Kerajaan hanya fokus tauke besar
ORANG MELAYU PALING TERKESAN PKP 'STYLE' INI
Norman Radzuan
PKP tapi satu keluarga boleh beriadah, naik basikal sorang2 konon nanti dkt puncak berkumpul ramai, kilang2 & pembinaan boleh🤔 memang tak jadi apa2 la PKP ni. Nak PKP, stop sahaja segala aktiviti2. Ikutkan hati mahu jadi seperti polis India...ku tampar2 politikus jika terjumpa mereka.
KKM atau PM tidak perlu nasihatkan rakyat, nasihat Menteri dan YB2 yg ke sana ke sini tanpa SOP. Lepas itu beri alasan membodohkan rakyat..kalian makan ramai2, meeting hari2... malah contact rapat 2 Menteri yg positif Covid19... ada kalian kuarantin diri sendiri?
Sektor pembinaan, perkilangan, perladangan, perkhidmatan yg dikuasai oleh tauke2 besar. Peniaga Melayu 80% berniaga kedai makan di warung2, kedai kain, kedai jahitan dan beberapa lagi.
Sdgkan puluhan ribu pekerja tauke-tauke besar dibenarkan ke tempat kerja setiap hari... apa ni? Mengapa tidak arahkan seluruh Mall ditutup? Sedangkan kerajaan tahu Kilang Top Glove adalah punca Selangor kes mendadak puluhan ribu. Kenapa dibenarkan kilang-kilang beroperasi???
Yg terkesan selama 2 minggu ini adalah orang Melayu iaitu peniaga-peniaga kecil. Nampak sangat kerajaan PN hanya memikirkan tauke-tauke besar sahaja. Mengapa tidak total lockdown. Mengapa terpilih? Mengapa hanya menjaga kepentingan tauke-tauke besar? Sudah-sudah berpolitik dengan Covid19.
Mahu PKP buat sungguh-sungguh... jangan mangsakan orang Melayu/Bumiputra bawahan kerana kepentingan politik. Yang tiada saving ini rata-rata orang Melayu/bumiputra. Mereka adalah peniaga-peniaga kecil yang kais pagi makan pagi.