MENUNGGANG DAN PELIPAT

 KhairulAl Rahmani


 Abang Belon berisiko lumpuh kekal- Dr pakar. Ya memang doktor ni pakar, sy boleh sahkan.  





Perlipatan, memutar alam dan menunggang, sekian! 


https://www.malaysiakini.com/news/393704


https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/418221/calon-pkr-ditolak-kerana-muflis



SEMUA ORANG DIA PERLI. MACAM DIA BAGUS..HAPA PUN DIA TARAK BUAT. KELIK BALIK TENGOK MAT GIAN BANYAK.




NANTI KAMU AKAN SEDAR KAMU DIPERGUNAKAN.


Che Ibrahim


 Seminggu dua lagi jika kamu dituduh melakukan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, kamu tengok la ketika itu sapa yang tunggang kamu....






DRAMA AKASIA! - ABANG BELON DAH INSAF? | MEREKA TUNGGANG SEBOLEHNYA


Tampil mengadakan sidang media buat kali pertama selepas disita penguat kuasa DBKL pada 28 Mac lalu, Muhammad Za’imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ meluahkan perasaannya berkaitan kejadian itu.

“Kalau saya ada kes lampau adakah itu lesen untuk siapa-siapa sahaja boleh pukul saya? Kalau saya miskin, susah dan ada kes lampau, adakah DBKL boleh layan saya macam sampah?





HOWARD LEE BALUN KAW KAW RATU NAGA SEBAR FITNAH LALU SALAHKAN ORANG LAIN...



Seorang individu dikenali sebagai Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali dengan nama samaran “Ratu Naga” berdepan siasatan pihak berkuasa selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya berhubung dakwaan menyebarkan fitnah dan menghasut sentimen perkauman melalui media sosial. Laporan tersebut dibuat petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang oleh Pegawai Khas Timbalan Menteri Pendidikan, Khoo Khim Han bersama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Farhan Haziq yang juga Pengerusi DAP Seksyen 8 Bandar Baru Bangi; Ketua Whip MPKj, Thiagarajah Rajagopal serta Ahli Majlis MPKj, Kwan Say Hong.

Menurut kenyataan bersama mereka, tindakan itu susulan penyebaran satu video oleh “Ratu Naga” melalui akaun TikTok miliknya pada 4 April lalu yang mendakwa murid-murid di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa Cina sebagai tanda tidak setia kepada negara.

Kenyataan tersebut mencetuskan keresahan awam selepas ia tular dan mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM dalam kenyataan balas berkata, dakwaan itu adalah fitnah dan tidak berasas sama sekali.

Jelas kementerian itu, rakaman yang dimuat naik sebenarnya merakamkan murid-murid sedang menyanyikan Lagu Negeri Perak, iaitu Allah Lanjutkan Usia Sultan, dalam satu majlis rasmi sekolah, bukannya Negaraku seperti didakwa. Menurut wakil-wakil yang membuat laporan, penyebaran video itu dipercayai bertujuan mencemarkan imej sekolah vernakular serta menimbulkan sentimen anti-perpaduan dalam kalangan masyarakat. Mereka turut mendakwa kandungan video tersebut bersifat provokatif dan berunsur perkauman, serta berpotensi mencetuskan ketegangan antara kaum di negara ini. Laporan polis tersebut dibuat mengikut Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah (KPK), manakala tindakan lanjut turut diminta diambil di bawah beberapa peruntukan undang-undang lain termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) kerana penyalahgunaan media sosial untuk menyebarkan kandungan berunsur fitnah, Seksyen 505 Kanun Keseksaan berkaitan kenyataan yang boleh menimbulkan permusuhan antara kaum dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memfitnah institusi awam. Mereka juga memohon agar siasatan segera dilakukan ke atas akaun media sosial “Ratu Naga”, termasuk video dan transkrip kandungan terbabit serta menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut. Tambah mereka, laporan forensik digital juga perlu dijalankan bagi mengenal pasti elemen hasutan dan niat sebenar di sebalik kenyataan yang dibuat. Mereka turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang unsur hasutan perkauman terus berleluasa serta memastikan institusi pendidikan negara tidak dijadikan sasaran fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.





