SEBELUM NAK LENA NI DIA MENJAWAB PUISI BUSUK SEORANG ULAMAK JAHAT


Abang Mie Tok Perak


Puisi Ulamak Jahat..


Yang mengampu 'mengipas', 

Mungkin dia boleh rasa puas.. 

Dalam tempoh yang luas

Mungkin Allah akan membalas? 


Janji membebas fitnah yang jelas

Ulamak jahat bermulut lepas

Pendapat kamu macam hampas

Semoga kehormatan akan terhempas


Kami, umat Muhammad dah rimas

Bila ulamak jahat terus bebas

Mengampu pemerintah yang ganas

Biar suatu masa buku bertemu ruas



Di ambang darurat, Umno desak selesai isu i-Sinar, moratorium

 

Zahid Hamidi.

PETALING JAYA: Di ambang darurat yang akan berlarutan sehingga 1 Ogos, Umno hari ini mendesak kerajaan selesaikan isu sekitar pengeluaran wang caruman KWSP dan lanjutan moratorium ke atas pembayaran pinjaman bank.

Presiden Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kerajaan ia masih perlu selesaikan dua tuntusan Barisan Nasional itu, yang menurut beberapa pemimpinnya masih belum sempurna.

Katanya, kerajaan harus “mengotakan janji bagi menyelesaikan isu-isu yang menyentuh kelangsungan hidup rakyat, terutamanya mengenai tuntutan berkenaan pengeluaran i-Sinar KWSP tanpa syarat, lanjutan moratorium, dan kemaslahatan rakyat secara keseluruhannya”.

Desakan ini menyusuli mesyuarat biro politik Umno yang bersidang petang tadi, untuk membincangkan pengisytiharan darurat pagi tadi.

Ia merupakan seruan terbaru selepas desakan demi desakan daripada pimpinan Umno lain termasuk Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki dan bekas presiden Najib Razak.

Pada Disember, Najib yang juga ketua Kelab Penyokong Kerajaan BN berkata gabungan itu masih berpeluang “m

embuat sesuatu kelak” sekiranya Perikatan Nasional tidak memperbaiki dua tuntutan utama itu.

Pengisytiharan darurat pagi tadi berlatarkan persoalan mengenai bilangan sebenar sokongan ahli Dewan Rakyat kepada pentadbiran Muhyiddin, selepas beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional menarik balik sokongan dan desakan supaya pilihan raya diadakan.

Sementara itu, Zahid mengingatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa segala kuasa bawah Ordinan Darurat hendaklah tertumpu kepada urusan pengawalan wabak semata-mata.

“Memandangkan rasional yang dikemukakan oleh perdana menteri dalam memohon pengisytiharan darurat hanyalah untuk menguruskan pandemik Covid-19,” katanya.

Ia juga menggesa kerajaan untuk segera berusaha mengembalikan dan memulihkan fungsi Perlembagaan dan amalan demokrasi berparlimen sejurus darurat mencapai matlamatnya.


KEH....BMF LA KAN...MELAYU ISLE LA SANGAT...

 Image may contain: text that says "Yang bagi darurat duit juta2..yang sokong darurat pun duit juta2. Akhir nya kami rakyat miskin ni yang susah kerja gaji ari..sehari 40ringgit Kalau saya tak mampu nk bayar rumah lagi..saya lagi.. akan pindah ke rumah muhyiddin dan istana..sebab buat istana tu pun pakai duit rakyat kan..!!"

AKIBAT BONGGOKNYA AHLI PARLIMEN UMNO

 

HAMDAN TAHA

Saya ni kira kira ni tak pandai dan bukan orang bijak pula tu. Tapi sebab mak dan ayah ada hantar ke sekolah jadi setakat nak buat kira kira nombor sampai 220 tu insyaAllah boleh laaaaa...

Ramai orang buat kira kira kerajaan PN ni dah jatuh kerana tak cukup mejoriti mudah kerana ada tiga ahli parlimen umno telah buat kenyataan tak sokong tan sri muhyuddin. Satu bab yang ni...

Jika perkiraan undi di ambil dari pembentangan burget itu hari PN dapat 111 maka tolak 3 dah jadi 108. Jika itu perkiraannya betul jatuh Tan Sri Muhyuddin dan Kerajaannya. Ini pertimbangam saya ialah kerajaan PN bukan Jawatan PM...

Tetapi perkiraan Duli Yang Di Petuan Agung semasa melantik Tan Sri Muhyuddin bukan jumlah MP tapi ikut jumlah parti politik yang memberi sokongan. Jika itu asasnya maka Tan Sri dan PN masih Kekal menjadi Kerajaan kerana Umno dan Bn kekal memberi sokongan pada PN belum ada kenyataan dari Umno Dan Bn menarik sokongan.

Lagi pula di sebelah pembangkang tidak boleh di ambil kira jumlah undi yang mereka dapat semasa undi budget di buat. Kerana itu undi untuk tujuan protes sahaja. Jika undi memilih PM di buat kita juga tidak pasti siapa yang di pilih kerana di sebelah pembangkang juga mempunyai tokoh tokoh yang tidak solid. Tun M dengan satu pasukan, Dato seri Anwar dengan pasukan yang lain. Jika PH lain jumlahnya,tapi jika undi individu MP belum tentu undi PH semua akan berpihak ke Anwar Ibrahim seperti mana Tan Sri Muhyuddin juga di Dalam PN...

