MANA MANA KERAJAAN YANG BUANG DIA NI MEMANG BIJAK- KALAU LANTIK MENTERI MESTI CAP AYAM JUGA- HAPA PUN TAK BOLEH..MASA PH DULU LAGI KAMJAT MAMAT NI

 


Kontrak saya sudah tamat, Wan Saiful perjelas bukan lagi pengerusi PTPTN





Wan Saiful Wan Jan berkata kontraknya sebagai pengerusi Perbadanan
 Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah tamat pada 17 Jun
 lalu.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang dikatakan bakal dilantik menteri mengesahkan kontraknya sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tamat pada 17 Jun lalu.

Dalam hantaran di Facebook, beliau secara sinis menjelaskan tidak timbul persoalan berhubung jawatannya itu seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

“Seingat saya, memang sudah lama saya sebutkan secara terbuka bahawa hari akhir saya di PTPTN ialah pada 17 Jun 2022.

“‘Next step’, tunggu lah hingga ‘next step’ itu sampai,” katanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau dilantik sebagai pengerusi PTPTN berkuat kuasa 18 Jun 2018 semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menggantikan Shamsul Anuar Nasarah yang juga ahli Parlimen Lenggong.

Wan Saiful antara nama yang disebut-sebut bagi menggantikan Zuraida Kamaruddin mengisi kerusi menteri perusahaan perladangan dan komoditi selepas ahli Parlimen Ampang itu meninggalkan Bersatu.

Sementara itu, sumber PTPTN menjelaskan kepada FMT, tiada pengumuman dibuat berhubung status jawatan pengerusi kerana perkara itu belum dimuktamadkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita tak keluar apa-apa kenyataan sebab kita tak pasti kalau perdana menteri akan lantik dia (Wan Saiful) semula, sebab itu kita tak buat sebarang kenyataan mengenai pengosongan jawatan.

“Setakat ini jawatan itu kosong,” katanya sambil menjelaskan pengumuman mengenai pelantikan pengerusi baharu akan dibuat selepas ia dimuktamadkan oleh perdana menteri.

Sumber juga tidak menolak Wan Saiful disebut-sebut bakal dilantik sebagai menteri.

“Khabar angin memang kata begitu, tapi kita tunggu keputusan perdana menteri,” katanya.

No comments: