KENA TUKAR YANG TAK BERFUNGSI. MENTERI,JKOM,PMO.


 

TAK PATUT PUN PMX IKUT MACAM MAHATHIR. BANTU LAH NEGERI PH YANG MEMERLUKAN


 

TAK BOLEH..MAHIADDIN HADI AWANG TIPU SAJA


 

MENANG BESAR? .TAK SELAMAT LAH MAHIADDIN.





TSMY punya bongkak sebelum PRN ini. Katanya dia cukup yakin PN akan tawan semua 6 negeri. 


Tun M jangkakan mereka akan dapat skor 5-1. Selangor dan Negeri Sembilan akan jatuh. 


TGHH juga kata, kalau ini berlaku mereka akan buat gerakan menebuk atap sekali lagi. Tiada siapa termasuk pihak Istana, boleh menghalang. 


Hakikatnya, mereka jauh tersasar. Mereka bukan menang besar, mereka hanya SEMBANG BESAR. 


Negeri Sembilan kononnya PN boleh rampas, kecundang pula. PHBN siap dapat 2/3. 


Selangor lagi kan pula, siap PN kata boleh dapat 2/3, kalah juga! Walaupun pelbagai janji ditabur dan bulan bintang hendak diberi. Orang Selangor cerdik lagi.  


Saya jangkakan Kelantan akan beri telur ayam. Still UMNO menang di sana. Dan di Kedah DAP dan PKR boleh menang kerusi. 


Mana cerita MENANG BESAR itu tadi? 


Sebenarnya Presiden PN ni sudah terciduk. Terkantoi over confident pada mulanya. 


Tu sebab jangan bongkak dan sembang deras mula2. 


Sembang deras itu hanya boleh makan Taksuber. 


Untuk GAP dan fence sitters, we can see through you, your true colours. 


Sekarang, dia buat statement, PMX kena resign dan retire. Sebab PN sudah “menang besar”. Yang saya nampak “sembang besar” saja. 


Masa PH 1.0 22 bulan dan zaman 33 bulan, setiap PRK dan PRN , PPBM kalah. Ingat PRN Johor dan Melaka? Patut masa tu TSMY pun retire! Gagal banyak benda. Kalau bukan sebab PAS, PRU15 pun terciduk juga.  


Not my kinda of PM. Kalau PN nak berjaya, elok lah ditukar lain pula. Ni dah level dinosaur. Tambah Kluster Mahkamah Jana Wibawa. Sudah basi jua. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki.




TAK LAMA DAH...KES AKAN DIBICARAKAN.

 



Ini tujuan dia. Nak hasut ahli UMNO jatuhkan Zahid dan presiden baru akan sokong dia. Tapi ahli UMNO kena perasan. Dia sebut 'ganti UMNO'. Maknanya, dia akan kuburkan UMNO dan tinggal parti dia je. Mungkin itu yang ahli UMNO mahukan? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


SUDAH SUDAH LA HADI. JANGAN NYANYUK SANGAT. TAKUT MATI BERAGAN NAK JATUHKAN ANWAR TAK DAPAT. KALAU JATUH SEKALI PUN TAK JADI PM, BUAT APA ?...




Tak pernah lagi orang yang nak kukuhkan rumah tapi berterusan goyangkan kaki rumah tersebut.


PN janji kestabilan tapi dari lepas PRU15 sambung ke PRN, tak sudah cerita tukar kerajaan. Kalau ini berterusan, ia akan menakutkan pelabur.


Dalam PN takkan semuanya bodoh? Takkan tak ada langsung yang mahir ekonomi? Kalau ada, tolong la nasihatkan orang tua ni kesan percakapan dia.


PRN pun dah selesai. Berhentilah cakap soal tukar kerajaan. Masa untuk bangunkan negara. Jangan terus-terusan nak sabotaj rakyat begini.


Empat tahun lagi, boleh sambung cerita ambil alih kerajaan. Sekarang ni rakyat nak hidup. Biar negara ini terus makmur. Ko gaji dah besar. Tak apa. Tapi rakyat perlukan pelabur. Faham tak? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


MUHYIDDIN MUKA TAK MALU.

 


Azmin ditugaskan untuk rampas Selangor. Tapi gagal. Seharusnya Azmin letak jawatan sebagai Pengerusi PN Selangor.


Bersatu gagal jadi MB. Semua negeri pembangkang di ketuai oleh PAS. Mahiaddin gagal bawa kejayaan buat Bersatu. Mahiaddin juga wajib letak jawatan sebagai Presiden Bersatu dan Pengerusi PN.


