AWAS!! Tanda Allah Mula Berpaling Pada Seseorang - Ustaz Jafri Abu Bakar 2015


PERJUANGAN BELUM SELESAI

Ingatkan dah selesai..
"Tak ada siapapun datang jenguk.. Terasa seperti diabaikan,namun kami nak berpindah ke mana lagi kerana bukan mampu sewa rumah lain yang kadarnya cecah RM500 sebulan... " luah seorang mangsa banjir..

Ada tak kedengaran isu ni dlm muktamar PAS baru baru ni?.. saja tanya...

Berakhirnya hubungan PAS dan DAP, adakah agenda lebih besar?

Berakhirnya hubungan PAS dan DAP, adakah agenda lebih besar?
Berakhirnya hubungan PAS dan DAP, adakah agenda lebih besar?

Berakhirnya hubungan PAS dan DAP, adakah agenda lebih besar?

Sebaik sahaja PAS menamatkan hubungan dengan DAP lewat keputusan Muktamar penuh semalam maka rakyat tertanya-tanya apakah agenda seterusnya puak ulama dalam parti itu?

Sekurang-kurangnya keputusan muktamar itu telah memberi kesedaran kepada puak profesional PAS yang berdegil mempertahankan kepimpinan PAS, tidak kira ulama atau puak Erdogan. Terutama Dr Dzulkifly Ahmad yang berkeras tidak percaya puak ulama telah membuangnya daripada hierarki kepimpinan.

Dr Dzul berkata, usul Dewan Ulama memutuskan hubungan dengan DAP boleh dibahaskan dalam Muktamar penuh. Ternyata tidak ada siapa yang mahu mendengar hujah Dr Dzul, perwakilan memutuskan hubungan tanpa bahas. PAS telah masuk ke dalam lubuk ekstrem. Mereka tidak lagi berfikir tetapi mengikut emosi dan yakin mampu memerintah negara secara bersendirian.

Tidak ada masa untuk berbahas. Masa yang ada ialah untuk mengira jawatan dalam kerajaan. Sekiranya tidak boleh bersama PR maka boleh diusahakan bekerjasama dengan BN memerintah Selangor, Perak, Kedah dan Terengganu. Cuma adakah BN mahukan PAS di Kedah, Terengganu dan Perak?

Grand design?

Situasi yang berlaku dalam Muktamar, senarai pemimpin yang wajib dipangkah diberi kepada perwakilan dengan tidak dibantah oleh pemimpin tertinggi parti bukanlah suatu perancangan kecil atau kebetulan.

Tidak mungkin puak tertentu merampas demokrasi jika tidak mempunyai grand design tertentu. Hudud bukan sebahagian daripada grand design itu kerana sehingga ke hari ini, selepas PR sudah punah ranah pun speaker Dewan Rakyat masih tidak memberi jaminan Hudud akan diterima untuk dibentangkan di parlimen.

Pertemuan beberapa ahli parlimen PAS minggu lalu bersama Pandikar Amin Mulia hanya berakhir dengan perkataan ‘tunggu kelulusan Putrajaya’. Speaker sepatutnya mempunyai jawapan pasti dan tidak perlu menanti arahan kerajaan BN kerana kuasa untuk memutuskan pembentangan rang undang-undang adalah kuasa beliau. Jika begitu apakah grand design itu?

Persempadanan semula

Tidak mustahil grand design yang dirancang adalah persempadanan semula pilihan raya. Umum mengetahui perubahan sempadan dengan menambahkan parlimen dan DUN baru hanya boleh dilakukan apabila 2/3 Dewan Rakyat meluluskannya. PR memberi syarat, sokongan hanya akan diberi sekiranya SPR telus dalam proses persempadanan semula.

Sedangkan persempadanan itu digunakan BN untuk memastikan mereka terus memerintah. Namun PAS sejak setahun lalu memberi isyarat akan menyokong persempadanan semula asalkan Kelantan diberi tambahan kerusi. Mungkin ada perundingan antara PAS dan BN dalam isu persempadanan ini.

Cuba tidak jelas sampai ke tahaf mana perundingan itu. Sama ada persetujuan untuk menyokong sahaja atau dengan memastikan PAS juga bakal mendapat lakaran tertentu kawasan selamat dalam proses persempadanan itu kelak?

Keadaan tersebut tidak boleh dinafikan apabila PAS semakin tidak boleh dikawal dan dirampas oleh puak radikal. Impian PAS sekarang kelihatannya bukan lagi memperjuangkan isu rakyat seperti penyelewengan dana awam oleh BN, GST, kenaikan kos hidup dan sebagainya. Tetapi telah balik ke era Asri Muda iaitu mengidamkan jawatan menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC.

Kerajaan campuran

Akhirnya, benar apa yang dikatakan oleh Khalid Samad bahawa puak Erdogan dalam PAS dimusuhi sejak 2008 kerana tidak bersetuju dengan idea menubuhkan kerajaan campuran PAS –BN, dan setia dengan idelogi Anwar menetang BN secara ‘biar putih tulang, jangan putih mata’

Pemimpin pro Umno dalam PAS setuju dengan kerajaan campuran yang mana di negeri PAS berkuasa maka isu keagamaan dilebihkan dan di negeri BN berkuasa maka PAS tidak akan campur tangan. Bukan Melayu akan ditekan dan diberi syarat menerima apa sahaja yang diputuskan oleh pemimpin Melayu dalam hal-hal agama dan kehidupan.

Puak tersebut setuju agar negara balik ke era 1970an yang mana Cina dan India takut dengan kekuatan Melayu dan tidak mempersoalkan apa pun yang diputuskan pemimpin Melayu. PAS juga tidak mahu tahu negara akan ketinggalan berbanding Indonesia dan Thailand apabila menerima pemerintahan kuku besi BN.

Aliran politik dunia

Corak perjuangan ini tidak direlakan oleh puak profesional kerana bertentangan dengan aliran politik arus perdana dunia. Corak politik seperti itu boleh diyakinkan kepada puak ulama sebagai memelihara keharmonian negara daripada pelampau dan memelihara agama. Namun puak profesional yang lebih terbuka faham politik tertutup akan memudahkan agen-agen barat meniupkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

Corak tertutup menyebabkan diktator Afrika Utara seperti Mubarak, Gadafi dan Zainal Abidin tumbang dalam revolusi yang dirancang kuasa Barat. Hanya corak yang lebih terbuka seperti pembangkang yang berkesan mampu memberi harapan kepada rakyat kononnya sistem boleh diubah melalui pilihan raya.

Ulama PAS tidak sedar semua itu. Sedangkan profesional sedar ekonomi perlu diambil kira. Sekali BN dan PAS bersatu, pelaburan Cina akan meninggalkan negara, maka orang Melayu yang menyokong PAS dan BN akan mempersoalkan mereka.
Lebih buruk, revolusi walaupun tidak pernah terjadi di Malaysia tetapi pernah berlaku di Filipina, Indonesia dan Thailand. Jiran-jiran terdekat negara ini.

Jadi, bagi mereka harapan rakyat perlu disuburkan dan digalas. Oleh kerana puak ulama tidak sealiran dan sengaja memusnahkan PR maka politik Malaysia akan masuk ke fasa baharu selepas ini. PAS masuk ke fasa kerjasama lebih erat dengan BN dan rakyat pula akan masuk ke fasa yang lebih tidak terurus.

Cuma satu harapan kepada puak profesional, sekiranya ingin terus berjuang mengutamakan rakyat maka mereka perlulah menubuhkan parti baru. Tiada cara lain mengisi lompang kuasa yang ditinggalkan PAS dalam PR selain parti Islam yang sederhana.


Artikel ini adalah pendapat penulis, pukul canang dan bukannya pendapat rasmi suarapakatandaily

Dasar Penswastaan BN sejak 30 tahun untungkan kroni – SAMM

Dasar Penswastaan BN sejak 30 tahun untungkan kroni – SAMM
Dasar Penswastaan BN sejak 30 tahun untungkan kroni – SAMM

Dasar Penswastaan BN sejak 30 tahun untungkan kroni – SAMM

ULASAN: Dasar Penswastaan telah diperkenalkan oleh dua pengamal dari negara kapitalis iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher. Dengan sokongan organisasi-organisasi seperti IMF, Bank Pembangunan Asia dan sebagainya, dasar ini telah menular ke seluruh dunia. Dasar penswastaan pada ketika itu menjadi fenomena politik dan ekonomi yang dilaksanakan sebagai pemindahan kepentingan atau pelaburan tertentu kerajaan kepada sektor swasta. Dengan itu, kuasa membuat keputusan kini beralih daripada tangan orang ramai kepada pihak swasta atau pemilik baru organisasi awam.
Malaysia antara negara terawal melaksanakan dasar ini di bawah pentadbiran Mahathir Mohamad pada tahun 1983.

 Dasar ini diperkenalkan kerana negara ketika itu menghadapi masalah bebanan hutang yang tinggi oleh kerajaan, kadar pertumbuhan ekonomi rendah dan penyertaan kerajaan yang tinggi dalam pembangunan ekonomi negara. Antara syarikat awam yang diswastakan sejak tahun 1980-an termasuklah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Jabatan Telekom Malaysia (JTM) dan Lembaga Letrik Negara (LLN). Tidak terkecuali dalam sektor pengangkutan dan pembekalan air.
Penswastaan di Malaysia yang mensasarkan kepada untuk mengatasi kelembapan prestasi sektor awam (Jomo 1992). 

Namun, sebaliknya berlaku kerana ia tidak mengatasi masalah utama seperti meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kakitangan yang terlibat. Akhirnya, ia tidak memberikan impak yang baik sebaliknya telah menjadi satu peluang untuk rejim penguasa meluaskan dan mengukuhkan hegemoni ekonomi-politik semata-mata. Penswastaan menjadi satu projek peralihan kuasa monopoli kepada pihak swasta dengan matlamat untuk memaksimumkan keuntungan semata-mata. Penswastaan menjadi satu bentuk peluang merompak kekayaan negara melalui Kapitalisme Kroni.

Mahathir dan kroni

John Hilley dalam bukunya bertajuk Mahathirisme, Hegemoni dan Pembangkang baru menyatakan penswastaan penting di Malaysia kerana UMO telah menjadi pemain utama sebagai parti melalui pemilikan korporat dan syarikat pemegangan seperti Kumpulan Hati Budi dan Fleet Holdings.

The Economist menyatakan dalam jual beli saham di pasaran saham Kuala Lumpur yang melambung, politik dan perniagaan dipercayai saling berkait di Malaysia. Para broker mendapati bahawa harta paling bernilai adalah saham UMNO, yang bermaksud saham yang berkait dengan orang politik yang penting di parti tersebut.

 Syarikat lain hanya menjadi penting apabila ia diambil alih oleh mereka yang mempunyai hubungan akrab dengan politik UMNO dan mendapat faedah dan laba daripada kontrak kerajaan.

Dasar penswastaan dikatakan mempunyai kaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan menjadi sasaran kerajaan untuk membantu kaum Bumiputra mencapai sasaran 30% pemilikan sahamdan ekuiti syarikat pada tahun 1990. Tetapi nampaknya, ia masih menemui jalan buntu. Rujuk pengumuman Najib Razak semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) masih lagi menyebut peratusan yang sama menjelang 2020.

Dasar Penswastaan Mahathirisme ini hanya memberikan konotasi baru mengenai penyusunan semula DEB sedangkan ia adalah pemindahan kekayaan atau sumber kepada elit korporat-politik yang terpilih. Ia terus membenarkan penggunaan khusus sumber negara tanpa had bagi mengukuhkan kawalan korporat UMNO dan proksi. Ini seterusnya membenarkan Mahathir dan Daim mengawal proses naungan ekonomi-politik dengan lebih berkesan.

Antara pemain korporat-politik yang menikmati keuntungan daripada dasar ini contohnya

Wan Azmi Wan Hamzah – Land & General dan R.J. Reynolds
Halim Saad – Renong dan United Engineering (M) Bhd
Samsudin Abu Hassan – Aokam Perdana Bhd dan Landmark Bhd
Azman Hashim – Kumpulan Arab Malaysian
Tajuddin Ramli – Technology Resources Industries (TRI) dan MAS
Vincent Tan – Kumpulan Berjaya
Dick Chan – Metroplex Berhad
T.K. Lim – Kamunting Berhad
Ting Pek Khiing – Ekran Berhad
Quek Leng Chan – Kumpulan Hong Leong
Loy Hean Heong – Malaysian Borneo Finance Berhad
Ananda Krishnan – Pelaburan Pacific State, MAI Holdings, Usaha Tegas dan Tanjong.

Pada tahun 1984, Daim, seorang “budak baru” dalam politik, yang mempunyai hubungan rapat dan orang kepercayaan Mahathir didakwa menggunakan portfolio kewangan bagi mengagihkan aset penswastaan .

Zaman Daim ini juga adalah serentak dengan pengembangan budaya politik “nouveau riche” di Malaysia. Dasar pemindahan sumber kepada elit ini turut didokong oleh parti komponen BN. Dengan ketiadaan sebarang sistem tender terbuka, UMNO/Barisan Nasional didakwa mula membawa semua aset sektor awam utama di bawah kawalan parti. MAS (1985), Telekom (1990), Proton (1991), Petronas Gas (1995) dan lebih kurang 40 perkhidmatan awam telah dipindahkan kepada syarikat yang didakwa berasaskan UMNO dan agensi pemegang amanah yang lain.


Menerusi dasar penswastaan Mahathirisme ini telah muncul media-media swasta yang mesra pemerintah. Mahathir telah memberikan lesen penyiaran swasta kepada TV3. Mahathir juga telah membawa semua media penyiaran dan akhbar utama di bawah naungan UMNO melalui Kumpulan Fleet Holdings dan Maika Holdings milik MIC. Mahathir telah menggunakan media-media ini untuk mempengaruhi pandangan umum terhadap semua projek-projek penswastaan. Sebagai contoh, media telah digunakan untuk memuji United Engineering (M) Bhd (UEM) kononnya berjaya menyiapkan Lebuhraya Utara Selatan dengan lebih awal sedangkan yang patut dipersoalkan ketika itu adalah kontrak RM 3.4 bilion yang diberikan kepada taikun, Halim Saad melalui UEM yang juga merupakan subsidiari pelaburan UMNO.


Monopoli swasta



Dasar penswastaan yang kononnya akan mengurangkan monopoli pasaran sebenarnya tidak menghapuskan perkara ini khususnya dalam perkhidmatan dan produk keperluan asas pengguna seperti tenaga elektrik, air, telekomunikasi dan sebagainya. Jualan aset awam seperti Lembaga Letrik Negara (LLN) menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB) hanyalah menggantikan monopoli kerajaan kepada monopoli swasta yang menawarkan peluang luas untuk menjadi habuan kelompok terpilih. Rakyat terus dibebankan dengan tarif yang tinggi.

Begitu juga jika kita merujuk kepada perkhidmatan telekomunikasi, sebelum ini Jabatan Telekom Malaysia (JTM) sekarang telah menjadi Telekom Malaysia Berhad (TM). Sekarang, jika penduduk sesuatu kawasan perumahan ingin menggunakan perkhidmatan TM sama ada talian telefon mahupun internet, pihak TM memberikan syarat mesti mempunyai permintaan 70% daripada penduduk kawasan barulah pihak TM akan menyediakan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan tersebut. Segalanya telah menjadi orientasi keuntungan semata-mata bukan lagi penyedia perkhidmatan yang memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat.