RASANYA ZAMAN MADANI NI HEBAT DENGAN MERAIKAN KULIAH PARA ULAMA JEMPUTAN- NAK PINGGIR MACAMANA? RUU355 PUN ENTAH KEMANA, HUDUD JAUH JAUH JA DENGAR....




 Pas seru hapuskan perjuangan yang mahu pinggirkan Islam

Pas mendakwa terdapat “perjuangan yang mahu meminggirkan Islam mutakhir ini” yang merupakan suatu bentuk pengkhianatan yang dibawa oleh beberapa buah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)”.


Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perjuangan tersebut hendaklah “ditentang dan dihapuskan kerana boleh merosakkan negara dan hubungan masyarakat kini yang berada dalam keadaan baik”.



“Tindakan melampau tidak mengenang budi umat Islam terhadap mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar.


“Usaha untuk meminggirkan Islam, melemahkan kedudukannya, bahkan juga mahu memurtadkannya merupakan perancangan penjajah yang telah dilaksanakan ketika kekuasaannya dahulu.


“Maka, kumpulan yang meneruskan perancangan penjajah itu ialah makhluk perosak yang wajib diharamkan, kecuali bukan Islam yang tidak ekstrem maka mereka tetap dihormati dan dipelihara,” tegas Abdul Hadi menerusi Minda Presiden hari ini.


Dalam artikel panjang ketika umat Islam seminggu meraikan Syawal itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, musuh Islam menggunakan pelbagai saluran dalam memperjuangkan ideologi mereka.


“Adanya makhluk perosak yang merancang dan memperjuangkan berbagai-bagai ideologi dan pendekatan merupakan musuh Islam yang terus menerus berjuang menentang Islam serta umatnya secara terbuka, malah berterusan melalui pelbagai pendekatan politik, ekonomi dan media,” dakwanya.


Menerusi artikel bertajuk,”Perkukuhkan kuasa Islam di Malaysia untuk selamatkan negara”, Abdul Hadi turut menyenaraikan “usaha melemahkan umat Islam”.


Jelasnya, usaha tersebut sama ada melalui cara menegakkan syiar yang melampau seperti mendirikan rumah ibadat tanpa sempadan yang menyalahi undang-undang dan adab menjaga hubungan, mahupun langkah berpolitik untuk merampas kuasa politik.



MP Sepang sedia bantu, terima 116 keluarga mangsa letupan saluran gas Putra Heights



Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu mengambil maklum berhubung perancangan kerajaan negeri Selangor untuk menjadikan Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan, Sepang sebagai salah satu penempatan sementara di rumah Smart Sewa dengan subsidi kerajaan negeri kepada lebih kurang 116 keluarga mangsa letupan saluran gas di Putra Heights, Puchong.

Beliau berkata, rumah tersebut berkeluasan 1,000 kaki persegi, dengan tiga bilik tidur, dua bilik mandi dan dua petak letak kereta, dijangka selesa sebagai tempat teduhan sementara.

“Saya memahami jarak di antara lokasi bencana dengan penempatan ini adalah kurang lebih 30 km, justeru ia adalah tertakluk sepenuhnya dengan persetujuan mangsa,” katanya menurut kenyataan hari ni.

Walau bagaimanapun, selaku Ahli Parlimen Sepang yang menjadi jiran kepada Puchong dan juga Kota Raja, beliau berkata, beliau dan pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang serta keluarga besar #KitaSelangor di Sepang melibatkan semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan mengalu-alukan 116 keluarga mangsa terbabit dan siap sedia membantu.

“Bagi memudahkan segala urusan kerjasama, saya juga telah menghubungi sahabat saya Tuan Pegawai Daerah Sepang awal pagi ini agar kami dapat membuat persiapan yang diperlukan.

“Saya telah meminta diberikan satu taklimat lengkap kepada Pasukan Pejabat Tanah Dan Daerah Sepang bersama pasukan saya agar kita dapat memberikan kerjasama dan bantuan terbaik kepada semua khususnya 116 keluarga mangsa letupan saluran gas Putra Heights,” kata Aiman Athirah lagi.




Tarif AS: Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Ekonomi – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan perutusan khas menerusi Facebook pada 6 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Apr – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi buat masa ini walaupun Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif balas.

