BN PUN DAH TERIMA SEMULA PPP, ELOKLAH MIC SEGERA SERTAI PN




23 January 2026


Pengerusi PN yang telah mengumumkan meletak jawatan, Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa gabungan itu bersetuju menerima MIC sebagai salah satu parti komponennya.


Katanya, keputusan berkaitan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat PN yang diadakan tahun lepas.


Bagaimanapun Muhyiddin berkata,  PN masih menunggu maklum balas positif daripada MIC berkaitan keputusan pelawaan  tersebut yang dibuat demi mengukuhkan gabungan pembangkang itu.


“Kemasukan MIC ke dalam kem PN bukanlah satu rahsia memandangkan parti yang mewakili masyarakat India itu sememangnya telah menyatakan hasrat mereka sebelum ini.


“Keputusan untuk menerima MIC ke dalam gabungan tersebut sebenarnya telah dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan PN sejak tahun lalu lagi,” katanya.


Sehingga ini, MIC masih lagi belum memberi sebarang respon terhadap keputusan PN itu.


Dalam Perhimpunan Agung MIC pada November tahun lalu, perwakilannya sebulat suara bersetuju sebulat suara agar parti itu keluar BN.


Begitu pun, keputusan akhir diserahkan kepada Presiden MIC dan Jawatankuasa Pusatnya untuk membuat keputusan muktamad.


Dalam perkembangan berkaitan, mesyuarat Dewan Tertinggi BN baru-baru ini bersetuju menerima PPP sebagai komponen terbarunya.


Untuk rekod, PPP sebelum ini memang merupakan anggota komponen BN, tetapi telah meninggalkan gabungan itu selepas keputusan PRU 2018 lalu.


Bermakna sekarang ini, berikutan telah lama tersebar ura-ura MIC mahu keluar daripada BN,  gabungan itu telah pun bersedia dengan kehilangan tersebut dan menerima PPP sebagai ahli komponennya semula.


Bererti sekarang tiada guna lagi jika MIC mahu kekal bersama BN.


MIC kini tidak perlu menunggu lebih lama lagi untuk mengumumkan keputusan muktamadnya untuk keluar BN dan menyertai PN.


Lagi pula PN sekarang telah mengesahkan sedia menerima kemasukan MIC itu.


Inilah masanya untuk MIC meneroka peluang baru bersama PN yang merupakan gabungan yang disokong oleh lebih 70 peratus pengundi Melayu berdasarkan keputusan PRU15 lalu.


MIC banyak tewas sebelum ini ketika bersama BN antaranya ialah kerana UMNO sebagai parti yang menunjangi BN semakin lemah dan tidak lagi disokong oleh pengundi-pengundi Melayu.


Bersama PN yang kini disokong oleh majoriti pengundi Melayu lebih berpotensi menjadikan peluang MIC menang juga jadi cerah.


Ia sama seperti ketika UMNO kuat kerana disokong oleh pengundi Melayu sebelum itu, ketika itu jugalah MIC turut menang banyak kerusi.


Dunia politik adalah dunia yang tidak statik, ia sentiasa berubah dan MIC tidak perlu takut untuk berubah meninggalkan BN untuk menyertai PN. – ShahbudinHusin 23Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/bn-pun-dah-terima-semula-ppp-eloklah-mic-segera-sertai-pn/





NANTI EXCO AKAN TURUN. NAK TENGOK RUMAH MANA YANG TAK CUKUP MAKAN. HANG JANGAN LARI. YANG SOKONG PADAN MUKA HANGPA