Selagi umno kekal menyokong dan tidak membuat kenyataan menarik sokongan bagi saya mejoriti masih ada pada Tan Sri Muhyuddin....saya bukan buat ulasan ini kerana suka dan nak mempertahankan Muhyuddin tapi sekadar pandangan saya sahaja...

Silapnya MP umno yang sekarang ini buat kenyataan menarik sokongan terhadap muhyuddin tidak ambil sikap terpuji semasa sidang parlimen dalam undi budget....Ku Li tak datang....Nazri dan Jazlan angkat tangan sokong...jadi nak kata apa....Kabinet ini masih ada kekuatan dan jangka hayat kerana budget dah lulus...darurat pun dah lulus....makanya setakat boleh jerit jerit luar padang jer lah nampaknya....

Walaupun darurat sekarang ini tapi jika umno buat keputusan sebagai parti tarik sokongan sekarang kita tak tau pula apa akan jadi....Agung pun manusia ada berani ada takut dan ada pertimbangan dan ada maklumat....walaupun dia berat sebelah tapi dia telah buat keputusannya....

Allahulam

 

KESIANNYA MELAYU- INI SEMUA SALAH DAP.

 

MOHD SHAH RIM

 

Adil kah disaat rakyat ramai hilang pendapatan kerana dihentikan kerja, gaji menteri dan duta khas berjalan seperti biasa bila darurat dikuatkuasakan..!!

Gaji ahli parlimen RM16,000 SEBULAN berjalan seperti biasa.

Gaji Menteri RM53,000 SEBULAN berjalan seperti biasa.

Gaji Duta Khas RM27,227.20 sebulan berjalan macam biasa..

Gaji PM RM100,000 SEBULAN berjalan seperti biasa.


 Image may contain: 1 person, close-up


KATA KERAJAAN MELAYU ISLE....TAK TOLONG PUN RAKYAT..KAH....PADAN MUKA...KAH...INI SEMUA SALAH DAP

 

Umum PKP je..

Apa insentif untuk bantu rakyat langsung tak umum..

Ditambah beban lagi kpd rakyat terutama mereka yang hanya bergantung kepada mata pencarian sendiri seharian.

Bukannya yang makan gaji seperti Menteri-menteri  & Duta-duta Khas bergaji menteri tetap dapat gaji berpuluh ribu sebulan walaupun darurat sekalipun.

SR

 Image may contain: 1 person, text that says "YANG RAKYAT PERLU TAHU PASAL PKP 2.0 moratorium bank TIADA TIADA bakul makanan JKM TIADA diskaun bil elektrik & air TIADA bantuan rangsangan majikan TIADA pemotongan gaji Menteri-menteri Menteri untuk jimatkan perbelanjaan negara bantuan khas untuk rakyat ΠADA PERDANA MENTERI INI TAK ADA HATI PERUT!!"

DARURAT MUHYIDDIN YANG MEMBUATKAN ZAHID HAMIDI DAN MAHATHIR KESAL TAK SUDAH DIBUATNYA


Sebagaimana disebut Nazri Aziz dalam sidang medianya ketika mengumumkan penarikan sokongannya kepada Muhyiddin Yassin bahawa darurat yang dikuatkuasakan ini adalah darurat politik, sebenarnya majoriti rakyat juga percaya dengan hakikat tersebut.


Darurat ini dipersembah untuk perkenan oleh Yang Dipertuan Agong tidak lain kerana Muhyiddin semakin terancam kehilangan majoriti berikutan seorang demi seorang Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya susulan lulusnya usul parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.


Ia bukan sangat disebabkan Covid19 kerana untuk menangani wabak tersebut, PKP dan PKPB sudah pun diumumkan semalam yang berkuatkuasa sehingga 26 Januari dan dipercayai mampu membendung penularannya.


Jika tiada ancaman Muhyiddin akan dijatuhkan dan hanya ancaman Covid19 yang ada, sudah tentu tiada keperluan darurat dicadangkan oleh kerajaan kepada Agong.


Ia diperkukuhkan lagi dengan hakikat bahawa semua urusan harian akan berjalan seperti biasa, kecuali Parlimen digantung dan PRU tidak dibenar diadakan sepanjang tempoh darurat sehingga 1 Ogos depan.


Secara rasmi UMNO mahu memuktamadkan perpisahannya dengan Bersatu dalam Perhimpunan Agungnya, 31 Januari depan.


Tetapi, melihat kemungkinan beliau bakal dijatuhkan pada 31 Januari atau mungkin lebih awal daripada tarikh itu, penyelesaiannya adalah dengan melaksanakan darurat.


Maka, tidak ada PRU boleh diadakan, tiada sidang Parlimen perlu diadakan untuk mengesahkan Muhyiddin hilang sokongan, malah tiada kemungkinan juga untuk pembentukan kerajaan baharu.


Oleh kerana darurat politik, semua gerakan politik jadi terhalang dengan sendirinya.