Jangan sibuk suruh orang lain letak jawatan je. Diri sendiri pun gagal. Malah lebih teruk lagi. Tapi tak sebut pulak. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.

STATISTIK & ANALISIS KEPUTUSAN PRN15 SELANGOR







Adrian Lim


PH menang 32 kerusi

BN menang 2 kerusi

PN menang 22 kerusi


MENANG TIPIS BAWAH 1,000 UNDI

• PH 3 kerusi

• BN 1 kerusi

• PN 7 kerusi


MENANG MARGINAL BAWAH 3,000 UNDI

• PH 4 kerusi

• PN 12 kerusi


MENANG MAJORITI MUTLAK LEBIH 10,000 UNDI

• PH 22 kerusi

• PN 2 kerusi


MENANG MAJORITI SELESA LEBIH 3,000 UNDI

• PH 30 kerusi

• BN 1 kerusi

• PN 10 kerusi


Dapatan:


1. Asas kekuatan PH masih utuh. Kemenangan di 30 daripada 34 kerusi adalah melebihi paras 3,000 undi majoriti. Selesa.

2. Pengaruh PN telah di kemuncaknya. Kemenangan di 12 daripada 22 kerusi adalah di bawah 3,000 undi majoriti sahaja. Sekadar cukup makan.

3. Agak susah untuk PN menembusi kerusi-kerusi PH kerana majoriti PH di 22 daripada 34 kerusi adalah melebihi 10,000 undi majoriti.

4. Lebih mudah untuk PH menawan semula 12 daripada 22 kerusi yang dimenangi PN kerana ianya di bawah majoriti 3,000 undi majoriti sahaja.


Melalui peratusan keluar mengundi yang rendah dan sekadar bagi cukup makan kat PN di beberapa kawasan merupakan isyarat bahawa…


Orang kat bandar bijak, reti menilai, sentiasa mengejar yang lebih baik dan dan waras.


PN dilihat sebagai pembangkang yang diperlukan, tetapi bukan Kerajaan yang diperlukan.


Sebab itu rakyat Selangor jentik dan cubit sikit PH supaya tidak alpa. Rakyat Selangor is pushing PH to do better.


Saya yakin Kerajaan Negeri Selangor hargai teguran positif ini dan mampu bekerja lebih keras.




0.5 TAHUN LALU VS 4.5 TAHUN AKAN DATANG:


Adrian Lim


BERBEZA UNTUK PHBN DAN PN


Setengah tahun telah berlalu.

4 tahun setengah menjelang.


Untuk PN, enam bulan lalu adalah tempoh untuk mengkucar-kacir dan merosakkan apa yang ada, khususnya melalui persengketaan perkauman.


Untuk PHBN, enam bulan lalu adalah tempoh untuk menstabilkan dan melakukan pembaharuan yang termampu.


Kalau diimbangi di atas skala, bebanan kepada PHBN sebenarnya lebih berat. Macam mana nak perbaiki benda yang dirosakkan berpuluh tahun dalam tempoh enam bulan? Lebih mudah untuk merosakkan berbanding memperbaiki.


Sebab itu PN tekan gear 5 sepanjang tempoh enam bulan yang lalu untuk merosakkan seteruk-teruknya apa yang ada. Supaya sekurang-kurangnya Selangor jatuh ke tangan PN. Sumber kekayaan di Selangor sangat-sangat diperlukan oleh PN untuk survive 4.5 tahun sehingga PRU16.


Tetapi itu tidak berlaku. Selangor tidak jatuh ke tangan PN.


Kini PRN telah selesai, keadaan telah terbalik.


Dalam tempoh 4.5 tahun akan datang, bebanan untuk PN lebih berat kerana PHBN mempunyai masa dan ruang nafas untuk

• Membersihkan sistem kerajaan

• Membicarakan kes Jana Wibawa

• Menyiasat skandal 1 Bestari Net dan NIIS

• Menukar Little Napoleons yang mengganggu kelancaran kerajaan

• Melaksanakan pelan ekonomi yang telah dilancar

• Menyusun semula struktur-struktur ekonomi yang bermasalah

• Meningkatkan taraf kehidupan rakyat

• Dan sebagainya


Saya orang yang optimis. Saya juga tidak percaya bahawa manusia pada asalnya bersifat perkauman.


Isu perkauman yang dikatakan termakan oleh pengundi PN sebenarnya bukan kerana pengundi PN bersifat perkauman dalam diri mereka. Tetapi oleh kerana mereka hidup susah, dikelilingi hutang dan sebagainya, apabila tiada penyelesaian, jalan paling singkat ialah salahkan “orang lain”. Salahkan Cina, salahkan Kristian, salahkan Yahudi bla bla bla.


Itulah yang diajar oleh pembangkang.


“Salahkan orang lain kalau kamu hidup susah. Orang lain nak rampas negeri kamu. Orang lain rampas hak kamu nak rampas harta kamu.”


Tetapi kalau beban tanggungan itu diringankan, hutang dikurangkan, kehidupan lebih selesa, maka prejudis perkauman dalam kalangan masyarakat itu akan secara semula jadi menjadi berkurang.


Apabila prejudis perkauman itu berkurang, maka PN akan kehabisan modal lah.


Jadi 4.5 tahun akan datang sangat berbeza tetapi penting. Saya optimis dan saya sentiasa percaya bahawa kasih sayang adalah sifat asas kemanusiaan.


Cuma, keadaan ekonomi perlu diperbaiki.


Setel masalah ekonomi, banyak masalah perkauman akan setel secara sendiri. Trust me.


Apabila manusia hidup lebih selesa, yang dibincangkan adalah idea bernas.


Apabila manusia hidup susah, yang dibincangkan ialah nak salahkan siapa.



TAKTIK TUKAR ALAMAT DAN DAFTAR NI LAMA DAH PAS BUAT.


 Aku x pasti tapi ada seseorang yang buat homework.. kalau betul harap PMX buat siasatan segera..





 ðŸ¤”

REFERENDUM TIDAK MENJADI, ANWAR BOLEH TERUS KEKAL HINGGA HUJUNG PENGGAL

 

Keputusan PRN enam negeri pastinya sudah diketahui keputusannya oleh kita semua.
Apa pun keputusannya, yang penting sekali ialah PH/BN berjaya mengekalkan tiga negeri yang selama ini dikuasainya dan begitu juga dengan PN yang turut berjaya mengekalkan tiga negeri tadbirannya.
Asasnya, sementara PN beria-ia mahu menjadikan PRN kali ini sebagai referendum kepada kerajaan perpaduan dan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, keputusan 3-3 yang diterjemahkan oleh undi rakyat memberi erti bahawa referendum itu langsung tidak menjadi.
Referendum apa namanya kalau satu negeri PH pun gagal ditawan oleh PN?
Kejayaan PN memenangi banyak kawasan majoriti Melayu, menjadikan UMNO semakin tidak bermaya serta menafikan kemenangan dua pertiga PH/BN di Selangor, ia pada hakikatnya tidak menggugat sama sekali kedudukan Anwar di peringkat pusat.
Anwar boleh terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga hujung penggal kerana semua elemen kemenangan PN itu sama sekali tidak membuatkan Anwar tercedera, berdarah atau luka.
Jika tidak sabar menunggu PRU16, Anwar hanya boleh dijatuhkan dengan Mahiaddin Md Yasin mesti ada keberanian mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen dalam waktu terdekat ini.
Tanpa keberanian membawa usul undi tidak percaya, sebaliknya hanya menjerit dalam sidang media saja mendesak Anwar meletak jawatan, tiada apa-apa akan berubah kerananya.
Harus diingat, yang akan mengundi jika usul undi tidak percaya dibawa di Parlimen ialah Ahli-Ahli Parlimen, manakala Adun-Adun yang baru menang semalam tidak menyumbang apa-apa undi untuk menjatuhkan Anwar, melainlan sekadar boleh menjerit di luar pagar Parlimen saja.
Kepada Mahiaddin, berhentilah mendesak Anwar meletak jawatan susulan keputusan PRN ini dan lebih baik beliau mengarahkan menantunya balik segera daripada luar negara untuk mengadap SPRM terlebih dahulu.
Begitu pun, dengan keputusan PRN semalam, Anwar bermula sekarang tidak boleh lagi goyang kaki dan mengambil mudah cabaran PRU16 akan datang.
PRU16 adalah titian siratul mustakim yang sebenar bagi masa depan politik Anwar bersama kerajaan perpaduan yang sedang dipimpinnya.
Beliau mulai sekarang harus berani melakukan rombakan besar-besaran dalam semua struktur dan jentera di sekelilingnya – daripada menteri-menteri kabinet, agensi propaganda kerajaan, sayap penerangan parti dan lain-lain lagi.
Bermula esok, perkara terpenting yang harus Anwar lakukan ialah memastikan semua jentera di sekelilngnya betul-betul berfungsi dan memberi nilai tambah kepadanya.
Mana-mana yang tidak berfungsi dan tidak berbuat apa-apa sepanjang kempen PRN lalu hendaklah dirombak, dipecat atau ditukar penerajunya.
Tempoh masa kira-kira empat tahun daripada sekarang sehingga PRU16 yang dijangka pada 2027 hendaklah digunakan sebaik-baiknya untuk menarik dan menambah lagi sokongan rakyat, bukan semata-mata untuk memberi orang tertentu dengan jawatan dan gaji lumayan semata-mata.
Tidak kira Melayu, Cina, India dan lain-lainnya, semua kaum sebagai rakyat Malaysia mesti disatukan untuk bersama-sama membina negara secara harmoni melalui jenama kerajaan perpaduan ini.
Sentimen kaum dan agama yang menjadi modal politik PN hendaklah ditangani dengan bijaksana dan tidak dibiarkan berterusan begitu saja meruntuhkan perpaduan yang menjadi asas negara ini dibina.
Mendepani cabaran yang ada di hadapan, jenama kerajaan perpaduan adalah resepi terbaik untuk membina negara dan memastikan Malaysia yang pelbagai kaum ini terus bergerak ke hadapan dengan cemerlang.
Di tangan Anwarlah kini bagaimana untuk meletak rempah ratus, cili, garam, gula dan lain-lainnya dimasukkan dengan sempurna agar hidangan yang disiapkan, bukan saja cantik hiasannya, tetapi juga enak untuk dinikmati. – ShahbudinHusin 13/08/2023.