Tegas Perdana Menteri, ekonomi negara kekal berdaya tahan selepas pentadbiran Donald Trump mengenakan tarif berkenaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyatakan Malaysia tidak akan memperkenalkan tarif balas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan perutusan khas menerusi Facebook pada 6 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jika tarif 24 peratus itu dilaksanakan, dari sudut ekonomi, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus perlu disemak semula.

Bagaimanapun, buat masa ini, saya memberi jaminan bahawa kerajaan tidak menjangkakan kemelesetan di Malaysia,” katanya dalam video yang menyentuh mengenai tarif AS itu disiarkan di Facebook hari ini.

Anwar berkata, asas makroekonomi negara kekal kukuh dan menjelaskan asas makroekonomi positif Malaysia disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh, pelaburan domestik yang mantap, hasil pelancongan yang baik dan pelaksanaan berterusan pelan induk nasional.





Agong Terima Menghadap PM Anwar Di Istana Negara

 


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara pada 6 April 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 6 Apr – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, pagi ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memetik, hari Ahad kebiasaannya adalah waktu berehat namun Baginda tetap menjalankan tugas rasmi di pejabat di Istana Negara.

“Seawal jam 7 pagi, Baginda menerima menghadap pegawai kanan Istana Negara sebelum menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” menurut hantaran itu.


SEMUA PIHAK YANG TERBABIT AKAN DISIASAT KERANA ADA BUKGI. MB SELANGOR.

 

Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari menyeru orang awam yang mempunyai bukti seperti gambar atau video sahih agar menyerahkannya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.


Baca artikel penuh di ruangan komen 🔽


#ohmedia #mf




PERANGAI BURUK LEBAI. JENIS TAK LEH TOLONG. LAIN KALI NEGERI DIA DITIMPA BALA, JANGAN TUNJUK PRIHATIN DAN BAIK SANGAT. TU BALASAN YANG DAPAT BILA DITOLONG. ALAI TAK DAK.






Politik tanpa sempadan.  Semua perkara mahu dipolitikkan hingga adab dan akhlak ke laut.  Nama Islam bukan sahaja ditempelkan kepada parti, bahkan Islam ditunggang semahu-mahunya.


Tahun lepas, apabila Kelantan dilanda musibah banjir, kerajaan negeri Selangor ketepikan fahaman politik kerana musibah bukan sesuatu yang diundang.  Sedikit bantuan diberikan kepada kelantan.  


Apabila Selangor diawal Syawal tahun ini diuji musibah dengan berlakunya letupan dan kebakaran, kita boleh lihat gelagat politikus yang kelaparan.  Habis semua dijadikan modal politik hinggakan MB Selangor yang pernah membantu mereka pun didesak letak jawatan.  


Biarlah rakyat menilai standard dan akhlak puak-puak yang ketandusan idea ini.  Mereka hilang punca dan tiada arah lagi untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat di bawah yang semakin ramai mulai meyakini kerajaan madani.  


WFAUZDIN NS



Acap ooo Acap. JANGAN sondol la samdol

 

Alif Jamil


Acap ooo Acap. 


Sebanyak 15juta dah diagihkan kepada pesawah waktu bulan Ramadan lagi. 


Tinggal lagi separuh ja dalam proses pengagihan melalui Bernas dan KPKM. 


Bukan takan bantuan one off tu saja , harga lantai padi pun dinaikkan dari RM1200 ke RM1500 buat pesawah. 


PMX tu bukan takat bagi 'duit raya' , tapi siap upgrage ekonomi pesawah lagi. 


Itulah Acap , lain kali baca dulu fakta isu jgn main sondol je. 


Buat malu geng skinhead je Acap ni.




UNTUK TENGAHARI NI. AKU SIARKAN KISAH ABANG BELON YANG KATANYA PATAH TULANG. TONTON SAMPAI HABIS DAN BUAT PENILAIAN.


 

PERASAN BAGUS- MP PN ‘claim’ pembatalan Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Selangor

Seorang ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dihujani kecaman warganet apabila dengan selamba menganggap pembatalan Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Selangor adalah kerana tegurannya.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, Kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor menerima tegurannya walaupun diserang ‘gerombolan laskar siber’ yang mempertahankan penganjuran program yang dijadualkan berlangsung hari ini di Bandar Baru Bangi.