Dan darurat politik ini bermakna telah memberi talian hayat kepada Muhyiddin untuk bertahan lagi, sekurang-kurangnya sehingga Ogos dan tidak terancam untuk dijatuhkan dalam waktu terdekat ini.


Tanpa darurat, jika UMNO secara rasmi menarik sokongannya pada 31 Januari depan, Muhyiddin sama ada perlu meletak jawatan atau terpaksa mengadakan PRU sebagaimana yang dituntut UMNO.


Memikirkan kemungkinan Bersatu dan PN belum cukup kuat untuk mempertahankan kuasanya, tempoh darurat sehingga 1 Ogos dan jika PRU diadakan beberapa bulan selepas itu, ia dikira sudah cukup memberi masa kepada Muhyiddin mengukuhkan partinya serta menyusun strategi lain untuk mencipta kemenangan.


Yang pasti, dengan darurat dilaksanakan ketika UMNO sedang dalam proses memutuskan hubungan dengan Bersatu dan ingin keluar daripada kerajaan PN, Muhyiddin sebenarnya lebih dulu bertindak mengenepikan UMNO daripada perkongsian kuasa dalam kerajaan yang dipimpinnya.


Masihkah UMNO mahu bertahan lagi berada dalam kerajaan yang diterajui Muhyiddin?


Walau bagaimanapun, langkah darurat yang dicadang dan digerakkan Muhyiddin ini, meski pernah ditolak Agong sebelum ini, ia pasti memberi penyesalan tak sudah kepada UMNO, khususnya Ahmad Zahid Hamidi dan juga kepada Tun Mahathir Mohamad.


Walaupun disebut sebagai darurat politik dan bertujuan menyelamatkan kedudukannya, tindakan Muhyiddin ini bukanlah bersalahan dengan Perlembagaan.


Beliau bertindak mengikut apa yang dibenarkan oleh Perlembagaan, cuma sementara UMNO juga mahu menjatuhkannya mengikut Perlembagaan, beliau terlihat lebih bijak daripada UMNO dan Zahid Hamidi yang flip-flop serta terhegeh-hegeh dalam membuat keputusan untuk menarik sokongan dan menjatuhkan PN.


Selain peluang terbuka luas telah dilepaskan untuk menjatuhkan Muhyiddin ketika undian Belanjawan 2021 sebelum ini, UMNO juga melepaskan peluang berbuat demikian dalam mesyuarat MT UMNO, 6 Januari lalu selepas majoriti UMNO bahagian-bahagian meluluskan usul tidak lagi mahu bekerjasama dengan Bersatu.


Jika pada mesyuarat MT UMNO 6 Januari itu dibuat keputusan UMNO menarik sokongan dan mengarahkan semua Ahli Parlimennya meletak jawatan dalam kerajaan tanpa perlu menunggu untuk disahkan dalam Perhimpunan Agung pada 31 Januari depan, Muhyiddin hari ini pasti sudah terkapai-kapai sama ada meletak jawatan atau berdepan PRU yang menyusahkannya.


Tindakan UMNO menangguhkan keputusan sehingga ke Perhimpunan Agung pada 31 Januari seumpama seseorang yang ingin memukul orang lain, tetapi memberitahu tarikh dan masa untuk melakukan serangan tersebut.


Dengan masa diberi sehingga 31 Januari, ia bermakna Zahid Hamidi memberi masa kepada Muhyiddin untuk bernafas menyelamatkan diri dan akhirnya daruratlah jawapannya.


Sekarang, segala-galanya sudah terlambat untuk UMNO menjatuhkan kerajaan PN dan meskipun selepas ini seorang demi seorang Ahli Parlimen parti itu menarik sokongan, ia hanya menambahkan lebar senyum Muhyiddin saja dibuatnya.


Menyesal tak sudah pun sudah tidak berguna lagi buat UMNO dan Zahid Hamidi, apatah lagi dalam ucapannya berkenaan darurat tadi, selain memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap pihak-pihak yang cuba mengganggu usaha kerajaan menangani Covid19, Muhyiddin juga menyebut – Sepanjang tempoh darurat ini mahkamah akan terus berjalan dan saya tidak campur dalam urusan serta keputusan mahkamah.


Apakah makna ayat itu disebut dan tidakkah ia sebenarnya secara tidak langsung seolah-olah Muhyiddin sengaja menyebutnya untuk mendatangkan rasa ngeri kepada Zahid Hamidi dan lain-pemimpin UMNO yang sedang dibicarakan di mahkamah?


Orang kedua yang dirasakan turut menyesal tak sudah dengan darurat ini ialah Tun Mahathir yang pada Februari lalu memilih meletak jawatan Perdana Menteri kerana percaya beliau sudah hilang majoriti.


Muhyiddin pun dikira sudah hilang majoriti juga, tetapi beliau mengambil sikap tidak mempercayainya dan ingin terus bertahan di kedudukannya selagi kehilangan majoritinya tidak disahkan.


Beliau bukan saja tidak semudah itu untuk meletak jawatan, malah untuk mengelak daripada dijatuhkan telah mencadangkan darurat dilaksanakan.