Dalam industri pembekalan air bersih, tindakan Kerajaan menyerahkan industri ini kepada operator-operator swasta tidak menambah baik sebaliknya rakyat terpaksa menanggung tarif yang tinggi. Sebagai contoh di Johor, Syarikat Air Johor (SAJ) sentiasa gagal dalam memastikan operasi mereka berjaya menurunkan kadar Non-Revenue Water (NRW) sebaliknya mengambil jalan mudah menaikkan tarif sebagai jalan untuk mengurangkan risiko kerugian. Akibatnya, Johor kini mempunyai tarif air yang amat tinggi berbanding negeri lain.

Dasar Penswastaan Mahathirisme ini juga akhirnya telah memberikan tekanan dan dampak kepada Kerajaan kerana akhirnya kegagalan yang dialami terpaksa ditelan oleh Kerajaan. Sebagai contoh, MAS, sebelum MAS diserahkan kepada Tajuddin Ramli – Kroni Mahathir, MAS mempunyai rizab tunai yang banyak. Namun kini, MAS menanggung beban hutang mencecah sekitar RM 11-12 bilion. Kerajaan telah pun membeli semula MAS dan kini dalam proses penstrukturan semula yang menyaksikan 6,000 pekerja telah dipecat.

Begitu juga dalam hal pengangkutan. Mahathir telah mengarahkan pembinaan prasarana LRT di Lembah Kelang bukan sahaja sebagai metod pengangkutan awam tetapi untuk memudahkan penonton berulang alik dari pusat bandaraya ke Kompleks Sukan Nasional di Bukit Jalil untuk menonton Sukan Komanwel 1998. Namun, bukan sahaja Sukan Komanwel tidak memberikan pulangan lumayan malahan, Kerajaan terpaksa pula membeli semula syarikat LRT STAR dan Putra ini.

Kegagalan berterusan

Begitu juga dengan Indah Water Konsortium (IWK) dan Perwaja Steel. Persamaan bagi semua syarikat dan projek ini adalah ia diswastakan dan dalam masa yang sama menanggung kerugian hingga ada yang mencacah berbillion ringgit.
Melihat kepada perbandingan penswastaan di luar negara, kebanyakan negara tidak menswastakan beberapa sektor penting seperti perkhidmatan kerana mereka melihat industri itu bukan dinilai dari segi keuntungan tetapi keselesaan pengguna. Contohnya, di Jepun, sistem pengangkutan kereta api laju tidak diswastakan dan kekal menjadi milik Kerajaan sepenuhnya.

Dasar penswastaan Mahathirisme ini telah mencambahkan sistem Ali Baba. Ia bukan sahaja tertakluk kepada firma kecil dan sederhana tetapi juga kapitalis bukan Melayu yang besar yang mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan pemimpin UMNO.

Rumusannya, dasar penswastaan Mahathirisme ini telah memberikan keuntungan kepada elitis korporat-politik dan kerajaan sendiri. 

Secara tidak langsung melalui penghasilan dan percambahan elitis korporat-politik ini telah mengukuhkan cengkaman Kerajaan dalam dua elemen terpenting iaitu ekonomi dan politik. Yang menjadi mangsa adalah rakyat terbanyak. Syarikat meraih keuntungan yang besar daripada kos yang tinggi dan semakin meningkat yang terpaksa di bayar oleh rakyat untuk menikmati sesuatu perkhidmatan termasuklah sistem jalan raya, telekomunikasi, elektrik dan lain-lain lagi. Sudah sampai masanya, dasar ini disemak semula oleh pihak Legislatif agar satu perancangan alternatif dapat disediakan untuk membolehkan hasilnya dinikmati oleh semua lapisan rakyat tanpa ada diskriminasi.

#sudahlahMahathir


Artikel ini adalah pendapat che’GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia

[LIVE][290515] Bicara 11 Murabbi

Dengar ceramah ustaz Khairi...Yang ustaz nak kalut dok jebon jebon jemaah...dok label orang ..nak siku orang nak lutut...memang hamlau la....