan pimpinan yang ideal untuk meneruskan gelombang suara akar umbi yang telah dizahirkan bagi pimpinan peringkat atas.

Berikut adalah pandangan saya:

1) Kita wajar memilih calon-calon yang secara jelas menolak khemah besar. Sebahagian besar anggota KEADILAN di seluruh negara pada dasarnya menolak khemah besar dan mahu KEADILAN membina kekuatan sendiri. Undilah calon-calon yang konsisten menolak khemah besar.

2) Pilih calon-calon yang mempunyai kepakaran masing-masing yang boleh digunakan untuk membina kekuatan parti. Kita wajar menjauhi budaya mengangkat pemimpin yang hanya mahu mengisi jawatan tetapi tidak berfungsi atau tidak ada sebarang idea untuk menambahbaik parti.

3) Pilih calon-calon yang tidak pernah terpalit dengan episod-episod yang membawa masalah kepada parti. Elakkan dari mengundi calon-calon yang pernah bersekongkol dengan individu atau kumpulan yang telah mengkhianati parti, atau kumpulan yang membawa budaya bodek/samseng yang ditolak anggota parti baru-baru ini.

Saya mengambil sikap terbuka dan meraikan semua yang bertanding. Sebab itu saya mengambil sedikit masa untuk meneliti kelebihan dan peranan yang boleh dimainkan oleh calon-calon sebelum saya mengumumkan senarai calon yang saya yakin boleh melonjakkan parti selepas ini.

Oleh itu, saya percaya 25 calon berikut boleh memainkan peranan yang penting selari dengan proses membina kekuatan parti selepas ini, terpulang kepada perwakilan untuk memilih 20 calon terbaik dari kalangan mereka:

(Senarai 25 calon pilihan disenaraikan dalam booklet untuk dikongsikan)


Saya pulangkan pilihan kepada perwakilan dari seluruh negara.

Kita akan hormati pilihan akar umbi dan saya ingatkan bahawa saudara-saudari, sebagai perwakilan cabang masing-masing, mewakili kehendak dan hasrat akar umbi yang mahukan parti terus membina kekuatan sendiri agar kita kekal di landasan reformasi.