Bukankah jika sebelum ini Tun Mahathir tidak terburu-buru meletakkan jawatan, beliau sendiri sebenarnya boleh juga mencadangkan darurat untuk mempertahankan kedudukannya’sebagaimana dilakukan Muhyiddin sekarang?


Pun sama seperti Zahid Hamidi, tiada guna lagi Tun Mahathir menyesal mengenainya. 

(Shahbudindotcom 12/01/2021)



KENYATAAN MEDIA PH


 

ANWAR PM INTERIM?



Friends DS Anwar Ibrahim - Photos | Facebook


Oleh kerana muhyiddin sahih hanya tinggal 109 sokongan setakat hari ini, ertinya muhyiddin tidak lagi layak jadi PM.  Apabila darurat diistiharkan, maka Umno desak agar PM interim dilantik sehingga ada PM baru yang punyai majoriti diangkat sebagai PM baru atau diadakan PRU15.

Siapa paling layak untuk diangkat sebagai PM interim? 

Jawapannya, adalah Anwar Ibrahim.  Kenapa?  Pertamanya, Anwar adalah Pengerusi PH dan PH adalah pilihan rakyat pada PRU14 yang lalu sebelum ianya dirampas secara tidak demokratik.  

Kedua, Anwar telah mengemukakan surat kepada Istana untuk mengadap Kebawah Duli Tuanku bagi membuktikan beliau punyai sokongan majoriti, tetapi proses masih tertangguh.  Tindakan Anwar ini meyakinkan kita bahawa Anwar memang punyai sokongan majoriti apatah lagi dengan pengesahan Anuar Musa tentang 'ketulenan' surat dari Presiden Umno.  

Sehubungan itu, wajarlah Anwar diangkat sebagai PM interim jika tindakan ini perlu dilakukan walaupun kita masih berharap ada proses yang lebih baik dan berkesan sepertimana Sultan Perak menangani krisis MB Perak baru-baru ini.  Tindakan bijak Sultan Perak itu mendapat pujian ramai. 

Apa yang penting, kita tidak boleh berterusan dengan keadaan PKP serta darurat dengan situasi ekonomi yang sedang kritikal terus berada di bawah seorang PM yang ternyata tiada majoriti.

 

WFAUZDIN NS

 



33 POSTING..LAGI BERITA MENYUSUL MALAM NANTI

 Image may contain: 1 person, text that says "MUHYIDDIN Pentadbiran Gagal, Muhyiddin Perlu Letak Jawatan"


SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL....



‘Muhyiddin sudah kalah’, mohon darurat ‘pengakuan’ tiada majoriti, kata Nazri

 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, menganggap tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memohon darurat sebagai pengakuan beliau sudah tiada sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Ia juga pengakuan bahawa Muhyiddin “sudah kalah”.

“Pada saya bila mohon darurat, bermakna buat pengakuan dia sudah kalah dan sudah tidak ada majoriti. Ini logik untuk dia minta darurat,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra, selepas mengumumkan menarik balik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Sementara itu, Nazri percaya permohonan darurat ini ada kaitan dengan pengumumannya hari ini.

“Itu saya fikir kenapa kejap minta perintah kawalan pergerakan (PKP) dan selepas itu darurat,” katanya.

Nazri merupakan Ahli Parlimen Umno ketiga yang menarik balik sokongan kepada kerajaan Muhyiddin, selepas Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub, dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, dengan penarikan balik sokongan ini, kerajaan hari ini hanya ada 109 wakil rakyat menyokong.

Sekurang-kurangnya 112 sokongan daripada 222 Ahli Parlimen diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Dua kerusi kosong susulan kematian penyandangnya.



Darurat: PH mesyuarat petang ini

 


Darurat: PH mesyuarat petang ini


Pakatan Harapan (PH) dijangka bermesyuarat pada jam empat petang ini.

Mesyuarat di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya itu dijangka menyentuh berkaitan pelaksanaan darurat lapan bulan yang antaranya menyaksikan parlimen digantung dan pilihan raya umum tidak dapat diadakan.

Sumber bagaimanapun memberitahu Malaysiakini bahawa mesyuarat hari ini adalah mesyuarat bulanan biasa yang akan membincangkan pelbagai perkara berbangkit.

Pada 17 Disember lalu, mesyuarat Majlis Presiden PH dibatalkan selepas Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bersama menyeru kerjasama lebih luas di kalangan pembangkang.

Mesyuarat itu sepatutnya diadakan selepas pembangkang gagal menyekat Belanjawan 2021 pada bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat sehari sebelum itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah hari ini berkenan supaya darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos untuk membendung wabak Covid-19.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata parlimen akan digantung dan pilihan raya tidak akan diadakan, tetapi badan kehakiman, kerajaan awam dan kegiatan ekonomi akan berjalan seperti biasa.



ADAKAH INI UNTUK KES YANG SEDANG BERJALAN

 

Hamdan Taha


Umno Pecat Muhyiddin, Mukhriz - Semasa | mStar


Kenyataan Tan Sri Muhyuddin hari ni bahawa darurat yang terlaksana ini semua urusan berjalan seperti biasa

Termasuk mahkamah tidak akan ada penanguhan kes. Semua kes akan berjalan seperti biasa. Kenyataan ini menarik untuk saya ulas...

Semua dah cantik dan betul dah kenyataan pm dalam perutusan darurat tetapi ayat mahkamah ni tak sepatutnya di masukkan di dalam kenyataan beliau. Semua dah kita tahu jika urusan seperti biasa kecuali dewan rakyat apa hal nak sebut mahkamah.....

Sebenarnya kenyataan itu nak bagi Najib,Zahid,Mat Maslan, Ku Nan dan Aziz Rahim dan sesiapa lagi la bahawa....aku ni PM ada kuasa besar dan bukan mudah nak jatuhkan aku....tapi kamu ada kes di mahkamah....kerajaan tak masuk campur....cuma kerajaan tak masukkan mahkamah sebagai darurat macam dewan rakyat....tu jer....kome yang nak jatuhkan aku tu....engkau hadap le mahkamah.....aku 8 bulan ni atas dari raja lagi.....kuat....tak boleh di tegur dan di jatuhkan pun.....baru kome ada akai.....


PENTADBIRAN PN GAGAL.MUHYIDDIN SEHARUSNYA LETAK JAWATAN

 

AKHMAL NASIR

Image may contain: 1 person, text that says "MUHYIDDIN Pentadbiran Gagal, Muhyiddin Perlu Letak Jawatan"




Pengisytiharan Darurat yang diumumkan oleh Perdana menteri hari ini telah membuktikan bahawa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah gagal dalam menguruskan negara mendepani cabaran Covid-19.

Segala-galanya bermula dari langkah rampasan kuasa yang dilakukan oleh PN sehingga mencetuskan PRN Sabah. Malah, tidak ada permohonan maaf yang dilakukan oleh kerajaan PN sehinggakan seluruh rakyat Malaysia terkesan disebabkan kerakusan orang politik.

Sepanjang 10 bulan pentadbiran, negara pada ketika ini berada pada situasi yang sangat membimbangkan. Prestasi kerajaan PN yang disertai BN sebagai salah satu komponennya kelihatan lebih buruk berbanding kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH).

Ternyata, pentadbiran yang menggambarkan kerajaan 90% Melayu Islam tidak berupaya memerintah negara dengan baik meskipun mempunyai jumlah menteri dan timbalan menteri yang paling banyak dalam sejarah pentadbiran negara (31 menteri, 38 timbalan menteri).

Kerajaan persekutuan seolah-olah tidak mempunyai hala tuju yang jelas ke mana Malaysia ini ingin dibawa. Agenda ekonomi negara pula pincang. Urus tadbir negara yang tidak telus ditambah pula dengan kemelut politik yang semakin meruncing antara PN-BN. Kesemua ini telah menyebabkan satu demi satu pelabur mula meninggalkan negara beralih ke pasaran Indonesia. Apakah ini suatu petanda yang positif bagi ekonomi negara.

Jalan keluar terbaik yang perlu dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin ialah meletak jawatan bagi membolehkan hanya mereka yang benar-bernar berkebolehan memimpin negara di landasan yang sebenar. Ekonomi perlu dipacu dan kepimpinan negara harus dipulihkan dengan kadar segera.

 

BILA MUFTI SIBUK JAGA POLITIK DAN BUKAN AGAMA...ELOK CEBURI POLITIK...

 Image may contain: text that says "Drmaza 1h· Puisi Darurat.. Yang mengharapkan 'terlepas', mungkin terkandas.. Dalam tempoh yang terbatas mungkinkah kau diberkas? Yang janji untuk membebas, Sebagai bayaran balas Jika dapat tempat teratas Harapannya mungkin terhempas Kami, terus berhempas pulas Menghadap wabak yang ganas Kalian, terus berlumba ke atas Biar apa pun bala melintas"

Biro Politik UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar petang ini

 

Fareez Azman
Biro Politik UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar petang ini
Biro Politik UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar di Menara Dato Onn pada jam 3.00 petang ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Biro Politik UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar di Menara Dato' Onn, World Trade Centre di ibu negara pada jam 3 petang ini.
Menurut sumber kepada Astro AWANI pada Selasa, mesyuarat itu dipercayai akan membincangkan situasi semasa berhubung Proklamasi Darurat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.Sebelum ini, UMNO dijangka mengadakan Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari depan.
UMNO dijangka akan membawakan usul agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dipercepatkan dalam tempoh suku pertama 2021.
Usul memutuskan hubungan kerjasama politik diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga antara perkara utama yang turut dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO berkenaan.
Astro AWANI sedang mengikuti perkembangan terkini dari semasa ke semasa berhubung mesyuarat petang ini.

[ TERKINI ] Sidang media Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed...

Jangan serah amanah kepada golongan yang menyalah guna kuasa – Sultan Nazrin

 

Jangan serah amanah kepada golongan yang menyalah guna kuasa – Sultan Nazrin

Umat Islam diingatkan supaya tidak menyerahkan amanah atau tanggungjawab kepada golongan yang bermoral rendah, terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa, tidak amanah dan tidak ikhlas.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah, umat Islam hendaklah dengan segala daya dan kekuatan menolak perlakuan golongan yang berimej mungkar dan munafik, kerana ia boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam.