MASIH KUASAI DAN AGENDA MADANI TUKAR MENTERI TAK BERFUNGSI

 Semalam seri 3-3..Tetapi aggregate keseluruhan PH/BN menang 9-4..Dan kuasa pusat masih dipegang oleh PH/BN..








LEPAS NI SOAL PENUNGGANG AGAMA SIAP


 

PAS KENA TERIMA HAKIKAT TENTANG TAKDIR ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PM. PAS SENDIRI PUN TAK CALONKAN AHLI MEREKA UNTUK JADI PM


 

MAT SPIN..HANGPA SPIN APA.....


 

SANUSI. MENANG MENANG DAH KAN. LEPAIH NI HANG TUNGGU SURAT SAMAN LA NO...


 

HALF FULL, NOT HALF EMPTY



Saya tengok penyokong kedua2 belah pihak, gelar UMNO sebagai parti paling lemah, ada panggil biawak hidup. 


Geng PH sudah mula berbunyi, relevankah UMNO lagi? 


Saya minta mereka bayangkan kalau UMNO tiada dalam blok UG:


1. Blok UG akan terus hilang sokongan langsung dari Pengundi Melayu. Sekarang at least ada 25% support Melayu campur base UMNO. 


2. Mungkin akan hilang Negeri Sembilan juga kerana pengaruh UMNO masih kuat di sana. Bayangkan sekiranya mereka bergabung dengan PN. Mungkin PH yang ghuyup di sana. 


Pada saya, UMNO masuk blok mana2 pun lebih kurang sama. Masuk PN pun dia akan kena telan dan akan jadi tidak relevan. 


Tetapi, dengan UMNO dalam UG, pada saya mereka jadi elemen penimbang. Bawak elemen Melayu dalam UG yang highly Multi racial. Berat ke Bukan Melayu. Kena ingat Amanah pun ghuyup PR6N ni. Mereka tak boleh carry pengundi Melayu. 


Pada saya, kalau UMNO join PN, lagi masak negara kita. Lanskap politik negara ialah Gabungan total Melayu vs Gabungan Multiracial (Bukan Melayu). 


Itu lagi lah memudaratkan negara. Jadi tak tenteram jadinya.


Dari sudut pandang non-partisan. UMNO ada besar punya peranan, untuk memberi keseimbangan. 


Saya bukan orang parti, saya pandang benda dari susut pandang apa yang baik untuk negara. 


UMNO dalam UG, kita perlu pandang half full. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



PN TETAP KALAH.



 Kelakar jugak walaun ni. Nak mengejek PH. Tapi tak sedar ke, yang confident sapu bersih 6 negeri, siap boleh tukar kerajaan pusat tu pemimpin PN!


So sebenarnya PN kalah sebab jauh gila tersasar dari apa yang dia dok laung. Tak sapu bersih tu satu hal, jatuhkan PMX pun tinggal angan-angan.


Esok la ulas. Aku baru balik dari bermusafir. Cuma yang penting, PN tak dapat sakau rizab Selangor.  Moyok je muka Mahiaddin. Sian. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


DI MANA MUHYIDDIN MAKSUDKAN ‘REFERENDUM’?