“Tengok-tengok hari ini (semalam) Menteri Besar Selangor dan Perdana Menteri pun setuju dengan teguran ikhlas saya ini,” kata Ahli Parlimen Machang itu menerusi platform X.

Dia turut melampirkan suntingan tangkap layar tertera ungkapan, “Semalam kami tegur… Terima kasih PMX kerana dengar nasihat”.

Menjengah ke ruangan komentar, ramai mengkritik dan menyindir wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bahawa keputusan tersebut bukan kerana teguran pembangkang.

Sebaliknya, pembatalan majlis sempena Syawal itu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“PMX bukan dengar nasihat kamulah! Madani sesungguhnya prihatin. Tak malu betul claim itu, claim ini.

“Kalau betul PMX dengar nasihat kau, lama dah PMX cetak duit banyak-banyak. Jadi, jangan perasan lah.. Bahagian Machang pun kau dapat undi 26 undi banding 103 undi.

“Dia muncul lagi nak jadi hero… Tak tahulah jenis syok sendiri atau macam mana,” demikian sindiran warganet.

 

NOOHHH..YEOP PERAK DAH MARAH WALAUN


 

HERO ATAU ZERO?, MP DIMINTA CERDIK ULAS ISU KEBAKARAN PUTRA HEIGHT


Jogho Kelate.




Tak salah nak jadi HERO, tambah-tambah disaat berlakunya sesuatu tanpa diduga.


Saya melihat semua pihak telah mainkan peranan. Kelibat pemimpin bersilih ganti, PMX dah mainkan peranan seawal kejadian, GPM dan Pengerusi MARA pun sudah kedepan, Menteri2 yang berkaitan juga sudah tunjukkan komitmen, MB Selangor hari-hari mainkan peranannya. 


Apa yang saya lihat juga, pemimpin pembangkang hadir dengan kritikan, komen sana sini. Kadang suara komen dan kritikan hadir dari meja makan di kediamannya, bukan di Selangor tapi di Kelantan.


Rujuk kenyataan Wan Ahmad Faisal. Kerajaan umum bantuan awal dengan jumlah-jumlah tertentu disampung sediakan penempatan sementara. Pihak swasta umum bagi pinjam kereta, bagi rumah sementara dan sebagainya. 


Bantuan awal ni bukan bantuan buat rumah atau bantuan awal persekolahan bantuan awal banjir dan sebagainya.Urusan penempatan sementara, makan minum pula dikelola oleh pelbagai jabatan,swasta dan NGOs.


Bab buat rumah, bantuan baiki rumah itu bab lain, kebiasaan banyak procedure perlu diteliti. Perlu ada report polis dan pendaftaran dan penelitian.


MP Machang boleh lihat contoh keadaan dikawasan Machang. 


Harap mana-mana ahli Parlimen, pakai blazer tidak menggambarkan kecerdikan dan kematangan. Perlu tahu cara dan belajar prosesnya baru kita dilihat cerdik. Jangan hentam keromo supaya dilihat hero memperjuangkan nasib rakyat kononnya.



TERKINI- KAH..KAH...KAH- TENGOK DIA TAK CERDIK- FITNAH DULU MINTA MAAF KEMUDIAN- Cytro Madani Pula Yang Disalahkan?

“MANA OTAK KO AFNAN” CAKAP BIAR WARAS!ADA YANG PAS NI BANTAH SEBELUM BER...



KENAPA PN MELATAH BILA DICADANG HAD TEMPOH JADI PM 10 TAHUN! “MANA OTAK KO AFNAN” CAKAP BIAR WARAS!ADA YANG PAS NI BANTAH SEBELUM BERFIKIR!



SAH BANGAP BEBAL BINGAI - MATEMATIK MESTI FAIL! | PAS AFNAN HAMIMI TOLAK...



Kata Ketua Pemuda PAS - MP QAZAF- ‘Inilah keadaan negara kita sekarang. Nasib kita yang majoriti ditentukan oleh mereka yang asalnya minoriti’. Bila masa PN jadi majoriti? Dan kalau benda cadangan ini bagus untuk negara, sokong sajalah. Tapi hati hitam, bila bercakap keluarlah muntah hitam! Alahai inilah anak Tok Imam!






SIAPA KATA RAKYAT BENCI PMX DAN KERAJAAN MADANI

REAL DOGFIGHT - ! Spanish Eurofighter Typhoon shot down SU-35 and MiG-29 wi...

‘Terima kasih MB sempoi’, dah lebih 10 tahun rupanya…


 

Digelar ‘MB Sempoi’ oleh penyokongnya, ​Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat gagal menangani masalah gangguan bekalan air di Taman Selat, Kuala Kedah sejak lebih 10 tahun lalu.

Seramai 29 keluarga melibatkan kira-kira 150 penduduk di taman perumahan itu mendakwa mereka terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan bekalan air terputus sejak dua hari terakhir Ramadan.

Masalah kini menjadi lebih meruncing apabila penduduk terpaksa berjaga malam menadah air yang hanya mengalir perlahan selama lapan hari berturut-turut.


Akibatnya, penduduk sukar menjalani rutin harian seperti memasak, membersih rumah dan mencuci pakaian selain menjejaskan persiapan menyambut Syawal.

Seorang penduduk dilapor berkata, pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengambil masa empat hingga lima hari untuk menghantar air.

Memetik Sinar Harian, hanya sekali SADA menghantar air setakat 4 April lalu sejak terputus bekalan selama lapan hari.

Penduduk juga terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM1,000 untuk memasang tangki, paip dan pam sendiri.




TANIAH KPM YB MENTERI FADLINA SIDEK. MACAM NI LA BERTINDAK. TAK PAYAH BAIK SANGAT DENGAN KAKI FITNAH

 Nur Azilawati


Tahniah YB menteri..macamni la kami mahu tengok ada tindakan dari pihak yang kena fitnah bukan setakat nafi 


cheq pun dah rasa nak buat report polis ni Norazmira Ibrahim dok jaja fitnah yang sama




BILA PULAK?

Wang Xian


 BILA pulak rancangan pertukaran Presiden Pas sebab Haji Hadi pun nampak uzur?




MACAMANA PERANGAI PEMIMPIN ..BEGITU LAH BAHASA PENGIKUT BAWAHAN. SEDIH. KINI AKU FAHAM KENAPA MAKLUK JARGON WUJUD DALAM CERITA KARTUN BAJA HITAM.

 Hamzah Rie Na


Ayat dari seorang pemimpin yang berada didalam parti so call me martabatkan islam macam ni ker saudara wan fahysal?



BELAJAR JADI ENGINEER FAST TRACK CARA WALAUN MACAI KIOK.

Alif Jamil


 Harini abam nak kongsi tips untuk fast-track menjadi seorang engineer dalam oil & gas kpd adik² yg baru lepas SPM atau sedang belajar diploma dan sijil. 





Pertama sekali jangan sambung degree. 

Sambung degree dlm kejuruteraan mekanikal hanya buang masa dan buang duit. 


Kedua , wajid menyertai atau menjadi macai Perikatan Nasional atau Gerakan Tanah Air ataupun Pejuang supaya hati adik² menjadi bersih sesuci air sungai dibelakang Tesco Kota Bharu Kelantan. 


Ketiga , wajib follow influencer media seperti Papagomo , Parpukari , Ratu Naga , ikan keli dan juga Shafiq Halim untuk menambah motivasi dlm menimba ilmu sebagai seorang engineer. 


Akhir sekali , adalah diwajibkan untuk mentelaah kitab² rujukan seperti HarakahDaily, BersatuTV , Ismaweb , Tok Abah Channel dan media pro-PN supaya minda sentiasa celik dan menguatkan daya fikir yg tinggi sebagai seorang engineer khususnya dlm sektor paip bertekanan tinggi ( pipeline ). 


Jadi tahun 2025 ni jgn lagi buang masa dan duit utk sambung degree kejuruteraan kerana zaman kini ia sudah tak valid lagi. 


Apa yg penting , jadilah macai setia Perikatan Nasional kerana itulah fast track utk menjadi seorang engineer oil & gas ( major in pipeline ). 


In shaa Allah. 