Sultan Nazrin bertitah demikian sempena Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Penggal 2021-2023, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Hakim Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak dan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perak di Dewan Al Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Baginda bertitah, umat Islam wajib melindungi kesucian agama daripada sebarang bentuk penodaan atau pencemaran berpunca daripada persaingan untuk mendapatkan laba politik.

“Masyarakat Islam hendaklah dibina daripada kalangan ummah yang mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna dalam semua lapangan, merangkumi kehidupan berkeluarga, berjiran tetangga, bermasyarakat dan bernegara.

“Masyarakat Islam hendaklah diserlahkan melalui kecemerlangan ummah menguasai ilmu dan pengetahuan, pekerjaan dan profesion, penguasaan ekonomi dan pemilikan kekayaan serta kehebatan budaya dan keagungan tamadun,” titah baginda.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada 18 daripada 19 anggota MAIPk yang hadir termasuk Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad dan Ahli Dewan Negara Perak yang juga Yang Dipertua MAIPk Datuk Seri Mohd Annuar Zaini serta kepada empat daripada lima Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Turut menerima watikah ialah Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar yang dilantik sebagai Hakim Utama Mahkamah Syariah negeri Perak dan Ketua Pendakwa Syarie negeri Perak Mohd Asri Ghazali.

Dalam titah itu juga, Sultan Nazrin bertitah peruntukan Perlembagaan yang memaktubkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam, memberi jaminan agama Islam dilindungi dan tidak akan terjejas walaupun berlaku perubahan kepimpinan politik negara serta negeri setiap kali selepas pilihan raya.

Baginda bertitah, kemuliaan Islam perlu diangkat dan tidak bergantung semata-mata kepada keistimewaan kedudukannya dalam Perlembagaan kerana tanpa pengisian, perkara yang termaktub dalam Perlembagaan hanya tinggal sebagai frasa perundangan.

“Tanggungjawab memberi erti, makna kepada frasa perundangan tersebut terletak di atas bahu setiap umat Islam yang wajib berusaha menjelmakan Islam secara terserlah dalam budaya hidup harian,” titah Sultan Nazrin.

Sultan Perak turut bertitah rakyat sedang memerhati, mendengar, mengikuti apa yang berlaku di dalam negara ketika ini dan menyifatkan ujian yang sedang dilalui kini berpunca daripada perbuatan zalim manusia.

“Hamba-Mu memohon agar dilindungi ummah-ummah yang tidak berdosa daripada ditimpa bala bencana akibat daripada perbuatan zalim pihak-pihak yang telah melanggar perintah Mu, Ya Allah. Ya Wahhab! Ya Razak! Ya Rafiq! Ya Muiz!.

“Di atas bahu hamba-Mu ini, Engkau amanahkan tanggungjawab berat sebagai Ketua Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan. Kepada Mu jua, hamba-Mu memohon dikurniakan hidayah agar dapat membantu hamba-Mu menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan, memimpin jemaah menemui jalan lurus yang dapat memberi kebahagiaan dunia serta  akhirat.

“Ketika dunia sedang berhadapan pelbagai kemelut sama ada berbentuk wabak penyakit yang terus menular, bencana alam yang sering melanda, polemik politik yang semakin bergelombang dan suasana ekonomi yang suram, kuatkan pegangan dan kukuhkan iman sekalian hamba-Mu agar yakin kepada kuasa-Mu yang Esa,” titah Sultan Nazrin.



APA PUNYA MENTERI..

 Image may contain: one or more people, text that says "KEMENTERIANPENDIDIKAN.MALAYSIA PENDIDIKANMALAYSIA SIDANG MEDIA MENTERI KANAN PENDIDIKAN DR. RADZI JIDIN 12 JANUARI 2021 (SELASA) DIPINDA DARI 2:00 PETANG KEPADA 4:00 PETANG f LIVE DrRadziJidin"

DARURAT


SAIFUDDIN NASUTION


Sarawak 1966 akibat krisis politik

Darurat 1969 akibat rusuhan kaum

Kelantan 1977 akibat krisis politik

Darurat 2021 ?


YAB PM umum darurat 2021 bermaksud


Jemaah menteri masih berfungsi

Parlimen tidak bersidang

Tiada pilihanraya 

Tiada perintah berkurung

Berakhir 1 ogos 2021 dan boleh ditamatkan lebih awal. P’raya ke 15 diadakan selepas covid19 reda.

Alasan darurat ialah covid19 namun sukar ditepis alasan politik juga. Kebetulan beberapa  MP kerajaan  telah dan bersiap umum tarik sokongan. Sebelum tumbang elok buat darurat. Selamat dan kekal pegang kuasa. 

Kebetulan juga Trump pun umum darurat hari ini setelah kalah pemilihan presiden dan hilang kuasa.

Bezanya .. seorang lagi buat darurat sebelum hilang kuasa.



MENTERI YANG BERMARUAH

 Image may contain: 1 person, text that says "Tehmina Kaoosji Te Meanwhile in NZ- after 100 day lockdown, a public healthcare system & policy making guided by testing 17,000 people in 40 days and receiving NO positive tests. In JUNE 2020. Oh, their Health Minister also RESIGNED after breaching lockdown rules. In JULY. COVID Alert Leve BBC NEWS New Zealand lifts all Covid restrictions, declaring the nation virus-free"

INGATAN DARI SULTAN YANG BIJAKSANA

 Image may contain: 1 person, text that says "B BERNAMA Radio @bernamaradio Umat Islam diingatkan supaya tidak menyerahkan amanah atau tanggungjawab kepada golongan yang bermoral rendah, terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa, tidak amanah dan tidak ikhlas- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah BERNAMA 1217PM-Jan12021-TwitterforPhone"

Kerajaan PN dicabar dedah strategi perangi Covid,



Minggu depan bertarung lebih sengit - Anwar Ibrahim - Utusan Digital



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) didesak mendedahkan segera strategi memerangi wabak Covid 19 yang semakin parah melanda negara.

Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jangkaan oleh Kementerian Kesihatan yang meramal Malaysia akan berhadapan dengan kemungkinan 8000 kes sehari adalah sangat membimbangkan

Kerajaan PN juga, menurut Anwar, perlu mengariskan dengan jelas pelan ransangan ekonomi di tengah-tengah spekulasi akan mengetatkan lagi pergerakan rakyat yang mungkin menjejaskan urusan harian dan perniagaan.

“Kerajaan harus segera mendedahkan apa rencana mereka dan juga strategi bagi membendung penularan wabak ini, tatkala sistem kesihatan sudah semakin tenat, serta rancangan bagaimanakah ekonomi kita harus terus bergerak,” katanya Anwar dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar turut mendoakan menteri kabinet Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Rina Mohd Harun yang disahkan positif Covid 19 agar segera sembuh.

Presiden KEADILAN itu juga menggesa kerajaan berusaha untuk meningkatkan disiplin rakyat dalam mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian Covid secepat mungkin.

“Adalah sangat penting bagi kita memainkan peranan tanpa mengira kedudukan, ras, agama atau parti politik. Apa yang utama adalah para pemimpin politik mesti tingkatkan disiplin dan keprihatinan kepada rakyat yang tidak menerima sebarang layanan istimewa ketimbang mereka yang berada di dalam kerajaan.

“Selain itu, saya juga mengulangi penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang komited menjalankan tugas meski terus terdedah kepada wabak ini. Pengorbanan mereka kepada negara dan rakyat tidak kecil nilainya, dan wajar disanjungi,” kata Anwar lagi.

Wabak Covid dan bencana alam luar biasa yang melanda negara dan tidak ditangani dengan baik sejak seminggu ini menguatkan gesaan dari rakyat agar PM Muhyiddin meletak jawatan. Apatah lagi dengan hilangnya majoriti kerajaan PN di Parlimen selepas 2 Ahli Parlimen parti itu menarik balik sokongan.



Lakukan kaedah baru uji jangkitan Covid, bukan hanya laksana PKP

 


Anwar Ibrahim - Wikipedia



Langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) memperkenalkan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 5 negeri mulai 13 Januari ini bukanlah penyelesaian muktamad untuk memutuskan rantaian pandemik Covid 19.

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah pengujian besar-besaran (mass testing/pooled testing) dan pengesanan kontak (contact tracing) yang lebih berkesan dari aplikasi MySejahtera perlulah diwujudkan dan dilaksanakan di negara ini.

Kerajaan PN juga harus mendedahkan strategi dan langkah yang akan diambil dalam membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin berleluasa dan membimbangkan rakyat.

“Saya menggesa kerajaan bersikap telus berhubung data dan bantu pelbagai pihak untuk lebih faham di mana titik punca (hotspot) sebenar, terutamanya yang melibatkan pekerja-pekerja asing.

“Kementerian Kesihatan berkata mereka sedang mengkaji kaedah ‘pooled testing’, namun belum ada metode dan panduan mengenainya. Negara-negara lain telah membuktikan metode ini lebih berkesan dari hanya mengawal pergerakan. Justeru, saya ulang ketelusan sangat penting pada saat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Presiden KEADILAN itu berpendapat, perlaksanaan PKP walaupun perlu namun impaknya kepada ekonomi amat tinggi.

Katanya, sektor yang paling terjejas tentulah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang baru beransur-ansur pulih daripada beberapa siri PKP dan PKP Bersyarat tahun lalu, kini menghadapi penguncupan perniagaan sekali lagi.

“Malangnya, pengumuman terbaru akan terus mengesankan sektor perniagaan dan aktiviti ekonomi yang masih belum kebah dari dampak beberapa PKP sebelum ini sejak bulan Mac tahun lalu. Saya mendesak kerajaan lebih telus terkait realiti kewangan dan ekonomi negara serta bagaimana dana dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Banyak perniagaan, terumatanya PKS atau IKS masih belum menerima subsidi upah dan mungkin tidak lagi tertampung dengan kesan pandemik. Langkah terkini hanya menjadi titik kritikal pada perniagaan-perniagaan yang di ambang penutupan,” katanya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu mahu kerajaan PN segera mengumumkan pakej ransangan terbaharu bagi menampung perbelanjaan rakyat yang akan terjejas sepanjang PKP kali ini dan mungkin tempohnya disambung selepas 2 minggu.

