Saya tengok penyokong kedua2 belah pihak, gelar UMNO sebagai parti paling lemah, ada panggil biawak hidup.
Geng PH sudah mula berbunyi, relevankah UMNO lagi?
Saya minta mereka bayangkan kalau UMNO tiada dalam blok UG:
1. Blok UG akan terus hilang sokongan langsung dari Pengundi Melayu. Sekarang at least ada 25% support Melayu campur base UMNO.
2. Mungkin akan hilang Negeri Sembilan juga kerana pengaruh UMNO masih kuat di sana. Bayangkan sekiranya mereka bergabung dengan PN. Mungkin PH yang ghuyup di sana.
Pada saya, UMNO masuk blok mana2 pun lebih kurang sama. Masuk PN pun dia akan kena telan dan akan jadi tidak relevan.
Tetapi, dengan UMNO dalam UG, pada saya mereka jadi elemen penimbang. Bawak elemen Melayu dalam UG yang highly Multi racial. Berat ke Bukan Melayu. Kena ingat Amanah pun ghuyup PR6N ni. Mereka tak boleh carry pengundi Melayu.
Pada saya, kalau UMNO join PN, lagi masak negara kita. Lanskap politik negara ialah Gabungan total Melayu vs Gabungan Multiracial (Bukan Melayu).
Itu lagi lah memudaratkan negara. Jadi tak tenteram jadinya.
Dari sudut pandang non-partisan. UMNO ada besar punya peranan, untuk memberi keseimbangan.
Saya bukan orang parti, saya pandang benda dari susut pandang apa yang baik untuk negara.
UMNO dalam UG, kita perlu pandang half full.
Salam hormat,
Liyana Marzuki