You guys will success with flying green colours 💚


In Perikatan Nasional we trust 🐒


Ikhlas dari abam alip :-

Engineer yg menyesal tak undi PN pru lepas 🤲



ORANG LAIN BERHAK MENAFIKAN CERITA BODOH KAU. BUKAN TULARKAN. YANG TULARKAN TU KAU. BANYAK BETUL BODOH KAU NI.


Che Ibrahim


 Tahniah PDRM.... Ketenteraman dan kehormonian masyarakat akan terus tergugat selagi kaki fitnah dan adu domba tidak dikenakan tindakan.






HEBAT ORANGNYA...PATAH TULANG DUDUK GITU JA.

 W.Faudzin


Aku respek mat belon ni.  Dia punyai kekuatan luar biasa.  Patah tulang belakang, tapi selamba je duduk camtu.  Tidur pun atas toto nipis je.  Bukan calang2 mamat 13 kes ni...





Siapa kenal Ijam, bekas penyanyi kumpulan Medicine?





Saya pernah sepentas ceramah selepas dia berhijrah. 


Seronok dengar kisahnya.


"14 hari sebelum meninggal ayah saya berpesan.

Ijam, walau macam mana keadaan kau. Sibuk macam mana pun, jangan lupa ke masjid."


Ayahnya sebut lagi,


"Pergi masjid. Masjid ada berkat, hidayah dan tenang. Kau tahu? Ada 3 tempat Allah bagi hidayah :


1. Masjid

2. Hospital 

3. Penjara


Ijam, kau pilih mana satu kau nak?


Ijam sebut, dia pilih pergi masjid asbab nak dapat tenang dan hidayah untuk kekal istiqamah.


Kata Ijam lagi,


"Saya ni tak tahu, Allah ampunkan tak dosa saya yang lama-lama.


Bayangkan 45 ribu orang datang show tiket RM40.

Jumlah kutipan tiket RM900 ribu!


Bahagi dengan penganjur 50% - 50%.

Disebabkan duit tunai, kecil-kecil tak larat nak kira.

Saya biarkan je, tidur atas duit!


Dulu, mata duitan.

No money no talk.

Dulu, 1 lagu RM15k


Itu dulu.


Hari ni, saya nak istiqamahkan hijrah.

Allah tukar cara berfikir. 


Bayangkan, 45 ribu orang datang, pakwe makwe datang berpelukan sebab nak dengar lagu saya.


Dosa orang-orang tu disebabkan nak dengar lagu saya.


Banyaknya dosa yang saya perlu tanggung.

Ini yang 24 jam berputar dalam fikiran saya setiap hari.


Allah ampunkan ke dosa saya.


Asbab hidayah, almarhun Ustaz Ishak Baharom bekas mufti Selangor nasihat pada saya.


Dosa, sebesar zarah Allah akan hisab.


Sebab tu saya dekatkan diri dengan masjid dan pilih untuk amalkan sunnah Nabi."


Ini antara petikan ceramah Ijam. Saya dengar penuh perhatian.


Begitulah apabila orang yang nak jaga hati dan dirinya untuk istiqamah dengan hidayah.


Ijam ingatkan dirinya untuk duduk dalam majlis dan suasana agama. Katanya dekatlah diri dengan masjid.


Dia ikut apa yang Allah dan Rasul suruh.


Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku (sunnah/petunjukku), nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.


Surah Ali Imran : 31


Hijrah Ijam ni bukan terhenti setakat pergi masjid, dia pergi mengaji sambung belajar agama. Sampaikan Timbalan Mufti sebuah negeri panggil untuk dia datang temuduga tauliah ngajar di surau masjid. 


MasyaAllah.


Sekarang dia istiqamah berdakwah ajak umat kembali kepada hidup beragama.


Ada lima H bila kita nak berhijrah:


1. HATI. 


Nak hijrah mesti bermula daripada kehendak nak berubah atau tak nak. Hati kena kuat, jangan serapuh tisu tandas.

 

2. HAMPIRI 


Dekati orang-orang soleh. Masuk dan ikut orang-orang yang soleh. Ikut jemaah yang baik. Tanda kumpulan yang baik, tidak tinggal solat.


3. HINDARI


Jauh dan hindari kawan-kawan yang negatif. Jangan sampai kerosakan mereka menjadi penyebab anda rosak juga.