“Ramai yang akan kehilangan kerja. Ramai yang akan dihempap kemiskinan. Kerajaan perlu mengumumkan segera peruntukan sebanyak RM500 juta untuk dua minggu seterusnya, termasuk bantuan-bantuan lain seperti subsidi upah dan bantuan untuk perniagaan atau perusahaan yang terjejas.

“Kerajaan juga mesti mengarahkan semua pihak melaksanakan kembali moratorium pinjaman (automatik) sehingga diberitahu kelak. Langkah dan pengumuman ini mesti dibuat segera,” katanya.

Datuk Seri Anwar juga menasihatkan kerajaan PN untuk tidak memilih bulu dalam melaksanakan SOP pada PKP kali ini.

Menurut beliau, hal yang berlaku tahun lalu apabila pemimpin dan menteri kerajaan terlepas hukuman apabila melanggar SOP tidak sewajarnya berulang sekali lagi.

“Perdana Menteri berkata sistem kesihatan kita di tahap yang sangat kritikal. Maka saya menggesa kerajaan untuk mengawal ketat dan tegas SOP tanpa cenderung kepada mana-mana pihak, tanpa mengira pangkat, jawatan mahupun kecenderungan politik. Pilihan Raya Negeri Sabah telah membuktikan kepada kita semua bahawa virus ini (menjangkiti) tidak mengira sesiapa,” katanya lagi.

Datuk Seri Anwar turut berpesan agar pengendalian mangsa-mangsa banjir di Selatan dan Pantai Timur tanah air mestilah dilakukan secara pematuhan SOP maksimum. Sekiranya tidak, maka akan wujud kluster-kluster baharu berkenaan banjir dan Pusat Pemindahan Sementara kelak.

Beliau berkata, inilah masanya kerajaan PN untuk menonjolkan kepimpinan yang bertanggungjawab. Pimpinan kerajaan juga, kata Anwar, harus sedar dari berkhayal supaya keadaan tidak semakin memburuk. Rakyat berhak dan memerlukan kepimpinan yang lebih baik dan tegas pada saat ini.

Retorik Melayu – Islam backfire kepada PN

 

Saya akan turun ke Port Dickson - Abdullah Sani


Pandemik Covid 19 yang digunakan Perikatan Nasional (PN) sebagai alasan merampas kuasa daripada Kerajaan Pakatan Harapan kini hanya menyerlahkan kebobrokan perjuangan PN itu sendiri.

Bagi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, populariti Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin yang meningkat pada Mac tahun lalu menunggang retorik kerajaan membela orang Melayu-Islam dan mahu menangani Covid secara lebih berkesan, pada 2021 telah terbukti gagal sama sekali.

Katanya, bukan sahaja Covid merebak pantas kesan cubaan rampasan kuasa di Sabah malah rakyat hanya melihat siri perompakan dan pengagihan kekayaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sesama pemimpin PN sepanjang 10 bulan mereka memerintah.

“Berlakunya Covid dan rampasan kuasa secara tersusun yang dilakukan pengkhianat-pengkhianat pada Mac tahun lalu sebenarnya telah pun membongkar, bahawa bila menyebut tentang isu Melayu ianya hanya satu retorik PN. Mereka gunakan perkauman untuk meraih sokongan dan memfitnah.

“Dari bulan Mac sampai sekarang apa yang dikatakan Melayu-Islam itu, yang dikategorikan sebagai dasar perjuangan mereka, sebenarnya terbabas jauh dan tidak langsung membuktikan mereka ini adalah pemimin yang mewakili kelompok Melayu-Islam yang memerintah negara

“Apa yang saya lihat ialah pemunggahan dana rakyat, pengambilan syarikat-syarikat (GLC) yang tidak langsung mencerminkan PN ini mempertahankan hak Melayu-Islam itu sendiri,” katanya.

Menurut Abdullah Sani lagi, menjelang ulang tahun pertama kerajaan pengkhianat PN, rakyat semakin sedar bahawa mereka hanya mempergunakan slogan Melayu-Islam sebagai topeng.

Katanya, kesadaran itu sekiranya meluas akan menyebabkan PN menerima tempelakan daripada retorik mereka sendiri sejak 2018 lalu.

“Saya melihat bahawa keadaan sebelum Covid dan semasa Covid ini merumuskan bahawa segala slogan dan retorik PN itu backfire kepada mereka sendiri.

“Ini yang berlaku apabila PN mengimplimentasikan dasar yang (pentingkan diri dan) tidak memungkinkan negara dapat diselamatkan,” katanya lagi.

Sejak hujung tahun lalu pendapat umum semakin tidak menyebelahi kerajaan PN kerana rakyat tidak melihat Melayu lebih terbela di bawah pentadbiran PM Muhyiddin Yassin. Begitu juga Islam semakin terabai di bawah pemerintahan Pas dengan skandal kartel daging, lebih banyak cabutan judi bulanan, pertandingan ratu cantik diteruskan dan sebagainya.



(function() { var d = document, w = window; w

TAK SELESA DENGAN PN LETAK JAWATAN: AMK KECAM HJ HADI

Tak selesa dengan PN letak jawatan: AMK kecam Hj Hadi Oleh:  Redzuan RF8 Media May 11, 2021 Share Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulai, Faezud...