 Dulu cukup jumlah kini minta Anwar dan Zahid berundur

Dulu PN berkata mereka cukup jumlah utk tubuh kerajaan walaupun hanya mencapai 73 Parlimen. Kali ini PN hanya menang 3 negeri mereka kata ia referendum rakyat minta Anwar dan Zahir berundur.


Ia bukan kemenangan 6-0 atau kemenangan 100%. Ia seperti diramalkan keputusan status quo. Di Kelantan dan Kedah sendiri iaitu kubu kuat PN menolak mereka di negeri tersebut apabila menang 2 dan 1 kerusi DUN.


Analoginya dlm apa juga perlawanan contohnya bolasepak… walaupun pasukan itu menguasai permainan 90 minit tetapi jika tewas 1-0… ia tetap namanya tewas. Begitulah juga dgn keputusan semalam seri tetap seri. Kita tidak akn lihat Azmin Ali yg dtg angkat sumpah di negeri tu.


Muhyiddin sebenarnya sgt terdesak dgn kes mahkamahnya. Jika kerajaan ini kekal dan jika dia didapati bersalah pastinya Muhyiddin merengkok di dlm penjara. Di sebabkan itu Muhyiddin dilihat terdesak utk menjatuhkan kerajaan ini.


Rakan saya dari UMNO memberitahu dia tidak menolak berlaku sabotaj dari undi partinya kali ini. Contoh undi PH di DUN Hulu Klang meningkat tetapi menjadi persoalan kemanakah undi BN sebanyak 10 ribu? Adalah mereka mengundi PH atau mengundi PN apabila undi PAS meningkat 18 ribu undi.


Saya tidak menyalahkan pimpinan UMNO kerana telah berusaha utk bangkit semula. Jelas UMNO atau BN masih gagal utk bangkit kembali semula walaupun paling byk bertanding di team Kerajaan Perpaduan apabila hanya memenangi 19. BN atau UMNO perlukan masa utk menyakinkan ahli bawahan mereka.


Isu di sini dapatan awal dlm analisis saya ialah isu Melayu. Kejayaan undi PAS masuk syurga dan Melayu terancam itu berjaya. 


Kebencian org Melayu kpd kaum Cina dpt dilihat apabila Dominic yg merupakan Presiden Gerakan sendiri dihalau dlm satu ceramah kempen PN. Rasuah syurga yg dicanangkan oleh pemimpin mereka itu benar2 membuat org Melayu terkhayal dgnnya hayalan tersebut.


Saya tidak nafikan ada 3 faktor utama jumlah undian PH/BN mengecewakan. Faktor DAP dan Zahid yg terus dimomokkan membuat ramai takut utk mengundi merah/biru di kalangan org2 Melayu.


Muhyiddin tahu hanya satu cara utk mereka berjaya sekali lagi seperti ‘Langkah Sheraton’. Caranya menjatuhkan Zahid disebabkan itu mereka menggunakan bekas2 pemimpin UMNO utk melemahkan UMNO yg semenang lemah dari dlm dan luar.


Bila UMNO dilihat lemah, Muhyiddin mahu ahli2 UMNO menghantar referendum kpd Zahid. Tapi malangnya ramai ahli UMNO tidak faham muslihat ini hingga mereka sebenarnya sdg membunuh partinya sendiri.


Kenapa Muhyiddin begitu ambil berat tentang pemasalahan UMNO kononnya parti keramat ini lemah kerana Zahid? Sdgkan jika UMNO bersama mereka pastinya kerusi UMNO hanya tinggal berapa kerat sahaja kerana ia sudah dimonopoli Bersatu dan 

 PAS.


Sepatutnya ahli2 UMNO bangkit semula bersama Zahid apabila diberi peluang menjadi sebahagian kerajaan. Adalah kesilapan terbesar ahli UMNO jika mereka termakan hasutan PN. Mana mungkin Bersatu yg mempunyai ideologi yg sama dgn UMNO mahu bertuankan UMNO.



PH TAK TUNAI JANJI ?

 




PH pengkhianat sebab tak tunaikan sebarang janji? Dah banyak dah benda yang PH realisasikan. Yang paling penting, penyakau duit negara diberkas dan akan dibicarakan. Itu janji PH selamatkan negara.


Tapi PN lain sikit. PN buat perkara yang tak dijanji pun. Contohnya macam kenaikan harga barangan keperluan yang mencanak, hidup rakyat jadi susah, ada yang bunuh diri, dan bonus, curi wang negara secara besar-besaran.


Azmin nak lari dari title pengkhianat, dia talakan ke orang lain. Umpama dia kentut busuk, dia salahkan orang makan telur. Hakikatnya Azmin and co yang curi kerajaan mandat dan kemudiannya siksa hidup rakyat. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.