4. HAJAT


Hajat ni sebabkan kita ada sasaran dalam hidup. Contoh tahun ni aku nak belajar Quran. Aku nak solat cukup 5 waktu sehari. Selawat 100 kali sehari. Sedekah RM1 setiap hari. Bila ada matlamat, kita akan fokus dan tak sibuk dengan benda lain.


5.  HIJRAH


Ada sahabat nabi sebut, dalam hidupnya Nabi selalu cerita mengenai kisah orang yang bunuh 99 orang. Rupanya kisah tu nak tunjukkan sifat Allah Maha Pengampun. Bila berdosa, bertaubat dan hijrah.


Tuan puan, sekarang dah akhir zaman.

Kurangkan atau berhenti aktiviti-aktiviti lagha.

Mulakan langkah kaki ke surau masjid

Jumpa orang yang suka kepada ilmu.


Boleh mulakan hari ni ke surau masjid kawasan rumah ya.


Jom kita berubah dan istiqamah sebelum Allah 'rotan' kita di akhirat sana. 


#UstazHanafiMalek



TUN KATA KERAJAAN LEBIHKAN CINA. TAPI 10 TOP 10 ORANG KAYA ZAMAN DIA SEMUA CINA.


 

SAPA NAK DISALAHKAN?


 

MUDAH SAJA JADI PEMBANGKANG YANG KURANG FUNNGSI DAN CADANGAN LEBIH BAIK


 

NOHHHHH.... KEPAM.

Zuwairi Mohd Noh


 Dah sebar fitnah dan berjaya menaikkan kemarahan pentaksub pada Kerajaan perpaduan,dia minta maaf.Menteri Aaron Ago Dagang dan fahmi_fadzil teruskan tindakan undang undang ke atas si kepam Ema itu.




INI KALI KETIGA, ANWAR DIJANGKA SAMBUNG LAGI KONTRAK AZAM BAKI ENAM BULAN

 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka sekali lagi melanjutkan tempoh perkhidmatan Azam Baki, walaupun ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu terus berdepan tuduhan melakukan pendakwaan terpilih dengan menyasarkan ahli politik pembangkang sejak perubahan kerajaan pada 2022.

Memetik sumber yang arif mengenai perkara itu, agensi berita kewangan Bloomberg melaporkan bahawa Azam akan menerima lanjutan enam bulan lagi apabila tamat tempoh perkhidmatannya pada Mei.

Sejak mengambil alih kuasa, Anwar telah dua kali melanjutkan tempoh perkhidmatan Azam sebagai ketua SPRM, walaupun sebelum ini menyerangnya atas dakwaan memiliki berjuta-juta saham tersenarai.

Di bawah kepimpinan Azam, yang sepatutnya bersara pada 2023 pada usia 60 tahun, SPRM memulakan beberapa siasatan terhadap ahli politik pembangkang, termasuk bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, bekas pemimpin Dr Mahathir Mohamad dan mendiang Daim Zainuddin.

Azam berdepan kritikan gagal mengambil tindakan terhadap beberapa dakwaan berprofil tinggi yang dikaitkan dengan ahli politik kerajaan, termasuk kontroversi pembelian saham oleh bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador, dan pelantikan sebuah syarikat milik suami pemimpin DAP Hannah Yeoh untuk mengendalikan khidmat pengangkutan oleh kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan.

Tuduhan pendakwaan terpilih terhadap Azam kembali rancak susulan laporan Bloomberg pada September tahun lalu yang memetik sumber, yang mendakwa Anwar telah mengarahkannya supaya tidak menyiasat Farhash berhubung pembelian saham dalam Heitech Padu.

Laporan itu turut mendakwa Azam telah memberitahu pegawai SPRM bahawa siasatan terhadap Mahathir, tiga anak lelakinya dan Daim dilancarkan atas arahan Anwar.

Bloomberg juga memetik sumber sebagai berkata Anwar dan Azam telah mencapai persefahaman bahawa tempoh Azam sebagai ketua SPRM akan dilanjutkan sebagai balasan mengambil tindakan terhadap musuh perdana menteri.

SPRM dan Pejabat Perdana Menteri telah menafikan dakwaan itu.